Pekan Sari Temerloh...

Sunday, August 30, 2009

Aktiviti yang dah lama aku tak buat. Kalau masa aku kecik-kecik dulu aku selalu ikut Mdm. Sara ke pasar ni. Pekan Sari Temerloh merupakan pasar tani yang terpanjang di Malaysia setiap hari Ahad. Kedudukannya tapak pasar ini disepanjang Sungai Pahang di Bandar Temerloh. Dah lama aku tak ke sini bila hujung minggu. Bukan apa, sejak adanya pasar malam dekat rumah aku beberapa tahun ini, kami dah tak berkunjung ke Pekan Sari Temerloh, sebab segala keperluan dapur dah ada dijual di situ, jadi tak perlulah nak pergi jauh-jauh. Bermacam-macam benda ada dijual di sini. Segala macam kuih muih, ikan, sayur, buah-buahan, ulam-ulaman kampung, kraftangan, pakaian, macam-macamlah. Pendek kata segala tok nenek keperluan dapur dan barang-barang kegunaan harian ada di sini...Mak ayah jer takdek...kekekek




Begitu ramainya umat manusia di sini. Begitulah setiap minggu. Nak lagi sekarang bulan puasa, lagi lah ramainya orang datang mencari bahan-bahan masakan untuk juadah berbuka puasa. Tapi yang mengecewakan aku sedikit adalah dalam ramai-ramai ni, aku rase tak sampai 5% yang memakai topeng penutup hidung dan mulut. Masih rendah pemikiran mereka mengenai bahaya H1N1.





Pandangan dari salah satu pintu masuk ke sini. Waktu ni jam 8.00 pagi. Keadaan tidak lagi begitu meriah. Masih laju lagilah kalau nak berjalan. Tapi kalau dah masuk jam 10.00 pagi, traffic jam ada di mana-mana. Nak menyelit pun tak dapat. Kalau nak berjalan kaki dari pangkal ke hujung, alamatnya banyak kali lah terhenti-henti...huhuhu...lemasss!!!!!





Antara barang yang dijual. Kalau nak ikutkan hati, mau aku ambik gambar banyak barang, tapi malas lah pulak. Jadi aku ambik ler gambar barang-barang yang menarik perhatian aku. Yang lain-lain tu korang imagine lah sendiri yer...kekeke...sape-sape yang ada anak yang nakal tu, bolehlah nak beli rotan dalam bakul tu...hahahha





Huiiii...kemain lagik. Mdm. Sara sedang kusyuk memilih sotong yer...seronok membeli sebab semuanya segar-segar belaka...terbaik dari laut...kekeke...terlalu banyak pilihan...rambang mata wehhhh....



Antara tangkapan kami pagi ini...kekeke....4 ekor bersamaan RM24!...Perghhh!!! Berharganya ko ketam yer. Nasib baiklah ko ni payah nak jumpa, beli jugaklah. Lagipun bulan puasakan, selera tekak ni lain macam sket. Bakal muncul gulai lemak ketam di meja, juadah berbuka nanrti...amboihhhh!!!....menetesssss........





Adik aku, Cik TiQ sempat lagi posing walaupun dikelilingi bau-bau ikan...hehehe...selamba kodok jer yer....





Semua yang dibeli tadi tak menjadi menu berbuka hari ini...Mungkin Mdm. Sara nak buat stok untuk esok...Hari ni mak masak rendang ayam...Raya awal macam Lemongrasssss...kekeke... Ayam Percik, Ikan Goreng, Sayur juga menjadi menu kami berbuka puasa petang tadi.






Masa kat Pekan Sari tadi, Mdm. Sara terjumpa Gula Kabung Original, dengan harga RM7.50 untuk 4 keping...Tapi mak dapat diskaun 50 sen...suker sangat dia...kekeke... Apalagi, Berbuah Melaka lah kami tadi...sedapnya... Aroma daun pandan dan kemanisan Gula Kabung tadi menusuk tekak...hehehe





Mak jugak dapat tempahan buat kuih "Kasui" @ Lopes kot...hehehe...aku tataulah kat negeri lain korang panggil kuih apa. Kalau kat sini kami panggil Kuih Kasui. Ada orang tempah nak bawak ke masjid untuk morey selepas terawih tadi.
Tu ler aktiviti aku hari ni.....sampai rumah aku pun merebahkan diri sebentar....melelapkan mata yang ngantok sebab bangun awal...kekkee...berkira betul kalau hari cuti kan....
Nota Pink ::~ Sesekali ke pasar memang seronok :-)


Ahli Baru Family Kami...

Saturday, August 29, 2009

Namanya Qistina Aisyah Putri....ahli baru keluarga kami. Dia bukan cucu kandung Mdm. Sara, tapi anak asuhan mak aku. Baru habis pantang, dan mamanya baru start kerja Jumaat lepas. Sebelum ni aku ada post entry tentang kakaknya, Qistina Amalin...ini adiknya pula....

Haaaaa...mana satu baby betul nih? hahaha...Ni lah Cik Wani punya kerja. Dikeluarkan habis anak-anak patungnya yang lain. Diaturkan atas tilam sebelah Putri...Menarik pulak gambar ni...hehehe...


Inilah kita expose sket kat muka Putri....perbezaan dia dengan kakaknya, Qis adalah warna kulit. Putri lebih manggis, ikut kulit papa, tapi Qis puteh melepak macam mamanya. Rambut Putri hitam, lebat dan kasar. Tapi Qis rambut perang, tidak lebat dan lebih halus.... Persamaanya adalah tang pipinya...hehehe




Inilah keempat-empat anak asuhan Mdm. Sara. Cik Wani dan Fahmi (dua beradik) & Qis dan Putri (dua beradik)...tak rasa macam anak asuhan tapi terasa macam anak buah sendiri...





Cik Wani & Fahmi bergambar dengan Putri....



Makin meriahlah rumah kami. Tapi bukan setiap waktu. Lagipun Cik Wani & Fahmi dah sekolah. Datang kerumah aku pun dah tengahari. Qis & Putri pulak datang tidak tentu waktu sebab mamanya kerja shift. Jadi rumah aku tidaklah terlalu sunyi dengan kehadiran kanak-kanak ini...
Nota Pink ::~ Masa lebih sibuk melayan karenah anak-anak ini :-)


Hutang TAG...

Friday, August 28, 2009


Malam ni aku cuba gagahkan diri nak menjawab semua tagged yang ditujukan kepada aku. Kalo siang-siang aku tak larat...cewahhhh....padahal tag ni orang bagi sebelum puasa lagi...huhuhu...teruknya koi...

Jadi dengan kudrat yang ada, selepas meminum banyak air tadi waktu berbuka...huhuhu...hausssssss bangat, aku akan siapkan tag tertangguh ni....


Kepada adinda ku tersayang iaitu Matabulat yang memang bulat, akak ekau ni ha nak jawab tag. Den walaupun tak fasih bahaso omputeh...takpo...den menjawab tag ekau ni dengan berbekalkan kamus elektronik di desktop ni ha...hehehe


TAGGED MATABULAT


1)-Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
::~ Soklan pertama macam dah sensor ajer...hehehe....masa kecik2 dulu mungkinlah ramai yang ciom aku kat pipi...tang lain aku tatau...hehehe


2)-How did u feel when u woke up this morning?
::~ Perasaan malas nak pi kerja...kalau boleh nak cuti 5 hari, keje 2 hari jer...buleh gitew??? kekeke


3)-Who was the latest person/people u took photo?
::~ Gambar Qistina Aisyah putri...ahli keluarga aku yang baru ;-)


4)-Would u consider ur self spoiled?.
::~ macam mana nak gambarkan yer? bila mood hilang, semua benda boleh jadi spoil...


5)-Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?.
::~ Rasanya tak de kot. Dari zaman sekolah aku kawan dengan semua orang tapi tidaklah terlalu akrab...

6)-Do u want someone to be dead?
::~ Tak ada...


7)-What does ur last text message say?
::~ Selamat Berbuka Puasa :-)


8)-What are u thinking right now?
::~ Persiapan raya...teruk betul aku...puasa baru 6 hari...kekeke


9)-Do u want someone to be with u right now?
::~ Rasanya tak kot. Sebab aku tak nak ramai sangat sekarang ni...Rimas!!!!!!!!!!



10)-What was the time u went to bed last night?
::~ Kul 12.15 kot...memang waktu perdana untuk aku tido setiap malam


11)-Where did u buy the tee(t-shirt) u are wearing now?
::~ Ohw...kat Reject Shop, Pertama Kompleks KL...kekeke


12)-Is someone on ur mind right now?
::~ Biarlah rahsia....kekeke


13)-Who was the last person who text?(tag) u?.
::~ Adik manis si MATABULAT....adik kesayangan aku tau...kekeke


14)-10 lucky person to do this tag?
::~ Buat masa ini aku tak bernapsu nak tag saper2...hehehe...bukan apa, aku ni baik ati. Taknak bebankan diorang dengan tag ni....diorang memang dah sedia banyak kerja nak buat...hehhehe


Jenuh jugak yer nak menyiapkan tagged dak bulat ni...tapi aku dah berjaya...kekeke...kepada Matabulat, kak ara mintak mahap sebab lambat menjawab tag ekau ni sebab kemalasan melanda jiwa raga...tapi dah disempurnakan...hehehhe....

***********************************************************************

TAGGED KuIna Lady In Red


Setelah aku menyelak banyak pages, akhirnya aku jumpa. Punyalah payah nak cari, maklumlah entry tu dah berabad tapi aku baru nak buat. Sekali lagi Ara mintak mahap yer KuIna...huhuhu. Tapi Ara tengah laksanakan nih....tengah buat...tengah taip yer...ahakssss....


‘3 sebab kenapa aku berblog‘….. ‘why i blog?’


Payah jugak nak jawab nih. Tapi aku jawab jugaklah yer mengikut apa yang aku rasa mengikut kepentingan peribadi diri Arapink...kuikuikui....


1. Sebagai Teman

::~ Pelik tak jawapan aku? sebab sebelum aku menjadi blogger separauh tegar sekarang ( akan menjadi tegar tak lama lagi ) kehkehkeh....aku sangat sunyi. Maklumlah, bersendirian tanpa teman...huhuhu...tapi sejak aku berblog, aku tak sunyi lagi dan aku mempunyai ramai kawan dikalangan teman-teman di Mangga Online dan teman-teman blogger di Malaysia... Paling aku gembira sebab sejak aku berblog ni, aku mempunyai teman yang menetap di luar negara. Sesungguhnya aku amat teruja setiap kali melihat blog mereka yang menceritakan tentang pengalaman hidup di perantauan dan mereka selalu juga menjengah blog aku...sebab itu aku berblog....


2. Tempat Meluahkan Rasa...

::~ Sejak aku berblog, ada sesuatu laman yang aku pasti akan kunjungi setiap masa. Kalau dulu berpeluang di pejabat sahaja ( tapi banyak ya amat dugaan di situ yang membuatkan aku bosan ) tapi kini aku pasti berblog di rumah yang tak ada saper pun nak halang. Kehidupan memang banyak dugaan dan masalah, tidak semua diceritakan di dalam blog, perlu tapisan dari Finas jugekkk...hehhe...sekurang-kurangnya aku boleh bercerita kepada semua rutin harian atau apa sahaja yang menarik yang boleh dikongsi bersama...sebab itu aku berblog...


3. Manfaat...

::~ Di blog juga aku dapat banyak manfaat yang berguna dari cerita kawan-kawan sekalian. Boleh gelak sama-sama, boleh nangis sama-sama, boleh bergurau sama-sama dan boleh kongsi resepi sama-sama...kekeke...nak pulak bulan puasa ni kan....sebab itu aku berblog...


So...Kuina sila pasang cctv kat umah Ara ni yer....highlight kat tajuk entery kali nih...kekeke...maaf lambat menjawab tapi Ara janji nak jawab dan terlaksana juga....daaaaa


**********************************************************************************************


TAGGED Mawar_Berduri...


Ini tag terakhir yang aku akan jawab dari adik aku yang sorang nih...hehehe...eh...kenapa lak tiba-tiba semangat 31 Ogos datang nih? Rupanya tag ini berkaitan dengan Kemerdekaan...maklumlah negara kita bakal menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-52 beberapa hari lagi.........Mawar, Kak Ara jawab yer.... :-)


Erti sebuah Kemerdekaan pada diri anda?

::~ Bebas Dari Jajahan & Bebas Melakukan Apa Sahaja serta bebas berfikir dengan waras...Mungkinlah sebab aku tak dilahirkan pada zaman Tanah Melayu dijajah dulu, tapi aku cukup faham makna kemerdekaan bila mendengar dan melihat kesan-kesan sejarah dan peritnya kehidupan penduduk Tanah Melayu waktu itu. Sekalung penghargaan kepada semua yang telah bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan pada zaman itu dan diwarisi oleh kita pada waktu ini dan generasi seterusnya....


Apa yang anda buat pada Hari Merdeka?

::~ Aku tak pernah melihat perarakan Hari Kebangsaan pun. Tengok raptai penuh pernahlah, tahun lepas masa aku pegi sopingggg kat SOGO...huhuhu...tu pun tengok diorang buat raptai penuh kat Jalan Raja Laut....hehehhe...biasanya aku tengok kat TV jer lah...


Adakah anda mengibarkan Jalur Gemilang dirumah atau kenderaan anda ?

::~ Ada tapi tidak pada tahun ini. Biasanya setiap tahun ada dikibarkan...tu keje abah aku ler...tahun ni tak de....sebab puasa gamaknya, dia terlupa nak kibar...hehehe



Apa perasaan anda bila melihat Jalur Gemilang dibakar?

::~ Sedih....tidak wajar...


Lagu berunsur patriotik yang anda tahu?

::~ Tau tapi tak pasti tajuknya...huhuhu...cover line nih...kekeke


Sekian sahaja.....Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke-52....MERDEKA!



Nota Pink ::~ Pelbagai rasa semasa menyiapkan entry nih...kekekke


Menu Berbuka...

Thursday, August 27, 2009

Alhamdulillah, hari ni kita dah pun berpuasa hari ke-6. Rasa macam sekejap jer kan. Mungkin sebab faktor cuaca jugak. Kalau di Temerloh ni, cuaca tak menentu. Panas, tapi kadang-kadang hujan jugak. Tapi sepanjang 6 hari berpuasa ni cuaca tidaklah terlalu panas, kebanyakannya mendung saja.
Hari ni aku keluar ofis agak awal jugak. Jam 2.30 petang. Bukan apa, aku menemani Mdm. Sara, iaitu mak kesayangan aku ke pejabat peguam. Urusan tanah. Selesai dah pun jam 4.00 petang. Aku cakap kat Mdm. Sara, dah tak sempat nak masak banyak-banyak lauk. Aku cadangkan masak mi kari ajer....lebih cepat. Kami pun terus ke supermarket, mencari sedikit barang-barang. Hari ni panas sangat. Tekak aku ni kalau dapat air mineral sejuk alangkah bestnya...hehehe....
So....inilah menu berbuka puasa kami sekeluarga hari ini. Simple jer...tak kisah, janji kenyang :-)




Mi Kari


Cendawan Goreng




Drumet Ayamas


Karipap & Agar-agar Santan...beli jer lah...hehehe



Air Oren & Air Keladi....abang aku ler membelinya...aku tak nak,
takot kang miang keladi...kekeke
Esok aku cuti. Saja jer. Kadang-kadang bosan gak dengan suasana pejabat. Lagipun hati aku selalu melayang entah kemana bila berada di situ. Ntahlah...Masih memikir dengan cat rumah baru....hehehe....macam nak tambah-tambah lagi apa yang patut. Tapi tak minat pulak. Serabut....

Nota Pink ::~ Menu apa pulak esok yer? :-)




Anda Tidak Salah Pintu !!!

Wednesday, August 26, 2009

Ni adalah templete lama blog Arapink....

Untuk pengetahuan semua sahabat-sahabat blogger Arapink, sesungguhnya anda tidak salah pintu, atau salah parking atau salah pandang kepada tuan blog ini...Tuan blog ini sebenarnya sangat jeles kepada beberapa orang sahabat blog yang lain selepas Mamarempit menjadi cikgu tuisyen kat email mengajar cara-cara mengecat blog masing-masing. Jadi semua yang menuntut semua dah berjaya kecuali tuan blog ini yang selalu tertinggal 350 kilometes di belakang. Maklumlah tuan blog ini tersangatlah amaturnya...huhuhu...kepada cikgu baru Arapink iaitu Mamarempit, sekalung ucapan (bukan sekalung emas yer...emas mahal sekarengggg...) penghargaan Arapink ucapkan kerana memberi nota yang sangat mudah difahami...kalah pensyarah-pensyarah Arapink dulu....Dan kepada semua pengunjung Blog Arapink ini, sila tinggalkan nota anda sekiranya anda merasakan blog ini tidak santekkkkk...tuan blog akan segera memperbaiki apa yg tak lawa supaya menjadi lebih malatopsssss gitew....Thanks all....


Nota Pink ::~ Esok dah puasa ke-6....alhamdulillah.... :-)

Kenapa Dia Datang Semula???

Tuesday, August 25, 2009

Haruskah aku berpaling semula???

Macam tak percaya dia menegur aku dalam kotak chatting malam ni. Setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Sebab aku merasakan yang aku ni mengganggu rutin dia seharian. Aku juga bukan sorang yang perfect, nak faham semuanya tentang orang lain. Adakah orang lain berusaha untuk memahami aku juga? Tidak ada cacat celanya, cuma aku rasa seperti sendirian adakalanya....tapi tidak apa, semuanya tidak penting. Sebab aku tetap ada mak & family tersayang bersama.....

Nota Pink ::~ Haruskah diuji????




Tahniah Alif !!!

Monday, August 24, 2009


Firstly nak wish Congratulationsssss...kepada Alif sebab dapat kerja. Rezeki bulan puasa. Alhamdulillah. Alif ni adalah adik lelaki aku, abang kepada Fikri (si bongsu). Dia ni yang paling cool & low profile...hehehe... tadi dia dapat panggilan telefon mengatakan bahawa interview beliau pada minggu lepas berjaya. Selepas ni Alif menjawat jawatan sebagai Pelukis Pelan di OMK Consultant, Bandar Baru Bangi. Sejak dari balik kerja tadi aku tengok budak ni senyum memanjang. Bak kata Mdm. Sara, senyum sampai ke telinga...hehehe..mana tak suka, hajat hati tercapai. Dapat bekerja dalam bidang yang diminatinya. Masa study dulu aku yang pilihkan kursus ni, mengikut kecenderungan dia. Lagipun masa tu dia tak ada dirumah sebab mengikuti PLKN. So, akulah yang isikan borang untuk dia. Syukur alhamdulillah... Beliau akan mula lapor diri pada 1st september, iaitu minggu depan. Nasib baiklah 2 adik aku, iaitu abang dan kakak Alif ni bekerja di KL. Senanglah sikit nak tengok-tengokkan adiknya yang sorang ni. Bertuahlah ko Alif, tak ler lama sangat menanam anggur kat rumah. Tak dan berbuah ko dah dapat kerja...hehehe... Baguslah. Pasni kerjalah elok-elok dan bersungguh. Pepandailah jaga diri kat tempat orang. Sekali lagi aku nak pegi mengantar adik bekerja di luar Pahang. Nasib baiklah dia ni ada pengalaman tinggal jauh dengan rumah masa study dulu. Jadi kami tak ler risau sangat. Lagipun mungkin dia akan tinggal di rumah salah sorang kawan dia jugak, iaitu jiran kami...Lega sikit. Good Luck & All The Best...We Luv U :-)
Nota Pink ::~ Doakan kamu selamat sejahtera dunia & akhirat...amin


Langsir Raya...

Sunday, August 23, 2009

Raya lambat lagi, hari ni baru hari ke-2 puasa...hehehe...tapi persiapan raya pasti ramai yang dah pun buat sebelum puasa lagi. Macam tu juga dengan family aku. Bukan apa, banyak sebab kenapa kita kena buat persediaan awal nak menyambut raya. Antaranya ::~

  • Tempah baju awal sebab tukang jahit menutup tempahan sebelum puasa lagi....huhuhu...aku dah rasa macam mana sedihnya baju raya aku tahun lepas tak sempat siap...maka nya aku tak berbaju raya tahun lepas...untuk makluman!
  • Shopping sebelum puasa.....sebabnya lebih baik shopping sampai pening sebelum puasa. Kalau hausssss & lapaqqqq boleh lah pi makan. Kalau dah puasa, tak boleh makan. Nak lagi bershopping dengan membawa anak-anak...kering tekaklah jawabnya.
  • Tempahlah kuih raya lebih awal...macamlah kita ni rajin sangat kan...hehehe...macam aku. Senarai tokey-tokey kuih memang dah ada list. Setiap tokey kuih ni aku dah kenal pasti kuih apa yang sedap, sebab bukan semua kuih yg dia buat tu sedap...kehkehkeh...
  • Sila bajetkan duit raya dan perbelanjaan lain lebih awal. Memandangkan gaji beberapa hari lagi...gaji gomenlah, macam aku..gaji korang aku tataulah bilakan...ahaksss....kena lah selit-selitkan mana bajet raya yang penting dulu. Bulan depan gaji awal sebab nak raya. Kalo over bajet kang, tak makan pulak lepas raya...huhuhu...

Jadi, tips-tips yang aku bagi tadi tu boleh jugak kalau nak ikut. Sangat sesuai bagi kengkawan yang bergaji ciput macam aku ni...huhuhu. Aku pon dah buat persiapan macam apa yang aku dah tulis kat atas. Dan entry kali ni adalah antara persiapan raya yang sedang aku lakukan demi raya akan datang dan demi tak mengusutkan kepala aku....






Ini adalah langsir yang kami guna sekarang. Dah lama tak berganti langsir. Last aku jahit tahun 2006, itupun masa Kak Long aku nak kawin..haaaaa...dah 3 tahun pun. Warna coklat. Tahun ni Mdm. Sara cakap taknak warna gelap-gelap dah. Sebab rumah pun jadi gelap. Memang dari dulu kami tak pernah tempah langsir, semuanya dijahit sendiri. Sebab memikirkan kos...sebab tu langsir rumah kami sangat simple, takde nak berscallop bagai...senang nak basuh...kekeke...Dulu-dulu mak aku yang jahit, sejak sekolah menengah tugas khas ni diturunkan kepada aku. Sebab aku je yang boleh jahit lurus. Kalau Kak Long & adik perempuan aku tak jadi lurus, tapi bengkang bengkok..huhuhu...pelikk!!!






Pada akhir bulan Julai hari tu, aku berdesuppppp ke KL untuk mencari langsir raya di Nagoya Tekstile. Ni bajet gaji bulan 7 yer akak-akak sekalian...hihihi...gambar di atas tu langsir yang kami cadang nak beli, tapi meternya dah tak banyak....kensel!!!!!




"Night Curtain"


"Day Curtain"


Finally, kami decide pilih night curtain gambar atas dan day curtain yang bawah ni. Saja pilih day curtain warna putih sebab Mdm. Sara a.k.a mak kesayangan kami nak rumah terang tahun ni. Dan night curtain tu kami pilih pastel color...soft-soft gitu. Dan warna trademark aku iaitu ala-ala pink tu adalah sket...heheheh...harusss. Tema macam ala-ala Inggeris gitu...cetttt!!!





Operasi menjahit dah pun bermula sebelum puasa lagi. Jahit sikit-sikit. Maklumlah, aku ni wanita bekerjaya, masa tak banyak...hehehe...kononlah tu. Aku ni bukannya rajin sangat...hehehe. Iyalah, bila hari bekerja ni penatlah sikit. Kalau nak jahitpun ansur-ansur, tu pun weekend.



Nasib baiklah rumah aku tak banyak sangat tingkap, ada sliding door & pintu bilik. Tapi walaupun tak banyak, semua akan jadi double sebab semua double layer. Tak lama lagi siaplah. Dengan pertolongan Mdm. Sara jugak kalau aku tak sempat nak jahit. Bulan puasa ni memang banyaklah entry yang berkaitan dengan persediaan raya kan. Aku tak sabar nak tengok persiapan raya sahabat-sahabat blogger yang lain....

Nota Pink ::~ Kak Long pulak import langsir umah dia...adussss....

Oh Sahur...

Saturday, August 22, 2009

SAHUR...


Besar fadilatnya kepada sesiapa yang bersahur. Tapi masalahnyaaaa.....aku jarang bangun sahur. Mungkin pahala sahur tu aku dapat sikit.....bukan aku malas tapi aku mendapati bahawa apabila aku sahur, pada siang harinya aku makin lesu dan haus. Tapi bila aku tak bangun sahur, ok pulak. Pelik betul. Macam tu lah setiap kali Ramadhan tiba. Berbelah bahagi darab campur tolak pulak aku memikir tentang nak bersahur ni. Sekarang tak pe lah aku dok dengan mak, nanti dah kawen macam manalah. Tapi tu bukan masalah besar. Ini hanyalah secebis selingan cerita tentang aku. Dari sekolah lagi memang dah macam ni. Jadi, terbawak-bawak ke alam pekerjaan pula. Kepada sesiapa yang bakal menjadi suamiku kelak, janganlah anda merasa hairan jika isterimu ini tidak menjamah makanan apabila menemani anda bersahur..... bukan on diet okeisss... tak sesuaiiiii!!!!!........tapi itulah hakikatnya. Anda seharusnya mengambil langkah yang bijak iaitu memujuk isterimu ini makan ketika sahur. Huuuuu...kekwatnyerrrr ayat...hahaha...Tak tahulah macam mana pulak Ramadhan kali ini. Adakah sama atau sebaliknya? Akan diberitahu di akhir Ramadhan nanti dengan next entry :-)

Nota Pink ::~ Akan ku cuba :-)


Hari Terakhir Sya'ban...

Friday, August 21, 2009



Ramadhan datang lagi. Jadi sebelum berpuasa esok, aku pun rasa macam banyak benar program siang tadi. Banyak gambar-gambar mengikut kejadian yer tuan-tuan dan puan-puan...hehehe





Aku pernahlah berniat dalam hati kalo aku dapat lesen "P" nanti, mau jugak buat pulut kuning nak jamu kawan-kawan di pejabat dan kawan-kawan yang lain. Aku pun bagi tau mak dan kami pun mulalah membeli bahan-bahan untuk Pulut Kuning & Rendang Ayam Mdm. Sara...psttt...Cik Sara tu mak aku...hehhe!!!!





Terima kasih kepada Mdm. Sara kerana sudi mensponsor Tupperware kesayangannya...Sambil memberikan pesanan penaja "Jangan lupa bawak balik Tupperware mak. Jangan tak balik dah semuanya"...huhuhu...aku akur sahaja...kekeke...Ni lah deretan Tupperware yang akan diisi dengan pulut kuning nanti. Malam semalam aku dengan mak dah start meribut kat dapur masak rendang. Dan kul 6 pagi pintu bilik aku dah digegarrrrrr oleh Mdm. Sara....huhuhu...Operasi mengukus pulut juga berjalan. Dan siap pada waktu yang telah ditetapkan...





Ni lah Tupperware Mdm. Sara yang telah diisi dengan hidangan pagi ni. Sambil aku bersiap-siap nak pergi kerja. Sambil memunggah barang-barang ni kedalam kereta, abah aku iaitu En.Ali sound direct "Nak berbuka puasa kat mana tu?"...huh...aku buat tak reti jer...hehehe...Sempat singgah kat rumah Mira menghantar pulut ni untuk dia sekeluarga, dan terus ke pejabat. Ni lah hidangan kenduri kami pagi ni.













Dan hari ni jugak kami ada sesi fotografi untuk kad hari raya ofis kami. So...semuanya ceria-ceria jer. Macam-macam gelagatlah masing-masing...




Memperkenalkan semua staf di ofis aku. Dari kiri bertudung pink tu bos no 1 aku, teruna sorang tu bos no 2 aku, dan kami bertiga sebagai supporters...hihihi



Pada tengaharinya pulak kami plan satu jamuan kecit...sempena menyambut puasa kan. Semua bawak menu masing-masing. Ada yang bawak gulai tempoyak ikan patin + batang keladi, ayam masak merah, tomyam, buah-buah, puding , muffin dan lain-lain. Bahagian aku mudah jer, bawak nasi putih, sambal belacan dan ulam timun...made from Mdm. Sara...Luv u mak...muahhh!!!!





Marvelesss tak muffin coklat Cik Sue? muahahaha...aku bedal 3 cups...hehehe...syutttt..jangan bagi tau Cik Sue tau. Bukan hape, sedap weh. Nak lagi masih panasssss, terbaik dari oven...kekeke...tak sedor je mencekik sampai 3....huahuahua...




My termossss Terminator Salvation bisik-bisik nak bergambar dengan muffin Sue gebussss...hehhe...aku layankan ajer...janji bahagia ye tak. Jap lagi dah masuk perot aku kan...hehehe...esok dah puasa :-)




Masing-masing kusyuk layan menu yang terhidang. Perut lak lapar sebab makan dah jam 2 petang. Semua makan tak berbunyi....sedap sangat...hehehe





Bos no 2 aku yang sedikit ting tong...hahahaha....jantan soranglah katakan, gelagat lak banyak. Kalau tak ada sunyi pulak. Dah ada ni layankan ajer...hehehe




Ni lah aktiviti aku sepanjang hari-hari terakhir Sya'ban ini. Ramadhan bakal menjelma beberapa jam lagi. Nak prepare pulak menu untuk sahur. Esok Temerloh Imsak 5.40 pagi dan berbuka pada jam 7.21 petang. Sekalung penghargaan kepada my lovely mum, Mdm. Sara yang menyediakan semuanya untuk hari ni...I Love You Mak.....

Selamat Berpuasa Untuk Semua...


Nota Pink ::~ Jarang bangun sahur....

Salam Ramadan...

Thursday, August 20, 2009



Alhamdulillah...Ramadan yang kita semua rindui datang lagi...Bulan yang mulia dan bulan yang penuh dengan keberkatan. Dikesempatan ini, Ara ingin mengucapkan ::~

"SELAMAT BERPUASA
KEPADA
SEMUA SAHABAT BLOGGER
ARAPINK"


Semoga Dengan Kedatangan Bulan Yang Mulia Ini
Memberi Seribu Keinsafan & Keberkatan Yang Berganda
Kepada Kita Semua.....InsyaAllah




Nota Pink ::~ tak sabar nak puasa :)



Minggu Terakhir Sya'ban Part 2

Monday, August 17, 2009

Selepas menyelesaikan semua yang ada atas meja tu tadi...hehehe...kami pon bersiap-siap nak ke Kuantan. Ingat nak mencari laut...maklumlah sini tak de laut....Lagipun nak melayan si tembam tu, adik bongsu kesayangan aku nak mandi laut. Memang dah macam tu dia ni...sesekali mesti bawak dia mandi laut....


Ni lah adik bongsu kesayangan aku, Fikri dan Kak Long aku. Comeyyy tak kakak aku? kekekek... Kakak lagi kecit dari adik....adiknyer semua kembang-kembang...huhuhu...tak pe, tak pe...sebelum pegi harussss lah berposing dulu...kat muka pintu pun tak pe :-)




Percaya kan????? Kakak lebih kecit. Aku yang kembang...tak pe, tak pe....janji aku bahagia. Kalo orang tak suka, ada aku kesah? cak..cak...cak...cak...uishhh, jauhkan lah....hehhehe...kang jd si laser lak aku.




Dalam perjalanan, kami melalui satu tempat yang akan aku terjah nanti. Bukit Gambang Water Park...taman tema baru...





Ni lah tempatnya. Ini adalah gambar curi yang aku snap...kekeke...nak masuk kang kene bayar. Dan sini juga bukan tujuan utama kami...Kami nak pi mandi ke tempat yang semulajadi, yang tak berbayar...kekekek...kami pun lalu je lah. Sayonara.....




Ni masa makan-makan kat Taman Gelora...bergelora hati aku suker hati sebab kena angin laut masa makan....lepas makan aku pon pegi lah window soping ke Alamoda & Ariani. Tak hingat lak nak snap gambor..tengok harga tudung mahal-mahal...naik juling biji mata aku...wahahaha...



Dah petang sket kami pon bergerak ke Cherating. Menuju ke Impiana Resort Cherating. Ni bukan tempat untuk budak-budak ni nak mandi tapi saja nak melepak-lepak je. Lagipun masa tu awal lagi nak mandi, panas air laut tu...








Pantai di sini sangat cantik. Elok terjaga. Maklumlah resort kan, ramai pelancong. Pelancong berbayar, kami ni pelancong tak bayar...hehehhe....saja melepak di sini. Tu nampak tak? Si Bongsu dating ngan mak aku. Manjer giler ngan mak aku....


Sempat lagi berposing-posing. Tak semua mengikut....cuma berlima sahaja...maklumlah masing-masing ada komitmen lain...abah aku pon tak ikot...rehat kat rumah ajer :-)





Kalau sahabat blog aku, Kak Iina ( Aku & Glasgow ) tulis nama atas snow, aku tulis nama atas pasir...hehehe...maklumlah kat sini tak de snow, pasir banyak ler...tak kisah. Janji ada yer...hehee...kene snap cepat-cepat bimbang hilang dibawa ombak...

Ni lah aktiviti kami di minggu terakhir Sya'ban. Semua tak sabar nak menunggu bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak beberapa hari lagi...Kita semua merindui kedatangannya kembali.





Nota Pink ::~ Maaf Cun, tak inform ke Kuantan :-)