Showing posts with label ::~ blog. Show all posts
Showing posts with label ::~ blog. Show all posts

Blog Buka Semula....

Monday, August 22, 2011

Salam Ramadhan untuk semua.

Cuba tengok entry dibawah tu....bila tarikh last???....lama kan. Sebenarnya Ara dah buat keputusan untuk aktifkan semula blog ni. Sayang sebenarnya. Dah buat blog baru pun masih tak sama dengan blog ni sebab ada sentimental value nya. Blog ni lah tempat Ara belajar macam mana jadi blogger.

Dengan blog ni jugak Ara dapat ramai kawan yang setia hingga ke hari ini, dan banyak lah kenangannya. Cuma sekarang Ara dok fikir macam mana nak bawak semua cerita-cerita
di blog lama ke dalam blog ni. Boleh tak nak copy paste macam tu je?...hehehhee....kena cari guru neh...mamarempit nih....hahahha

Entry ni macam takde feel lah sbb dah lama tak nulis. Lagi takde feel bila takde gambar nak taruk....hehehhe....

Jadi kepada semua kawan-kawan blogger Ara, i'm back :-)

Blog Baru..

Wednesday, March 16, 2011

Salam semua

sesiapa yang sudi silalah menjengah ke blog ara yang baru ye. Saje suker-suker nak buat. Blog itu masih kosong, masih tak de aksesori lagi...hehhehe. Tapi lama-lama nanti meriah lah....



http://arapinkenbab.blogspot.com/


Nota Pink ::~ Menghitung hari-hari yang mendebarkan Ara....

Anda Tidak Salah Pintu !!!

Wednesday, August 26, 2009

Ni adalah templete lama blog Arapink....

Untuk pengetahuan semua sahabat-sahabat blogger Arapink, sesungguhnya anda tidak salah pintu, atau salah parking atau salah pandang kepada tuan blog ini...Tuan blog ini sebenarnya sangat jeles kepada beberapa orang sahabat blog yang lain selepas Mamarempit menjadi cikgu tuisyen kat email mengajar cara-cara mengecat blog masing-masing. Jadi semua yang menuntut semua dah berjaya kecuali tuan blog ini yang selalu tertinggal 350 kilometes di belakang. Maklumlah tuan blog ini tersangatlah amaturnya...huhuhu...kepada cikgu baru Arapink iaitu Mamarempit, sekalung ucapan (bukan sekalung emas yer...emas mahal sekarengggg...) penghargaan Arapink ucapkan kerana memberi nota yang sangat mudah difahami...kalah pensyarah-pensyarah Arapink dulu....Dan kepada semua pengunjung Blog Arapink ini, sila tinggalkan nota anda sekiranya anda merasakan blog ini tidak santekkkkk...tuan blog akan segera memperbaiki apa yg tak lawa supaya menjadi lebih malatopsssss gitew....Thanks all....


Nota Pink ::~ Esok dah puasa ke-6....alhamdulillah.... :-)