Motivasi Diri...

Friday, October 30, 2009



Salam Jumaat kepada semua sahabat blog Arapink. Seperti biasa, cuaca syahdu pagi ni. Sebab malam tadi hujan lagi, alhamdulillah. Semalam sibuk sikit. Sebab jabatan aku adalah AJK Pameran bagi Seminar Pembangunan Keluarga Perdana Daerah Temerloh 2009. Seminar ni anjuran Puspanita Daerah Temerloh, tapi tugas-tugas dibahagikan untuk beberapa agensi. Setelah hampir seminggu jugak sibuk dengan persiapan, mengesahkan kehadiran para pemamer di ruang lobi Dewan, alhamdulillah semua berjalan lancar. Dalam masa yang sama aku ni jugak macam tourist guide...huhuhu...menunjuk arah hotel melalui telefon kepada beberapa pemamer yang datang dari luar Temerloh.

Yang specialnya, Puspanita menjemput pakar motivasi negara, iaitu Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Dengan bayaran RM10, maka berduyun-duyunlah orang datang. Rugi kalau dilepaskan peluang ni kan. Bukan senang nak dengar ceramah motivasi secara live ni. Nak lagi dari Datuk Fadzilah ni. Aku pun excited sebenarnya.



Ini suasana di lobi dewan sebelum majlis bermula. Majoriti yang hadir adalah kaum pompuan. Maklumlah Datuk Fadzilah Kamsah ni ada daya penarik yang tersendiri...heheheh...masing-masing baju macam datin-datin belaka.....syok aku tengok. Dengan tudung ekin lah, tudung siti lah, batik sutera, shiffon, visscose (betul ke ejaan aku nih? paham-paham jer lah yer), macam-macamlah. Aku ni tengok jer lah...sebab hanya berbatik sutera aje...maklumlah hari Khamis kan.



Suasana dalam dewan. Mase ni jam 8.15 pagi. Pepagi buta dewan dah hampir penuh...haihhh... Semangat betui yer. Makin hampir masa seminar, makin ramai dan kerusi terpaksa ditambah. Dikhabarkan peserta hampir 800 orang...meriah sungguh. Dewan ni belakang pejabat aku jer, so tak lah susah nak pegi, jalan kaki ajer. Sebenarnya aku tak mendaftar pun, tak bayar pun, tapi aku masuk jer...muehehehe....jangan marah. Kedudukannya di belakang lah, dekat pintu, tapi tak pe lah, alhamdulillah. janji aku nampak muka datuk dan dengar suara dia dengan clear...hehehe...semalam ingat nak bawak Mdm. Sara, tapi ada pulak Cik Wani ngan Fahmi. So...terlepaslah peluang mak kesayangan hamba.



Itulah dia...pakar motivasi kita. Aku dapat zoom dari jauh jer lah...huhuhu...sedang bersoal jawab dengan peserta. Semalam, banyak sungguh ilmu yang aku dapat. Yang bestnya, semalam datuk tanya, dalam dewan tu sape yang belum kawin. Dia cakap dia nak doakan moga cepat kawin. Aku pun angkatlah tangan...ada beberapa orang lagi, tapi tak ramai...selamba jer...hehehehe... Walaupun aku hanya berpeluang mendengar 2 slot ceramah sahaja, selepas rehat ada satu lagi, tapi aku terpaksa menjaga ofis after lunch, aku bersyukur, banyak ilmu yang aku dapat. Apa lagi, malam tadi aku pun berceritalah dengan mak apa yang aku dapat...hehehe...memanjangkan ilmu.
Ini baru satu seminar, ada 2-3 lagi seminar dan kursus yang aku kena selesaikan untuk tempoh 2 bulan ni, sehingga hujung tahun. Jadual memang padat. Aktiviti nak melepaskan rindu dengan Mangolian mungkin aku tak dapat nak joint. Memandangkan tarikh yang dijadualkan itu sama dengan salah satu program aku. Harap tok penghulu MO tak marah yer...huhuhu...mungkin akan berjumpa dilain mase. Macam tu jugak semua serikandi MO, maafkan Arapink....
Nota Pink ::~ To En.Bab, happy holiday to Vietnam...

Reda Sikit Perasaan...

Wednesday, October 28, 2009


Assalamualaikum semua....silau tak? Lagi elok matahari bercahaya kan, sekurang-kurangnya memberi kita semangat untuk teruskan kehidupan ni. Tapi kejadian ada sinar ni semalam, hari ni tak tahu lagi. Kalau tengok cuaca kat luar tu, sangatlah mendungnya. Malam tadipun hujan lebat sangat. Aku tidor dengan jayanya...hehehehe...
Kejadian yang ada sinar tu bukan cuaca sebenarnya, tapi keadaan di kantor ini. Semalam nampak ada perubahan kerja. Nampaklah kejadian-kejadian seindah pelangi, kejadian ada sinar yang berlaku (walaupun......tak lah indah sangat) Terima kasih kepada kepala kantor....
Tapi sinar tu semalam tak lama, selepas jam 2.00 petang, tiba-tiba cuaca jadi mendung sekejap. Kebetulan ada makhluk asing datang, aku pulak ada hal yang tak dapat dielakkan, gagal nak menghadirkan diri tepat pada waktunya, sok sek sok sek lah, apa lagi. Tu lah, kalau nak kena kan, sedangkan aku ni bukan jenis sebegitu, kebetulan nak dijadikan cerita jer semalam, yang selalu terbabas tu yang selamat dengan jayanya di sini....Lantaklah, malas nak fikir. Kadang-kadang yang bagus tu pun bukan bagus sangat sebenarnya....
Eh, you all faham ke apa aku tulis ni? Kalau tak faham, bawak-bawaklah faham yer...heheheh. Untuk hari ini tak tahulah macam mana cuacanya. Sebab masih pagi, dan cuaca kat luar sangatlah mendung. Entah-entah cuaca dalam kantor ni pun mendung jugak....mana tau kan. Selagi mampu bertahan, aku cuba dan teruskan. Tapi selama ni pun tak tahan jugak tapi aku masih tak ada peluang dan nak tak nak, lalui jugak.
Semua dah datang, aku nak stop sini dulu.....
Nota Pink :: Sabar....

Macam-Macam Perasaan Part 2...

Monday, October 26, 2009

Gambar meja aku ni ada kena mengena dengan tajuk entry

Macam-macam perasaan ini masih bersarang di hati. Hari ni aku cuti tapi sekarang aku terpacak di pejabat....macam mana tu? Terpaksa. Sebab aku rase untuk program jabatan akan datang hanya ku berdua ngan bos aku jer yang kerja dalam ofis ni. Sebab tu aku terpaksa datang... Kerja ramai-ramai tapi penat sorang-sorang. Best sangat macam tu kalo you all nak tau...

Nota Pink ::~ Sakitnya....



Macam-Macam Perasaan...

Friday, October 23, 2009

Kan best jadi baby, takde masalah pun...




Sepanjang minggu ni aku emmang malas nak menulis dalam blog ni. Bukan tak nak tapi kerja berlambak. Bosan, geram, benci pun ada. Macam-macam lah yang aku tengah rasa nih. Hati ni nak bercerita dengan semua, tapi mungkin juga yang berkenaan akan curi-curi membaca tulisan aku ni. Aku ni jenis yang menjaga jugak hati orang, tapi hati aku???....sape nak jaga???....


Semua yang aku rasa ni tak ada kaitan dengan family aku, tapi semuanya berlaku di tempat aku mencari rezeki. Aku tataulah ada atau tidak keikhlasan bekerja (sometimes) sebab bila bekerja dan bercampur dengan rasa sakit hati, you all tau lah macam mana kan? kata-kata hati pasti laju macam mechine gun...


You all pernah dengar tentang "cakap tak serupa bikin" kan? Sakitnya kalau dapat seiring sejalan dengan manusia macam ni. Rasa macam kena sebat jer....cewahhhh...Kartika pun tengah menunggu yer...huhuhu... Rasa macam kena sebat di hati. Kalau ada manusia macam ni dalam satu kerja kumpulan, alamatnya...makan hatilah yang lain-lain tu. Cakap memang senang, tapi adakah nak melaksanakannya semudah 1, 2, 3? or A,B,C? Kalau dah takde pengalaman, jangan cakap banyak. Belajar dan mendengar dari orang yang lebih pengalamannya walaupun pangkat dan darjat tidak sama...tak salah merendahkan sedikit martabat diri hanya untuk menimba ilmu. Dalam diri kita seharusnya ada sikap profesional, barulah orang respect kita kan. Kalau dah takde semua tu, sape nak respect? Kadang-kadang ada tugasan yang kita memerlukan masa yang cepat, tak boleh nak dilengah-lengahkan. Lebih-lebih lagi kerja yang melibatkan sistem jabatan. Bimbang bila key in nanti, sistem reject pulak. Tapi..............ko tak leh ke buat kerja laju sikit???!!!!!!!!!!....aku macam pak pacak menunggu semua tu? Aduiiiii...tolonglah. Berhentilah dari bercakap yang entah apa-apa like rubbish tuh! Baik ko segerakan kerja hanya tak sampai sebelah tangan failnya...aku bukannya duduk di sini goyang kaki sambil baca paper aje. Banyak lagi kerja yang aku perlu buat dalam masa terdekat ni...


Bulan depan ada program, aku dah mula mengelupor dalam minggu ni. Kadang-kadang tak terkejar. Ingatkan bolehlah nak settle apa yang patut cepat, tapi nampak gayanya tak dapat. You all rasa, boleh tak kalau aku nak cakap "Anda settlekanlah semuanya. Saya tak tau nak menjawab andai perkara berbangkit timbul"...boleh tak? Manakan aku ni tak menjeruk rasa! Yang ada disekeliling pun sama jer...ermm...Tapi nak buat macam mana, ni lah nasib seorang "kuli" macam aku. Nak tak nak, buat jugaklah...ringan sikit beban rasanya sebab ada yang memahami di sini...


Nasib baiklah aku ada tempat mengadu semua hal...Terima kasih mak. Dari dulu tak pernah jemu mendengar luahan hati anakmu ini. Kalau mak tak ada, pada sapa nak diluahkan rasa hati ini?





Nota Pink ::~ Oh Tuhan, berikanlah aku kesabaran....




Undangan Perkahwinan...

Monday, October 19, 2009

Sekarang dah masuk musim orang kawin. Orang yang kawin, bukan aku....huhuhu...jadinya banyaklah undangan yang aku terima. Salah satunya adalah dari sahabat alam maya (Yahoo Messenger). Aku tak pernah jumpa dia. Dah 5 tahun bersahabat dari jauh. Dia guna nick Apple Hijau. Atas kekeliruan, dan salah orang, akhirnya kedua-dua Apple Hijau ni jadi sahabat baik aku....hehehhe....nak kawin pun dalam bulan yang sama...kebetulan sangat.







Ni lah dia Kad Undangan Perkahwinan yang sangat comel. Ilustrasi kartun di depannya...jarang sekali kad undangan tertera gambar animasi...





Tapi itulah...jauh sangat. Cuke....mintak maaf...Nani rase tak dapat datang kahwin Cuke. Sebab Ahad tu ada program jabatan. Dulu-dulu berangan bukan main lagi nak pi Tanah Merah naik keretapi, tapi....uwaaaaa....


Tengok petanya, kreatif sangat. Garenti tak sesat...hehehe.


Ni lah dia sahabat alam maya aku, Cuke @ Apple Hijau....bersama tunangan tersayang, Yon Chan. Ucapan untuk Cuke :

SELAMAT PENGANTIN BARU

CUKE & YON CHAN

SEMOGA KEKAL BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT BERSAMA....

Nani tak dapat hadir. Jangan lupa upload gambar kawin banyak-banyak tau kat blog cuke. Nani sabar menanti nih. Lepas ni doakan Nani pulak ye Cuke. InsyaAllah jumpa gak nanti kat Bangi.......huhuhu...tapi bila? Tungguuuuu......

Nota Pink ::~ Hadiah Cuke Nani pos yer... :-)

Rumah Bersawang...

Friday, October 16, 2009

Salam Jumaat untuk semua....





Rasanya dah lama benor...bukan rasa tapi memang yer, dah lama ya amat aku tak menyapu sawang dalam rumah aku ni...Maklumlah, keghairahan nak berblog belum menebal lagi gara-gara demam, sakit, demam, dan sakit lagi yang aku alami menjangkau 3 fasa...huhuhu...seksa sungguh rasanya...tapi aku tetap bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh-Nya pada aku...Alhamdulillah. Dan 2-3 hari ni kesihatan aku makin baik dan dah mula bekerja. Tapi selera makan masih tak tentu hala lagi. Jamuan raya merata-rata aku pandang ajer. Lebih takut nak tengok lemang, dan rendang-rendang...takut dengan panahan angin yg aku alami dalam tempoh 3 fasa itu...






Ni lah klinik aku menempel dan buat muka seposen sebab nak ambik ubat. Aku bukan suke sangat datang sini, lebih-lebih lagi aku ni manusia yang paling payah nak telan ubat....Tapi disebabkan ni adalah klinik panel aku, nak pulak tahap keadaan wang yang kian tipis, aku datang jugak...hehehe






"Setiap Penyakit Ada Ubatnya"...ni lah ayat yang menyejukkan hati setiap patients yang datang ke sini. Aku pun sejuk gak hati tengok ayat ni...huhuhu...






Ni lah benda yang sangat aku kehendaki berbanding ubat-ubatan tu. Tapi kan doktor ni kedekut tau. bagi MC sehari jer, sedangkan sakit aku ni banyak fasa. Jadi...nak memendekkan cerita, bila MC habis, aku tawaf lagi semua klinik panel yang ada...dan Surat Cuti pun berkeping-keping. Sebab aku memang tak larat nak pergi kerja...Minggu yang sungguh menyiksakan....
Nota Pink ::~ Alhamdulillah....dah sihat


Salam Dari Tuan Rumah....

Friday, October 9, 2009



IC....U tak de lagi...nasib baik....alhamdulillah

Doakan kesihatan tuan rumah yer

Terima Kasih....

Nota Pink ::~ Uhuk....demam, batuk, demam, selsema, batuk lagi....

Nasi Ayam Feveret...

Friday, October 2, 2009


Tak habis-habis pasal makan yer. Nak buat macam mana, tu lah kerjanya kita ni. Mana yang sedap, makan banyak, mana yang tak sedap, makan sikit kan....

Baru kejap abah aku datang ke ofis. Mengantar makanan untuk aku. Abah aku memang faham citarasa anaknya...hehehhe....dia membelikan anaknya yg kembang ni "nasi ayam" dari kedai feveret aku iaitu Restoran Happy Fried Chicken. Terima kasih abah, sayanggggg abah... :-) sebab ofis aku ni jauh dari kedai makan. Sebab tu aku jarang lunch....huhuhu....

Aku ni penggemar nasi ayam. Mana aku pegi kebiasaannya aku oder nasi ayam. Tapi...dalam banyak-banyak nasi ayam yang aku makan, seluruh semenanjung Malaysia, kecuali Sabah & Sarawak aku tak jejak lagi, tak ada nasi ayam yang boleh lawan rasa nasi ayam restoran ni. Mungkin sebab aku dah makan dah lama, sejak sekolah lagi, boleh jadi jemu kan, tapi nasi ayam yang ini aku tak pernah jemu....huhuhu.....makan hari-hari pun takpe. Bagi aku kelazatannya terletak pada nasinya. Memang sedaplah....dah makan beberapa jam pun, rasa nasi tu masih melekat kat tekak...heheheh....macam tu ugak sambalnya, the best!!!!!

Tapi yang paling penting, aku sudah dapat resepinya...muahahaha...dan aku selalu masak kat rumah. Memang sedap. Kalau Cik Wani makan, dia tak makan dengan ayam, tapi dia makan nasi kosong sahaja, sebab dia cakap nasi tu memang sedap.

So...kepada sesiapa yang berkunjung ke Temerloh, selain gerai Pak Usop untuk rasa ikan patin kat tepi sungai Pahang tu, carilah nasi ayam ni...heheheh...pomot lebih nampak???...pssstttt...auntie, jangan lupa bagi diskaun tau kalo saya datang beli... hehehe

Nota Pink ::~ Percayalah cakap koi...hehehe

Baju Korporat Ikan...

Thursday, October 1, 2009

Tak lah best sangat entry ni, tapi macam tak de dah benda nak tulis dlm blog aku ni. Sebelum bersawang, aku publish je lah apa-apa kan. Mood raya masih menebal ni. Tapi makin nipis sebab selepas ni aku banyak kerja dan akan demam lagi. Ada Karnival Jualan Mega, program jabatan. Esok dah mula jadi lipas kudung...huhuhu
Malam tadi, sedang mengemas baju-baju dalam almari, mata tertarik kepada salah satu baju korporat yang aku dapat sepanjang perkhidmatan di sini. Baju ni tahun lepas aku dapat, semasa Majlis Penjenamaan Semula Pusat Giatmara Temerloh. Walaupun aku bukan staf Giatmara, tapi kami dah biasa "kerjasama" macam Wonderpet tu. Disebabkan kerjasama itu, aku pun dapat ler sehelai pemberian Pengurus Giatmara itu yang ensem lagi bergaya, dan ada sedikit ala-ala mereng, ngam giler ngan aku...pssttt...nasib baik dah kawen, kalo tidak.....muahahaha...anda fikirkanlah sendiri yer...






Ni lah bajunya, yang tersadai kat katil aku ni. Aku pakai sekali jer masa hari kejadian. Tapi saiz macam tak cukup inci jer, maklumlah aku ni kan kembang...huhuhu....tarik napas ah aku pakai... Rasa macam nak pengsan pun ada...hehehe...




Baju ni sama macam baju korporat-korporat yang lain, biasa je. Tapi meh kita zoom in dekat sket kat lengan baju ni......




Nampak tak makhluk itu????....kali pertama baju korporat yang ada gambar ikan....hehehe...
Bukan apa, semasa program tu, pentadbiran daerah dah mula mengarahkan semua jabatan-jabatan di daerah Temerloh menampilkan "Ikan Patin" sebagai salah satu icon yang ada pada baju rasmi jabatan sebab ikan ni trademark daerah Temerloh. Kekdahnya....terselitlah sekor ikan kat baju ni....Di lengan sebelah kanan baju. Rupa ikan patin ni macam cacat jer aku tengok. Macam Kasim Selamat pun ada, tak de mata sebelah...hehehe...sian ikan tu...

Nota Pink ::~ Kalau Daerah Maran, adakah baju-baju korporatnya tersulam ayam kampung? muehehehe