Hari Terakhir Sya'ban...

Friday, August 21, 2009



Ramadhan datang lagi. Jadi sebelum berpuasa esok, aku pun rasa macam banyak benar program siang tadi. Banyak gambar-gambar mengikut kejadian yer tuan-tuan dan puan-puan...hehehe





Aku pernahlah berniat dalam hati kalo aku dapat lesen "P" nanti, mau jugak buat pulut kuning nak jamu kawan-kawan di pejabat dan kawan-kawan yang lain. Aku pun bagi tau mak dan kami pun mulalah membeli bahan-bahan untuk Pulut Kuning & Rendang Ayam Mdm. Sara...psttt...Cik Sara tu mak aku...hehhe!!!!





Terima kasih kepada Mdm. Sara kerana sudi mensponsor Tupperware kesayangannya...Sambil memberikan pesanan penaja "Jangan lupa bawak balik Tupperware mak. Jangan tak balik dah semuanya"...huhuhu...aku akur sahaja...kekeke...Ni lah deretan Tupperware yang akan diisi dengan pulut kuning nanti. Malam semalam aku dengan mak dah start meribut kat dapur masak rendang. Dan kul 6 pagi pintu bilik aku dah digegarrrrrr oleh Mdm. Sara....huhuhu...Operasi mengukus pulut juga berjalan. Dan siap pada waktu yang telah ditetapkan...





Ni lah Tupperware Mdm. Sara yang telah diisi dengan hidangan pagi ni. Sambil aku bersiap-siap nak pergi kerja. Sambil memunggah barang-barang ni kedalam kereta, abah aku iaitu En.Ali sound direct "Nak berbuka puasa kat mana tu?"...huh...aku buat tak reti jer...hehehe...Sempat singgah kat rumah Mira menghantar pulut ni untuk dia sekeluarga, dan terus ke pejabat. Ni lah hidangan kenduri kami pagi ni.













Dan hari ni jugak kami ada sesi fotografi untuk kad hari raya ofis kami. So...semuanya ceria-ceria jer. Macam-macam gelagatlah masing-masing...




Memperkenalkan semua staf di ofis aku. Dari kiri bertudung pink tu bos no 1 aku, teruna sorang tu bos no 2 aku, dan kami bertiga sebagai supporters...hihihi



Pada tengaharinya pulak kami plan satu jamuan kecit...sempena menyambut puasa kan. Semua bawak menu masing-masing. Ada yang bawak gulai tempoyak ikan patin + batang keladi, ayam masak merah, tomyam, buah-buah, puding , muffin dan lain-lain. Bahagian aku mudah jer, bawak nasi putih, sambal belacan dan ulam timun...made from Mdm. Sara...Luv u mak...muahhh!!!!





Marvelesss tak muffin coklat Cik Sue? muahahaha...aku bedal 3 cups...hehehe...syutttt..jangan bagi tau Cik Sue tau. Bukan hape, sedap weh. Nak lagi masih panasssss, terbaik dari oven...kekeke...tak sedor je mencekik sampai 3....huahuahua...




My termossss Terminator Salvation bisik-bisik nak bergambar dengan muffin Sue gebussss...hehhe...aku layankan ajer...janji bahagia ye tak. Jap lagi dah masuk perot aku kan...hehehe...esok dah puasa :-)




Masing-masing kusyuk layan menu yang terhidang. Perut lak lapar sebab makan dah jam 2 petang. Semua makan tak berbunyi....sedap sangat...hehehe





Bos no 2 aku yang sedikit ting tong...hahahaha....jantan soranglah katakan, gelagat lak banyak. Kalau tak ada sunyi pulak. Dah ada ni layankan ajer...hehehe




Ni lah aktiviti aku sepanjang hari-hari terakhir Sya'ban ini. Ramadhan bakal menjelma beberapa jam lagi. Nak prepare pulak menu untuk sahur. Esok Temerloh Imsak 5.40 pagi dan berbuka pada jam 7.21 petang. Sekalung penghargaan kepada my lovely mum, Mdm. Sara yang menyediakan semuanya untuk hari ni...I Love You Mak.....

Selamat Berpuasa Untuk Semua...


Nota Pink ::~ Jarang bangun sahur....

10 comments:

Anonymous said...

Amboi tarmos
Transformer tuuu....pandai pulak dia nak bergambo dgn cik muffin erk??
heheheh......

Mana gambo utk kada raya nyer??? yg berlima tu ker??

Unknown said...

kat smai xdak ka kak?

arapink said...

To kak jaja ::~ Ha ah, tarmosss pon gatai skrg...tapi tuannya tak gatai tau...hahaha...

ha ah kak, yang berlima tuh...lantaklah, janji ada :-)

arapink said...

To Noor ::~ Noor ni smai ka? Awat hang ni manyak nama? huhuhu....

Anonymous said...

bab mkn ni la aku xleh thn.. tp puasa leh thn tau.. slmat bpuasa

arapink said...

noor 2 smai la kak..tp smai xtau la mcm mn leh tukaq lak nama 2

manusia biasa said...

noor 2 smai la kak ara..sapa lg

arapink said...

hahaha...tau dah :-)

AinDayana said...

araaaaaa..bos jantan tuh encemmmmm..keh,keh...ko nih kan ara..makannnnnnnnnnnnn sesaje...ish,ish...

arapink said...

kak enie...kalo encem nak ke?

orang makan takkan ara nak tengok jer???