Bahagianya....

Wednesday, August 5, 2009




Sejak akhir tahun 2008, till now kerja aku tidaklah begitu banyak, sejak itu aku mula berjinak-jinak dengan arena blogger, macam-macam hal yang baru aku dah lalui. Pahit, manis, tawar, masin dan kelat aku dah rasa. Yang manis adalah aku telah mempunyai ramai teman-teman baru dari seluruh negara, paling manis adalah aku adalah sebahagian daripada Komuniti Mangga Online. Kenangan 6 Jun 2009 masih segar dalam ingatan. Rasa bertuah sangat sebab ramai sebenarnya yang sudi berkawan dengan aku. Dalam apa jua keadaan, gembira, sedih, susah, senang aku boleh berkongsi dengan mereka. Kami seperti sudah lama kenal. Walaupun sebelum ini kami hanya berhubung di alam maya sahaja, bila dah jumpa kami makin rapat...TQ MO....

Yang pahitnya, sejak Februari aku sedikit lalai melayari internet yang sebelum ini tidak ada di pejabat. Ibarat seperti tabiat lama datang kembali, walaupun dalam masa yang sama aku tetap melakukan kerja-kerja rutinku setiap hari. Mungkin ada yang tidak senang melihat aku di desktop sahaja tanpa meribut macam selalunya sejak aku mula bekerja di sini tiga tahun lalu. Mungkin aku merasakan tempoh itu aku mempunyai masa yang lebih untuk diriku sendiri. Aku akan jadikan itu sebagai pedoman dan iktibar. Dalam saat-saat sukar itu, berperang dengan perasaaan sendiri dan tekanan, kawan-kawanku di MO setia di sisi menemani. Memahami situasi yang melanda aku, ada yang selalu bagi support. Bahagianya ada mereka...
Sejak aku berjinak-jinak dengan alam blogger, aku rasa bahagia sangat walau pada hakikatnya tidaklah bahagia sangat. Aku masih sendirian. Tapi tak pe lah...sekurang-kurangnya aku ramai kawan yang sentiasa berhubung setiap masa. Komen-komen kalian yang menceriakan aku setiap hari. Sekarang baru aku tau betapa luasnya dunia ni. Betapa ramainya orang-orang yang baik di luar sana yang sudi jadi kawan aku. Impian satu hari nanti, agar dapat jumpa dengan sahabat-sahabat bloggerku dan keluarga ku di MO lagi...bestnya...
Hari-hariku sekarang sangat indah untuk dikenang. Kadang-kadang aku boleh tersenyum sendiri bila mengingatkan perbualan atau mesej yang dihantar oleh kawan-kawanku sekalian. Semoga kita akan terus bersahabat dan menjadi keluarga yang besar....Kepada semua komuniti MO, terima kasih kerana menerima kehadiran "Arapink" bersama kalian....pasti selepas ini jika ada peluang kita akan mencipta lebih banyak lagi kenangan manis bersama-sama yea...InsyaAllah...
Nota Pink ::~ Rasa diri dihargai.... :-)

9 comments:

~PakKaramu~ said...

Pak Karamu menziarahi orang Pahang

arapink said...

Selamat datang Pak Karamu ke blog Ara :-)

manusia biasa said...

salam kak ara..smai sayang kak..g 1 adk nk ckp,,bkn sng nk cr kwn yg blh ketawa n nages sama²...dlm 100 mgkn 3 ja blh jmp..

ieda Harun said...

i'allah apa yg terjalin antara kita semua bekekalan hingga akhir hayat...

arapink said...

To smai ::~ akak pon syg awk. belum tentu jumpa 3 org...1 pon payah...huhuhu

To Kak Cute ::~ ara sayang akak sgt. insyaAllah, harap begitulah. walau dimana pon kita, apa pun yg jd, harap berkekalan....

Kak Lia said...

moh kite together gather lagik nk??? moh ke johor plak weh

arapink said...

Nakkkkkkk...mama tunggu tau.

kita tunggu H1N1 ni reda dulu k. pastu kita gather lagik...

adianiez AIDA said...

gitu juga la dari aida, tq sebab ara sudi jengah blog and jadi kan aida kawan secara tak langsung.

aida pun mcm ara. tak sangka dgn blogging ni dpt byk kawan. byk pengalaman di kongsi. ilmu di kongsi. idea di kongsi.

insya'Allah ada rezeki, kita jumpa.

arapink said...

yer aida...rupanya ramai yang akan datng menjadi kawan kita yer...

kalo ada rezeki mana tau ada blogger yg rajin wat gathering, leh ah kita nyelit...kekeke