Salam Ramadhan...

Tuesday, August 10, 2010

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita semua...kembali tiba dan semua pasti tidak sabar untuk melaluinya dengan penuh ketakwaan.

Dikesempatan ini Ara ingin "MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA DIBULAN MULIA INI KITA LEBIH DIBERKATI DAN SEGALA AMALAN DITERIMA OLEH-NYA"

Ini merupakan Ramadhan pertama aku jauh dari family. Rasa lain macam sikit. Dulu masa muda-muda pernah tapi dah lama lah. Dah tua ni, baru ni lah jauh dari family tersayang. Tapi takpe, saban minggu aku tetap akan pulang berbuka puasa dengan mak abah di Temerloh.....


Nota Pink ::~ Tak sabar nak puasa :-)



Telah Dicuri... :-)

Thursday, August 5, 2010

Aku masih berfikir harus ke aku post entry ni? Macam over tak? Takpe lah...dah terlanjur menulis kan....hehehhe

Kisahnya pada 31hb Julai 2010 (Sabtu) lepas kami sekeluarga mengadakan kenduri doa selamat sebab kakak sulong aku mengandung nak masuk 8 bulan. Berdoa semoga semuanya selamat...





Tapi kenapa ada cincin ini? Apa kaitannya dengan kenduri doa selamat? Dan sebenarnya bukanlah aku nak menunjuk2 kat sini tapi saja suke-suke nak kongsi cerita dengan sahabat blog Ara di sini. Hope anda semua gembira sama macam Ara jugak. Masa dok plan-plan nak buat kenduri doa selamat, umi si dia cakap nak datang merisik. Mungkin jodoh aku sudah sampai. Bincang punya bincang, kami setuju lah buat sekali dalam satu majlis. Selepas selesai majlis doa selamat belah paginya majlis merisik pulak...




Memandangkan ni hanya majlis merisik, jadi tak perlulah aku nak berpakaian ala-ala pengantin gitu dan tiada lah barang-barang hantaran. Tapi aku tetap menyediakan buah tangan untuk keluarga si dia bawa pulang. Cupcakes di atas & sepasang kain baju melayu. Gambarnya aku lupa nak snap...huhuhu...bukan tak nak amabik tapi aku sibuk sangat. Nak bungkus pun dah tengah malam buta. Orang semua tido, tapi aku macam tikus dok godek macam-macam...hehehe



Ini pulak cenderahati untuk tetamu pada hari itu. Abah berhajat nak bagi Surah Yasin pada tetamu, so aku pun dok fikir macam mana nak bungkus Surah Yasin ni. Fikir yang simple-simple aje. Aku beli bekas kek, sapu tangan dan riben...inilah hasilnya. Ramai yang cakap simple but nice...hahahah...suker hati org puji ;-) kami siapkan tak banyak...lagipun ni hanya majlis kecil-kecilan sahaja. Dan untuk budak-budak pula kami hanya belikan lolipop sahaja...simple :-)



Aku tak mengundang ramai orang cuma sedara-mara terdekat sahaja. Kawan rapat pun tak diundang...hanya yang seorang ini aje aku jemput, Shima dan ibunya :-) Tq sudi hadir.








Mula aku tak nak post entry tentang ini, tapi bila aku fikir masak-masak aku buatlah entry ni. Sebagai kenangan rentetan peristiwa hubungan ini bermula ke langkah seterusnya. Nanti pasti aku akan paparkan persediaan perkahwinan kami...insyaAllah kalau ada jodoh...hingga majlisnya. Biar jadi kenangan bagi diri aku sendiri. Dan aku tak akan lupa mengundang sahabat blog semua...jangan risau...hehehhe.

Doakan yang terbaik untuk ARA ye kalian semua :-)



Nota Pink ::~ Mula penin mikir persiapan...hehehe