Tagged J@j@ / Bini TR....

Thursday, July 30, 2009



Haloooo...rasanya dah lama aku tidak dihinggapi oleh mana-mana paparazi @ blogger-blogger tegar mintak menjawab tag. Agaknye memasing bizi lah tu...


Tapi tetiba terkezut gak lah ada yg menyampaikan pesanan penaja suruh menjawab tagged beliaw..tak lain tak bukan adalah kak jaja ku....

Nilah jawapan aku untuk nyawaku yang satu ini...henpon....


1- Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?


::~ henpon ni aku beli pada tarikh 02/02/2007...lama dah. Aku ni payah nak tukar-tukar henpon nih, maklumlah....mahal...ni jer yg aku mampu guna...alhamdulillah...


::~ Ni ler henpon aku...... tadaaaaaa.....







2- Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?


"Tokidoki Theme"
Mahap....gambar pecah
::~ Aku tak tau lah kenapa aku pilih theme ni.....cuba korang tengok spender pompuan tu nampak kan? huhuhu....sedikit sensor di situ....kekeke...tapi aku masih tidak menukarnya. Mungkin kerana warna trademark ku iaitu pink melatari wallpaper ini...

3- Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?

::~ Tak pasti tapi baru-baru ini aku mengecek list nombor yang ada hampir 500 contact. Maklum jaman sekarang ni sorang je dah 2-3 henpon...untuk makwe lah, untuk bisnes lah, macam-macam. Aku spesis malas nak delete nombor orang. Melainkan kalo umat tu menyakitkan hati aku dan tanpa prasangka, aku mengnyahkan nombor itooo...padan muka kauuuu!!!!!



4- Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?



::~ Ada 40 semuanya....termasuklah dia "My Boo"....seseorang yang tidak bisa aku miliki...huhuhu

5-Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?


::~ Sebelum buah hati aku yang satu ini, sejak tahun 2000 aku dah guna 8 jenis henpon...setakat ni aku tak pernah hilang henpon...alhamdulillah.

::~ Aku penah beli henpon guna duit PTPTN dulu...wakakakaka...nekad jer aku pi beli kat Pertama Kompleks dulu...rasenya tahun 2004. Jangan bagi taw orang-orang kat Wisma Chase taw...syutttt...kang tak pasai-pasai aku tak lepas nak makan angin naik flight macam Faizal Tahir...kekeke....Yang lain-lain tu aku telah disponsor oleh sugar daddy ku iaitu "abah" aku...hehehe...

::~ Cuma 2 henpon kebelakangan ni je yang aku beli pakai modal sendiri...cam siot jer kan...ehekkk


6- Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?

::~ Aku sebenarnya dah berjuta-juta kali tukar nombor henpon...

  • Celcom
  • Maxis
  • Celcom
  • Maxis
  • Digi
  • Maxis sampai hari ni...dan nombor sekarang telah dibelikan oleh "My Boo" di Bangi. Sampai hari ni lah aku guna. Aku pun sekarang guna Celcom sebab adik-adik aku, kawan-kawan ramai jugak yang guna Celcom.......akak ni kan pengasih orangnyer...kekeke

::~ Yang aku paling suker Maxis ni "line clear" dan ada SOS Topup...tengah-tengah SMS memalam buta tetiba kedit yilek, aku pon dapat ah nyawa sket....i liokeeeeeee...kekekeke


7-Nada dering yang anda gunakan?



Ni ha lagu dari makcik sorang ni, yang baru kene penampor ngan pakwe dia, si Rihanna...
"Take A Bow"...sebab aku rase ni je bunyi yang aku alert sket..yang lain-lain tu kalo letak, bunyi pon aku tak sedar...huhuhu...mula lah orang marah ye dak...hehhehe


8-Senarai top 5 yang anda selalu msg?


Pada mase ni lah.....esok lusa tak tau lg

  1. Apple Hijau ::~ my best fren
  2. Lovely's Poyo ::~ adik lelaki aku
  3. Lovely's TiQ ::~ adik pompuan aku
  4. Syukri ::~ orang minyak....tettt!!!!!...ahaksss
  5. Kak Ida@cutecda ::~ kakak alam maya ku

9-Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?

::~ Yang pasti, aku tidak mempunyai orang itu....cuma orang-orang yang aku sayang iaitu mak, abah & adik beradik ku dimulai dengan nama "Lovely ****** "

10- Orang yang nak di tag?

::~ Aku pun nak bagi 5 jer lah buleh???....

  1. U-neey
  2. Sue @ Ela
  3. Okliz
  4. Lenggang @ Kak Enie
  5. Cecilia

T.A.M.A.T




Nota Pink ::~ Kak Jaja, Ara dah jawab...heheh..harap berpuas hati :-)









Sarapan Di Mana????

Wednesday, July 29, 2009

Salam Rabu semua....laparlah pulak...hehehe....pagi ni belom sarapan lagi...aku tatau nak makan apa lagi pepagi gini. Dulu aku bukan jenis yang bersarapan, samada di rumah mahupun di pejabat. Dah terbiasa sejak sekolah lagi macam tu. Tapi semenjak dua menjak nih, aku dah terbiasa pulak sarapan di pejabat. Bila jam 8.30 tu mula lah perut aku nih mcm sengal jer. Nak pulak sekarang ni kat ofis aku macam dah jadi tradisi sarapan bersama-sama. Macam kenduri....Sanggup pergi ke mana-mana saja dalam bandar Temerloh ni nak cari tempat baru. Yang banyak pilihan makanan, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, sambal kerang, rendang ayam, laksa, mi kari...adoiii...macam-macamlah...Semua kami sapu bersih...kekeke....







Teringat Ahad lepas, tinggal di Temerloh tapi sarapan di Tasik Titiwangsa, KL...hehehe, orang sibuk lalu lalang jogging, kami mengisi perot. Orang pandang-pandang, kami wat tatau jer...hehehe. Menunya simple jer...ayam goreng, sambal udang & nasi putih, kami bawak dari Temerloh. Maklumlah adik-adik aku 2 orang ni memang nak masakan mak jugak walaupun simple. Semua makan dengan kusyuknya. Lepas tu barulah kami ke Nagoya Textile mencari langsir untuk hari raya nanti.... :-)
Nota Pink ::~ Lunch di mana pulak yer?

Yasmin In Memories...

Monday, July 27, 2009






Negara dikejutkan dengan perginya Pengarah Filem/Iklan yang sangat berbakat, Allahyarham Yasmin Ahmad kerana serangan angin ahmar. Banyak filem-filem beliau yang dah pun kita tengok seperti Sepet, Mukhsin, Gubra, Telentime, Mualaf. Macam tu jugak iklan-iklan Petronas saban tahun setiap kali menjelang Aidilfitri dan juga Hari Kemerdekaan negara kita. Setiap tahun kita menantikan apakah mesej Yasmin Ahmad pada tahun ini. Yang pasti mesej yang disampaikan sangat menyentuh hati dan ada juga yang mampu mengalirkan air mata penonton. Yang istimewanya, setiap hasil karya beliau pasti akan menyelitkan elemen-elemen kebudayaan dan perpaduan negara yang sangat tebal. Aku pernah bertemu allahyarham pada tahun 2002, kalau tak silapnya. Pada Adwave 2002 di Universiti Sains Malaysia, Penang. Waktu itu beliau dijemput memberi taklimat berkenaan dunia pengiklanan di Malaysia. Rambut bersanggul, berkebaya putih, berkain batik, sungguh ayu sekali. Memberikan taklimat dalam susun atur kata yang sangat menarik...menayangkan semula hasil karya beliau dibawah label Leo Burnet, iklan-iklan hari raya, ulangtahun kemerdekaan, dan semua perayaan yang ada di Malaysia. Seluruh dewan diam dan menghayati apa yang disampaikan. Tayangan iklan-iklan tersebut mampu membuatkan kami ketawa apabila melihat iklan Hari Raya memarut kelapa dalam hujan dan memakai topi keledar, dan ada yang terdiam sebab terlalu mnenghayati. Beliau amat dikagumi oleh peminat-peminat seni. Adakalanya hasil kerja beliau dikontrovesikan oleh sesetengah pihak. Maklumlah, isu perkauman merupakan isu sensitif di negara ini jika ia disensitifkan. Tapi beliau tidak putus asa dan masih memperjuangkan usaha beliau. Adakah hari mendatang kita akan menonton lagi iklan-iklan sebegini? Harapan agar ada penyambung generasi yang akan datang mampu menyambung usaha beliau dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum seperti apa yang telah diperjuangkan beliau sebelum ini.



video

video

video

Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang Yang Beriman

AL-FATIHAH

Nota Pink ::~ Yang hidup pasti mati...dan ntah bila tiba saat kita pula....

Topeng Free...

Sunday, July 26, 2009

Salam semua.....

Esok aku dengan mak nak ke KL...kami naik bas jer. Adik-adikku yang 2 orang tu menunggu di sana....Bila terbaca paper aku sangat bimbang tentang penularan wabak H1N1 di Malaysia sekarang. Lepas tu aku pun saja-saja call Kak Liza (Ibu Wani & Fahmi) tanya pasal mask yg staf hospital pakai tu...sebab dia nurse...wahhhh...mengambil kesempatan sungguh aku yea...wawawaw....aku pun main SMS dengan Kak Liza. Saja-sajalah wat tanyakan. kekeke...aku cakap nak pakai dalam bas...apa nak kata bila dia balik kerja, dia membawa 2 kotak mask. Terkezutttt aku...hehehhe....satu jenis yang boleh diiikat belakang dan satu jenis lagi yang bergetah sangkut ditelinga. Dalam tiap-tiap kotak tu ada 100 pcs...hambekkk kau...kekeke...hari ni dapat dua kotak mask free....boleh lah nak pakai utk seisi keluarga, stok sampai 3 tahun lagi...hahahaha....boleh lah abah aku pakai nak pi mana-mana...dia mudah sangat dijangkiti selsema....anyway..........TQ Kak Liza...muahhh
Nota Pink ::~ Benarkah aku memakainya nanti? hehehe...

Ara Ada Butik????

Thursday, July 23, 2009

Korang nampak tak apa yang aku nampak?????




Kalau korang jadi aku, apa yang korang rase??? Huhuhuhu.....terkezutttt influenza aku. Masa masuk kedai depan ni aku tak perasan lagi tapi bila siap-siap bayar barang, melangkah keluar je aku terpandang terus. Ya ampunnn.....benarkah???....Dalam hati ni cakap sampai hatinya orang tu buat nama butik dia cam nama aku...huhuhu....Beginilah nasib hidup ku yang malang...Ohhh Tuhann...tak boleh nak bersenang lenang....aku terfikir, kalaulah aku banyak duit, dah tentu perniagaan tu milik aku. Tak ada siapa pun yang akan memperdagangkan nama "ARA" itu sebelum aku...tapi nak buat macam mana....aku tak mampu lagi nak membuka perniagaan sebegitu rupa buat masa ini. TAPIIIIII........satu hari nanti aku pasti akan ada perniagaan sendiri dan ada produk-produk dibawah label "ARAPINK"...insyaAllah...jika Allah memurahkan rezeki ku.......butik ni terletak di kawasan premis perniagaan baru, butik ni belum siap sepenuhnya, tengah renovate....nanti aku post entry bila kedai tu dah siap...nak skodeng apa yang ada dalam "Butik Ara" tuh....huhuhu....




Nota Pink ::~ sengal....

Istak...

Wednesday, July 22, 2009

Aku tatau nak terangkan apa pasal air ni. Kenalan aku, dak Along @ Najmi datang ke ofis membawa 3 botol air ni yang bernama "Istak". Dia ada dah hint kat aku beberapa hari sebelum tu tapi aku macam buat tatau jer...selepas beberapa hari Along datang ke ofis dan bagi aku benda alah ni. "First Impression" aku adalah macam botol arak...huhuhu...berkali-kali aku tanya Along boleh minum ke air ni...Dia meyakinkan aku air ni "HALAL" yang dilahirkan di Iran. Salah satu produk terbaru negara Timur Tengah itu. Bila dah dapat tu, dalam 3 perasa, Peach, Pear & Tropical, aku tak terus minum.....aku bawak balik rumah. Tapi tak ada orang nak minum...cam takot jer...hehehe...pasti aku bawak ke ofis semula. Pi mai pi mai je lah 3 botol beradik nih...oittt...bahase apa aku pakai ni???...hahahha....aku peram kat dalam peti ais ofis pulak.

Sebenarnya air ni didatangkan dalam banyak perasa tapi aku hanya mendapat 3 jenis sahaja...Tester kata dak Along...hehehe....dia nak jadi pembekal kat Malaysia nih. Bagus Along...hope success.... ;-)






Maka setelah beberapa minggu aku tapakan air nih, terlintaslah nak membukanya. Officemate aku pun dok ngadap botol nih, termassuklah bos aku...hehehe....bila tuang je berbuih-buih...eeeiiii...takot. Dalam frezer ada sedikit ais, aku pun campurlah dengan Istak yang memang dah sedia sejuk membatu....Mula-mula musykil tengok packaging macam ara...jiwa sekali lagi musykil bila melihat buih-buih yang macam ala-ala air laut tu...huuuuu.....yang sedap hatinya pada label di botol tu ada tanda "HALAL"...air ni berbau wangi dan warnanya menyerupai Jus Apple (Peel Fresh) tu. Rasa pun boleh tahan. Tapi kami kongsilah sikit-sikit sorang. Takot nak minum banyak-banyak....hehehehe....

Kepada anda sekalian bolehlah cuba....kalo tak jumpa cari sila hubungi Arapink okeh. Nanti nak tanya harga dulu. Dah ada harga aku akan post entry terbaru kat kedai aku...semua boleh tengok ok...URL ada kat sebelah umah ni jer......Selamat Mencuba...

Nota Pink ::~ Tak dapat pergi Iran, atau pakwe warga Iran, takpe..dapat minum kordial imported from Iran pon bolehlah...kekekeke

Layan Lagu Lara...

Tuesday, July 21, 2009

video

Layan je lah bait-bait lagu ni yer....

Nota Pink ::~ Rase mcm dibawak angin jer.....

Apa Masalahnya???

Monday, July 20, 2009

Kenapa Yer?????

Gambar ada kene-mengena yer...
Macam mana nak cakap yer? Macam mana nak explainkan apa yang jadi? Saya tau saya ni sensitip tapi kenapa nak buat saya makin sensitip? Tolonglah jelaskan apa yang berlaku sebenarnya. Saya bukan boleh jadi invisible women pun, boleh bertenggek kat tepi, bleh tengok apa yang jadi...mana nak tau kalau tak diberitahu. Bosannya hari-hari penuh dengan emosi...walaupun saya cuba nak kontrol. Takpelah, mungkin tak boleh nak pergi jauh sangat...disekitar sini je lah. Semoga sentiasa sihat dan gembira dengan apa yang akan dilakukan dan sedang dilakukan sekarang...saya masih seperti dulu...


Nota Pink ::~ Thinking Of You...

Cinta....

Wednesday, July 15, 2009




"Aku tak percaya cinta...
Aku tak percaya cinta...
Aku tak percaya C.I.N.T.A"
Nyanyian gedikssss Liyana Jasmay
Payah jugak nak bercinta ye. Kalau tengok kawan-kawan aku yang dah ada pasangan, nampak macam mudah jer. Tapi tak tau lah sebaliknya....Aku ada melaluinya jugak...payah ya amat. Beberapa bulan lepas, aku ada mengikut sahabat baik aku ke majlis perkahwinan kawan sepejabatnya. Tak kena jemput aku pegi jugaklah sebab nak meneman dak Apple nih. Bila sampai di dewan, tempat majlis berlangsung, aku macam kenal je pengantin perempuan tu. Rupanya budak tu satu sekolah ngan aku dulu. Dalam hati aku "Kawin dah budak nih"...
Ramailah kawan-kawan pengantin perempuan yang datang dari KL belaka. Seronok tengok diorang, dalam sibuk-sibuk menjamu selera, diorang ambik kesempatan mengedarkan kad jemputan kawin diorang pulak...Apple bercerita selepas itu, saban minggu ada sahaja kawan sepejabatnya melangsungkan perkahwinan...melihatkan diorang, aku terfikir...nampak macam mudah je bercinta kan?
Ntahlah...aku rasa bukan senang nak buat orang suka pada kita. Jodoh ditangan Tuhan..kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan segalanya. Kalau kita suka orang tapi orang tak suka kita payah jugakkan....hati lelaki susah nak diramal. Betul tak?
Tapi kalau kita sebagai wanita ni yang mulakan dulu dalam semua hal payah jugak kan..nampak macam kita lak yang gedik-gedikssss....hahahah....tidakkkkk. Tapi aku tengok zaman sekarang macam kena ada je gediksss tu sket kan. Kalo takde, macam takde can je nak dapat pakwe...huhuhu...
Whatever....yang pasti lirik kat atas tu bagi aku 50 ~ 50 lah...percaya ada, tak percaya pun ada...mana-manalah. Kepada anda yang sedang bercinta, selamat berbahagia. Dan kepada sesiapa yang tak hiraukan cinta yang ada didepan mata, sila ambik perhatian. Sesungguhnya anda adalah manusia yang sangat rugi...Hargailah peluang itu....
Nota Pink ::~ Rase nak dok atas bukit sambil menikmati keindahan alam & tenangkan perasaan....

Esplanade Temerloh...

Tuesday, July 14, 2009

Memandangkan rumah aku ni dah bersawang, jadi hari ni aku memeriahkan lah sikit dengan entry..sian umah aku nih...kene tinggal. Tuan umah lak tak de peluang nak jenguk-jenguk...hehehe....kene cepat ni....mermaid on the way ke sini...uwaaaaa..suh basuh pinggan!!!!

Ok, kali ni aku nak cerita tentang sedikit apa yang ada di bandar Temerloh ni. Takde yang istimewa sangat selain ikan patin, tapi kat Esplanade Temerloh yang dibina dipinggir Sungai Pahang, betul-betul ditepi kuala sungai yang menghubungkan antara Sungai Pahang (belah kanan) dan Sungai Semantan (belah kiri)....Yang malangnya Esplanade ni selalu tenggelam tiap kali air sungai Pahang naik....dan terpaksa dibersihkan semula....macam tu lah.





Ni adalah papan tanda.....mercu Temerloh yang dipasang di seberang sungai. Bila malam sangat cantik sebab berlampu...besar ya amat benda nih...hehehe






Itulah jambatan Sultan Haji Ahmad Shah. Setiap hari pegi balik aku lalu jambatan tu...kalo jambatan tu runtuh, alamatnya aku bercuti lah...kekekeke...

Ni yang aku nak citer nih....ada satu yang best disini. Ada pengangkutan tradisional bagi penduduk sekitar tebing Sungai Pahang ni. Diorang ke bandar Temerloh menaiki bot. Dan tempat diorang naik tu dinamakan "penambang". Aku masa kecik-kecik dulu selalu gak lah naik...nak merasa....hehehe....Dulu seingat aku, tambang 30 sen jer. Sekarang aku tanya budak-budak yang naik bot kat penambang ni tambang dah pun RM1.00. Masa dah berlalu jauh....

Kepada korang yang teringin nak merasa naik bot panjang ala-ala kat Kuala Sungai Tembeling, Taman Negara tu, bolehlah datang sini. Diorang ni ada perkhidmatan untuk bawak ronda-ronda Sungai Pahang. Memang best sangat. Lelaki yang berbaju putih bersama isteri dan dua orang anak mereka ni pun tak melepaskan peluang bawak anak-anak merasa naik bot. Aku kurang pasti berapa bayarannya.

Anda akan dibawa ronda-ronda sekitar Sungai Pahang. Tetapi tidaklah terlalu jauh sebab Sungai Pahang ni sangat luas. Jadi untuk anak-anak yang nak merasa tu boleh lah. Setiap tahun ada acara berakit dari Temerloh mudik ke Pekan. Dah pun menjadi acara tahunan daerah Temerloh. Biasanya yang datang menrasmikan adalah Yang Ke Bawah Duli Sultan Pahang. Sangat meriah acara itu. Memandangkan acara tu dah lepas baru-baru ni, tahun depanlah aku post entry kemeriahan berakit tu yer...hehehhee

Opsttt...Cik Wani menyelit...nangis-nangis petang tu nak naik bot. Aku tak bawak sebab malas ah..tanpa kebenaran mak bapak dia. Aku cakap lain kali ajak abah ngan ibu naik...heheheh...

Lambang Ikan Patin dijadikan hiasan lantai Esplanade Temerloh yang menjadi trademark Temerloh iaitu Bandar Ikan Patin....
Selamat Datang Ke Temerloh
Nota Pink ::~ Best woooo naik bot...heheheh

Selamat Bertunang Mira...

Kemalasan melanda lagi....bukan malas tapi aku bizi ya amat....bizi yang saje dibuat, bizi ngan bisnes ye jugak...cewahhhh...hehehhe...Sabtu lepas aku pegi majlis bertunang my fren merangkap tukang jahit peribadi aku...hehehe....Korang layan ah gambor-gambor ni yer....


Meriahnya majlis ko ye Mira...hehehe..kedua-dua belah keluarga sedang dok berbincang-bincang hal yang sepatutnya.....


Alahaiii...manisnya...

Bakal mak mertua menyarungkan cincin bertunang..tanda ikatan...

Aku ngan adik perempuan aku sakan dok menyelit...hehehhe

Inilah semua hantaran....yang hijau kotak-kotak tu dari belah lelaki. Yang bunga-bunga peach tu dari pihak perempuan. Untuk makluman, itu adalah hasil kerja tangan aku bersama Mira....kekekek

Sekian....Kita tunggu entry Mira kawin tahun depan...kekekke

Nota Pink ::~ Bilakah tiba saat aku pula?????

Aktiviti Jumaat...

Tuesday, July 7, 2009

Disebabkan kamalasan melanda jiwa raga rotan nih, hal-hal yang berabad pon baru ni nak puslish...hehehe...jangan marah haaa.....Jemaat lepas, rehat lunch lak lama, 12.15 - 2.45 petang. aku lak dapat tempahan untuk menginai orang nak kawen. Tapi kali ni aku tak buat disebabkan kemalasan itu tadi...huhuhu...nasib baik my best fren, Eja ado balik dari Putrajaya (dia nih cikgu aku bab melukis inai nih)...aku pun bagilah lah kat dia...hehehe...macehhh Jatet...kekkeke...
Aku nih kalo ada org nak inai, kedai pengantin yang biasa berurusan ngan aku tu akan contact lah aku....bukan selalu..bila tiba musim kawin je lah. Tangan bos kesayangan aku pon aku inaikan dulu mase dia kawen....tetttt!!!!!...aku rase tak semua orang boleh lukis macam ni kan? hehhehe....adehhh..ayat cam siot jerrr...
Inai yang Eja guna ni dari Mekah...mak dia baru balik umrah...mak dia borong sebakul inai...hehehe...yang ni tak tahan lama merahnya..kalo esok nak nikah, malam sebelum tu boleh inai...sebab cepat merah. Tapi ada satu jenis lagi inai dalam tiup tu, boleh tahan seminggu....2 hari sebelum kawen dah boleh inai....sebab tahan lama...aku tak berapa suker sket inai2 ni sebab lambat siap...hehehe....tapi disebabkan orang bayar, aku pon buat je lah...janji masyukkkk.....



Hamboi Cik Ja...tekun ngat aok yak...hehehe


Design mengikut kehendak pelanggan


Dah nak siap tu...hehhee



Untuk sape-sape yang belom kawen tu terutama sekali Okliz, Smai, Aspalela & Matabulat...bolehlah Arapink buatkan yer...hehehehe...tapi tangan sendiri sapa nak buatkan nanti?????.........sila jawab!



Nota Pink ::~ Tangan koi yang merah dok inai orang....hehehhe

Kemalasan Melanda Jiwa...

Monday, July 6, 2009



Nak tolong pon tak boleh...kemalasan melanda jiwa raga rotan aku nih....(bak kata cuke...uhuksss) ...tak tau nak cakap macam manalah...apa yang aku fikirkan sekarang...dengan kesihatan yang tidak begitu meriah....perasaan bosan tahap transformers....dikelilingi orang-orang yang juga membosankan aku...kat satu tempat je lah...bila keluar dari satu tempat itu, aku tenang. Lebih bahagia bila bersama family aku....adoiiiiiaiiii....nak berblogger pon tak kuasa....kedai aku pon dah lama tak bukak...tokey merundum nih...huhuhuhu...harap tak berpanjangan...huhuhu
Bosan...bosan...bosan...


Nota Pink ::~ Kemana harus ku lari????....

Gud Luck Makwe Koi....

Wednesday, July 1, 2009



Best Wishes.....



GOOD LUCK



&



ALL THE BEST




TO YOU




OKLIZ....




"Hebat tak kita 2 berdua pose liz????...hahahha"
Nota Pink ::~ Aok jangan luper mesej koi...ada mase kita jumpa...aok banje koi yak...hehehe...take care liz kat tempat baru....

Qistina & Taman Haiwannya...

Ralitnya Qis main dengan taman bear tu ye....Kak De rindu kat Qis. Dah dapat adik ye....Kak De tak tengok lagi adik Qis....nanti Qis datang rumah mak ye. Nanti Kak De belikan coklat untuk Qis ye....

Serius nampak...hehhehe



Qis jeling sape????



Hamboi.....bz nyer die :-)



Buai laju-laju...sampai Disneyland...hahaha


Jangan cabut buai tu Qis






Comelnya kamuuuu.....





Nak susu ker???


Tekun betul dak Qis nih....



Merry Go Round!!!!!




Qis akhirnya senyum jugak walaupun gusi bengkak ye.....sayang Qistina Amalin


Hehehehe.....




Nota Pink ::~ Tak sabar nak bersua dengan Qistina Aisyah Putri ;-)