Permohonan Ke MRSM...

Friday, August 14, 2009



Salam semua....selamat malam. Macam boring jer malam ni, Tapi yang bestnya esok cuti...hehehe...so malam ni tak yah lah nak tido awal sangat. Bolehlah aku berjalan-jalan sampai ke UK menemui kawan-kawan bloggerku....bahagiaaaa....hehehe...tapi rasa macam mata aku dah ketat jer...mengantuk sudehhh...

Sebelum mata aku ni terus terpejam dan tak dapat nak disekat-sekat lagi, aku nak menyampaikan tentang satu perkara. Tak begitu penting tapi bernas untuk disebarkan kepada saudara mara dan handai taulan...

" Hai orang-orang kampung....dengar ini cerita "...cewahhhh, macam Penglipurlara pulak ye ;-)

Beberapa minggu lalu aku diberi taklimat oleh bos aku tentang kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA atau singkatannya yang lebih glemer iaitu MRSM. Aku percaya ramai yang menanti perkabaran berkaitan hal ini. Aku bukan sesiapapun, cuma salah seorang yang bertanggung jawab saban tahun bagi memudahkan urusan pembelian borang-borang kemasukan MRSM bagi penduduk didaerah Temerloh dan kawasan yang sewaktu dengannya...kekke...

Mulai tahun 2009, iaitu bagi kemasukan ke MRSM pada tahun 2010, semua permohonan hendaklah dibuat melalui sistem online. Tidak lagi melalui borang seperti sebelum ini. Bila tiba masa penjualan borang ini, aku memang penat. Maklumlah ibu bapa berpusu-pusu datang..ala-ala rombongan Cik Senah pun ada, habis kaum kerabat dan penduduk kampung diorang bawak...huhuhu...beli borang satu jer...adehhh...layankan jugaklah....macam-macam karenah yang aku lalui setiap hari....dasatttt....


Kemasukan adalah kepada pelajar-pelajar PMR 2009 bagi kemasukan ke Tingkatan 4 sesi 2010 dan juga kemasukan ke Tingkatan 1 bagi calon-calon UPSR 2009.
1. Kekdahnya...bagi calon-calon PMR 2009, mereka bolehlah memohon dengan menggunakan Slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tapi korang kena tunggu iklan yang akan disiarkan di akhbar dulu. Biasanya iklannya hari Ahad. Dah kuar iklan tu barulah boleh datang ke Pejabat MARA Daerah berhampiran bagi mendapatkan nombor pin untuk memohon masuk ke MRSM tahun depan. Nombor pin tersebut adalah FREEEEEE!!!!!!!!!!!...penting tu...kekeke....datang ke Pejabat MARA dengan membawa ::~
  1. Slip Keputusan Pertengahan 2009
  2. Kad Pengenalan Pelajar
  3. Mesti Sains & Matematik mendapat "A"....minimum 6A 2B.

Selepas tu pemohon boleh membuat permohonan melalui online dengan menggunakan nombor pin tadi. Adalah dimaklumkan, setiap permohonan yang layak, diorang akan menjalani satu ujian yang dinamakan UKKM (Ujian Kelayakan Kemasukan) di pusat-pusat ujian iaitu di MRSM diseluruh Malaysia...psttt...aku merasalah jadi Pengawas UKKM dua kali...hehehe...selalunya dalam bulan puasa...mula lah pasan diri jadi cikgu gitew...kekeke....

Diingatkan bahawa, setiap MRSM hanya menerima 300 calon pertama sahaja untuk menduduki UKKM. Jika anak-anak anda adalah calon ke 301, maka dengan sendirinya anda tak layak nak menjalankan UKKM di MRSM itu, anda terpaksa memilih MRSM yang lain pula. Itupun kalau dekat ngan rumah, kalo yg dekat-dekat semua dah penuh, alamatnya buat rombongan Cik Senah pulak lah ke MRSM yang lebih jauh....Jangan lambat-lambat yer.

2. Bagi calon UPSR 2009 pula, diorang pon boleh memohon ke Tingkatan 1 sesi 2010. Bagi tingkatan satu pulak, aku makin penin sebab terlalu ramai calon yang memohon...sampai nak bergaduh pon ada sebab tak dapat borang...huhuhu...

Sama macam Tingkatan 4 jugak, kena ambik nombor pin FREEEEE!!!!!!!!!! tu kat tempat yang sama. Akan tetapi, pada kebiasaannya permohonan boleh dibuat pada hari keluarnya final result UPSR tu...Maka berduyun-duyunlah mak bapak datang bawak anak masing-masing untuk dapatkan borang...sebelum ni lah...tahun ni pun sama...

Anda perlu membawa bersama ::~

  1. Slip Keputusan UPSR
  2. Surat Beranak / Kad Pengenalan
  3. Mesti mendapat 5A
  4. "A" dalam mata pelajaran Sains & Matematik
  5. Yang dapat 4A tu mintak maap yer...tapi kalo mak bapak datang bawak Surat Sokongan dari YB ke, YAB ke, YDP ke, SAP ke, TNB ke, ataupun KTM, aku kena baca selawat 50 kali dulu...huhuhu....

Untuk makluman, bagi kemasukan ke Tingkatan 1, tiada UKKM dijalankan. Hanya kemasukan ke Tingkatan 4 sahaja ado UKKM. Seperti biasa kepada mak bapak sekalian, sila tunggu iklan kuar dalam surat kabor dulu yea. Jangan manyak songeh...

Dengar-dengar citer, awal bulan 9 mungkin nombor pin boleh didapati. Tapi apa-apapun tunggulah iklan dalam paper yer...

Sistem permohonan online ni baru pertama kali dijalankan pada kemasukan sesi 2010...lebih memudahkan kepada mereka yang biasa melayari internet, tapi akan jadi masalah kepada mak ayah yang datangnya dari kampung-kampung dan yang tak biasa melayari internet. Dah dapat nombor pin tapi tak tahu nak buat apa...kesiannnn...Mungkin ada diantara Pejabat MARA berhampiran yang menyediakan perkhidmatan Permohoan Kemasukan. Ada staf yang ada membantu. Haraplah semua daerah menyediakan perkhidmatan itu...bagi memudahkan urusan semua pihak....

Adehhhh...mata dah ketat weh. Tido time. Diharap anda semua mendapat sedikit maklumat tentang ini untuk dihebahkan kepada saudara mara, kawan-kawan atau anak-anak sendiri yang layak memohon. Tapi aku percaya sahabat blogger aku anak semua kecit-kecit lagi kan....anyahku lambat lagik...tapi takpo, bapaknyer kabel besar betis...kekeke...

Oklah semua, sekian untuk hari ini....Selamat Berhujung Minggu & Selamat Malam...

Nota Pink ::~ Nak mimpi pi Genting Highland lah...kuikuikui

21 comments:

Aspalela said...

Aku nak masok MRSM la ara....
tp sijil UPSR semua dah ilang..
klu pakai Lesen TV & Radio blh tak??

boley laaa ekkkkk!!!
nnt aku banje air sirap limau ais 1 gelas kosong.... ;)

arapink said...

Boleh Aspa oiii...nak pakai Lesen Getah pon bulehhhh....aku bagi no pin freeee lagi (mmg freee pon) ..kuikuikui

Aspa, ko banje ah aku KFC, kalo takat gelas kosong tu, aku tak hengennnnn....hahaha ;)

manusia biasa said...

kak ara..nk dftr gak..kasi borg 1..nk msuk skolah blk..haha

Izyan Helmi said...

best ke masuk mrsm ni??kekekeke...

arapink said...

hang ni smai...sah-sah tak baca entry ni sampai abis kan???

borang tak dak dah, pakai online la ni...lagipun hang dah terlebey umuq...kekeke

arapink said...

orkedanza...ntahlah best ke idak. Ara pon tak penah masuk sini....sampai kat pintu pagar jer...kekeke

manusia biasa said...

tu la psai kak..png sgt

Noraliza Ramly said...

Koi nak masuk Maran Road Sawmill kat tepi jalan umah oak tu!!! wakakaka

arapink said...

To Smai ::~ aka tau dah...kakakaka

To Okliz ::~ Maran Road Sawmil...MRSM jugak yer...wakakaka...kalo MRSM tu aok leh masuk tak yah bersijil lah weh...dapat habuk papan jer lah...

hahahha

UnGu VioLet said...

good luck and all the best!!

ieda Harun said...

along akak UPSR tahun ni..tp adoiiii main je kejenya cemana nk masuk MRSM huhuhuhuhu

arapink said...

To Ungu Violet ::~ Mar, bukan akak nak masuk MRSM, tapi budak2 nanti....hehhhe

To Kak Kiut ::~ Heheheh....tak pe lah, tak masuk MRSM pon takpe, janji dia rajin belajar nanti :-)

mummysya said...

TQ for the info dear..

TAG awak tuh nanti akak buat ya...

u-neey said...

ara nanti simpan satu no pin utk anak saya yea? anak saya baru 2 tahun, agak2 10 tahun lg valid lg tak no tu? hehehe...
btw, bile mara buat pakai online mcm tu je, sian kat org yg kat kampong yg takde internet kan. nanti anak2 org bandar jelah masuk mrsm..

arapink said...

To mummysya ::~ Sama-sama...tak pe Kak Kin....nanti2 pon buleh...bila free :-)

To U-neey ::~ Saborrrr je lah...
lambat ngat lg tu u-neey...nanti ntah mcm mana lak sistemnya...heheh
pasal tu Ara tak tau lah U-neey. Mungkin MARA dah fikirkan caranya...

Anonymous said...

assalamualaikum,,
tmpang lalu,
nak tanya ni..
utk form 4 thn dpn,mmang science ngn math mid-year exam form 3 WAJIB SEWAJIB-WAJIBNYA dpt a ka??
aritu cikgu kat mrsm tu bg taklimat kat sekolah ckp,minimum mid-year math ngn sc dpt b..tp result keseluruhan mmg minimum 6a la...
camna tu kak?

arapink said...

hai anonymous ... tak tau lah pulak, tapi "A" tu memang itulah syarat yang kami dapat dalam taklimat...

tapi kalau nak mencuba tak salah...pegi je ke pejabat MARA terdekat dan dapatkan no pin ok :-)

Anonymous said...

ok..
tima kasih,,
=]

husnina said...

kak ara, boleh ceritakan siket tak tentang UKKM?
paper dia macam mana??susa ke? x)

lepas tu, parent saya suruh pergi dekat mrsm kuala kubu baru untuk amek ujian tu tapi ayah saya kate mungkin ramai orang kl yg akan pergi sana.saya takut jadi orang yg ke 301 je,huhu..jadi,ape pandangan kak ara??

thanx kak!! ;]

arapink said...

hai husnina...sori kak ara tak pasan husnina comment...

kak ara tengok MRSM kuala kubu mmg dah ramai...tapi husnina boleh cuba buat UKKM kat MRSM Bentong...dekat jer ngan KL...tepi tol bentong jer.
Bentong ada kosong lagi.

UKKM ni adalah ujian kecenderungan. Kak Ara dah 2 kali jaga UKKM sebelum ni....

Ujian dia senang ajer. Dalam satu buku soalan tu, soalan merangkumi banyak subjek mcm math, sains, bahasa...pengiraan tu ada jgk. nnt kene bawak calculator...

gud luck husnina :-) apa2 nnt send msg kat box borak kak ara k...

Anonymous said...

Salam kak ara. Untuk UPSR 2011 sy dapat 4A 1B, saya nak tahu sama ada sy layak tak untuk dapatkan nombor pin di kaunter MRSM. Terima kasih.