Salam Aidiladha...

Monday, November 30, 2009


Lama betul bercuti tuan rumah ni. Maklumlah, musim-musim raya cepat je melarikan diri balik ke pangkal jalan...hehehe...sebelum membebel lebih panjang, Arapink nak ucapkan Salam Aidiladha sepada semua sahabat-sahabat blogger tersayang. Tuan rumah cuti awal raya haji ni. Selasa malam aku dah balik ke Temerloh, awal kan? hehehe...bukan sebab nak raya je, tapi sebab nak buat medical check-up, nak kejor Pesuruhjaya Sumpah lah. macam-macam. Sebab aku nak siapkan borang maklumat penerimaan tawaran kerja. Kalau lambat nanti, gaji lambat pulak. Dengar cerita aku hanya akan mula dapat gaji hujung bulan Januari tahun depan...adoiii. Dah miskin ni. Dah merata-rata buat loan ngan mak abah ni...huhuhu...
Sempena raya korban ni, berhubung dengan entry sebelum ni, dengan hati yang ringan, aku dah melepaskan hubungan persahabatan itu. Seperti biasa, tiada maklum balas. Dan aku rasa dia pun tak kisah. Jadi, sekarang aku dah tak perlu nak memikirkan tentang orang yang tidak penting lagi :-)
Terima kasih kepada semua sahabat blogger yang sentiada disisi memberikan kata-kata semangat kepada diri ini....
Nota Pink ::~ Fikiran lebih lapang...

Sampai Bila?...

Monday, November 23, 2009






Sampai bila ye?


Aku pun tak tau...


Sampai bila tergantungnya hubungan ini...


Aku rasa dia tak ikhlas...


Kalau ikhlas tak kan macam ni kan?


Diam seribu bahasa dah berminggu-minggu...


Tak ada sms, jauh sekali call...


Balik bercuti pun takde apa...


Perhatian dari dia memang tak pernah ada...


Adakala sedih juge...


Selama aku sendiri di bumi Johor ini...


Takde tanyaan kabar dari dia...


Langsung takde...


Macam kita ni takde makna bagi dia...


Adakah aku harus menunggu lagi?


Patutkah aku bersendiri semula?


Sedangkan sekarang pun macam takde siapa...


Kepada sahabat setia...


Anda tentu tahu siapa dia....


Apa yang harus aku lakukan?


Apabila berjumpa lelaki seperti ini...


Seperti tidak punya hati dan fikiran...


Kepada yang tidak tahu cerita...


Aku juga perlukan pandangan anda semua...


Terima kasih...





Nota Pink ::~ Ada masa malas nak memikirkan....







Sepanjang Jumaat Lalu...

Sunday, November 22, 2009



Hari ini baru aku berkesempatan nak update blog...sepanjang minggu ni sibuk sedikit. Dan sepanjang minggu ini saja dua kali aku ke JB. Perjalanan agak jauh, bagi aku. Mungkin sebab aku tak pernah ke JB sebelum ni. Memandangkan aku berada di daerah paling jauh dari JB, makanya perjalanan semuanya bermula awal pagi. Jam 5 aku dah bangun bersiap. Jam 6 aku dah bergerak dari rumah...hari masih gelap...aduhhhh...bencintanya. Tapi nak buat macam mana, tugas. Sampaikan masa untuk aku berpoya-poya bersama Mamarempit pun terpaksa dibatalkan. Maaf ye mama... Maaflah kepada kawan-kawan, semenjak dua menjak ni entry aku semuanya berkisar pengalaman di tempat baru. Sebab dah tak ada apa nak ditulis. so...apa yang aku lalui di sini itulah yang aku coretkan. Mungkin makin lama, cerita tentang lain pulak.



Kepergian aku ke JB kali ini adalah untuk menghadiri Majlis Anugerah Hari Kualiti peringkat negeri. Semua pegawai dan kakitangan tetap diwajibkan hadir, termasuk aku yang baru tetap beberapa hari ni...ahaks. Tidak terkecuali. Sesampainya di tempat kejadian, keseganan melanda jiwa raga. Kebanyakan staf yang hadir pelik memandang aku, maklumlah hanya aku yang berkurung batik, sedangkan orang lain semuanya memakai pakaian korporat masing-masing. Dengan keseganan dalam hati, aku buat selamba je, senyum kepada wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang ada disitu. Ada yang membalas senyum dan ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri. Dan dalam ramai-ramai itu juga ada yang menghulurkan salam dan disambut mesra tangan aku. Don't mind. Sarapan pagi itu, aku tatau disebelah siapa aku duduk, asal ada tempat kosong, aku mencelah ajer. Maklumlah, aku baru. Tapi terpaksa belajar menyesuaikan diri sebab kami dah sebumbung. Dan mereka jugaklah yang akan membantu aku nanti. Selesai majlis, dan menyambung ke solat Jumaat bagi bos-bos aku, kami berangkat balik.


Melalui lebuhraya utara selatan yang menjemukan itu, dan dengan kepala yang tersengguk-sengguk sebab mengantuk, kami singgah di Hentian Sebelah Machap. Tempat feveret si Helmy :-). Aku melepaskan hajat dan membasuh muka, terus ke tempat makan. Sempat pekena Mi Rebus Johor & jus oren. Mi rebus yang lain rupa dari mi rebus pahang, aku makan. Pada aku rasanya tak kena dengan selera tekak aku, aku makan jugak, daripada membazir. Mungkin sebenarnya mi rebus tu sedap, tapi orang yang menyediakannya yang kurang rasa nak isi kot...perut dah kenyang, mata pun tak lah mengantuk sangat, perjalanan di teruskan. Aku hanya duduk disebelah, bos aku yang drive. Sesampai di rumah aku, jam tepat 5.00 petang. Dan kami tak masuk ofis dah sebab memang dah waktu balik.



Korang nampak apa benda ni kan? Dan pasti korang tau dimanakah tempat ini kan? Bijak-bijak. Memandangkan keadaan abah yang kurang sihat, dan masa masih ada, aku buat keputusan nak balik ke pangkal jalan @ rumah aku di Temerloh...huhuhu...dari muda sampai tua aku homesick... Tak leh nak buat apa. Perjalanan bermula jam 7.30 malam. Kepulangan aku disambut dengan senyuman abah dan mak. Lagipun aku kat sini tak buat apa untuk dua hari ni, baik aku balik Temerloh. Perjalanan yang tidak begitu panjang aku rasa, mungkin sebab aku tertido di dalam bas, sebab penat. Dan driver bas pun memandu laju bas tu. Lantaklah, janji aku selamat dan sampai dengan eloknya ke destinasi. Alhamdulillah. Sampai di Temerloh jam 10.45 malam. Jadi minggu pertama aku di sini tidak menjadi sebab aku menghabiskan cuti hujung minggu di Temerloh...sangat membahagiakan.
Nota Pink ::~ Lagi 2 hari cuti raya bermula....tak sabarnya :-)

Menu Baru...

Thursday, November 19, 2009





Mungkin ada diantara anda yang pernah terjumpa makanan ni kan? Tapi bagi aku ni adalah first time. Hari kedua aku di sini, aku diwajibkan melaporkan diri ke pejabat negeri. Jadi perjalanan bermula seawal 7.00 pagi. Perjalanan jauh sebab kami adalah daerah paling jauh dari ibu negeri. Ketika nak balik setelah selesai semua urusan, minum-minum sebentar di cafeteria di tingkat bawah. Mata terpandang kepada salah sebuah gerai di situ. Ralit memerhati seorang anak dara (donow dara ke atau mak orang...kekeke) memecahkan telur di kuali leper di situ. Aku pun teringin nak rasa sebab ramai gak orang beli. Namanya "kacang pool". Seperti gambar di atas, makanan ni ala-ala western food pulak. Ada roti (tebal mcm batu bata)...hehehe..kalo susun-susun roti Gardenia, mau lah 4-5 keping gitu, ada semangkuk kuah kacang (yang pada firasat aku kuah ni manis, tapi tidak...alhamdulillah) kuah ni dicampur hirisan bawang, lada besar & hirisan limau kasturi. Rasa ala-ala sardin pun ada. Isinya kacang panggang. Pastu dipecahkan sebijik telur Gred D...kekeke....kawan aku cakap sedap makan panas, tapi dah sampai rumah, dah pun sejuk. Tapi aku makan jugak sebab mengenangkan harganya semahal RM4. Telah je lah...heheheh...Sesiapa yang berminat atau teringin nak merasa, sila lah ke Plaza Larkin ye...pasti anda ketemu menu ini di sana :-)



Nota Pink ::~ Tak sabar nak balik kampung....

Hari Terakhir...

Wednesday, November 18, 2009

Hari itu merupakan hari terakhir aku di rumah. Barang-barang aku dah kemas (walaupun dalam tahap kemalasan yang melampau), barang-barang keperluan semua dikemas. Terutama sekali baju-baju kurung. Bilik sewa dah dapat hari Khamis sebelum tu, rakan sekerja baru, Helmy namanya (thank you very much) tolong carikan tempat aku nak berlindung. Alhamdulillah.




Tepat jam 9.00 pagi aku bertolak meninggalkan rumah, tapi sebelum tu aku mengalirkan air mata sebab meninggalkan abah yang dalam keuzuran. Aku memeluk dia dengan linangan air mata. Abah pun menangis. Bagi dia anak adalah segalanya. Lebih-lebih aku, yang sangat manja dengan abah berbanding adik beradik aku yang lain. Aku memeluknya erat, sambil memesan banyak perkara terutama bab kesihatan dalam esakan tangis. Sedih sangat.
Kami meninggalkan Temerloh dan sampai ke destinasi jam hampir pukul 1.00 petang. Sesampainya di sana, kami pusing-pusing bandar dulu nak mencari dimana pejabat baru aku. Dah jumpa. Lepas tu aku menelefon tuan rumah. Terus ke rumah yang dijanjikan. Semuanya alhamdulillah. Selesa sebab semua kelengkapan asas seperti katil, tilam, kipas, meja makan, peti ais, tv, mesin basuh (paling penting) dan ampaian lipat dah disediakan. Paling aku sangat gembira ialah kat rumah tu ada wifi. Aku tak tahu dari mana datangnya, aku sangat gembira. Rumah ni sunyi sebab aku tinggal sorang. Tapi menurut cakap tuan rumah, bila semester pengajian dibuka, ramailah students yang tinggal di kawasan rumah ini. Tak lah sunyi lagi, alhamdulillah.
Bila dah selesai semua perkara, dan hari dah beransur petang, hati mula sedih. Sebab mak, adik2 dan kakak yang datang mengantar aku nak balik ke Temerloh semula. Saat itu air mata tak dapat dibendung lagi. Mencurah-curah selebat hujan yang turun petang itu. Paling aku tak sanggup nak berpisah dengan mak :-( aku peluk mak erat-erat seperti tidak mahu lepas, sama-sama menangis. Macam tu jugak dengan kakak dan adik bongsu kesayangan aku. Dia pun menangis. kalau sebelum ini, dengan aku dan mak lah tempat dia bermanja, peluk dan cium saban waktu tapi kini aku meninggalkan dia. Sebelum ini, tiap kali pulang dari pejabat, mak yang aku cari dulu, tapi mak pun sunyi bila aku tak ada. dah takde siapa nak riuh bercerita tentang perasaan dan apa yang terjadi saban hari. Aku tau, mak pun rasa sunyi...dan Fikri pun dah takde siapa nak mendengar dia bercerita lagi...Ketika entry ini ditulis, air mata laju mengalir....sedih mengenangkan saat itu. Moga Allah memberikan aku ketabahan.
Mesti ada yang membaca entry ini akan memperlekehkan tentang aku. Orang lain pun pernah berpisah dengan keluarga tercinta, mungkin lebih jauh. Aku tak peduli, aku hanya menulis apa yang aku rasa, perasaan aku tika itu. Betapa sedihnya nak berpisah dengan orang-orang yang paling aku sayang dalam hidup ini. Biarlah apa orang nak kata...aku tak peduli...
Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberikan aku ketabahan dan kekuatan hati untuk meneruskan kehidupan yang baru di sini....
Nota Pink ::~ Sedih sangat :-(

2 Hari Lagi...

Tuesday, November 17, 2009

Walaupun harinya dah berlalu tapi aku baru nak post entry. Bukan tak nak tapi tak ada masa. kesibukan melanda diri. Bila entry mengikut rentetan, barulah bestkan...walaupun harinya dah berlalu...hehehe...2 hari lagi...bermakna Jumaat tu merupakan hari terakhir bagi aku di pejabat tu. Pepagi buta aku dah berangkat ke pejabat negeri sebab diorang adakan Majlis Perpisahan untuk aku. Tak yah susah-susah aku cakap kat diorang, tapi nak buat jugak, tak leh nak buat mende...huhuhu....


Jam 6.45 pagi aku bertolak ke ibu negeri. Nasib baik adik lelaki kesayangan aku balik jugak dari Rawang semata-mata nak hantar aku...i love u dear...sebab majlis tu untuk aku. Kalau tak pegi nanti apa pulak diorang cakap. No choice. Sesampai kat sana, diorang baru siap majlis baca Yasin dan tazkirah (kelaziman pada hari Jumaat)...selepas taklimat satu agensi ni, majlis pun bermula. Kata-kata aluan dari pengerusi majlis, aku dijemput memberikan ucapan...adoiii. Gementar mak tau...hehehehe...takpa persediaan teks ucapan, aku dengan selamba rocknya redah je lah...heheheh...ucapan terima kasih kepada semua pihak dan ucapan maaf kalau ada silap sepanjang berkhidmat di sana 3 tahun ini. Lepas aku berucap, timbalan pengarah pulak yang berucap, memberi kata-kata semangat. Lepas ucapan, adalah dapat cenderahati dari kelab staf. Terima kasih semua....
Selepas menjamah sedikit jamuan, aku bergegas balik ke Temerloh semula. Sebab bos aku kat ofis pun nak mengadakan sedikit jamuan di sana. Lagipun adik aku nak balik ke Rawang semula. Sampai ke rumah, hantar mak kesayangan aku balik jap, dan aku terus ke pejabat semula. Dan pada sebelah petang kami pergi makan-makan tanda perpisahan di salah satu restoran di sana. Dan aku pun dapat hadiah. Tanda kenang-kenangan.Terima kasih kepada bos dan kawan-kawan semua.


Di pejabat, barang-barang aku dah punggah balik 2 - 3 hari sebelum tu. Jadi tak adalah barang-barang yang nak dibawak balik. Bila tiba masanya untuk aku meninggalkan pejabat tu, hati jadi sayu. Aku meninggalkan ofis itu dengan linangan air mata. Terlalu banyak kenangan di situ, pahit manis di rasa. Lebih-lebih lagi dengan bos aku. Kami sangat rapat sebelum ni. Berat sangat hati nak meninggalkan dia. Tuhan je yang tau. Dia juga penguat semangat aku sebenarnya. Banyak pengalaman kami kongsi bersama. Suka duka, gelak tawa dan tangisan semua ada.

Kepada dia....

Terima kasih atas segalanya. Segala kengan bersama akan disimpan di hati untuk selamanya. Semoga lebih tabah dan jaga diri baik-baik. Teruskan semangat yang jitu itu....kita pasti berjumpa lagi..InsyaAllah...

Nota Pink ::~ Tempat jatuh lagi dikenang....

3 Hari Lagi...

Thursday, November 12, 2009



Maksudnya hari ni, esok dan lusa....
Penghijrahan di tempat baru....
Harap-harap semuanya ok....
Tak ada hal yang menakutkan berlaku....
Kalau ada yang gila bahasa atau gila cara....
Jauhkan lah....
Semoga Allah sentiasa melindungi ku....
Amin....



Nota Pink ::~ Kehidupan baru akan bermula...



4 Hari Lagi...

Tuesday, November 10, 2009


Gambar meja ini lagi...Jangan Marah tau. Selagi tak pergi, selagi itulah meja ini sangat glemer...hehehhe
4 hari lagi ke? Bukan 5 hari ke? Aku kalau bab mengira ni kurengggg sket. Kalau boleh nak lambatkan masa. Semalam operasi dah bermula. Aku dah mula mengemas barang-barang di pejabat, tapi barang dirumah harammmmmm tak sentuh lagi. Mana yang perlu tinggal aku tinggal, yang perlu bawak, aku bawak. Dan yang perlu buang, aku humban ajer.
Dah 3 tahun lebih disini, pastinya banyak harta karun. Hari ni pun masih menyambung lagi. Semua fail-fail pinjaman, aku dah settlekan. Dah tagging mengikut progress, biar senang orang yang akan take over tu buat kerja. Jap lagi aku nak pegi beli pendrive baru. Pendrive yg lama dah penuh. Semalam baca blog Mawar Berduri, dia beli RM40 untuk 4GB. Tapi tu di KL, PC Fair lak tu. Kat sini ntahlah dapat ke tidak harga macam tu....hehehe.
Banyak benda yang aku kena pastikan selesai sebelum pegi. Sejak Seminar Keusahawanan anjuran pejabat ni Sabtu lepas, ramai yang aku jumpa. Rata-rata semua terkejut. Tapi semua mengucapkan tahniah. Semua cakap suruh terima tawaran...huhuhu...aku akur...
Apa yang merisaukan aku sekarang adalah tentang rumah or bilik sewa. Orang cakap kadar sewa di sana murah, tak tahulah. Kalau betul, alhamdulillah. Semalam, En.Othman (owner Optik Al-Huda) salah seorang kenalan usahawan aku menelefon. Dia nak tolong carikan rumah/bilik sewa. Dia cakap semalam kawannya dah bagi 2 bilik sewa, tapi En.Othman belum pegi tengok lagi. Dia cakap dia kena pegi tengok dulu bilik tu, barulah dia senang hati nak bagi aku duduk situ...hehehehe....terima kasih En. Othman.
Pada peringkat awal, aku rasa elok jugak duduk bilik sewa. Cuma kalau boleh aku nak bilik atau rumah yang dekat dengan pejabat. Senang aku nak pegi kerja, balik keja. Mungkin Ahad ni aku bawak baju-baju jer. Lain-lain barang aku akan beli kat sana je. Banyak lagi modal nak pakai ni, gaji bulan 11 mungkin tak dapat sebab perubahan tangga gaji baru. Mungkin gaji bulan 12 nanti baru dapat....adehhh....seksanya. Takpa, janji ada duit nak beli tiket balik Temerloh... hehehhe...
Diluar hari masih mendung, macam tu jugak hati aku. Tapi buat-buat jer macam ada matahari. Di tempat mencari rezeki ini, masih makan hati, harap ditempat baru semuanya ok. Amin...
Nota Pink ::~ Mamarempit dah banyak planning bila aku ke sana nanti...heheheh

Terkejut vs Rezeki...

Sunday, November 8, 2009

Keadaan aku sekarang yang banyak termenung...hehehhe
Macam mana nak mula ye? Uhuk....Ok, aku nak bercerita sedikit, nak berkongsi cerita. Khamis lepas aku dikejutkan dengan berita bahawa aku diarahkan bertugas ke Segamat, Johor dan mendapat jawatan tetap. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat setelah tiga tahun aku menanti. Tapi....yang pertama sekali aku terbayang ialah wajah mak & abah kesayangan aku....tak sampainya hati nak tinggalkan mak dan abah. Memandangkan aku dah lama balik kesini, jadi perasaan sedih tu bersarang dihati sekarang. You all faham kan? kalau cakap panjang-panjang, meleleh pulak air mata ni...hehehhe...aku ni penyedih orangnya.
Masa tu aku tau pun dari sorang kawan, Shima (rakan sekerja aku). Dia yang bagi tau. Terkejut sangat dan aku membayangkan Jauhnya Segamat. Melangkau negeri. Belum lagi kena transfer ke Australia cam Kak LG....cehhhh..berangan. Kalau ke obersea tu mau aku nangis siang malam...hahahaha....
Lepas tu aku terus telefon mak. Mak suka sangat. Tapi aku yang sedih. Rupanya bos & sorang ofismate aku dah tau rupanya, nak buat surprise lah tu...balik dari ofis aku dah start termenung. Pagi esoknya, bila masuk ofis aku tengok Surat Tawaran dah ada atas meja aku...sekali lagi aku termenung. Kalau ikutkan hati tak hingin aku pegi tapi memandangkan ini adalah masa depan aku, terpaksalah.
Lepas ni banyak benda aku kena uruskan. Lebih-lebih lagi tentang urusan nak mencari rumah di sana. Maklumlah aku memang tak ada sedara-mara dan kawan-kawan di sana. Tapi ada beberapa orang kenalan yang bermurah hati nak membantu mencarikan rumah atau bilik sewa...alhamdulillah. Aku tengah menunggu panggilan mereka. Ada masa seminggu lagi....
Aku pun adalah menghantar sms kepada rakan-rakan terdekat dan beberapa rakan sekerja di jabatan lain di sini. Sebab aku bimbang nanti mereka mencari aku dipejabat atas urusan kerja dan sebagainya. Ramai yang mengucapkan tahniah.... Tapi barang-barang di pejabat aku tak usik pun lagi. Macam takde perasaan jer. Dan tiga tahun, pastilah harta pun banyak kat pejabat tu yang kena punggah balik. Mana yang tak perlu akan dibuang.
Sebenarnya kalau diikutkan bulan ni dan bulan depan banyak program. Jadual penuh. Termasuklah kenduri di rumah ni. Persiapan barang-barang hantaran dan gift dia banyak yang belum siap. Tapi aku cuba lah selalu balik. Tapi aku bersyukur sebab orang cakap Segamat - Temerloh tak jauh. 3-4 jam saja. Malam semalam aku dah pegi tengok kaunter bas nak beli tiket nanti...hahaha...teruk betul. Harga tiketpun tak sampai RM14...Aku dapat membayangkan jaraknya. Nak disedapkan hati cakap jer tak lah jauh mana, macam KL ke Temerloh aje...bukan apa, aku kena selalu balik ke rumah sebab keadaan kesihatan abah yang tak mengizinkan.
Seminggu selepas lapor diri, Raya Haji lah pulak. Kena booking tiket awal-awal, takut habis...sekarangkan musim air naik, Kelantan dah pun banjir. Bimbang jugak. kalau Temerloh banjir, payahlah nak balik sebab jalan menghala ke Segamat dari Temerloh ni tepi sungai Pahang. Tapi takpe, aku akan balik jugak naik kereta api...macam tu jugak waktu kenduri nanti. Kena mintak cuti awal sebab kesian mak abah nak buat persiapan tak de sape, semua jauh belaka.
Kepada semua kawan-kawan blogger, doakan aku selamat di Segamat. Mengharungi kehidupan tanpa sesiapa di sana nanti. Tapi selepas 2 - 3 tahun, aku akan mintak berpindah ke Temerloh semula. To Mamarempit, kita makin dekat. Kalau ada rezeki Ara cari mama ok. Nanti aku akan post lebih banyak entry tentang macam-macam. Kalau anda sudi membaca...hehhee...


Nota Pink ::~ Sedih betul nak tinggalkan mak & abah :-(

Monsun Timur Laut...

Wednesday, November 4, 2009

Sori Apixxx...koi terjumpa gambor ni dalam blog aok tadi...koi rembat yak...
Sesuai ngat dengan entry koi malam ni...

Bila tengok tajuk entry dan gambar curi tu...hehehe...mesti korang dah tau kan. Sekarang dah bulan November. Memang dah musim dia. Kalau di Temerloh ni, sejak seminggu ni hujan saja. Kalau sebelum ni jarang hujan, tapi bila dah tiba masa, turunlah dia. Tapi aku suka hujan. Rahmat Allah.

Cuma kadang-kadang dalam perjalanan ke pejabat saban pagi, kesian menengok penunggang motosikal yang pasti basah walaupun memakai baju hujan. Nak buat macam mana, kita bukan nelayan. Kalau nelayan tu, sah-sah dah tak ke laut kan. Laut bergelora. Tapi kita kena pergi kerja jugak, untuk sesuap nasi...iksh...sesuap jer? bukan sepinggan ker? hehhehe...

Bila hujan tu, nak lagi belah malam, memanglah aku suka sangat sebab menambahkan lagi kesyahduan aku nak melelapkan mata. Suasanapun dingin, selesa. Kalau tidak, selalunya panas...rumah batu bila malam hangat. Tak macam rumah papan di kampung. Belah malam memang sejuk...sebab tu best dok kampung kan :-)

Tempat tinggal aku ni, especially bandar Temerloh, memang familiar sebagai kawasan banjir sebab terletak dipinggir Sungai Pahang. Paya pun banyak...paya jauh, paya luas, paya kecik, paya dalam, paya pulai (opssttt...umah aku tu)..kekeke...paya apa lagi? banyaklah paya. Macam-macam nama. Teringat musim hujan tahun lepas, ada jugak kawasan yang banjir. Tapi tidak seperti tahun sebelumnya, tahun 2007, aku salah seorang mangsa banjir...huhuhu...penat otak memikir pasal banjir nih.

Bila hujan jugak, beranda belakang rumah aku ni dah jadi ala-ala kedai dobi. Ampaian bawah atap penuh. Pantang keluar sikit matahari, pasti mak aku secepat kilat menebar kain di ampaian luar pula. Nak sangat kering. Maklumlah, kain kian susut bila musim hujan ni. Lagi banyak kat ampaian daripada dalam almari...

Hujan oh hujan...turunlah sebab sudah fitrah. Kepada penunggang-penunggang motosikal ( termasuklah abah & adik-adik aku)..kebimbangan juga dihati setiap kali melihat dia menunggang motosikal...berhati-hatilah. Jalan banyak yang berlubang. Jangan memandu laju...kepada sesiapa yang tak boleh kena hujan, sila bawak payung...(termasuklah En.Bab)...macam aku jugak, dah start bawak payung pergi balik kerja. Nanti kena hujan, demam pulak...

Kat luar belum dengar rintik hujan lagi, mungkin sekejap lagi...siang tadi dah hujan sepanjang hari. Kalau hujan lagi malam ni, keselesaan untuk tido tu lebih sikit....dengan cuaca yang dingin...

Nota Pink ::~ Hujan kat luar takpe, jangan hujan dalam hati..sape nak jawab???...hehehe


Aku Yang Sibuk...

Tuesday, November 3, 2009




Lawa cincin ni kan?



Jodoh aku belum sampai lagi, tapi adik perempuan kesayangan aku akan bertunang awal Disember ni. Walaupun dia yang nak bertunang, tapi kesibukannya aku yang terasa. Sebab persiapan dari segi hantaran dan cenderahati dah start cari. Memandangkan adik aku ni duduk di KL dan jarang balik, jadinya aku lah yang akan tolong buatkan.
Sabtu lepas aku dengan dia dah mula mencari barang-barang seperti bakul untuk hantaran, bunga-bunga, cenderahati, reben-reben dan sedikit barang-banrang untuk dijadikan hantaran. Walaupun tengah sibuk dengan persiapan seminar yang macam entah apa-apa tu, aku masih sempat nak menyibukkan diri tentang hal ini.
Banyak lagi barang-barang yang perlu dibeli. Walaupun ini hanyalah majlis pertunangan, tapi persiapannya tetap ada. mungkin nanti ada masa aku akan menyibukkan entry tentang itu nanti...hehehe...jangan marah. Agaknya kalau aku yang bertunang lagi lah banyaknya entry yg nak diselitkan dalam rumah aku ni kan...agaknyer lah...hehehe
Ada jugak beberapa keping gambar, tapi malas pulak nak upload. Bukanlah malas sangat tapi tak ada masa, badan pun dah penat, nak lagi kalau dah malam. Baik aku memikirkan cara untuk tido awal. Bila tido kita tak stress. Stress yang semua orang benci nak hadapi termasulah aku ni. Orang yang mendatangkan masalah, dan memberikan masalah lain pula kepada kita....huh!
Nota Pink ::~ Bestnya dapat tido nyenyak hingga pagi...

Aku Tak Faham...

Sunday, November 1, 2009



Kadang-kadang aku sendiri tak faham, apa yang aku rasa. Ada macam dah tak seperti dulu. Bukan dengan ahli keluarga kesayangan aku tapi dengan orang-orang lain disekeliling aku. Sejak kejadian beberapa bulan lepas di tempat kerja, hati aku macam dah lari setting sikit. Aku dah tak suka nak melibatkan diri dengan lain-lain hal selain daripada waktu pejabat, iaitu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang. Waktu lain-lain tu aku tak suka diganggu. Orang nak belanja aku makan selepas waktu pejabat pun aku tak nak. Seboleh-boleh aku elakkan dan bagi alasan. Hati ni sangat tak sabar nak sampai rumah tiap kali melangkah keluar dari pintu pejabat bila habis kerja. Aku tak sukerrrr....tak macam dulu.
Contohnya macam hari ni, ada aktiviti gotong-royong dipejabat. Aku tak dapat nak menghadirkan diri sebab aku ada hal lain. Tapi akhirnya hal lain tu pun aku tak dapat joint jugak. Aku dirumah....badan tak sihat. Bibir dan gusi aku sakit...jadinya aku rasa tak selesa lah nak pergi semua hal-hal di atas tadi. Sama jugak bila ada apa-apa hal yang orang-orang lain nak buat, pi kenduri ke, makan-makan ke, makan angin ke, aku pasti akan mengecualikan diri sebab aku tak suka. Lebih-lebih lagi hujung minggu. Aku sangat tak suka kalau weekend aku dikacau. Aku rasa aku jadi macam ni mungkin sebab faktor faktor persekitaran. Aku mungkin bosan melihat perlakuan dan gelagat segelintirnya.
Jika ada yang terbaca, aku awal-awal mintak maaf. Aku tak kisah kalau orang cakap aku ni anti sosial. Sekarang aku memang susah nak beri kerjasama selain daripada hal-hal pejabat. Tak macam dulu, aku sanggup buat apa saja dan menghabiskan waktu bekerja di pejabat hingga tengah malam dan hujung minggu pun aku tak kisah, tapi sekarang...tidak lagi. Disitu sudah menjadi tempat yang sangat membosankan bagi aku. Orang nak kata apa, biarlah...kalau diikutkan, aku paling mudah nak kemana-mana sebab aku je yang bujang berbanding orang lain tapi masalahnya kau tak suka. Lebih baik aku duduk dirumah bersama mak abah dan adik beradik kesayangan aku.

Nasib baiklah benda ni jadi waktu sekarang. Kalau jadi dulu, susah aku. Sebab aku dulu selalu outstation, tak dapat nak malas. Tapi sekarang dah takde kerja luar daerah. Aku pun tak tahu apa nak jadi. Kepada sesiapa yang berkenaan, aku mintak maaf. Sebab aku tak suka dipaksa melakukan benda yang aku tak suka dan tak suka nak dibuat. Harap ada yang memahami....

Nota Pink ::~ Sukar dimengerti diri sendiri kadang-kadang...