Showing posts with label ::~ tagged. Show all posts
Showing posts with label ::~ tagged. Show all posts

1st Tag...1st Award 2010...

Thursday, April 1, 2010

Patutlah hati tergerak nak aktifkan blog ni, rupanya aku telah di"tag" oleh mamarempit...hahaha...dah lama tak kena benda alah ni...Sebelum tu aku dah kutip Award pertama tahun 2010 nih...Maceh mama...

Maap ler mama ek, Ara lambat benor nak wat tag mama nih. Saja mensibukkan diri sebenaunyer...heheheh...so, sekarang dah nekad nak bersihkan blog ara nih...Meh nak jawab tag mama ::~



1. Thank & link the person that gave you this award..iaitu Mamarempit..(Settle Maaaa)

2. State 7 things about yourself .....(perghhh!!!! omputeh ek...hahaha) ni sekadar menjawab dengan hati yg tulus mulus tau, bukan nak pomot diri sendiri...kekeke
a. Tak suker orang merokok sebab busyuk!!!!!
b. Sekarang suker benor tengok tv...dolu2 pon tengok gak tv tp dah lama jarang tengok tv...sekarang baru nak minat...
c. Penggemar hati ayam masak kicap...kekekkee
d. Tension kalo tak dapat balik kampung...hahaha...korang tau kot aku jenis manusia apakah...homesick!!!!
e. Risau kalo topup henpon habis...huhuhu...x dapat call & sms Mdm. Sara & orang2 yg aku sayangi...cewahhh
f. Sangat penyayang, lembut ati mcm agar-agar, pemaaf, penyedih, pemurah dan semua pe-pe yang patut...hahahha
g. Sangat takot/geli/seram kat katak...walaupon karakter karton...tolonggg!!!!!!

3. pass this award to 15 bloggerz that you've discovered and think they are fantastic....

Aku ni segan nak pass tag kat org nih...takpe lah...sape yg rajin dan tak de keje nak buat, hambiklah...dgn award sekali aku kasi...hehehhe..

Today adalah Thursday, tomorrow adalah Friday...maksudnya aku akan balik ke jalan yang benar, iaitu balik kampung...heheheh...jangan marah ek...


Nota Pink ::~ start menerima semua tag...silakan :-)

1st Tag Tahun 2010...

Tuesday, February 9, 2010




Bukan tak disangka-sangka, aku memang dah agak mesti aku kena tag dengan geng cantum kepala aku yang ramai-ramai tu. Kalau tidak orang ni, orang itu...hehehe...

Tag Pertama

Pemberi Tag : Mamarempit (yang sangat familiar kalo kerja-kerja tag orang neh) hehehe..
Tarikh : 09 Februari 2010 (bulan Cinta)
Tag : Gambar No 5 dari Folder No 5 (fenin-fenin)

Aku tanya mama, dia cakap tak kisah gambar aper....so inilah gambarnya...sila lihat di atas sana. Kelihatan separuh badan Mdm Sara bersama cucu-cucunya (bukan cucu sebenar)...sape lagi kalo bukan budak berdua tu, Cik Wani & Fahmi.

Gambar ni berlaku aku rase 2 tahun lepas kot. Mase tu Fahmi gumuk lagi...sekarang Fahmi dah kurus, maklumlah...nakal ya amat. Si Cik Wani tu pulak suker sangat berinai. Mase tu musim org kawin, mak aku pon mintak lah sikit inai orang giling (tak leh tak bagi sbb batu giling mak aku punyer...hehehe) Mak aku lak suker melayan...apa lagi...tocang mau naik atas kepala lah.

Si Fahmi tengok je...dia geli benda yang lembik-lembik ni. Dia cakap macam "taik lembu"...muehehehe....

Alooooo mama, arapink dah jawab tagged. Dah lama tak kena tag.... :-)



Nota Pink ::~ Sape lagi nak tag aku? Ada beran..?????..hehehe

Hutang TAG...

Friday, August 28, 2009


Malam ni aku cuba gagahkan diri nak menjawab semua tagged yang ditujukan kepada aku. Kalo siang-siang aku tak larat...cewahhhh....padahal tag ni orang bagi sebelum puasa lagi...huhuhu...teruknya koi...

Jadi dengan kudrat yang ada, selepas meminum banyak air tadi waktu berbuka...huhuhu...hausssssss bangat, aku akan siapkan tag tertangguh ni....


Kepada adinda ku tersayang iaitu Matabulat yang memang bulat, akak ekau ni ha nak jawab tag. Den walaupun tak fasih bahaso omputeh...takpo...den menjawab tag ekau ni dengan berbekalkan kamus elektronik di desktop ni ha...hehehe


TAGGED MATABULAT


1)-Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
::~ Soklan pertama macam dah sensor ajer...hehehe....masa kecik2 dulu mungkinlah ramai yang ciom aku kat pipi...tang lain aku tatau...hehehe


2)-How did u feel when u woke up this morning?
::~ Perasaan malas nak pi kerja...kalau boleh nak cuti 5 hari, keje 2 hari jer...buleh gitew??? kekeke


3)-Who was the latest person/people u took photo?
::~ Gambar Qistina Aisyah putri...ahli keluarga aku yang baru ;-)


4)-Would u consider ur self spoiled?.
::~ macam mana nak gambarkan yer? bila mood hilang, semua benda boleh jadi spoil...


5)-Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?.
::~ Rasanya tak de kot. Dari zaman sekolah aku kawan dengan semua orang tapi tidaklah terlalu akrab...

6)-Do u want someone to be dead?
::~ Tak ada...


7)-What does ur last text message say?
::~ Selamat Berbuka Puasa :-)


8)-What are u thinking right now?
::~ Persiapan raya...teruk betul aku...puasa baru 6 hari...kekeke


9)-Do u want someone to be with u right now?
::~ Rasanya tak kot. Sebab aku tak nak ramai sangat sekarang ni...Rimas!!!!!!!!!!



10)-What was the time u went to bed last night?
::~ Kul 12.15 kot...memang waktu perdana untuk aku tido setiap malam


11)-Where did u buy the tee(t-shirt) u are wearing now?
::~ Ohw...kat Reject Shop, Pertama Kompleks KL...kekeke


12)-Is someone on ur mind right now?
::~ Biarlah rahsia....kekeke


13)-Who was the last person who text?(tag) u?.
::~ Adik manis si MATABULAT....adik kesayangan aku tau...kekeke


14)-10 lucky person to do this tag?
::~ Buat masa ini aku tak bernapsu nak tag saper2...hehehe...bukan apa, aku ni baik ati. Taknak bebankan diorang dengan tag ni....diorang memang dah sedia banyak kerja nak buat...hehhehe


Jenuh jugak yer nak menyiapkan tagged dak bulat ni...tapi aku dah berjaya...kekeke...kepada Matabulat, kak ara mintak mahap sebab lambat menjawab tag ekau ni sebab kemalasan melanda jiwa raga...tapi dah disempurnakan...hehehhe....

***********************************************************************

TAGGED KuIna Lady In Red


Setelah aku menyelak banyak pages, akhirnya aku jumpa. Punyalah payah nak cari, maklumlah entry tu dah berabad tapi aku baru nak buat. Sekali lagi Ara mintak mahap yer KuIna...huhuhu. Tapi Ara tengah laksanakan nih....tengah buat...tengah taip yer...ahakssss....


‘3 sebab kenapa aku berblog‘….. ‘why i blog?’


Payah jugak nak jawab nih. Tapi aku jawab jugaklah yer mengikut apa yang aku rasa mengikut kepentingan peribadi diri Arapink...kuikuikui....


1. Sebagai Teman

::~ Pelik tak jawapan aku? sebab sebelum aku menjadi blogger separauh tegar sekarang ( akan menjadi tegar tak lama lagi ) kehkehkeh....aku sangat sunyi. Maklumlah, bersendirian tanpa teman...huhuhu...tapi sejak aku berblog, aku tak sunyi lagi dan aku mempunyai ramai kawan dikalangan teman-teman di Mangga Online dan teman-teman blogger di Malaysia... Paling aku gembira sebab sejak aku berblog ni, aku mempunyai teman yang menetap di luar negara. Sesungguhnya aku amat teruja setiap kali melihat blog mereka yang menceritakan tentang pengalaman hidup di perantauan dan mereka selalu juga menjengah blog aku...sebab itu aku berblog....


2. Tempat Meluahkan Rasa...

::~ Sejak aku berblog, ada sesuatu laman yang aku pasti akan kunjungi setiap masa. Kalau dulu berpeluang di pejabat sahaja ( tapi banyak ya amat dugaan di situ yang membuatkan aku bosan ) tapi kini aku pasti berblog di rumah yang tak ada saper pun nak halang. Kehidupan memang banyak dugaan dan masalah, tidak semua diceritakan di dalam blog, perlu tapisan dari Finas jugekkk...hehhe...sekurang-kurangnya aku boleh bercerita kepada semua rutin harian atau apa sahaja yang menarik yang boleh dikongsi bersama...sebab itu aku berblog...


3. Manfaat...

::~ Di blog juga aku dapat banyak manfaat yang berguna dari cerita kawan-kawan sekalian. Boleh gelak sama-sama, boleh nangis sama-sama, boleh bergurau sama-sama dan boleh kongsi resepi sama-sama...kekeke...nak pulak bulan puasa ni kan....sebab itu aku berblog...


So...Kuina sila pasang cctv kat umah Ara ni yer....highlight kat tajuk entery kali nih...kekeke...maaf lambat menjawab tapi Ara janji nak jawab dan terlaksana juga....daaaaa


**********************************************************************************************


TAGGED Mawar_Berduri...


Ini tag terakhir yang aku akan jawab dari adik aku yang sorang nih...hehehe...eh...kenapa lak tiba-tiba semangat 31 Ogos datang nih? Rupanya tag ini berkaitan dengan Kemerdekaan...maklumlah negara kita bakal menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-52 beberapa hari lagi.........Mawar, Kak Ara jawab yer.... :-)


Erti sebuah Kemerdekaan pada diri anda?

::~ Bebas Dari Jajahan & Bebas Melakukan Apa Sahaja serta bebas berfikir dengan waras...Mungkinlah sebab aku tak dilahirkan pada zaman Tanah Melayu dijajah dulu, tapi aku cukup faham makna kemerdekaan bila mendengar dan melihat kesan-kesan sejarah dan peritnya kehidupan penduduk Tanah Melayu waktu itu. Sekalung penghargaan kepada semua yang telah bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan pada zaman itu dan diwarisi oleh kita pada waktu ini dan generasi seterusnya....


Apa yang anda buat pada Hari Merdeka?

::~ Aku tak pernah melihat perarakan Hari Kebangsaan pun. Tengok raptai penuh pernahlah, tahun lepas masa aku pegi sopingggg kat SOGO...huhuhu...tu pun tengok diorang buat raptai penuh kat Jalan Raja Laut....hehehhe...biasanya aku tengok kat TV jer lah...


Adakah anda mengibarkan Jalur Gemilang dirumah atau kenderaan anda ?

::~ Ada tapi tidak pada tahun ini. Biasanya setiap tahun ada dikibarkan...tu keje abah aku ler...tahun ni tak de....sebab puasa gamaknya, dia terlupa nak kibar...hehehe



Apa perasaan anda bila melihat Jalur Gemilang dibakar?

::~ Sedih....tidak wajar...


Lagu berunsur patriotik yang anda tahu?

::~ Tau tapi tak pasti tajuknya...huhuhu...cover line nih...kekeke


Sekian sahaja.....Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke-52....MERDEKA!



Nota Pink ::~ Pelbagai rasa semasa menyiapkan entry nih...kekekke


Meja Aku Di Pejabat...

Friday, August 7, 2009

Salam Jumaat semua. Sambil nak menunggu ofis buka semula jam 2.45 petang ni, aku pon gatal-gatal tangan mengambik gambar. Paparan Jumaat minggu ini adalah view meja aku di pejabat. Aku tak kisah kalau ada yang cakap aku pemalas sebab hakikatnya meja aku ni memang dah berantakan dan bersepah. Memang macam ni...huhuhu...tak kuasa nak kemas dah kalo hari-hari ribut dengan kerja. Tapi aku akan kemaskan jugak meja ni sket sebelum meninggalkan meja ni setia petang.....Jom kita tengok apa yang ada. Sebelum tu siang-siang aku nak pesan, sebelom tengok meja aku ni korang baca lah selawat 3x...kot-kot ada yang terpengsan nanti...hehehe


Nilah meja aku...yang kusut, masai, serabai, semak, samun dan yang sewaktu dengannya. Di sinilah aku menyelesaikan tugasan seharian dan melayan blog korang bila waktu siang. Yang pastinya aku tak pernah melelapkan mata lagi di meja ini...baik tak aku?...hehehee


Ni pula kerusi aku...nak kata empuk tu tidaklah tapi cukup selesa. Tapi aku tak puas hati sebab rodanya dah tercabut satu...huhuhu....maklumlah tuan empunya ni lasak ya amat dok atas kerusi ni....Bantal biru tu pentinggg...nak mengalas atau nak menyendal bumper2 aku bila penat...kekeke....dan boleh juga mengalas kepala seketika waktu rehat.....

Korang nampak tu? Apa yang ada dalam cawan tulis Cina tu? Wajibbbbb ada tu...tak boleh tak de. Kalau kepala aku rase2 nak mereng, aku telan....Sekarang loan banyak semula...aku memerlukannya untuk terus survive..........uwaaaaaa



Satu lagi yang harussss ada iaitu Balm Serai dari Langkawi...huhuhu...leher mudah penat, tengah-tengah buat kerja tu sakit perot ke, pening-pening lalat ker, benda ni juga pentingggg... Harus ada...


Satu lagi benda yang ada di meja aku adalah payung. Disponsor oleh adik aku. "Payung Cap Bank Rakyat"...huhuhu...aku suker barang-barang free nih...kekeke...aku memerlukannya kalau hari hujan dan juga panas. Sekarang pegi balik kerja aku naik bas, so payung ni penting.....

Patung yang comel ni aku letak atas monitor sebelah kalendar. Pemberian dari kenalan aku, Along @ Najmi...kenangan dari Vietnam. Walaupun tak penting tapi benda ni cute dan comel. So..aku lekatkan kat atas monitor aku....

Di tepi sebelah kanan aku, aku tepekkan beberapa nota pembiayaan untuk rujukan setiap kali aku membuat agriment pempiayaan. Bukan tepek sebarang tepek, tepek itu ada makna...kuikuikui. Ia juga berfungsi sebagai pelindung daripada aku dilihat direct dari bilik bos aku....tapi penah gak kantoi...korang tau lah kan...kekeke...padan muka aku...huhuhu

Korang ingat tak entry aku beberapa bulan lepas??? Hidup segan, mati tak mahu...kekeke. Aku dah berjanji ngan korang tak nak bagi pokok ni mati kan? Aku dah sedaya upaya memeliharanya. Hari-hari aku siram air. Cuma baja jer aku tak bubuh lagi...Ok lah tu, hidup lagik....kekeke

Harussss juga ada gambar mak aku. Penguat semangat nak bekerja. Nak buh gambar laki @ pakwe, tak tau nak cari mana....psttttt mamarempit, kalau Ara buh pic Parin leh tak? kuikuikui....dan yang pink tu kad besday dari sahabat baikku, Eja untuk tahun ni....



Korang jangan tengok view atas meja jer, tengok bawah meja jugak...ni lah benda yang ada di bawah meja jugak. Ni pandangan belah kanan, pandangan belah kiri aku tak snap gambar...bimbang ada yang parkinson tengok nanti...mana tau kan kot-kot ada Anaconda ker, naga ker...kekeke....
So, ni lah meja aku.....korang pulak mcm mana? Untuk pengetahuan anda, sesiapa yang melihat entry aku ni, anda sebenarnya sudah di tagged!!!!!!!!!!!!!!!!.......sila buat entry beserta gambar meja anda di pejabat. Jangan bagi banyak alasan yer....orang-orang yang harus di exposekan meja nya adalah :: ~

  1. Cutecda
  2. Mamarempit
  3. Lenggang
  4. Mawar Berduri
  5. Aspalela
  6. Matabulat
  7. Smai
  8. Mummysya
  9. Jaja / Bini The Rock
  10. Cecilia

Selamat menjadi jurugambar amatur untuk meja ofis anda yer...hehehe...ikot lah nak posing macam mana nak ambik yer, janji aku puas hati....Selamat Menjawab....

Nota Pink ::~ Tongkang Pecah...

Tagged Cutecda...

Tuesday, August 4, 2009

Hari ni kesibukan aku tahap separa maksimum....Sebab tugas hakiki aku iaitu memproses loan perniagaan dah bermula. Sket lagi, mungkin aku akan jadi sasau, hilang ingatan pada sesuatu perkara dan mungkin jugak aku akan bercakap sorang...hahahhaa...

Sekarang ni aku telah kena jerat lagi...aku ditagged oleh kak kiut pulak. Hadoiiii....maklumlah dia tak nampak aku ni bizi...hahaha...mentang-mentanglah bos dia outstesen...ahaksss. Kak Cute, meh ara nak jawab tagged ni...................layannnnnnn..........





1. apa perasaan sekarang...
::~ apa yer???? boring ! tak tau mcm mana nak cakap...nak sms orang aku malas. Lagipun tak de sape yang nak dimesejkan. Memalam buta ni dok umah je lah...tapi rase sedih pon ade. Aku jer yang tau...abaikan.

2. saya nak makan...
::~ pada saat ini aku tingin nak makan aiskrem...sejuk jer sampai dalam perot...makanan yang lain-lain tu nak jugak tapi nantilah....ikot waktu yang sesuai...

3. saya x suka...
::~ buat kerja orang...cakap mcm bagus, tapi kerja dia aku yang buat, aku paling menci orang sebegini...

4. impian saya...
::~ nak sambung study... nak membahagiakan mak abah aku...

5. haiwan yg saya tidak suka...
::~ ekceli aku bukan pencinta haiwan. haiwan yang lain-lain tu aku tak penah jumpa kat umah. tapi aku tak suker kucing. aku tak suka bau-bauan yang datangnya dari haiwan ini...

6. saya harapkan...
::~ seseorang akan menoleh kepada saya satu hari nanti...


7. jika boleh diputarkan masa
::~ saya ingin kembali ke zaman pengajian di universiti....nak memperbetulkan apa yang tak betul dan mencapai impian saya...


8. saya pada 10 thn akan datang...
::~ dah menjadi seorang isteri, ibu, dan bisneswomen yang berjaya....

9. hp saya adalah...

::~ sony ericsson....berangan-angan dah nak tukar baru....tungguuuuuu...kekeke

10. saya pernah bercinta sebanyak...
::~ 2 kali...tapi tu semua adalah hal yang paling tidak menguntungkan.....


11. saya suka pada...
::~ hal yang mudah...tak de masalah yang rumit...wang yang banyak...kekeke


12. kawan2 saya...
::~ adalah orang yang boleh menerima aku seadanya wpun sbg kawan..sesiapa yang sudi...


13. pernah dikhianati...
::~ malas nak fikir hal-hal yang membebankan fikiran...


14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda...
::~ tak buat apa-apa...biarlah dia dengan cara dia...Allah maha mengetahui


15. senaraikan 8 orang untuk di tag...
::~ saper yang jawab, yang terlebih rajin tu ambiklah tagged ni :-)




huh!!!!...jauh betul berjalan malam ni...lebih kilometer...kekeke....ok kak kiut, ara dah jawab tagged akak. Lengan koi lenguh ah musing stereng...kekeke....




Nota Pink ::~ Perasaan down sket malam nih....



Tagged J@j@ / Bini TR....

Thursday, July 30, 2009



Haloooo...rasanya dah lama aku tidak dihinggapi oleh mana-mana paparazi @ blogger-blogger tegar mintak menjawab tag. Agaknye memasing bizi lah tu...


Tapi tetiba terkezut gak lah ada yg menyampaikan pesanan penaja suruh menjawab tagged beliaw..tak lain tak bukan adalah kak jaja ku....

Nilah jawapan aku untuk nyawaku yang satu ini...henpon....


1- Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?


::~ henpon ni aku beli pada tarikh 02/02/2007...lama dah. Aku ni payah nak tukar-tukar henpon nih, maklumlah....mahal...ni jer yg aku mampu guna...alhamdulillah...


::~ Ni ler henpon aku...... tadaaaaaa.....







2- Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?


"Tokidoki Theme"
Mahap....gambar pecah
::~ Aku tak tau lah kenapa aku pilih theme ni.....cuba korang tengok spender pompuan tu nampak kan? huhuhu....sedikit sensor di situ....kekeke...tapi aku masih tidak menukarnya. Mungkin kerana warna trademark ku iaitu pink melatari wallpaper ini...

3- Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?

::~ Tak pasti tapi baru-baru ini aku mengecek list nombor yang ada hampir 500 contact. Maklum jaman sekarang ni sorang je dah 2-3 henpon...untuk makwe lah, untuk bisnes lah, macam-macam. Aku spesis malas nak delete nombor orang. Melainkan kalo umat tu menyakitkan hati aku dan tanpa prasangka, aku mengnyahkan nombor itooo...padan muka kauuuu!!!!!



4- Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?



::~ Ada 40 semuanya....termasuklah dia "My Boo"....seseorang yang tidak bisa aku miliki...huhuhu

5-Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?


::~ Sebelum buah hati aku yang satu ini, sejak tahun 2000 aku dah guna 8 jenis henpon...setakat ni aku tak pernah hilang henpon...alhamdulillah.

::~ Aku penah beli henpon guna duit PTPTN dulu...wakakakaka...nekad jer aku pi beli kat Pertama Kompleks dulu...rasenya tahun 2004. Jangan bagi taw orang-orang kat Wisma Chase taw...syutttt...kang tak pasai-pasai aku tak lepas nak makan angin naik flight macam Faizal Tahir...kekeke....Yang lain-lain tu aku telah disponsor oleh sugar daddy ku iaitu "abah" aku...hehehe...

::~ Cuma 2 henpon kebelakangan ni je yang aku beli pakai modal sendiri...cam siot jer kan...ehekkk


6- Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?

::~ Aku sebenarnya dah berjuta-juta kali tukar nombor henpon...

  • Celcom
  • Maxis
  • Celcom
  • Maxis
  • Digi
  • Maxis sampai hari ni...dan nombor sekarang telah dibelikan oleh "My Boo" di Bangi. Sampai hari ni lah aku guna. Aku pun sekarang guna Celcom sebab adik-adik aku, kawan-kawan ramai jugak yang guna Celcom.......akak ni kan pengasih orangnyer...kekeke

::~ Yang aku paling suker Maxis ni "line clear" dan ada SOS Topup...tengah-tengah SMS memalam buta tetiba kedit yilek, aku pon dapat ah nyawa sket....i liokeeeeeee...kekekeke


7-Nada dering yang anda gunakan?



Ni ha lagu dari makcik sorang ni, yang baru kene penampor ngan pakwe dia, si Rihanna...
"Take A Bow"...sebab aku rase ni je bunyi yang aku alert sket..yang lain-lain tu kalo letak, bunyi pon aku tak sedar...huhuhu...mula lah orang marah ye dak...hehhehe


8-Senarai top 5 yang anda selalu msg?


Pada mase ni lah.....esok lusa tak tau lg

  1. Apple Hijau ::~ my best fren
  2. Lovely's Poyo ::~ adik lelaki aku
  3. Lovely's TiQ ::~ adik pompuan aku
  4. Syukri ::~ orang minyak....tettt!!!!!...ahaksss
  5. Kak Ida@cutecda ::~ kakak alam maya ku

9-Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?

::~ Yang pasti, aku tidak mempunyai orang itu....cuma orang-orang yang aku sayang iaitu mak, abah & adik beradik ku dimulai dengan nama "Lovely ****** "

10- Orang yang nak di tag?

::~ Aku pun nak bagi 5 jer lah buleh???....

  1. U-neey
  2. Sue @ Ela
  3. Okliz
  4. Lenggang @ Kak Enie
  5. Cecilia

T.A.M.A.T




Nota Pink ::~ Kak Jaja, Ara dah jawab...heheh..harap berpuas hati :-)









Tagged...Sila Jawab

Tuesday, June 23, 2009

Perasaan....aku dengan suker hati mentagged kengkawan semua. Bukan hape, jeles gak aku je yg kene tag, apa kata aku lak bagi kat korang...jangan risau, tagged aku mudah jer....tagged santai-santai dihari cuti yang penoh dengan kepeninan...oittt, ayat apa nih???...hehhee...lantak... Sebelum tu ....


1. Dengan rasa rendah diri, anda dianugerahkan Award ni untuk diletakkan di blog anda. Sila copy paste yer.





Aku rase award ni tak jd kontrovesi sbb tak terkeluar tahun 2009 lagi...hehehe


2. Sila ceritakan kembali siapakah yang menganugerahkan award ini kepada anda. Apakah pandangan anda terhadapnya.


Memandangkan aku sendiri yang bagi, so...no komen...ahakssss



3. Anda dikehendaki menyatakan pendapat sendiri tentang larangan berintenet di pejabat.


Aku pun tatau nak cakap pe pasal ni...sebab aku adalah antaranya...huhuhu...tapi sendiri mau ingatlah..had-hadkan lah....sedor diri...kuangkuangkuang...



4. Setiap blogger dikehendaki mengemukakan 3 cara yang sesuai/fleksibel cara untuk merehatkan minda & badan seketika di pejabat.


-----> surf internet


-----> dok dendiam kat kerusi aku dan tutup mata...psttt...bkn tido taw


-----> minum air yang sejuk



5. Sila pilih 8 blogger untuk menerima award dan menjawab tagged ini.



  • mamarempit

  • aspalela

  • cutecda

  • okliz

  • smai

  • matabulat

  • jaja / bini the rock

  • jiejie (shaz dliena)

6. Jika anda ditegur kerana menyalahgunakan internet dipejabat, apakah tindakan anda.


Diam seketika dan menyelit jugak bila perlu...aku ni memang degil...huhuhuhu



7. Nyatakan 5 tempat yang anda ingin pergi buat masa ini dan apakah sebabnya.



  • Mekah -----> nak wat Umrah & Haji ngan mak aku

  • London -----> nak jenjalan menikmati keindahan negara orang (nak bawak mama..jgn luper haaaa) ..ahahaha

  • Aquaria KLCC -----> nak tengok ikan & mermaid yang jeles kat aku tu (kalo jumpa ahhh)

  • Angah Restoran -----> nak jumpa tettt!!!!

  • A'Famosa -----> nak havoc ngan mak, abah & adik beradik aku jer....


Ucapan tuan rumah, terima kasih kerana bagi kerjasama menjawab tagged ini.... hehehehe... Lain kali aku lak kene tagged...sokmo pon...hahahha....






Nota Pink :: tagged kali pertama...tak taw betui ke idak...hehhee...layannnnnnn...



Tagged Mamarempit & Aspalelalalala....

Sunday, June 21, 2009

Sebelum aku meraban jawab tagged ni, terlebih dahulu inginku susun 10 jari mohon maap dari mama & aspa sbb lambat jawab...huhuhu...kemalasan melanda...tak leh nak wat mende wehhh...uwaaaa.....Tapi, pada hari ini aku juga akan menggagahkan jemari ini menaip tagged deme berdua yer...hehehhee

1) Copy badge "2008 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


Nanti zaman dah berubah kita tukar motor lain ek...tak pakai dah vespa-vespa nih...hehehhe
2) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Beliau adalah :: ~
a) Mamarempit iaitu teman alam maya yang jugak partnernya sebelah kanan mase makan2 dengan bunkface...belah kiri adalah papa (somi tercinta)...hehehe
b) Aspalela juga sahabat di Manggaonline yang aku telah tersalah nombor telepon semasa menerai tepon dia...huhuhu...malusssssss.....salah owang!!!!!!!!!
3) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
1. suker termenung
2. suker dengar lagu
3. kureng minat masak
4. takot + geli + geleman kepada katak
5. suker kaler pink
6. takotkan sesuatu ataupun kejadian letupan
7. sometimes mcm budak-budak sket...hehehe
8. dengar lagu kat henpon
9. suker nangis
10. lembut ati
4) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Yang aku nak tagged semua dah menjawab...hehehhe
5) Jangan lupo untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda. Terima kasih!"
Tagged dari kalian berdua dah dijawab...macehhhhh...hehehhe
Nota Pink :: Adehhhhhhh.............akhirnya mama & aspa...koi dah jawab :-)

Tagged Mamarempit...

Friday, May 22, 2009

Macam kerja sekolah pulak...hehehhe...dah dpt tagged dari sorang lagi geng MO...mamarempit... No hal...koi boleh jawab. Nanti bagi ler lagi...akan ku sempurnakan tugasan itu....ahaksss...


:: Aku pasti mama tidak merempit guna motor nih...kuikuikui....

Mama....ni makwe aok nak jawab tagged mama k...

1. Apakah hubungan anda dengan insan yang mengetag anda?

::~ kenalan alam maya juga...belum lagi alam semester sebab aku tak jumpa dia lagi wpon rumah dia aku dah bertenggek sokmo. Kekadang aku melepak kat umah dia lagi satu yang dijaga oleh Pak Tan sambil makan pisang...ahahaha...

2. 5 impression saya terhadap mama?

::~ i think dia a) peramah b) prihatin c) sempoi d) sensitif e) lawak

3. Perkara memorable yang pernah dilakukan?

::~ setakat hari ni belom lagi tapi akan tercipta sedikit mase lagi...tunggguuuuuu...ehek...tak sabor nih

4. Perkara memorable yang pernah diucapkan kpd saya?

::~ " Tak hingat lah tu?".......hahahaha....baru dapat tadi sebab pepagi tadi sempat beramas mesra kejap dengan mama...

5. Kalau mama kekasih saya, saya akan....

::~ selalu memikirkan tentang dia....makan tak basah, mandi tak kenyang...heheheh

6. Kalau mama jadi musuh saya, saya akan..

::~ cuba nyahhhhhkan dia jauh dari hidup aku....tapiii..tak mungkin akan berlaku...kekekeke

7. Kalau dia jadi kekasih saya, dia perlu improve dalam...

::~ selok belok mencipta menu yang sedap-sedap untuk hari mendatang...kekeke...sebab kekasihnya ini kuat melantak...ahaksssss

8. Kalau dia jadi musuh saya, mungkin kerana...

::~ sikap negatif yang ada dalam dirinya sendiri...okliz, koi pinjam jawapan aok yak...sebab jawapan kita 99% sama...maap weh...hehehe

9. Overall impression tentang mama.

::~ telus dalam segala hal dan sangat memahami dan prihatin kepada orang lain....pssttt..mama! ok tak jawapan ara? hehehe...

10. The most desirable things to do to her/him.

::~ bawak mama naik kapal terbang pi London....sebab nak merempit bersama kat atas London Bridge...kekeke

11. Apakah anda rasa pandangan orang terhadap anda?

::~ baik kot & peramah.....hehehe

12. The character of you for yourself?

::~ lembut hati. mudah memaafkan, sensitif, feminin & mudah menangis...cewahhhh

13. The character you hate about you?

::~ sensitif...sensitif...sensitif....sangat sensitif...kadang-kadang menyusahkan diri sendiri dan orang kurang senang dengan aku wpon aku tidaklah macam tu....menciiii..

14. The ideal person you want to be with..

::~ berfikiran positif.....

15. For people who likes you, feel something about them.

::~ tak de faedahnya kalo nak melebih-lebih....be yourself...

16. Nak tag.

::~ tak de sape...eheheh...sebab family MO pasti akan menjawab tag mama nih

Siap juga akhirnya...adehhh...legaaaaaaaaaa. Untuk mama, nanti bagi tagged yang lebih mencabar sehingga menetesssss peloh keperempuanan ara yer ma...hahahha....zasssssssss...

Nota Pink : suka jawab tagged....tapi tengok mood jugak...kekeke