Pagi Yang Hujan...

Wednesday, September 30, 2009

Bila hujan-hujan pagi macam ni, perut mulalah melalak. Tahap kecerdasan pun kurang sebab kepala otak ingat bantal...hehehehe...


Dah lepas raya ni makan dah kembali kepada sedia kala, makan tak ingat dunia. Lagi best pagi ni ada orang belanja nasi lemak udang. Rupa tak cantiklah macam surf dalam pinggan yer, berbungkus, maklumlah yer...hehehe...sangat sedap. Dan aku pasti sekejap lagi biji mata aku pun buntang nak tertido...hehehe






Officemate aku pulak bawak lepat pisang yang lemak dan berkrim tu...aduhhhhh....sedapnya. Tapi saki baki kuih raya ada lagi ni. Nanti dah takde benda nak makan, habuk pun aku telan...hehhehe....


Nota Pink ::~ Makan...Makan...Makan...

Hari Raya...

Monday, September 28, 2009

Sebelum ni entry pasal persiapan raya, kali ni entry hari raya pulak. Dah raya ke-9 baru nak post entry raya, adehhh....banyak kerja lah. Lepas-lepas raya ni berhabuklah kerja nak kena buat kan. Tapi kemeriahan raya masih terasa. Aku masih memainkan lagu hari raya kat pejabat ni...hehehe....





Gambar raya kami sekeluarga. Kebetulan Fahmi & Cik Wani ada sebab ibu dan abahnya kerja hari tu, masuklah menyelit sekali. Lagipun budak-budak ni dah macam family kami jugak. Bertambah meriahlah pagi raya tu :-)



Dah dapat duit raya, semua senyum lebor aje...hehehe




Bersama kak long & adik aku Tiq...ketiga-tiga anak perempuan mak abah aku



Adik beradik aku kecuali abang ngah aku...dia dah sibuk kat dapur membaham lemang...hehehe




Kawan-kawan adik aku





Fahmi & Cik Wani bergambar kenangan dengan ibu & abahnya bersama Mdm. Sara :-)




Segerombolan sepupu-sepupu, kupu-kupu aku datang. Kalau datang sikit lagi ada yang bersila kat beranda rumah...hehhe...meriah






Ni lah antara kemeriahan suasana hari raya di rumah aku pada Syawal pertama. Syawal kedua, ketiga, keempat dan seterusnya meriah jugak cuma aku jer tak sempat nak ambik gambar...memanjang sibuk kat dapur...hehhee...pasti kenangan ini sangat indah untuk dikenang selamanya :-)
Nota Pink ::~ Bestnya beraya :-)



Persiapan Raya...

Friday, September 25, 2009

Salam sejahtera kepada semua. Lama jugak bercuti yer, tapi aku dah mula bekerja pada hari raya yang ke-5. Tapi korang tau lah bila kerja dalam mood raya yang masih terkurung dalam badan ni, alamatnya tahap kemalasan pun bermaharajalela dan kerajinan ala-ala suam-suam kuku gitu.




Masih dalam mood raya walaupun hari ni dah raya yang ke-6. Puasa sebulan, raya pun sebulan lah yer...hehehe...korang tengoklah baju raya kami tahun ni, warna kontroversi nu...hehehe... Lantak lah, janji raya meriah. Tajaan baju raya yang ini adalah dari adik perempuan aku, Tiq. Bukan kami adik beradik jer, malah budak dua orang tu, Cik Wani & Qistina turut mendapat tajaan....hehehe




Jumaat tu takde persiapan sangat sebab aku pun masih bekerja, adik-adik aku pun masih dalam perjalanan pulang ke rumah, tapi.....pssstttt..meh dekat sket. Nak bisik ni. Jumaat itu aku telah menjahatkan diriku ini...muehehehe. Selepas waktu rehat, jam 2.45 petang, waktu yang sepatutnya aku terpacak kat opis, aku tidak ada di situ...hahaha...aku berada dirumah...kekeke. Walaupun sebelum rehat tu aku dah dapat sound direct dari bos no 2 aku yang ting tong tu, aku buat tak reti jer....huhuhu....






Pagi Sabtu bermula lah kerja-kerja terakhir sebelum menyambut lebaran. Tahun ni kami jadi lain sket. Selalunya selepas Subuh Ramadhan terakhir kami ke pasar basah mencari bahan-bahan untuk dimasak, tapi kali ni kami bergerak lambat sedikit, kekdahnya menunggu hari cerah dan sempatlah selelap dua...huhuhu....kami ke pasaraya, bukan pasar basah...hehehe. Aku dan Tiq pun mula membeli barang-barang dalam list yang memang dibuat 2-3 hari sebelum tu. Tengoklah gaya Tiq, dalam memilih ikan bilis, sempat lagi posing tu...huhuhu. Selepas tu banyak lagi tempat yang kami pegi. Memenatkan tapi seronok sebab semangat raya makin membuak2...hehhe


Tahun ni mak abah aku berhajat nak melemang. Tapi bukan lemang panggang, tapi lemang rebus sahaja. Abah aku dah seminggu mencari tin untuk merebus lemang, payah dah nak cari tin sekarang sebab sekarang minyak masak dah dijual packing. Tapi akhirnya jumpa jugak walaupun mahal harganya, RM6 setin....huuuuhhhh!!!!... Tapi nak buat macam mana, tak de tin nanti macam mana nak melemang pulak yer...hehehe...Dari dulu Mdm. Sara memang biasa buat lemang rebus, sebab abah aku suker lemang rebus berbanding lemang panggang. Lembut dan tak berkerak seperti lemang panggang. So....Mdm. Sara ambik jalan mudah dengan merebus ajer lemang itu di dalam tin.



Lepas balik dari pasaraya, aku singgah banyak tempat. Membeli kelapa, alas meja, bekas kuih dan lain-lain barang termasuklah mencari daun pisang untuk alas lemang. Kami balik ke kampung sekejap. Kat sana memang banyaklah daun pisang. Kampung dekat, hari-hari boleh balik.....hehehe





Bila buluh dah beralas, pulut dah berisi dan santan dah bertuang, buluh-buluh semua diletak ke dalam tin. Cara penyediaannya sama macam lemang biasa, cuma cara memasaknya lain sedikit. Untuk satu tin, ngam-ngam segantang pulutnya ye akak-akak...hehehe....Masak pun letak jer atas dapur gas yang besar tu. Permukaan buluh dan tin ditutup dengan kain batik dan diikat. Aku cuma tak sempat nak ambik gambar lemang sedang direbus. Dalam tin tu isi air sepatuh tin yer. Lepas tu, lebih kurang dalam 1 jam 45 minit, lemang tu pun masak.






Bila masak, keluarkan dari tin dan ketuk-ketuk seket bagi isi lemang sedikit mampat. Waktu ni semua orang sedang menahan nafsu yer...hehehe....nak try kang, masih puasa. Jadinya masing-masing tak sabar nak tunggu waktu berbuka.






Lemang disalai sekejap tepi api nak bagi garing sikit. Dah siap pun. Senang nak buat kan? Nanti bolehlah try yer...hehehe. Aku ni ngalahkan Chef Wan pulak....jangan tak caya nanti diorang tu semua tak leh cari makan...hehehe





Bagus tak hasil tunjukan jari jemari aku ni? Lumayan tak? hahahah. Aku kalau bab menunjuk-nunjuk kuih ni memang cemerlang. Korang jangan tak tahu yer. Tapi bukan aku sorang yang terer, tapi adik-adik, dan kakak aku pun terer jugak..muahahaa. Kak Min, walaupun bodekkan Ara tak menjadi, tapi tart nenas tetap ada...gebussss lagi taw...hahaha....
Macam ni lah persiapan raya aku. Takde lah havoc sangat mcm korang tapi cukuplah alakad sahaja...hehehe....yang penting!!!!!!!!!!!!!!!..................meriahhhhhh gitewwww!
Nota Pink ::~ Boringnya keja hari ni...huhuhu

Kad Salam Aidilfitri...

Thursday, September 24, 2009

Sticky Entry......





Secebis ingatan kepada anda semua ikhlas dari tuan rumah......hehehe

Nota Pink ::~ Silalah ambik dan tepek kat blog atau di hati anda... :-)

Awas My Follower...

Tuesday, September 22, 2009

STICKY ENTRY....JELING-JELINGLAH YER... AHAKSSSS....




Salam sejahtera kepada semua follower http://rospink.blogspot.com/ sekalian.....
Korang mesti nampak gambar objek di atas kan? Jadi, ianya mungkin menjadi milik anda nanti. Kepada semua follower blog ni, yang sekarang baru sahaja mencecah 46 orang semuanya, dan mungkin akan bertambah nanti, insyaAllah.... satu Hadiah Misteri akan diberikan oleh tuan rumah yang baik hati ni untuk hanya seorang sahaja follower yang bertuah. Bukan apa, tuan rumah saja nak suker-suker ajer. Nak memeriahkan rumahnya yang tak berapa nak meriah nih...hehehhe...
Akan tetapi, follower yang mana yang bertuah itu, akan dibuat cabutan undi oleh tangan Cik Arapink sendiri...bukan tangan Mr. Wellesley atau tangan Mdm. Sara yer...hehehe...sedikit masa nanti tuan rumah akan mengumumkan follower yang keberapa yang akan terpilih untuk hadiah misteri ini. Hadiahnya tidak lumayan mana....Habib Jewel ke, handbag LV ke atau perfume Tommy Girl....hadiahnya hanya yang sedang-sedang saja...mengikut kemampuan tuan rumah saja......
Anda hanya perlu melihat entry terbaru sahaja. Tuan rumah akan memaparkan wajah anda dan nama anda disini nanti...pihak tuan rumah akan menghubungi anda untuk urusan penghantaran hadiah yang tak seberapa tu...hehehhe
Jadi, kepada semua follower blog ini, nantikan entry akan datang yer.......


Nota Pink ::~ Mungkin selepas Hari Raya apabila Cik Arapink lega dari mood beraya...kekeke

Selamat Bercuti...

Friday, September 18, 2009

SELAMAT BERCUTI SEMUA...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Notis Tuan Rumah ;-)



Nota Pink ::~ Berhati-hati di jalan raya yer. Semoga selamat sampai ke destinasi anda dengan selamanya :-)


Gantung Langsir...

Lama sungguh rasanya tak bubuh entry baru. Masalah internet sekarang. Sesak macam jalan raya jugak sekarang, maklumlah nak raya kan. Rumah pun dah bersawang sangat. Ingat lagi tak entry aku dulu? Tapi masa tu entry aku menjahit langsir raya, tapi entry kali ni turn nak menggantung pulak. Esok lusa dah raya, dah tak de masa nak pasang langsir dah. Sebab banyak lagi kerja lain nak buat kan. Kalo nak tunggu adik-adik aku yang baru nak bergerak hari ni balik ke Temerloh, alamatnya huru haralah nanti....tak sempat.



Inilah langsir yang aku jahit hari tu. Tak lah lawa mana. Tapi bolehlah kan...View kat belakang tu belah dapur rumah. Jangan tengok lama-lama yer...macam tongkang tu...operasi mengemas tak habis lagi...hehehee

Maaf yer, gambar tak begitu memuaskan. Maklumlah...gambar curi. Nak lagi gambar 'seindah pelangi' nih...hehehe...bukan senang nak tengok pelangi sekarang. Tapi ianya kembali wujud mewarnai rumah aku malam tadi...muahahaha...

Si tembam ni pun turut membantu...tapi mengomen yang paling banyak. hehehe... tak kisahlah Fikri, janji tolong jugak. Maklumlah, dalam rumah ni ntah berapa kerat jer dah yang tinggal...yang penting..........."kerjasama"....




Mana yang tinggi-tinggi tu khidmat dua lelaki ini diperlukan. Kalau aku yang memanjat ni karang, ada yang tertonggeng. Badan berat, lagipun ketinggian tak berapa nak cukup...hehehe..
Maaf sekali lagi waktu ini abang aku tak berbaju...panas katanya...orang lelaki macam ni lah...lebih selesa....




Mdm. Sara pun membantu. Tak ke surau malam tadi berterawih. Dah hujung-hujung Ramadhan ni surau pun makin lengang. Lagipun mak aku sakit lutut malam tadi, tu yang tak pegi terawih. Sebelum jam 12.00 tengah malam tadi semua daj settle. Aku pun membongkang tak hengat dah. Penat........
Bahang hari raya makin terasa. Kereta pun makin banyak atas jalan. Bandar Temerloh pun dah sesak 2-3 hari ni. Orang dah mula balik kampung....Macam tu jugak kawan-kawan MO aku. Rumah semua dah sunyi sepi....rindulah kat korang nanti...maklumlah cuti panjang kan...
Nota Pink ::~ Banyak lagi persiapan raya nak buat nih....

Alhamdulillah....


Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi sebab aku dapat jugak gaji sebelum raya walaupun masa amat suntuk nak menjelang raya....aku tak kisah, malah bersyukur yang amat sangat. Sempat jugaklah membayar tukang jahit aku, membayar tukang buat kuih aku, membeli persiapan lain jugak.....Alhamdulillah...
Nota Pink ::~ Tapi lepas raya anti macam mana pulak ? hehehe...

Lailatul Qadar...

Thursday, September 10, 2009



Nota Pink ::~ Menginsafi diri...

Kuih Raya...

Wednesday, September 9, 2009

Tat nenas (my feveret)...operasi membodek sudah lama dibuat tapi hasilnya belum lagi. To Kak Min @ LG, tunggu yer. Kalau Ara tak dapat, jangan gelak taw...taktik salah guna kot...kuikuikui


Operasi kuih raya....tapi bukan aku, orang lain. Mesti korang dah start buat kuih raya kan? Dah berapa jenis? Kalau zaman sekolah tadika dulu, bila dah nak raya mestilah dok menunjuk-nunjuk berapa banyak kuih dah buat. Bila kawan sebelah rumah tanya, dah berapa jenis kuih raya, haihhhh, sebanyak mungkin kalau boleh nak bagitau...dia pun sama, nak jugak bagi tau jumlah kuih raya kat rumah dia..heehhehe
Zaman dah berubah..masing-masing pun dah bekerja dan bekeluarga. Lain pulak caranya. Jarang dah nak membuat, mesti menempah jer yang pandai. Maklumlah, wanita bekerjaya...kononnnn!!!...kat pejabat masing-masing berlambak orang hantar tester kuih raya. Punyalah banyak, bawak balik rumah dan makan sampai kenyang...jadinya, lebih mudah kalau dipanggil 'kuih tunjuk' sebab anda harus menggunakan jari sahaja tunjuk kuih mana yang nak...dan bayar...hehehe...tapi waktu sekolah menengah dulu, walaupun kuih tu tak lah cun benor, tetap buat jugak. Tapi sekarang aku dah tak biskut-biskut ni. Tapi kalau kuih-kuih goreng macam kuih loyang, kuih siput, kerepek pisang, kuih gunting....kalau bahulu ni mintak ampunnn....tempah ajer. Tapi sekarang bahulu orang bakar dalam oven dah kan, tak macam dulu. Aku ngan Mdm. Sara menjemur tepung, mencari sabut kelapa, cari daun pandan untuk buat penyapu minyak pada acuan. Bila bab pukul telor sampai putih tu kerja abah aku...kederat jantan lah katakan..hehehhe...
Bestnya kalau diingat semula. Tapi sekarang dah tak macam dulu. Masa yang ada lebih kepada membuat persiapan lain....kepada semua, selamat membuat persiapan raya dengan rancaknya...hehehe
Nota Pink ::~ Tulis entry ni sambil dengar lagu raya :-)

Mood Saat Ini...

Friday, September 4, 2009



Mood saat ini....tatau nak cakap. Macam-macam yang aku fikirkan. Sambil-sambil melepak kat blog Aku & Glasgow, bukan apa, memang dah berhari-hari melepak sini dalam minggu ni sebab nak dengar banyak lagu raya...muahahaha...best-best semua playlist tuan rumah....tq kak iina bagi melepak...ahaksss...sambil menjadi penunggu setia blog lemongrass sebab tuan rumah nak bagi adiah saper yang jadi lucky visitor...hehehe...tu yang tak hingat donia tu. Manalah tau kan kot-kot bertuah dapat adiah kangaroo sekor dari Australia...hehehe...
Bila dengar lagu raya nih, mood nak raya memang ada. Nak pulak persediaan raya tu aku dah mula buat dari sebelum raya lagi. Tapi ada perkara yang tak menggembirakan aku saat ini. Malu nak cerita tapi itulah hakikatnya. Ni blog aku, takpe lah kan nak cerita...saja suker-suker aja. Hati ni risau sebab gaji. Besar kemungkinan aku tak dapat gaji sebelum Hari Raya ni. Sedihnya...kalau dapat, alhamdulillah...semua kakitangan awam akan menerima gaji awal iaitu kalau tak silap 10hb Sept ni, maknanya beberapa hari lagi. Tapi dari pengalaman aku, mungkin tipis harapan aku nak dapat gaji sebab gaji yang dikeluarkan terlalu awal. Seperti Hari Raya tahun lepas atau tahun 2007, aku tak pasti, aku tak dapat gaji. Dengan alasan terlalu awal dan kami akan lari lepas dapat gaji...terukkan????...ni lah nasib pekerja sambilan satu agensi kerajaan macam aku yang dah tiga tahun. Aku tak tahu nak tunggu sampai bila...aku tak pernah buat kerja sambil-sambilpun, lagi berat dari yang berjawatan tetap tu adalah...hari-hari...
Aku tak kisah kalau bulan-bulan lain, tapi aku kisah kalau untuk bulan ni. Sebab banyak hal yang nak dibelanjakan sempena Lebaran akan datang. Esokpun dah 15 Ramadhan, maknanya tinggal 15 hari lagi sebelum Hari Raya...macam manalah nanti....masih mengharap agar pihak yang terbabit mendengar rintihan kami....Kepada tukang jahit baju aku, tukang buat kuih raya aku, adik-adik aku, bersedialah dengan sebarang kemungkinan yer....hehehe
Macam telenovela pulak yer...15 puasa, bermakna lagu-lagu raya mula dikeudarakan di corong-corong radio. Mood raya pun semua makin membuak-buak kan? hehehe....kepada sesiapa yang dapat bonus tu lagi lah sukernya. Dan kepada sesiapa yang berkemungkinan tak merasa nak tengok gaji sebelum raya tu...seperti aku...bersabarlah...
Dengan kenaikan harga minyak di Malaysia ni...yang tak pernah stabil dek kerana kesilapan dimana-mana gamaknya, bebanan rakyat makin meningkat, bukan makin menjunam seperti kapal selam baru Malaysia....kena bijaklah nak mengurus wang anda sekarang. Negara yang kecil macam Malaysiapun, rakyat masih tak mampu nak menikmati kesenangan hidup yang total....

Nota Pink ::~ Bak kata Ustaz Izzi...renung-renungkan & selamat beramal....ahaksss


Rumah Terbakar...

Thursday, September 3, 2009

Tengok tajuk macam gempak jer kan? hahaha...cemas jugaklah. Tadi aku balik kerja, abang aku jemput. On the way, kami borak-borak. Dia cakap rumah terbakar. Terbakar???!!!! Biar betul. Tapi aku tengok muka dia senyum-senyum...Tu yang aku pelik tu, kalau betul terbakar, kenapa takde siapa yang call aku kat ofis? Kenapa macam tenang jer kan...Aku cakap cuba ceritakan apa yang terjadi sebenarnya.

Ni bahagian pintu lama yang terbakar....sikit jer tapi first time jadi nih...tak penah lagi sebelum ni...huhuhu
Rupanya benar terjadi walaupun hanya kebakaran kecil sahaja. Tapi kebakaran yang besar-besar tu jadi bermula dengan kebakaran kecil kan? Haaaa.....abang aku cakap ni semua angkara Cik Wani main bunga api siang-siang buta...bertuah betul budak tu. Petang tadi waktu Asar, dia main bunga api. Tak tahu macam mana puncanya, dia main bunga api...dengan seliaan Mdm. Sara. Lepas tu ntah macam mana Mdm. Sara masuk kerumah sebab nak mandi. Cik Wani masih main bunga api. Lilin pun masuk tak dipadamkan lagi...mungkin angin bertiup atau Cik Wani cucuh-cucuh bunga api kat tempat lain. Leka dengan bunga api, api makin besar. Cik Wani pon dah menyorok dalam bilik aku. Nasib baik abang aku ada. bau dah hangit dan asap dah berkepul-kepul. Adehhh....alhamdulillah lah semua selamat. Hasilnya karpet kecit Mdm. Sara berlobangggg...huhuhu...gambar karpet tu tak sempat nak snap sebab dah terbang ke dalam tong sampah depan rumah. Baru lagi rasanya aku post entry pasai main bunga api....hari ni dah terbakar rumah...nak marah lebih-lebih anak orang tu...kitorang tak cerita kat ibu dan abah Cik Wani. Tapi tataulah mulut si Fahmi tu, kot-kot mengadu...hehehe...ni lah hal yang jadi hari ni...menakutkannnn!!!!!!!!!!!!!!
Nota Pink ::~ Harap jangan terjadi lagi......... Nauzubillah....


Hari Merdeka Part 2...

Tuesday, September 1, 2009

Tadi tu aktiviti waktu cerah, ni pulak aktiviti waktu gelapnya. Kebetulan budak dua orang ni, Cik Wani dan Fahmi terus datang kerumah aku, baru tiba dari Penang, cuti-cuti Malaysia. Lepas jer berbuka, kami pun melayanlah budak dua orang ni main sesuatu yang mesti apabila tiba Lebaran.....




Ni lah aku maksudkan, "bunga api"........teringat zaman budak-budak aku dulu. Macam-macam bunga api yang boleh dimainkan. Dulu lebih senang nak dapatkan. Tak macam sekarang. Bukan apa, sekarang budak-budak dah terlebey pandai....tak pasai-pasai putus jari tangan. Aku teringat lagi, langsir Mdm. Sara berlobangggg sebab aku bakar mercun lalat...hahaha...sampai raya ke-4 pun tak abis bebel lagi...hahaha....






Masing-masing senyum simpul jer...suker hati dapat main bunga api...hehehhe




Oit...canggih jugak Olympus aku ek...leh snap gambar cenggini...kekekek




Sempat lagi bergambar gediksssss bersama-sama...kekeke...




So...inilah aktiviti Hari Kemerdekaan tahun ni. Tanpa menyertai perarakan, tanpa menengok orang berarak, jauh sekali menengok konsert....kalau tidak dalam puasapun, memang tak kemana-mana.....tapi hari-hariku sangat bermakna bersama keluarga tersayang :-)

Nota Pink ::~ Merdeka...Merdeka...Merdeka!



Hari Merdeka Part 1...

Macam biasa, Hari Kebangsaan Negara disambut dirumah sahaja...macam tu lah setiap tahun. Lebih-lebih lagi tahun ni, kebetulan pulak bulan puasa, laginya lah tak kemana-mana. Cuti yang ada dihabiskan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang. Adik-adik dan kakak yang jauh pun ada balik kerumah. Masa terbaik bagi kami :-)




Rupanya ada Jalur Gemilang depan rumah aku. Aku jer yang tak perasan....hahahaha...maap ye abah. Dalam tag Mawar_Berduri, aku cakap tak dikibarkan Jalur Gemilang tahun ini, padahal ada. Walaupun puasa, abah aku sedar rupanya...hahahaha....




Semalam juga aku, dan seisi rumah sibuk mengemas barang-barang Alif yang nak berhijrah. Bukan ke luar negara, tapi ke Bangi jer...hehhehe...nasib baiklah dia ni ramai kakak. Teratur sikitlah barang-barang yang nak dibawak. Koreang tau lah budak lelaki kan, kemas ikut suka hati ayam dia jer...kekeke....Tengoklah barang-barang dia dalam bonet kereta ni, sendat dan padat.....



Kereta a.k.a almari baju...huhuhu....belah sana baju adik aku yang kat Rawang tu, sebelah sini pulak baju Alif. Baju kerja....gosok siap-siap dari rumah...stok seminggu katanya. Nak jimat letrik ah tu kat rumah masing-masing...kekeke...


Senyuman Alif sebelum bertolak. Dari dapat call tawaran kerja hari tu, sampailah semalam senyum manjang....sampai telinga..........hehhehe...suker sangat. Alah, hujung minggu ni balik pulak, cuti 3 hari kan, Isnin Nuzul Al-Quran. Macam dekat jer Bangi - Temerloh yer...hehhehe
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52




Nota Pink ::~ Kemalasan nak pi kerja dah bermula saat ini...huhuhu