Showing posts with label ::~ raya. Show all posts
Showing posts with label ::~ raya. Show all posts

Minggu Yang Menyesakkan....

Tuesday, August 23, 2011





Salam semua... :-)

Cuba anda tengok gambor di atas nu...sesak kan???....itulah yang melanda Sogo Sabtu lepas. Kisahnya....

Jumaat lepas, lepas berbuka puasa balik dari kerja, tiba-tiba En.Bab call dari KL. Cakap suruh Ara ke KL malam tu jugak sebab nak berkumpul adik-beradik (katanyaaaa).. Kalo nak suruh Ara drive memang tidaklah tapi tumpang "kakak ipar" dari Pekan. Aku pun siaplah, rembat aje baju mane yang sempat. Kadang-kadang rimas jugak kalo plan mengejut cenggini, tapi ikut je lah....

Cik TiQ anto Ara ke RNR Temerloh, sebab nak kena sambar kat tepi jalan nu. Sampai KL dah kul 11.00 pm +++. Tunggu En.Bab sampai nak ambik Ara pun dah kul 1 pagi. Rupanya bukan tido di KL tapi Seremban!...pergh....

Sampai Seremban dah jam dekat-dekat kul 3 pagi, ala-ala nak bersahur tu. Bijik mata Ara macam dah nak terkeluar dah....hahhahaha....ngantok giler. Tapi seronok jugak sebab jumpa sedara-mara belah mertua di sana. Lepas kawin Ara belum sampai sana lagi. Diorang pun suker sangat Ara datang sana hari tu.

Sabtu pagi-pagi kami ke KL semula. Mengharung jalan jam yang giler amat. Orang kuar beli persiapan raye. Sebab tu lah kat Sogo macam dalam gambar di atas. Kalau tengok dari tingkat 2 or 3, mesti lagi lah nampak macam "ulat t***"...hahahha. Nak naik tangga pun susah. Turun pun payah. Bila sampai bawah ada pulak guard Bangla pegang tali...boleh jadi 3 ways pulak...lampu je takde lagi....hahahha. Punyalah ramai orang, sampaikan jalan pun payah. Nasib baik Ara tak beli apa-apa sebab dah plan dengan hubby nak ke KL semula minggu ni.

Tu kat Sogo, Jalan TAR & Jalan Masjid India jangan cakap lah. Macam dilanggar todak! Ahad lepas borak dengan cousin En.Bab, dia cakap kawan dia berniaga kat Jalan TAR, hanya jual baju melayu semata-mata, tapi dia leh dapat income untuk satu hari pagi sampai malam RM22,000!....huhhhh, berapa bulan gaji aku tu....hahahha

Tu lah gelagat orang buat persiapan raya. Ara punya persiapan ntahlah, macam biasa je. Takde lah sangat nak tukar itu ini. Tanya Mdm Sara pun dia cakap macam biasa jer. Mungkin sebab kami baru kehilangan orang yang kami sayangi. Jadi mood nak raya tu kuranglah sikit.

Apa-apa pun raya tetap kena sambut walaupun sederhana kan :-) Alhamdulillah...



Nota Pink ::~ Sangat merindui abah...


Salam Aidiladha...

Monday, November 15, 2010




Moga Pengorbanan Kita Yang Ikhlas dan Kerana Allah itu Diberkati :-)
SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA



Nota Pink ::~ Selalu bekorban...

Hari Raya...

Monday, September 28, 2009

Sebelum ni entry pasal persiapan raya, kali ni entry hari raya pulak. Dah raya ke-9 baru nak post entry raya, adehhh....banyak kerja lah. Lepas-lepas raya ni berhabuklah kerja nak kena buat kan. Tapi kemeriahan raya masih terasa. Aku masih memainkan lagu hari raya kat pejabat ni...hehehe....





Gambar raya kami sekeluarga. Kebetulan Fahmi & Cik Wani ada sebab ibu dan abahnya kerja hari tu, masuklah menyelit sekali. Lagipun budak-budak ni dah macam family kami jugak. Bertambah meriahlah pagi raya tu :-)



Dah dapat duit raya, semua senyum lebor aje...hehehe




Bersama kak long & adik aku Tiq...ketiga-tiga anak perempuan mak abah aku



Adik beradik aku kecuali abang ngah aku...dia dah sibuk kat dapur membaham lemang...hehehe




Kawan-kawan adik aku





Fahmi & Cik Wani bergambar kenangan dengan ibu & abahnya bersama Mdm. Sara :-)




Segerombolan sepupu-sepupu, kupu-kupu aku datang. Kalau datang sikit lagi ada yang bersila kat beranda rumah...hehhe...meriah






Ni lah antara kemeriahan suasana hari raya di rumah aku pada Syawal pertama. Syawal kedua, ketiga, keempat dan seterusnya meriah jugak cuma aku jer tak sempat nak ambik gambar...memanjang sibuk kat dapur...hehhee...pasti kenangan ini sangat indah untuk dikenang selamanya :-)
Nota Pink ::~ Bestnya beraya :-)



Persiapan Raya...

Friday, September 25, 2009

Salam sejahtera kepada semua. Lama jugak bercuti yer, tapi aku dah mula bekerja pada hari raya yang ke-5. Tapi korang tau lah bila kerja dalam mood raya yang masih terkurung dalam badan ni, alamatnya tahap kemalasan pun bermaharajalela dan kerajinan ala-ala suam-suam kuku gitu.




Masih dalam mood raya walaupun hari ni dah raya yang ke-6. Puasa sebulan, raya pun sebulan lah yer...hehehe...korang tengoklah baju raya kami tahun ni, warna kontroversi nu...hehehe... Lantak lah, janji raya meriah. Tajaan baju raya yang ini adalah dari adik perempuan aku, Tiq. Bukan kami adik beradik jer, malah budak dua orang tu, Cik Wani & Qistina turut mendapat tajaan....hehehe




Jumaat tu takde persiapan sangat sebab aku pun masih bekerja, adik-adik aku pun masih dalam perjalanan pulang ke rumah, tapi.....pssstttt..meh dekat sket. Nak bisik ni. Jumaat itu aku telah menjahatkan diriku ini...muehehehe. Selepas waktu rehat, jam 2.45 petang, waktu yang sepatutnya aku terpacak kat opis, aku tidak ada di situ...hahaha...aku berada dirumah...kekeke. Walaupun sebelum rehat tu aku dah dapat sound direct dari bos no 2 aku yang ting tong tu, aku buat tak reti jer....huhuhu....






Pagi Sabtu bermula lah kerja-kerja terakhir sebelum menyambut lebaran. Tahun ni kami jadi lain sket. Selalunya selepas Subuh Ramadhan terakhir kami ke pasar basah mencari bahan-bahan untuk dimasak, tapi kali ni kami bergerak lambat sedikit, kekdahnya menunggu hari cerah dan sempatlah selelap dua...huhuhu....kami ke pasaraya, bukan pasar basah...hehehe. Aku dan Tiq pun mula membeli barang-barang dalam list yang memang dibuat 2-3 hari sebelum tu. Tengoklah gaya Tiq, dalam memilih ikan bilis, sempat lagi posing tu...huhuhu. Selepas tu banyak lagi tempat yang kami pegi. Memenatkan tapi seronok sebab semangat raya makin membuak2...hehhe


Tahun ni mak abah aku berhajat nak melemang. Tapi bukan lemang panggang, tapi lemang rebus sahaja. Abah aku dah seminggu mencari tin untuk merebus lemang, payah dah nak cari tin sekarang sebab sekarang minyak masak dah dijual packing. Tapi akhirnya jumpa jugak walaupun mahal harganya, RM6 setin....huuuuhhhh!!!!... Tapi nak buat macam mana, tak de tin nanti macam mana nak melemang pulak yer...hehehe...Dari dulu Mdm. Sara memang biasa buat lemang rebus, sebab abah aku suker lemang rebus berbanding lemang panggang. Lembut dan tak berkerak seperti lemang panggang. So....Mdm. Sara ambik jalan mudah dengan merebus ajer lemang itu di dalam tin.



Lepas balik dari pasaraya, aku singgah banyak tempat. Membeli kelapa, alas meja, bekas kuih dan lain-lain barang termasuklah mencari daun pisang untuk alas lemang. Kami balik ke kampung sekejap. Kat sana memang banyaklah daun pisang. Kampung dekat, hari-hari boleh balik.....hehehe





Bila buluh dah beralas, pulut dah berisi dan santan dah bertuang, buluh-buluh semua diletak ke dalam tin. Cara penyediaannya sama macam lemang biasa, cuma cara memasaknya lain sedikit. Untuk satu tin, ngam-ngam segantang pulutnya ye akak-akak...hehehe....Masak pun letak jer atas dapur gas yang besar tu. Permukaan buluh dan tin ditutup dengan kain batik dan diikat. Aku cuma tak sempat nak ambik gambar lemang sedang direbus. Dalam tin tu isi air sepatuh tin yer. Lepas tu, lebih kurang dalam 1 jam 45 minit, lemang tu pun masak.






Bila masak, keluarkan dari tin dan ketuk-ketuk seket bagi isi lemang sedikit mampat. Waktu ni semua orang sedang menahan nafsu yer...hehehe....nak try kang, masih puasa. Jadinya masing-masing tak sabar nak tunggu waktu berbuka.






Lemang disalai sekejap tepi api nak bagi garing sikit. Dah siap pun. Senang nak buat kan? Nanti bolehlah try yer...hehehe. Aku ni ngalahkan Chef Wan pulak....jangan tak caya nanti diorang tu semua tak leh cari makan...hehehe





Bagus tak hasil tunjukan jari jemari aku ni? Lumayan tak? hahahah. Aku kalau bab menunjuk-nunjuk kuih ni memang cemerlang. Korang jangan tak tahu yer. Tapi bukan aku sorang yang terer, tapi adik-adik, dan kakak aku pun terer jugak..muahahaa. Kak Min, walaupun bodekkan Ara tak menjadi, tapi tart nenas tetap ada...gebussss lagi taw...hahaha....
Macam ni lah persiapan raya aku. Takde lah havoc sangat mcm korang tapi cukuplah alakad sahaja...hehehe....yang penting!!!!!!!!!!!!!!!..................meriahhhhhh gitewwww!
Nota Pink ::~ Boringnya keja hari ni...huhuhu

Kad Salam Aidilfitri...

Thursday, September 24, 2009

Sticky Entry......





Secebis ingatan kepada anda semua ikhlas dari tuan rumah......hehehe

Nota Pink ::~ Silalah ambik dan tepek kat blog atau di hati anda... :-)

Selamat Bercuti...

Friday, September 18, 2009

SELAMAT BERCUTI SEMUA...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Notis Tuan Rumah ;-)



Nota Pink ::~ Berhati-hati di jalan raya yer. Semoga selamat sampai ke destinasi anda dengan selamanya :-)


Gantung Langsir...

Lama sungguh rasanya tak bubuh entry baru. Masalah internet sekarang. Sesak macam jalan raya jugak sekarang, maklumlah nak raya kan. Rumah pun dah bersawang sangat. Ingat lagi tak entry aku dulu? Tapi masa tu entry aku menjahit langsir raya, tapi entry kali ni turn nak menggantung pulak. Esok lusa dah raya, dah tak de masa nak pasang langsir dah. Sebab banyak lagi kerja lain nak buat kan. Kalo nak tunggu adik-adik aku yang baru nak bergerak hari ni balik ke Temerloh, alamatnya huru haralah nanti....tak sempat.



Inilah langsir yang aku jahit hari tu. Tak lah lawa mana. Tapi bolehlah kan...View kat belakang tu belah dapur rumah. Jangan tengok lama-lama yer...macam tongkang tu...operasi mengemas tak habis lagi...hehehee

Maaf yer, gambar tak begitu memuaskan. Maklumlah...gambar curi. Nak lagi gambar 'seindah pelangi' nih...hehehe...bukan senang nak tengok pelangi sekarang. Tapi ianya kembali wujud mewarnai rumah aku malam tadi...muahahaha...

Si tembam ni pun turut membantu...tapi mengomen yang paling banyak. hehehe... tak kisahlah Fikri, janji tolong jugak. Maklumlah, dalam rumah ni ntah berapa kerat jer dah yang tinggal...yang penting..........."kerjasama"....




Mana yang tinggi-tinggi tu khidmat dua lelaki ini diperlukan. Kalau aku yang memanjat ni karang, ada yang tertonggeng. Badan berat, lagipun ketinggian tak berapa nak cukup...hehehe..
Maaf sekali lagi waktu ini abang aku tak berbaju...panas katanya...orang lelaki macam ni lah...lebih selesa....




Mdm. Sara pun membantu. Tak ke surau malam tadi berterawih. Dah hujung-hujung Ramadhan ni surau pun makin lengang. Lagipun mak aku sakit lutut malam tadi, tu yang tak pegi terawih. Sebelum jam 12.00 tengah malam tadi semua daj settle. Aku pun membongkang tak hengat dah. Penat........
Bahang hari raya makin terasa. Kereta pun makin banyak atas jalan. Bandar Temerloh pun dah sesak 2-3 hari ni. Orang dah mula balik kampung....Macam tu jugak kawan-kawan MO aku. Rumah semua dah sunyi sepi....rindulah kat korang nanti...maklumlah cuti panjang kan...
Nota Pink ::~ Banyak lagi persiapan raya nak buat nih....

Alhamdulillah....


Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi sebab aku dapat jugak gaji sebelum raya walaupun masa amat suntuk nak menjelang raya....aku tak kisah, malah bersyukur yang amat sangat. Sempat jugaklah membayar tukang jahit aku, membayar tukang buat kuih aku, membeli persiapan lain jugak.....Alhamdulillah...
Nota Pink ::~ Tapi lepas raya anti macam mana pulak ? hehehe...

Kuih Raya...

Wednesday, September 9, 2009

Tat nenas (my feveret)...operasi membodek sudah lama dibuat tapi hasilnya belum lagi. To Kak Min @ LG, tunggu yer. Kalau Ara tak dapat, jangan gelak taw...taktik salah guna kot...kuikuikui


Operasi kuih raya....tapi bukan aku, orang lain. Mesti korang dah start buat kuih raya kan? Dah berapa jenis? Kalau zaman sekolah tadika dulu, bila dah nak raya mestilah dok menunjuk-nunjuk berapa banyak kuih dah buat. Bila kawan sebelah rumah tanya, dah berapa jenis kuih raya, haihhhh, sebanyak mungkin kalau boleh nak bagitau...dia pun sama, nak jugak bagi tau jumlah kuih raya kat rumah dia..heehhehe
Zaman dah berubah..masing-masing pun dah bekerja dan bekeluarga. Lain pulak caranya. Jarang dah nak membuat, mesti menempah jer yang pandai. Maklumlah, wanita bekerjaya...kononnnn!!!...kat pejabat masing-masing berlambak orang hantar tester kuih raya. Punyalah banyak, bawak balik rumah dan makan sampai kenyang...jadinya, lebih mudah kalau dipanggil 'kuih tunjuk' sebab anda harus menggunakan jari sahaja tunjuk kuih mana yang nak...dan bayar...hehehe...tapi waktu sekolah menengah dulu, walaupun kuih tu tak lah cun benor, tetap buat jugak. Tapi sekarang aku dah tak biskut-biskut ni. Tapi kalau kuih-kuih goreng macam kuih loyang, kuih siput, kerepek pisang, kuih gunting....kalau bahulu ni mintak ampunnn....tempah ajer. Tapi sekarang bahulu orang bakar dalam oven dah kan, tak macam dulu. Aku ngan Mdm. Sara menjemur tepung, mencari sabut kelapa, cari daun pandan untuk buat penyapu minyak pada acuan. Bila bab pukul telor sampai putih tu kerja abah aku...kederat jantan lah katakan..hehehhe...
Bestnya kalau diingat semula. Tapi sekarang dah tak macam dulu. Masa yang ada lebih kepada membuat persiapan lain....kepada semua, selamat membuat persiapan raya dengan rancaknya...hehehe
Nota Pink ::~ Tulis entry ni sambil dengar lagu raya :-)

Langsir Raya...

Sunday, August 23, 2009

Raya lambat lagi, hari ni baru hari ke-2 puasa...hehehe...tapi persiapan raya pasti ramai yang dah pun buat sebelum puasa lagi. Macam tu juga dengan family aku. Bukan apa, banyak sebab kenapa kita kena buat persediaan awal nak menyambut raya. Antaranya ::~

  • Tempah baju awal sebab tukang jahit menutup tempahan sebelum puasa lagi....huhuhu...aku dah rasa macam mana sedihnya baju raya aku tahun lepas tak sempat siap...maka nya aku tak berbaju raya tahun lepas...untuk makluman!
  • Shopping sebelum puasa.....sebabnya lebih baik shopping sampai pening sebelum puasa. Kalau hausssss & lapaqqqq boleh lah pi makan. Kalau dah puasa, tak boleh makan. Nak lagi bershopping dengan membawa anak-anak...kering tekaklah jawabnya.
  • Tempahlah kuih raya lebih awal...macamlah kita ni rajin sangat kan...hehehe...macam aku. Senarai tokey-tokey kuih memang dah ada list. Setiap tokey kuih ni aku dah kenal pasti kuih apa yang sedap, sebab bukan semua kuih yg dia buat tu sedap...kehkehkeh...
  • Sila bajetkan duit raya dan perbelanjaan lain lebih awal. Memandangkan gaji beberapa hari lagi...gaji gomenlah, macam aku..gaji korang aku tataulah bilakan...ahaksss....kena lah selit-selitkan mana bajet raya yang penting dulu. Bulan depan gaji awal sebab nak raya. Kalo over bajet kang, tak makan pulak lepas raya...huhuhu...

Jadi, tips-tips yang aku bagi tadi tu boleh jugak kalau nak ikut. Sangat sesuai bagi kengkawan yang bergaji ciput macam aku ni...huhuhu. Aku pon dah buat persiapan macam apa yang aku dah tulis kat atas. Dan entry kali ni adalah antara persiapan raya yang sedang aku lakukan demi raya akan datang dan demi tak mengusutkan kepala aku....






Ini adalah langsir yang kami guna sekarang. Dah lama tak berganti langsir. Last aku jahit tahun 2006, itupun masa Kak Long aku nak kawin..haaaaa...dah 3 tahun pun. Warna coklat. Tahun ni Mdm. Sara cakap taknak warna gelap-gelap dah. Sebab rumah pun jadi gelap. Memang dari dulu kami tak pernah tempah langsir, semuanya dijahit sendiri. Sebab memikirkan kos...sebab tu langsir rumah kami sangat simple, takde nak berscallop bagai...senang nak basuh...kekeke...Dulu-dulu mak aku yang jahit, sejak sekolah menengah tugas khas ni diturunkan kepada aku. Sebab aku je yang boleh jahit lurus. Kalau Kak Long & adik perempuan aku tak jadi lurus, tapi bengkang bengkok..huhuhu...pelikk!!!






Pada akhir bulan Julai hari tu, aku berdesuppppp ke KL untuk mencari langsir raya di Nagoya Tekstile. Ni bajet gaji bulan 7 yer akak-akak sekalian...hihihi...gambar di atas tu langsir yang kami cadang nak beli, tapi meternya dah tak banyak....kensel!!!!!




"Night Curtain"


"Day Curtain"


Finally, kami decide pilih night curtain gambar atas dan day curtain yang bawah ni. Saja pilih day curtain warna putih sebab Mdm. Sara a.k.a mak kesayangan kami nak rumah terang tahun ni. Dan night curtain tu kami pilih pastel color...soft-soft gitu. Dan warna trademark aku iaitu ala-ala pink tu adalah sket...heheheh...harusss. Tema macam ala-ala Inggeris gitu...cetttt!!!





Operasi menjahit dah pun bermula sebelum puasa lagi. Jahit sikit-sikit. Maklumlah, aku ni wanita bekerjaya, masa tak banyak...hehehe...kononlah tu. Aku ni bukannya rajin sangat...hehehe. Iyalah, bila hari bekerja ni penatlah sikit. Kalau nak jahitpun ansur-ansur, tu pun weekend.



Nasib baiklah rumah aku tak banyak sangat tingkap, ada sliding door & pintu bilik. Tapi walaupun tak banyak, semua akan jadi double sebab semua double layer. Tak lama lagi siaplah. Dengan pertolongan Mdm. Sara jugak kalau aku tak sempat nak jahit. Bulan puasa ni memang banyaklah entry yang berkaitan dengan persediaan raya kan. Aku tak sabar nak tengok persiapan raya sahabat-sahabat blogger yang lain....

Nota Pink ::~ Kak Long pulak import langsir umah dia...adussss....