Showing posts with label ::~ family. Show all posts
Showing posts with label ::~ family. Show all posts

Besday Abah & Mother's Day...

Thursday, May 20, 2010

Walaupun dah berapa haribulan hari ni, tapi still dalam bulan Mei...hahaha. 7hb Mei haritu Harijadi abah kesayangan aku. Yang ke 60 tahun.

"Selamat Harijadi abah...kita dah menyambutnya bersama tempoh hari :-) De sayang abah dan selalu mendoakan abah sentiasa sihat. De rela balik Temerloh saban minggu sebab nak tengok abah dan de tau abah akan berasa sihat bila de bali. Sebab tu de sanggup. Dan de pon tengah usaha untuk lebih dekat dengan abah. Walaupun lambat lagi tapi de tak putus asa untuk makin dekat dengan abah"

Sejak kebelakangan ni aku melihat abah dah tak sekuat dulu. Bila melihat abah air mata aku boleh mengalir bila-bila masa saja. Aku selalu mendoakan agar aku panjang umur, biar aku boleh membahagiakan mak dan abah sepanjang masa selagi termampu. Dan aku juga berdoa agar abah panjang umur biar dia boleh menikmati kebahagiaan hidup daripada anak-anak. Terima kasih abah...segala yang abah berikan de tak mampu nak bayar...de hanya mampu memdoakan kesejahteraan abah sahaja. "I LOVE YOU SO MUCH"



Mei jugak Hari Ibu disambut diseluruh dunia. Macam tu jugak dengan ibu-ibu di Malaysia. Macam-macam cara aku tengok orang di Malaysia ni sambut hari ibu masing-masing. Bawak mak jenjalan, makan-makan, belikan hadiah, bawak mak pi spa dan macam-macam lagi...




Sempena hari ibu juga, aku nak mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" untuk mak. Tiada kata yang boleh menggambarkan kasih sayang de pada mak. Mak adalah kekuatan de untuk terus hidup. Mak adalah segalanya untuk de. "I LOVE YOU VERY MUCH MAK"

Sama macam abah jugak, sejak kebelakangan ni mak nampak makin berusia. Tidak sesihat dulu. Mak jarang sakit, tapi baru-baru ni mak demam. Aku risau sangat. Meronta-ronta hati ni nak balik Temerloh masa tu. Tuhan je yang tau. Bila sampai rumah mak nampak kurang bermaya. Badan mak gatal-gatal....kesian mak. Sayu sungguh hati ini melihat mak. Tak rela tengok mak sakit. De pon mendoakan mak sentiasa sihat dan kita akan mengharungi kehidupan ini bersama-sama ye mak....



Nota Pink ::~ Segalanya untuk kamu berdua....

Pertunangan TiQ...

Monday, December 14, 2009





Sebetulnya aku baru sampai dari Temerloh. Mata dah mengantuk, badan pun penat. Betis ni dua-dua sakit. Tapi sebelum tido sempat aku nak post entry pasal majlis pertunangan adik perempuan aku satu-satunya pada Sabtu lepas ( 12.12.2009 )...Sebelum majlis ni, aku cuti awal. Khamis aku dah ada di Temerloh. Sampailah hari ni, Isnin. Macam aku lak yang bertunang ye...hehehe...Bukan apa, kat rumah takde orang sangat. Adik-beradik aku yang lain semuanya balik Jumaat. Aku sengaja ambik cuti awal sebab nak merasa kemeriahan kenduri. Maklumlah...dah lama tak kenduri macam ni walaupun tak sebesar mana. Start Khamis jiran-jiran terdekat dah mula berkampung kat rumah aku. Hari Khamis, kami buat lepat ubi kayu. Ramai-ramai membungkus lepat, dengan gelak tawa, seronok sangat. Jari aku pun luka sebab terkena mata parut kelapa masa aku parut ubi tu...hehehhe. Iskhhh...mengantuk pulak upload gambar-gambar nih....huhuhu....Di sini aku tampalkan beberapa keping gambar sepanjang majlis pertunangan adik aku berlangsung...







Proses memasang pelamin pada malam Jumaat lepas. Entah apa yang dibualkan dua beradik tu :-) mak andam dan adik lelakinya...merangkap sepupu aku....hehhee




Pelamin yang telah siap. Tapi waktu ni lampu-lampu belum dipasang dan alas pelantar pelamin belum dipasang. Tapi kira siaplah ni...Tema "Pink"...jangan marah... ;-)





Jiran-jiran membantu memasak juadah hari itu. Antara menunya ialah sayur lemak nangka, ayam masak merah, singgang ikan, kerabu pucuk paku, sambal belacan, ulam2 dan buah, dan bersama jus mangga yang sejuk.




Semua juadah telah sedia untuk dijamah oleh tetamu kami hari itu.







Sebahagian tetamu yang hadir ke majlis kami





Pihak perempuan & pihak lelaki sedang berbincang apa yang sepatutnya. Menetapkan tempoh pertunangan, berapa hantaran dan sebagainya. Sambil-sambil ni aku dengar lagu "Berapakah Hantarannya" by Junainah M.Amin...huuuuu...syok lah pulak...hehehhe




Ini pulak dibelah kaum wanita yang diterajui oleh Mdm. Sara...heheheh...antara tetamu yang hadir, termasuk mak-mak sedara aku, besan mak, jiran-jiran, dan rombongan belah lelaki.




Abah aku sedang melihat dan meneliti cincin yang dibawa oleh pihak lelaki, sambil diperhatikan oleh jurucakap dan yang lain-lain tetamu.






Yang Diraikan :-) TiQ





Nak dijadikan cerita, Tiq terlupa nak pakai kasut. Nampak 'togel' sangat...hehehhe...nasib baik ada Cik Wani, yang sememangnya sukarela nak jadi flower girl pada hari itu....yang tak berapa nak jadi flower sebab cekak rambut aku tak sempat nak buat...huhuhu






Bakal mak mertua yang masih 'vouge' menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya...





Hasil Cik TiQ pada hari itu...lumayannnnn...heheheh






Antara hantaran kedua-dua belah pihak yang menyerikan lagi majlis ini...This is my part... ;-) Hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang dari pihak kami...










Antara sebahagian hantaran belah perempuan yang juga hasil kerja tangan aku 100%.....ahakssss...cantek tak????







Antara hantaran dari pihak lelaki...cantik jugak.....hitam putih temanya :-)




Kami tiga bersaudara perempuan. Bila lah turn aku pulak dok ditengah ye...kak long dah sudah...hehehe...masih berdoa. Adik beradik aku yang lelaki semua sibuk diluar rumah. Memang payah nak di ajak bergambar...panggil sorang, sorang lak ilang. Payah...last-last tak yah..heheheh




Mak, abah, Cik Wani & Fahmi....muka-muka yang wajib ado...hehhehe. Tapi si Fahmi lari tema lak...apa kes ko ni Fahmi? Sah-sah ibu nak pakaikan baju pink ko tak nak kan? huhuhu...tau dah...keras kepala...hehehhe




Anda lihat apa yang ada di atas kepala budak-budak ini....memasing dapat 2 ekor rama-rama pink. Kisahnnya Cik Wani menuntut cekak rambut dengan ros pink...tapi kau takde masa nak buatkan. Masa pi ambik kek kat kedai, mata Cik Wani ni jinak jer...nampak lak cekak rambut ni. Aku malas nak fikir panjang, TiQ terus pi bayar...lepas seksa dari nak menjawab pasai cekak rambut ros pink tadi...hehehe...selamatttt!!!!!!!!!!!!!!!! Yang penting anak-anak dara 2 orang ni tak lari tema...very the pink gitewwww....i likeeeee...





Bergambar kenangan bersama saudara mara & sahabat handai kami. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku dah tak larat nak upload sebab lambat macam siput....disebabkan kenduri ni aku terlepas nak pi kenduri kawin adik sorang sahabat blogger esoknya, Kak Min (Lemongrass) kat Ijok, Selangor. Hati berkobar-kobar nak pegi tapi tak ada rezeki....huhuhu....macam mana nak pegi, badan penat, betis pun sakit...hehehe...oklah kengkawan, Ara nak stop dulu. Mata dah mengantuk sangat....Salam





Nota Pink ::~ Best bila sekali-sekala kenduri :-)









Ahli Baru Family Kami...

Saturday, August 29, 2009

Namanya Qistina Aisyah Putri....ahli baru keluarga kami. Dia bukan cucu kandung Mdm. Sara, tapi anak asuhan mak aku. Baru habis pantang, dan mamanya baru start kerja Jumaat lepas. Sebelum ni aku ada post entry tentang kakaknya, Qistina Amalin...ini adiknya pula....

Haaaaa...mana satu baby betul nih? hahaha...Ni lah Cik Wani punya kerja. Dikeluarkan habis anak-anak patungnya yang lain. Diaturkan atas tilam sebelah Putri...Menarik pulak gambar ni...hehehe...


Inilah kita expose sket kat muka Putri....perbezaan dia dengan kakaknya, Qis adalah warna kulit. Putri lebih manggis, ikut kulit papa, tapi Qis puteh melepak macam mamanya. Rambut Putri hitam, lebat dan kasar. Tapi Qis rambut perang, tidak lebat dan lebih halus.... Persamaanya adalah tang pipinya...hehehe




Inilah keempat-empat anak asuhan Mdm. Sara. Cik Wani dan Fahmi (dua beradik) & Qis dan Putri (dua beradik)...tak rasa macam anak asuhan tapi terasa macam anak buah sendiri...





Cik Wani & Fahmi bergambar dengan Putri....



Makin meriahlah rumah kami. Tapi bukan setiap waktu. Lagipun Cik Wani & Fahmi dah sekolah. Datang kerumah aku pun dah tengahari. Qis & Putri pulak datang tidak tentu waktu sebab mamanya kerja shift. Jadi rumah aku tidaklah terlalu sunyi dengan kehadiran kanak-kanak ini...
Nota Pink ::~ Masa lebih sibuk melayan karenah anak-anak ini :-)


Tahniah Alif !!!

Monday, August 24, 2009


Firstly nak wish Congratulationsssss...kepada Alif sebab dapat kerja. Rezeki bulan puasa. Alhamdulillah. Alif ni adalah adik lelaki aku, abang kepada Fikri (si bongsu). Dia ni yang paling cool & low profile...hehehe... tadi dia dapat panggilan telefon mengatakan bahawa interview beliau pada minggu lepas berjaya. Selepas ni Alif menjawat jawatan sebagai Pelukis Pelan di OMK Consultant, Bandar Baru Bangi. Sejak dari balik kerja tadi aku tengok budak ni senyum memanjang. Bak kata Mdm. Sara, senyum sampai ke telinga...hehehe..mana tak suka, hajat hati tercapai. Dapat bekerja dalam bidang yang diminatinya. Masa study dulu aku yang pilihkan kursus ni, mengikut kecenderungan dia. Lagipun masa tu dia tak ada dirumah sebab mengikuti PLKN. So, akulah yang isikan borang untuk dia. Syukur alhamdulillah... Beliau akan mula lapor diri pada 1st september, iaitu minggu depan. Nasib baiklah 2 adik aku, iaitu abang dan kakak Alif ni bekerja di KL. Senanglah sikit nak tengok-tengokkan adiknya yang sorang ni. Bertuahlah ko Alif, tak ler lama sangat menanam anggur kat rumah. Tak dan berbuah ko dah dapat kerja...hehehe... Baguslah. Pasni kerjalah elok-elok dan bersungguh. Pepandailah jaga diri kat tempat orang. Sekali lagi aku nak pegi mengantar adik bekerja di luar Pahang. Nasib baiklah dia ni ada pengalaman tinggal jauh dengan rumah masa study dulu. Jadi kami tak ler risau sangat. Lagipun mungkin dia akan tinggal di rumah salah sorang kawan dia jugak, iaitu jiran kami...Lega sikit. Good Luck & All The Best...We Luv U :-)
Nota Pink ::~ Doakan kamu selamat sejahtera dunia & akhirat...amin


Selamat Hari Lahir Mak...

Friday, August 7, 2009

De nak ucapkan :




SELAMAT HARI LAHIR MAK


YANG KE-56 TAHUN


De doakan mak panjang umur & dimurahkan rezeki...
De juga doakan mak sentiasa sihat, bahagia & tabah...


De sangat sayangkan mak...
Mak adalah segalanya bagi de...


Melebihi apa yang de ada...
Mak kekuatan de...
Kita akan terus bersama...


Terimalah pemberian de untuk mak....
Kasih sayang mak yang de perlukan hingga hujung nyawa
I LOVE YOU VERY MUCH
Nota Pink ::~ Tak terungkap dengan kata-kata....

Sarapan Di Mana????

Wednesday, July 29, 2009

Salam Rabu semua....laparlah pulak...hehehe....pagi ni belom sarapan lagi...aku tatau nak makan apa lagi pepagi gini. Dulu aku bukan jenis yang bersarapan, samada di rumah mahupun di pejabat. Dah terbiasa sejak sekolah lagi macam tu. Tapi semenjak dua menjak nih, aku dah terbiasa pulak sarapan di pejabat. Bila jam 8.30 tu mula lah perut aku nih mcm sengal jer. Nak pulak sekarang ni kat ofis aku macam dah jadi tradisi sarapan bersama-sama. Macam kenduri....Sanggup pergi ke mana-mana saja dalam bandar Temerloh ni nak cari tempat baru. Yang banyak pilihan makanan, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, sambal kerang, rendang ayam, laksa, mi kari...adoiii...macam-macamlah...Semua kami sapu bersih...kekeke....







Teringat Ahad lepas, tinggal di Temerloh tapi sarapan di Tasik Titiwangsa, KL...hehehe, orang sibuk lalu lalang jogging, kami mengisi perot. Orang pandang-pandang, kami wat tatau jer...hehehe. Menunya simple jer...ayam goreng, sambal udang & nasi putih, kami bawak dari Temerloh. Maklumlah adik-adik aku 2 orang ni memang nak masakan mak jugak walaupun simple. Semua makan dengan kusyuknya. Lepas tu barulah kami ke Nagoya Textile mencari langsir untuk hari raya nanti.... :-)
Nota Pink ::~ Lunch di mana pulak yer?

Qistina & Taman Haiwannya...

Wednesday, July 1, 2009

Ralitnya Qis main dengan taman bear tu ye....Kak De rindu kat Qis. Dah dapat adik ye....Kak De tak tengok lagi adik Qis....nanti Qis datang rumah mak ye. Nanti Kak De belikan coklat untuk Qis ye....

Serius nampak...hehhehe



Qis jeling sape????



Hamboi.....bz nyer die :-)



Buai laju-laju...sampai Disneyland...hahaha


Jangan cabut buai tu Qis






Comelnya kamuuuu.....





Nak susu ker???


Tekun betul dak Qis nih....



Merry Go Round!!!!!




Qis akhirnya senyum jugak walaupun gusi bengkak ye.....sayang Qistina Amalin


Hehehehe.....




Nota Pink ::~ Tak sabar nak bersua dengan Qistina Aisyah Putri ;-)