Hadiah Kawin...

Friday, September 30, 2011

Salam Jumaat semua.



Mata amatlah mengantuknya....ehehheh. Cerita basi sekali lagi. Takde menda nak diceritakan, terpaksalah buat jugak cerita basi ni...heheheh. Masa wedding Ara hari tu, ramai jugak kawan-kawan yang datang bawak hadiah untuk Ara. Terima kasih banyak diucapkan. En.Bab pun cakap banyaknya hadiah yang Ara dapat....



Antaranya seperti dapur gas dapat 2 biji (satu bos Ara bagi), iron baju, mixer, keetle, periuk nasi elektrik, multi cooker, album gambar, set gelas(monopoli banyak), album gambar, lampu tidur, set mangkuk, tong beras (dari Sarah yg dok Segamat...jauh datangnya) barang-barang Tupperware, selimut, kain pasang, mangkuk Vantage (permberian Kak Ani Alfio Raldo), tempat letak surat, bekas garam gula, bekas kuih raya, frame ayat Al-Quran, produk penjagaan rambut, produk Avon dan ada lagi lah yang tak sebut....



Banyak jugak tapi tidaklah complete. Alhamdulillah sebab nanti kalau Ara dah mula dok sendiri, barang-barang asas tu dah ada lah kan. Nanti cuma kena beli barang-barang elektrik yang besar sikit macam peti ais, mesin basuh dan TV. Tapi ntah bila lah dapat rumah sendiri.




Inilah sebahagian hadiah-hadiah yang Ara dapat. Atas almari duduknya. Sebelum ni Ara longgok kat kaki katil tapi Mdm Sara bising. Nampak serabut. Last-last Ara mintak Fikri tolong susnkan kat atas almari ni...





Ni sebahagian lagi. Yang besor-besor. Kalau lebih-lebih letak atas almari nantio roboh pulak...hahaha. Seronok dapat hadiah masa kawin ni. Hadiah yang paling Ara sayang adalah jam dinding pemberian Apple (my bestfriend). Jam tu ala-ala Inggeris Style. Bunga-bunga, cantik sangat. Ara dah guna pun, gantung dalam bilik :-) TQ dear...





Nota Pink ::~ hati tetap rindu abah :-(




Tetiba Pulak Mood Ini Datang :-)

Thursday, September 29, 2011

Salam semua sahabat blog Ara (if masih ada....huhuhu)

Memang lama sangat tak berblog ni. Masa ada tapi malas benor nak update, tapi untuk blogwalking rajin sangat...hehehe...semua blog kawan-kawan Ara singgah, cuma tak mengomen aje...

sejak kebelakangan ni, tetiba mood membaking datang. Moog yang tak pernah datang tu tetiba datang. Tapi Ara belum sempat bagi En.Bab rasa sebab kami ni jauh. Bila buat kek, time dia tak balik. So...kendian lah ye syg...heheheh...

Dok kat ofis suka sangat google resepi kek & macam-macam resepi. Yang lain-lain tu Ara tak tau lah bila nak buat. Tunggu seru...hehehe. Ara lebih suka buat kek & kuih berbanding masak lauk-lauk. Kebetulan En.Bab study dulu tak ambik major kek & pastri, tak minat katanya. Dia suke masak lauk termasuklah western food. Dia cakap bunyi kuali itu mengasyikkan....hahahha. Sila lah tengok gambar ye. Ara ni tak pandai masak, cuma buat ikut resepi & ikut suka hati...ahakssss :-)




Puding Jagung bersama Mdm Sara :-) sebab Ara kacau, mak yang bubuh bahan-bahan...hehehe



Kek Coklat With Topping yang sangat mudah.... :-)






Kek kurma sebelum masak



Kek Kurma dah masak ( tapi rupa macam roti lah pulak)...hehehhe



Kek Kurma yang dah dipotong oleh Cik Ara yang tak sabar nak tengok texturenya.





Kek Bunga Rampai



Comel kan ?...hehhhee





Marble Kek ...



Lepas ni tak tau nak bubuh gambar apa pulak :-)


Nota Pink ::~ bila lah mood blogging nak datang semula...huhuh



Aidilfitri 2011

Tuesday, September 6, 2011

Salam Semua

Ara selalu jer tertinggal keretapi. Semua orang dah sampai tapi Ara baru nak bertolak...hahahah....takpe lah, blog sendiri kan, bedal sj lah...hehehhe




Ucapan Salam Aidilfitri dari Ara & Suami. Lebaran pertama kami beraya sebagai suami isteri. Banyak yang lainnya. Dah kena pastikan persiapan raya suami jugak, kalo dulu untuk diri sendiri dan keluarga je, tapi tahun dah bertambah tanggungjawab sebagai isteri pula...Alhamdulillah.... :-)




Inilah gambar keluarga Ara pada Aidilfitri tahun ni. Tanpa abah kesayangan Ara, Kali pertama kami beraya tanpa arwah :-( hati sangat sayu tapi lebaran tetap disambut jugak. Tahun ni bertambah 2 ahli keluarga baru, En. Bab & Baby Azim...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua kenalan blogger dimana saja berada....



Nota Pink ::~ Abah tetap dekat dihati kami sekeluarga....