Hutang TAG...

Friday, August 28, 2009


Malam ni aku cuba gagahkan diri nak menjawab semua tagged yang ditujukan kepada aku. Kalo siang-siang aku tak larat...cewahhhh....padahal tag ni orang bagi sebelum puasa lagi...huhuhu...teruknya koi...

Jadi dengan kudrat yang ada, selepas meminum banyak air tadi waktu berbuka...huhuhu...hausssssss bangat, aku akan siapkan tag tertangguh ni....


Kepada adinda ku tersayang iaitu Matabulat yang memang bulat, akak ekau ni ha nak jawab tag. Den walaupun tak fasih bahaso omputeh...takpo...den menjawab tag ekau ni dengan berbekalkan kamus elektronik di desktop ni ha...hehehe


TAGGED MATABULAT


1)-Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
::~ Soklan pertama macam dah sensor ajer...hehehe....masa kecik2 dulu mungkinlah ramai yang ciom aku kat pipi...tang lain aku tatau...hehehe


2)-How did u feel when u woke up this morning?
::~ Perasaan malas nak pi kerja...kalau boleh nak cuti 5 hari, keje 2 hari jer...buleh gitew??? kekeke


3)-Who was the latest person/people u took photo?
::~ Gambar Qistina Aisyah putri...ahli keluarga aku yang baru ;-)


4)-Would u consider ur self spoiled?.
::~ macam mana nak gambarkan yer? bila mood hilang, semua benda boleh jadi spoil...


5)-Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?.
::~ Rasanya tak de kot. Dari zaman sekolah aku kawan dengan semua orang tapi tidaklah terlalu akrab...

6)-Do u want someone to be dead?
::~ Tak ada...


7)-What does ur last text message say?
::~ Selamat Berbuka Puasa :-)


8)-What are u thinking right now?
::~ Persiapan raya...teruk betul aku...puasa baru 6 hari...kekeke


9)-Do u want someone to be with u right now?
::~ Rasanya tak kot. Sebab aku tak nak ramai sangat sekarang ni...Rimas!!!!!!!!!!



10)-What was the time u went to bed last night?
::~ Kul 12.15 kot...memang waktu perdana untuk aku tido setiap malam


11)-Where did u buy the tee(t-shirt) u are wearing now?
::~ Ohw...kat Reject Shop, Pertama Kompleks KL...kekeke


12)-Is someone on ur mind right now?
::~ Biarlah rahsia....kekeke


13)-Who was the last person who text?(tag) u?.
::~ Adik manis si MATABULAT....adik kesayangan aku tau...kekeke


14)-10 lucky person to do this tag?
::~ Buat masa ini aku tak bernapsu nak tag saper2...hehehe...bukan apa, aku ni baik ati. Taknak bebankan diorang dengan tag ni....diorang memang dah sedia banyak kerja nak buat...hehhehe


Jenuh jugak yer nak menyiapkan tagged dak bulat ni...tapi aku dah berjaya...kekeke...kepada Matabulat, kak ara mintak mahap sebab lambat menjawab tag ekau ni sebab kemalasan melanda jiwa raga...tapi dah disempurnakan...hehehhe....

***********************************************************************

TAGGED KuIna Lady In Red


Setelah aku menyelak banyak pages, akhirnya aku jumpa. Punyalah payah nak cari, maklumlah entry tu dah berabad tapi aku baru nak buat. Sekali lagi Ara mintak mahap yer KuIna...huhuhu. Tapi Ara tengah laksanakan nih....tengah buat...tengah taip yer...ahakssss....


‘3 sebab kenapa aku berblog‘….. ‘why i blog?’


Payah jugak nak jawab nih. Tapi aku jawab jugaklah yer mengikut apa yang aku rasa mengikut kepentingan peribadi diri Arapink...kuikuikui....


1. Sebagai Teman

::~ Pelik tak jawapan aku? sebab sebelum aku menjadi blogger separauh tegar sekarang ( akan menjadi tegar tak lama lagi ) kehkehkeh....aku sangat sunyi. Maklumlah, bersendirian tanpa teman...huhuhu...tapi sejak aku berblog, aku tak sunyi lagi dan aku mempunyai ramai kawan dikalangan teman-teman di Mangga Online dan teman-teman blogger di Malaysia... Paling aku gembira sebab sejak aku berblog ni, aku mempunyai teman yang menetap di luar negara. Sesungguhnya aku amat teruja setiap kali melihat blog mereka yang menceritakan tentang pengalaman hidup di perantauan dan mereka selalu juga menjengah blog aku...sebab itu aku berblog....


2. Tempat Meluahkan Rasa...

::~ Sejak aku berblog, ada sesuatu laman yang aku pasti akan kunjungi setiap masa. Kalau dulu berpeluang di pejabat sahaja ( tapi banyak ya amat dugaan di situ yang membuatkan aku bosan ) tapi kini aku pasti berblog di rumah yang tak ada saper pun nak halang. Kehidupan memang banyak dugaan dan masalah, tidak semua diceritakan di dalam blog, perlu tapisan dari Finas jugekkk...hehhe...sekurang-kurangnya aku boleh bercerita kepada semua rutin harian atau apa sahaja yang menarik yang boleh dikongsi bersama...sebab itu aku berblog...


3. Manfaat...

::~ Di blog juga aku dapat banyak manfaat yang berguna dari cerita kawan-kawan sekalian. Boleh gelak sama-sama, boleh nangis sama-sama, boleh bergurau sama-sama dan boleh kongsi resepi sama-sama...kekeke...nak pulak bulan puasa ni kan....sebab itu aku berblog...


So...Kuina sila pasang cctv kat umah Ara ni yer....highlight kat tajuk entery kali nih...kekeke...maaf lambat menjawab tapi Ara janji nak jawab dan terlaksana juga....daaaaa


**********************************************************************************************


TAGGED Mawar_Berduri...


Ini tag terakhir yang aku akan jawab dari adik aku yang sorang nih...hehehe...eh...kenapa lak tiba-tiba semangat 31 Ogos datang nih? Rupanya tag ini berkaitan dengan Kemerdekaan...maklumlah negara kita bakal menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke-52 beberapa hari lagi.........Mawar, Kak Ara jawab yer.... :-)


Erti sebuah Kemerdekaan pada diri anda?

::~ Bebas Dari Jajahan & Bebas Melakukan Apa Sahaja serta bebas berfikir dengan waras...Mungkinlah sebab aku tak dilahirkan pada zaman Tanah Melayu dijajah dulu, tapi aku cukup faham makna kemerdekaan bila mendengar dan melihat kesan-kesan sejarah dan peritnya kehidupan penduduk Tanah Melayu waktu itu. Sekalung penghargaan kepada semua yang telah bertungkus-lumus mendapatkan kemerdekaan pada zaman itu dan diwarisi oleh kita pada waktu ini dan generasi seterusnya....


Apa yang anda buat pada Hari Merdeka?

::~ Aku tak pernah melihat perarakan Hari Kebangsaan pun. Tengok raptai penuh pernahlah, tahun lepas masa aku pegi sopingggg kat SOGO...huhuhu...tu pun tengok diorang buat raptai penuh kat Jalan Raja Laut....hehehhe...biasanya aku tengok kat TV jer lah...


Adakah anda mengibarkan Jalur Gemilang dirumah atau kenderaan anda ?

::~ Ada tapi tidak pada tahun ini. Biasanya setiap tahun ada dikibarkan...tu keje abah aku ler...tahun ni tak de....sebab puasa gamaknya, dia terlupa nak kibar...hehehe



Apa perasaan anda bila melihat Jalur Gemilang dibakar?

::~ Sedih....tidak wajar...


Lagu berunsur patriotik yang anda tahu?

::~ Tau tapi tak pasti tajuknya...huhuhu...cover line nih...kekeke


Sekian sahaja.....Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke-52....MERDEKA!



Nota Pink ::~ Pelbagai rasa semasa menyiapkan entry nih...kekekke


0 comments: