Art VS Vandalism...

Sunday, August 2, 2009



Semalam sedang melalui satu lorong untuk pegi breakfast, aku terpandang satu fenomena yang biasa kita lihat. Ala-ala airbrush mural, menggunakan spray. Tulisan yang dibuat dalam pelbagai cara dan warna. Sangat menarik sebenarnya...


Jika dipandang dari sudut seni, ia sangat menarik. Aku rasa yang ini baru sikit kreatifnya jika dibandingkan dinding yang ada di KL atau dibandar-bandar yang lain. Si pembuatnya sangat kreatif menggunakan mukataip yang cantik. Begitu juga gabungan warna-warna yang digunakan juga sangat menarik. Di sini, ada sebuah restoran mamak yang memang menggunakan spray mural ni untuk menghiasi dinding restoran itu. Dibuka 24 jam, mural yang dibuat menarik juga dan mengikut tema atau musim....itu untuk next entry...hehehee

Tapi itulah, walaupun mural ni cantik (jika pandai membuatnya lah) ia tetap dikira satu kesalahan iaitu vandalism. Kerana dikira merosakkan dinding bangunan awam. Tapi kalau tak pandai nak lukis, buruklah pulak jadinya. Nampak semak. Kepada bebudak yang nak lukis mural ni, sila datang berjumpa Cik Arapink dulu yer....bawak sketch kamu dalam kertas A3 dulu...kalo lawa Cik Ara approve...kalo buruk Cik Arapink reject!...cewahhh...aku ni ngalahkan lecturer lak yer...Tapi aku rasa seni spray mural ni cantik jika dibuat di dinding bangunan sekolah. Mural biasa tu memang berlambak dah kat dinding sekolah guna plaka. Objek standard macam gambar obor, bendera, orang pegi ke bulan, gambar buku dan macam-macam lagi memang dah berlambak. Cuba sesekali ketengahkan mural seperti ini disekolah. Menggunakan spray yang pelbagai warna itu...pasti lebih cantik....Kepada semua pengetua sekolah, cungkillah bakat seni pelajar-pelajar anda di sekolah. Jangan tau nak merotan jer...opstttt!!!...Terlebih sudaaahh.......ahakssss.




Panjang lebor ceramah aku yer...kekeke...sesampai di kedai feberet orang-orang Temerloh iaitu Restoran Saniah, aku terus memesan Nasi Lemak Sambal Kerang (my feberet) tapi kerangnya tak cukup berapilah....lagi sedap aku yang masak tau...ngeh..ngeh...ngeh....


Breakfast kami pagi semalam ditaja oleh dua orang mama vouge ni, Kak Long (baju hijau) & Kak Jue (baju peach)....memang happening semalam..Anyway, thanks a lot...next time belanja lagi yerk...kekeke


Lepas makan, aku pi melepak kat ofis jap...borak ngan Mamarempit yang menghitung minit untuk balik, Kak Cute yang terlebih rajin datang keje hari Sabtu & Cecilia yang sibuk melayan karenah buah hatinya, Amani....Aku pun terlebih rajin jugak...tetiba moyan nak ke pejabat semalam....kekeke....sementara ada peluang berkhidmat di situ...akan datang tak tau lagi.....
Nota Pink ::~ Tak sabar nak terbang mencari kehidupan yang lebih stabil....

4 comments:

manusia biasa said...

lawa² sume art 2..pas2 rjn erk p opis..kli smai xdak la..dok umah rest je

Aspalela said...

tp kesian jgk kan...
bangunan dah cantik2, depa dok conteng2 pulak...

arapink said...

To smai ::~ mmg cantik...tapi tu ler...x leh kan. pi keje tu konon jer...kekke

To aspa ::~ weiii...mana ko pegi? lama x nampak?

ieda Harun said...

lorr ingat ko kat umah..rajin tul kita ek hahahaha