Hujan Tak Ori....

Friday, April 30, 2010

Salam pagi Jumaat kepada semua. Dah lama tak menulis. Sekali lagi mood kemalasan tu datang. Nak kata takde masa, macam tak logic sebab sebenarnya memang ada masa setakat nak menulis entry yang pendek-pendek macam selalu. Dan tiap kali aku menulis, pastinya dah sedikit basi ceritanya...heheheh

Yang aku nak cerita pagi ni adalah tentang "HUJAN TAK ORIGINAL"...huhuhu. Pelik gak tajuknya kan. 3-4 hari lepas hujan tu ada tapi jarang lah. Tapi yang bestnya kat area rumah aku selalu hujan tapi bukan waktu hujan. Korang faham tak ayat aku ni? hahahha...

Korang setuju tak kalau aku cakap bunyi hujan membuatkan kita makin lena tido...setuju kan? Aku pun setuju...hehehe...




Ini gambar yang aku ambik dari tingkap bilik aku. Bilik aku belakang, so bertemu dengan belakang rumah orang jugak. Korang tengok lantainya kering kan? Tapi malam tadi membawa ke pagi bunyi hujan. Dah 2 malam berturut-turut. Ini bukan tempat yang kena hujan, tapi rumah sebelahnya....



Cuba korang tengok lantai rumah ni. Yang kering tadi rumah sebelah tu. Dua malam berturut-turut tu hujan di rumah ini. Aku nak snap gambor malam tu, masa hujan tak original tu, tapi karang budak bujang tu cakap apa pulak tetiba flash kuar...hahaha. Bila aku buka tingkap, air memang macam hujan, jatuh dari atap. Bila aku amat-amati, aku rasa air tangki kot yang melimpah. Macam hujan lah, bunyi pun macam hujan. Rumah ni teres 2 tingkat, so air tu turun dari atap tingkat atas....mungkin air tangki. Aku dok fikir, kalau air tu melimpah dari malam membawa ke pagi, berapa lah bayar bil air sebulan? mahu bergelen-gelen air terbazir...hahaha...ayat aku. Dalam keadaan sibuk bekalan air tak cukup ni, ada gak air yang terbazir. Kepada penghuni rumah tu, aku rase student UiTM, sila lah bagi tau tuan rumah yer...Tapi ikutlah, aku yang tido nyenyak, sebab bertemankan bunyi hujan yang tak original....hehehhee

Nota Pink ::~ Macam-macam hal.... :-)

Kamera Ku...

Tuesday, April 20, 2010

Dah lah, air mata pun dah kering, dah berhari-hari...hehehhe...giliran kerajinan pulak nak menulis entry baru. Ni sambil-sambil mengira collection harian, aku menyelit untuk buat entry nih...hehehe...Setelah beberapa hari mengumpul meterial, sekarang dah ready nak post. Entry sebelum ni korang tengok ada nampak kamera tak seketul? Haaaa...tak habis lagi bab itu. Rodong koi kat seberang laut tu pun sama rupanya...hahahha. Sape lagi kalo bukan si Patin tuh...hahahha.
Aku bukan mende, saja lah nak tunjuk kamera digital yang pernah aku miliki sebelum ni. Aku ni mungkin mewarisi minat abah aku. Dia pun memiliki kamera Nikon FM10, tapi dah pun rosak. Dulu masa abah aku beli kamera ni, masa tu umur aku setahun, jadi akulah mangsa abah aku untuk dirakam aksi-aksi aku...hehehhe...



Ini merupakan kamera digital aku yang pertama. Canon Power Shot A400. Aku beli dulu rasanya tahun 2002 kat Berjaya Megamall, Kuantan. Harganya aku tak hengat dah, hampir RM1000. Tapi sekarang kamera ni dah rosak. Skrin dah tak berfungsi. Tapi aku memang sangat puas hati dengan hasilnya. Gambar sangat cantek. Tak pernah menghampakan aku. Paling banyak gambar yang aku ambik ialah gambar Cik Wani dan Fahmi. Dari mula mak jaga diorang, sampailah ke hari ni, macam-macam ragam yang dah dirakamkan :-) Abah aku try bawak kamera ni ke kedai gambar untuk diperbaiki, tapi tokey tu cakap kalo nak betulkan kosnya mahal macam beli kamera baru...huhuhu...sayangnya...



Cik Pinky ni adalah kamera yang aku guna sekarang setelah Canon tu ditamatkan perkhidmatannya. Ni adalah kamera Olympus u-1070. Aku ni kan obsess dengan warna sebegini, aku pon tak fikir panjang, terus rembat. Beli kat Temerloh ajer, harga hampir RM900. Memang comel dan lawa, tapi aku tak puas hati. Objeknya blur kadang-kadang. Exposure pon tak cantik...huhuhu...menyesal sungguh. Optical zoom pun 3 kali jer. Walaupun kamera ni 12 megapixel, aku tak puas hati. Nak tak nak aku guna jugak. Takpe lah, sementara nak dapat yang aku hajatkan itu....huhuhu



Ni dia.............................................................. Bilakah? aku pun tatau. Patin, nanti kita beli natang ni sama-sama yak...hehhhe...tungguuuu :-)


Nota Pink ::~ Bilakah?......

Sepi...

Friday, April 16, 2010



Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam



Nota Pink ::~ Selingan ajer....

Bisa kah???.....

Thursday, April 15, 2010



Bisakah?...bilakah???...kapankah???
Aku sangat ingin memiliki kamu wahai DSLR...
Tapi adakah aku mampu?...
Aku akan usahakannya....
InsyaAllah...


Nota Pink ::~ Dah Termimpi-mimpi...hehhhe

Sambutan Maulidur Rasul & Ulangtahun Ke-44 MARA...

Sekarang haruslah cerita-cerita yang telah berlalu, ataupun boleh dikira basi...hehehe...tapi ada aku kesah? Sebab aku nak post jugak entry yg sedikit lama. Maklumlah ada masa aku tak boleh nak ngadap pc ajer kan...macam kawan-kawan blogger yang lain jugak.

Pada 26 Mac 2010 yang lepas, kami seofis mengadakan sambutan Maulidul Rasul & Sambutan Ulangtahun Ke-44 MARA. Perancangan yang tercetus dengan tiba-tiba dari benak fikiran bos aku, kami sambut dengan baik...cewahhhh....kami pun bertungkus lumuslah menyiapkan apa yang patot. Terlebih dahulu dimulakan dengan jemputan kepada semua ketua-ketua jabatan dan juga big bos kami. Selain daripada itew, kami jugak menguruskan jamuan, dan juga ceramah agama sempena majlis ini. Alhamdulillah, semua persiapan berjalan lancar. Tetapu pun puas hati dengan jamuan kami yang sedap..katanya...hehehe.

Dalam kekalutan itu, aku terpaksa meninggalkan majlis lebih awal sebab mahu menuju jalan yang benar...hahaha...macam biasa lah kan, tak kan u all tak tau kan, balik ke Temerloh :-) Bukan apa, malas nak gerak lambat, sebab tak nak sampai rumah dah malam. Tapi malam jugak sampainya. Kalau highway aku berani lah walaupun malam, tapi sebab jalan Segamat - Gemas - Bahau - Triang - Temerloh tu jalannya macam ular kena palu....aku tak berani sangat. Jalan lak sorang-sorang, maklumlah masih tak berteman...kekekeke...




Antara cenderahati yang kami sediakan untuk para tetamu...




Tayangan video korporat MARA....




Agihan bunga telur semasa selawat...




Antara tamu yang hadir




Walaupun majlis ni simple je tapi sangat menarik. Komitmen semua rakan sekerja sangat baik dan sangat happening....Hope tahun depan boleh buat lagi dan lebih meriah :-)



Nota Pink :~ True Colours :-)

Alahai Cepat Ekspress...

Wednesday, April 7, 2010

Kalau nak diceritakan tentang public transport ni memang tak pernah habis. lebih-lebih lagi tentang bas yang memang menjadi pengangkutan utama aku dari dulu lagi kalau nak berjalan jauh. Tapi dalam tempoh ini, hanya satu bas yang aku gunakan nak berulang alik dari Segamat ke Temerloh. Banyak dah pengalaman yang tak syok aku lalui selama menggunakan perkhidmatan Cepat Ekspress ni. Macam-macam hal. Dari masalah teknikal bas hinggalah ke masalah kecuaian pemandu.




Pengalaman paling baru adalah pada minggu lepas, perjalanan balik dari Temerloh ke Segamat. Selalunya perjalanan ini yang banyak masalah berbanding bas dari Segamat ke Temerloh. Dari Temerloh ke Bahau aku sakit belakang. hampir 2 jam aku tak boleh nak bersandar sebab seat tu rosak. Sakitnya hati. Terpaksa duduk tegak jer. Sepatutnya tu bukan seat aku, tapi driver bas yang sedikit ting tong tu suruh aku duduk disitu sebab aku akan turun kat Segamat. Nak tak nak, aku terpaksa duduk jugak. Dalam hati dah nekad, sampai Bahau nanti nak tukar seat lain. Bila sampai sana, aku bangun. Driver tu sibuk nak uruskan orang turun naik. Dia tanya aku nak turun Bahau ke, aku cakap nak tukar seat sebab rosak. Dia macam marah dan naik suara. Aku ni malas nak menjawab, aku diam jer. Alhamdulillah, seat baru tu ok dan aku boleh bersandar. Sebelum ni kelewatan bas jugak selalu berlaku. Gambar di atas aku snap masa bas tu rosak kat Bahau. Sampai malam dan aku terpaksa MC dan patah balik ke Temerloh.




Gambar curi lagi. Jadi gambar ni tak berapa clear. Daifnya keadaan bas ni. Dengan batu-bata diletakkan di pedal minyak. Aku tengok bas ni langsung tak ada ciri-ciri keselamatan. Alat pemadam api tak ada, keadaan bas yang sungguh tidak selesa.



Cuba tengok gambar ni, korang buat-buat nampak je lah yer...hehehe...keadaan suis-suis yang berselirat dengan wayar yang tak terurus. huhuhu...seram aku tengok. Harap lepas ni Cepat Ekspress dapat bagi bas yang lebih elok untuk perjalanan dari Temerloh ke Segamat dan menambah lebih lagi trip yang setakat ini hanya 2 trip sahaja iaitu jam 9 pagi dan 4 petang ke Segamat. Begitu jugak sebaliknya dari Segamat ke Temerloh. Dan sikap pemandu haruslah lebih baik, janganlah merokok semasa memandu, asap masuk ke ruang bas yang berhawa dingin, korang dapat bayangkan kan? betapa lemasnya kami. Mencarut-carut semasa memandu, tak sedap betul telinga mendengar....harap lepas ni lebih baik...



Nota Pink ::~ No choice...nak tak nak kena naik jugak....hhuhuhu...

Hadiah Mama...

Tuesday, April 6, 2010

Semalam aku dapat jumpa mama lagi. Kalu macam ni nak nempah tiap-tiap bulan lah baju, boleh jumpa mama...heheheh..mama datang dengan Fidah yg ala-ala drifter bawak kereta...hehehhee. Baju yang aku tempah dah siap dengan jayanya. Cantik mama jahit. Lepas ni aku akan jadi regular customer mama... :-)



Nilah barang yang mama anto semalam. Kemain lawo paper bag mama, ada gambar katun-katun...hehehe...baju ni aku nak pakai hujung minggu ni...entry menyusul kemudian apakah program best aku hujung minggu ni...hehehhe. Lepas mama balik Labis, aku bermuka buku (Facebook) dengan mama. Dia cakap dalam paper bag tu ada barang. Terlambat nak kasi, sepatutnya bulan Januari lepas. Aku harammmmm menengok lagi bag tu...hahahha. Setelah digeledah ala-ala treasure hunt tu, aku terjumpa niiii....




Tadaaaaaa.....ni lah hadiah tertunda mama. Thanks mama. Cantik sangat. Apa yang tertulis tu yang penting. Pesanan penaja...hahahha...Mama cakap hadiah main-main. Ada lak main-main???...heheheh...betul-betul lah tu. Almaklumlah, aku ni jarang benor dapat hadiah, nak lagi dah tua-tua ni kan. Bila ada pemberian kawan-kawan, jadinya teramatlah suker nya :-)

Nota Pink ::~ Menanti kek dari Labis....hehehhe

Rahmatullah....

Thursday, April 1, 2010



Sebenarnya dalam tempoh 2 bulan ni, banyak kematian yang kita dengar kan. Begitu juga dengan keluarga aku. Bulan Februari, sorang abang sepupu yang paling rapat dengan keluarga kami, dan paling rapat dengan abah telah meninggalkan kami. Sedang berehat di bawah pokok lepas menebas rumput....nampak macam tido tapi rupanya dah dipanggil Ilahi...meninggalkan isteri dan anak berumur 7 bulan...sedih sgt.

Bulan Mac, sekali lagi kami kehilangan ahli keluarga lagi. Seorang lagi sepupu yang sebaya dengan aku meninggal dunia. Usianya sebaya aku, meninggal sebab kemalangan jalan raya. Anaknya yang berumur 3 tahun patah tulang bahu....kami rapat juga walaupun sekarang jarang berjumpa atas sebab komitmen kerja masing-masing.

Insaf dengan semua ni. Jika ajal dah sampai, walaupun usia masih muda...tetap dipanggil juga. Al-Fatihah...


Nota Pink ::~ Giliran kita entah bila....

1st Tag...1st Award 2010...

Patutlah hati tergerak nak aktifkan blog ni, rupanya aku telah di"tag" oleh mamarempit...hahaha...dah lama tak kena benda alah ni...Sebelum tu aku dah kutip Award pertama tahun 2010 nih...Maceh mama...

Maap ler mama ek, Ara lambat benor nak wat tag mama nih. Saja mensibukkan diri sebenaunyer...heheheh...so, sekarang dah nekad nak bersihkan blog ara nih...Meh nak jawab tag mama ::~



1. Thank & link the person that gave you this award..iaitu Mamarempit..(Settle Maaaa)

2. State 7 things about yourself .....(perghhh!!!! omputeh ek...hahaha) ni sekadar menjawab dengan hati yg tulus mulus tau, bukan nak pomot diri sendiri...kekeke
a. Tak suker orang merokok sebab busyuk!!!!!
b. Sekarang suker benor tengok tv...dolu2 pon tengok gak tv tp dah lama jarang tengok tv...sekarang baru nak minat...
c. Penggemar hati ayam masak kicap...kekekkee
d. Tension kalo tak dapat balik kampung...hahaha...korang tau kot aku jenis manusia apakah...homesick!!!!
e. Risau kalo topup henpon habis...huhuhu...x dapat call & sms Mdm. Sara & orang2 yg aku sayangi...cewahhh
f. Sangat penyayang, lembut ati mcm agar-agar, pemaaf, penyedih, pemurah dan semua pe-pe yang patut...hahahha
g. Sangat takot/geli/seram kat katak...walaupon karakter karton...tolonggg!!!!!!

3. pass this award to 15 bloggerz that you've discovered and think they are fantastic....

Aku ni segan nak pass tag kat org nih...takpe lah...sape yg rajin dan tak de keje nak buat, hambiklah...dgn award sekali aku kasi...hehehhe..

Today adalah Thursday, tomorrow adalah Friday...maksudnya aku akan balik ke jalan yang benar, iaitu balik kampung...heheheh...jangan marah ek...


Nota Pink ::~ start menerima semua tag...silakan :-)