Aktiviti yang dah lama aku tak buat. Kalau masa aku kecik-kecik dulu aku selalu ikut Mdm. Sara ke pasar ni. Pekan Sari Temerloh merupakan pasar tani yang terpanjang di Malaysia setiap hari Ahad. Kedudukannya tapak pasar ini disepanjang Sungai Pahang di Bandar Temerloh. Dah lama aku tak ke sini bila hujung minggu. Bukan apa, sejak adanya pasar malam dekat rumah aku beberapa tahun ini, kami dah tak berkunjung ke Pekan Sari Temerloh, sebab segala keperluan dapur dah ada dijual di situ, jadi tak perlulah nak pergi jauh-jauh. Bermacam-macam benda ada dijual di sini. Segala macam kuih muih, ikan, sayur, buah-buahan, ulam-ulaman kampung, kraftangan, pakaian, macam-macamlah. Pendek kata segala tok nenek keperluan dapur dan barang-barang kegunaan harian ada di sini...Mak ayah jer takdek...kekekek

Begitu ramainya umat manusia di sini. Begitulah setiap minggu. Nak lagi sekarang bulan puasa, lagi lah ramainya orang datang mencari bahan-bahan masakan untuk juadah berbuka puasa. Tapi yang mengecewakan aku sedikit adalah dalam ramai-ramai ni, aku rase tak sampai 5% yang memakai topeng penutup hidung dan mulut. Masih rendah pemikiran mereka mengenai bahaya H1N1.

Pandangan dari salah satu pintu masuk ke sini. Waktu ni jam 8.00 pagi. Keadaan tidak lagi begitu meriah. Masih laju lagilah kalau nak berjalan. Tapi kalau dah masuk jam 10.00 pagi, traffic jam ada di mana-mana. Nak menyelit pun tak dapat. Kalau nak berjalan kaki dari pangkal ke hujung, alamatnya banyak kali lah terhenti-henti...huhuhu...lemasss!!!!!

Antara barang yang dijual. Kalau nak ikutkan hati, mau aku ambik gambar banyak barang, tapi malas lah pulak. Jadi aku ambik ler gambar barang-barang yang menarik perhatian aku. Yang lain-lain tu korang imagine lah sendiri yer...kekeke...sape-sape yang ada anak yang nakal tu, bolehlah nak beli rotan dalam bakul tu...hahahha
Huiiii...kemain lagik. Mdm. Sara sedang kusyuk memilih sotong yer...seronok membeli sebab semuanya segar-segar belaka...terbaik dari laut...kekeke...terlalu banyak pilihan...rambang mata wehhhh....
Antara tangkapan kami pagi ini...kekeke....4 ekor bersamaan RM24!...Perghhh!!! Berharganya ko ketam yer. Nasib baiklah ko ni payah nak jumpa, beli jugaklah. Lagipun bulan puasakan, selera tekak ni lain macam sket. Bakal muncul gulai lemak ketam di meja, juadah berbuka nanrti...amboihhhh!!!....menetesssss........
Adik aku, Cik TiQ sempat lagi posing walaupun dikelilingi bau-bau ikan...hehehe...selamba kodok jer yer....
Semua yang dibeli tadi tak menjadi menu berbuka hari ini...Mungkin Mdm. Sara nak buat stok untuk esok...Hari ni mak masak rendang ayam...Raya awal macam Lemongrasssss...kekeke... Ayam Percik, Ikan Goreng, Sayur juga menjadi menu kami berbuka puasa petang tadi.
Masa kat Pekan Sari tadi, Mdm. Sara terjumpa Gula Kabung Original, dengan harga RM7.50 untuk 4 keping...Tapi mak dapat diskaun 50 sen...suker sangat dia...kekeke... Apalagi, Berbuah Melaka lah kami tadi...sedapnya... Aroma daun pandan dan kemanisan Gula Kabung tadi menusuk tekak...hehehe
Mak jugak dapat tempahan buat kuih "Kasui" @ Lopes kot...hehehe...aku tataulah kat negeri lain korang panggil kuih apa. Kalau kat sini kami panggil Kuih Kasui. Ada orang tempah nak bawak ke masjid untuk morey selepas terawih tadi.
Tu ler aktiviti aku hari ni.....sampai rumah aku pun merebahkan diri sebentar....melelapkan mata yang ngantok sebab bangun awal...kekkee...berkira betul kalau hari cuti kan....
Nota Pink ::~ Sesekali ke pasar memang seronok :-)