Progress My Wedding...

Thursday, February 17, 2011

salam semua...

Sibuk betul sekarang ni. Kerja banyak, pastu disambung pulak dengan banjir. Teruk sangat banjir sebab Ara kena pindah dan duduk di pusat pemindahan banjir 2 malam...huhuhu....

Banjir tinggal sisa je sekarang ni, ada benda lain yang paling penting. Apa lagi kalau bukan wedding ara. Makin dekat makin banyak dugaan. Kadang-kadang hal yang tak diduga pon datang. Nampak muka cool tapi dalam hati Tuhan jer yang tau (ayat En. Bab...hehehhe)

Sebenarnya banyak benda lagi yang Ara belum buat. Tapi setengahnya dah booking cuma nak settlekan payment ajer.

Nak buat check list sket :



1. Bab makan ~ Ara serah kat Mdm Sara ajer. Memandangkan Ara ni banyak pihak yang nak dijemput mcm kawan-kawan sekolah dulu, sedara-mara, kawan-kawan Manggolian, FB, Blog Arapink, peminjam-peminjam MARA yang berurusan dengan Ara dulu di Temerloh etc, so Ara harap sangat semua berjalan lancar. Makanan cukup, layanan sempurna...itulah harapan saya...



2. Kanopi/khemah ~ Ara dah booking kanopi dengan Ipah (my mak andam)..dia yang uruskan dan Ara cakap pastikan ada diskaun...heheheh.



3. Pelamin & photographer ~ Ara dah booking di D'Farhana. Sebab pelamin nanti akan dibuat luar rumah, maklumlah umah sempit...huhuhu. Sebab nanti mungkin ada acara menepung tawar...taklah berhajat sangat tapi nak buat kenangan jer...boleh lah kan.



4. Mekap ~ Dah booking kat Ipah dari She Look Bridal Collection. Selain daripada tu Ara pun booking mini pelamin untuk akad nikah untuk dalam rumah. Maknanya acara batal air sembahyang di pelamin itu. Mungkin lebih simple. Sebab Ara buat pelamin ni macam yang Ara bagi tau dulu...hehhehe



5. Kad Jemputan ~ Ara dah tempah kat Muafakat Trading di Temerloh. Harga dapatlah diskaun sebab kenal ownernya. Kad jemputan Ara ada 2 jenis. Bukan sebab nak pilih-pilih orang tapi sebab kad tu tak cukup kuantitinya...hahaha...tak kisahlah janji warna tema tak lari. Baru tadi dapat sms, bagi tau layout kad dah siap...Sabtu ni nak pi tengok. Yang paing bestnya dapat free bunting :-) jimat sket duit Ara... ;-)



6. Guestbook ~ Benda macam baru lagi kat Malaysia ni tapi dah mula jadi trend :-) Ara pun teruja pulak. Meterial dah beli, cuma belum mula projek jer lagi. Ara buat sendiri jer. Lebih puas hati. Kepada kawan-kawanku yang hadir nanti sila lah coretkan ucapan untuk Ara ye :-)



7. Meja Guestbook ~ Meja kecik akan Ara cuba sediakan lah untuk memudahkan tetamu yang hadir menulis. Hiasannya masih dalam perancangan Ara



8. Bilik tidur ~ OMG!!! Ara langsung tak usik bab ni. Perabot, langsir, cat cuma cadar je Ara dah beli. Bilik tu sekarang dah kosong. Barang-barang Ara dah buat operasi pindah masa cuti raya cina aritu...tatau lah bila nak mula nih...adoiii



9. Baju Sanding & Akad Nikah ~ Kain untuk kedua-dua baju ini Ara dah pun beli dan dah pun hantar tempah. Kat Mira Fesyen. Kawan baik Ara. Baju En. Bab pulak dia dah hantar tempah kat Den Wahab. Ujung bulan ni siap...katanya :-)



10. Door Gift ~ Ni salah satu hal yang memeningkan kepala Ara. Tinggal lagi 2 bulan, Ara masih tak boleh nak decide apa nak bagi kat tetamu. Tapi gift untuk keluarga En.Bab dah siap beli. Cuma nak gift untuk tetamu yang lain je belum beli lagi. Cadangan terlalu banyak tapi maklumlah, Ara kena tengok bajet jugak....minggu depan kena gerak nih...adoiii



11. My Flower Gurls ~ Yang ni pun satu. Belum berusik lagi. Bunga kepala dah siap tapi mak bapak belum bagi persetujuan...huhuhu...Cik Wani jer yang kompom. Susah-susah sangat Ara ambik Cik Wani ngan Fahmi jer kan. Senang :-)



12. Hiasan Meja Makan ~ Ara pon dah serah kat Ipah jugak. Banyak benda yang Ara ambik ngan dia. Termasuklah hiasan khemah VIP, aksesori kawin, etc...

Banyak lagi yang Ara belum buat sebenarnya. Baju family pun belum siap lagi...adoiii penin kepala koi...hahhaha. Tapi takpe, Ara akan cuba menjadi cool seperti En.Bab (tapi dalam hati Tuhan jer yang tau)..hahahh


Nota Pink ::~ tinggal 2 bulan lebih jer lagi...uwaaaaaaaa...debarrrr