Perasaan Hari Ni...

Monday, August 10, 2009


Nampak macam ok hari ni, tapi tadi ofismate aku, Nani memanggil tapi aku tak dengar. Padahal meja sebelah jer. Ekceli macam ada something yang buat aku termenung. Tentang seseorang yang baru aku kenal. Tak pernah jumpa, tapi menyenangkan jugaklah. Cara perbualan dan juga gaya SMS beliau yang menarik...setiap kali berbual, terselit humor yang membuatkan aku ketawa...Dia juga kadang-kala memanggil aku "Anak Rusa Nani"...dah lama gelaran tu tak menerjah lubang telinga aku ni. Kalau dulu, masa zaman tadika dan sekolah rendah, aku dah lali dengan panggilan itu. En. S ni matang bila berbicara. Mungkin disebabkan usianya yang 8 tahun lebih dari aku. Dia tidak berahsia orangnya...ada sahaja cerita sabah hari. Tapi sejak Jumaat lepas, dia macam lain jer. Cara perbualan, cara SMS pon lain macam jer. Aku tau dia marah...sebabnya?????....sebabnya dia nak gambar aku di MMS ke henponnya, tapi aku tak bagi...kuikuikui...jaat tul aku kan...Bukan apa, malaslah nak kasi. Lagipun dalam profile aku kat satu tempat ni dah ada gambar aku...kemuncaknya malam semalam. Dia baru balik dari JB, dan call aku kul 1.30 pagi...dia masih meminta gambar aku sekali lagi. Aku cakap nantilah aku bagi, dia jawab jangan cakap macam tu kalau tak nak bagi, nampak macam pendirian tak tegas...huhuhu...aku jawab macam tu sebab nak sedapkan hati dia, tak nak nampak sangat tak nak bagi. Dia cakap kalau tak nak bagi, cakap jer. Aku pun cakap aku tak nak bagi. Pastu dia cakap, ok lah...nak tido dah. Aku pun macam mati akal kat situ. Mata yang tadi mengantok, maklumlah tido diganggu, terus tak boleh nak lena. Sampai pagi....dan seterusnya hari ni, tidak seperti biasa semua SMS aku dilayan, walaupun dia sibuk dengan tugas. Hari ni satu SMS pun tak bertandang ke ruangan henpon aku...takpe lah...Biarkan dia...



Aku sekarang macam dah malas nak beriya-iya sangat nak mengambil hati orang sedangkan hati aku sendiri tak happy. Siapa yang nak kawan dengan aku, silakan...Siapa yang tak suker, sila tinggalkan aku sendiri. Rasanya aku akan menjadi kawan yang terbaik setiap kali bersahabat, tetapi setiap kali itu juga aku gagal. Sama ada lelaki atau perempuan, mana yang dah berkahwin, pun dah lain jugak. Aku faham tugas sebagai seorang isteri (walaupun aku tak kawin lagi), tapi adakah itu dijadikan alasan untuk mengabaikan hubungan persahabatan? Jang sesekali fikir bahawa aku cemburu sebab deme dah kawin...no...no...no...Sekarang ni bagi aku mudah saja, siapa yang sudi (bagi yang lelaki, if can accept me seadanya & yang perempuan jika rasa aku ni masih relevan untuk dijadikan teman) go on. Kalau tidak, lupakan saja. Left me alone....Aku ada life aku sendiri. Yang kenal pun payah, yang tak kenal lagi lah payahnya....


Kalau you all baca entry ni bukanlah aku ni payah untuk didekati, sesiapa yang kenal aku termasuklah teman-teman di MO, aku mesra je ngan sesiapa pun. Tapi aku pun tak tau...mungkinlah aku ni payah nak serasi dengan orang. Bila sahabat baik aku, Arwah Nana tiada, aku terasa kehilangan. Sebab bukan semua orang yang boleh faham aku kecuali dia. Tapi dah ditakdirkan dia menemui Illahi dulu dari aku, aku redha. Dalam menempuh hidup ni, aku rasa ada masanya kita pun perlu selfish jugak. No wonder lah kalau ada yang kena tinggal kalau selalu nak sibuk hal orang....


Panjang lebar pulak aku menulis malam ni. Yang pasti to En. S, semuanya terserah ditangan anda. Saya tetap begini di sini...tetap sama..Andai ada yang dirasakan tidak berkenan dihati, salam dihulur mohon maaf daripada anda. Begitu juga kepada En.Bab, apabila diberitahu takkan mengganggu dia lagi, langsung tak ada respond yang diterima...diam seribu bahasa....teruskanlah.....dengan kehidupan anda yang payah untuk dimengerti. Moga dengan life sebegitu anda bahagia disamping orang-orang yang disayangi....


Hidup kita tak kan selamanya macam ni....Sementara Allah meminjamkan nyawa dan masih boleh bernafas, nikmatilah hidup dengan sebaik mungkin. Hargailah orang-orang disekeliling anda. Sesungguhnya anda adalah seorang yang sangat rugi apabila si dia berlalu pergi begitu sahaja....




Nota Pink ::~ Fikirkan lah....





12 comments:

ieda Harun said...

aduhai...sayu den dgo luahan rasa 'anak rusa nani' ni hehehehe...sabar le okeh...apa pun yg berlaku senyumlah sebab senyuman itu penawar yg plg hampir dgn hati kita.hati org kita xleh duga...kita yg perlu bijak mengawal hati & perasaan kita sendiri...so kuatkan semangat ada ramai lagi kawan² yg boleh menjadi sahabat tp kekasih tu no komen kui3

AinDayana said...

araaaaaaaaa..cam frust jeeeeeee...huhuhu..gini la araaa..menda2 gini pasai pakwe laa..ko jgn ambik pusing sangat...nanti ko akan keciwa....ko terus kan hidup dan nikmati la keceriaan yang ada...insyaallah..jodoh ko akan sampai jua...berusahalah..kadang2 kalu menunggu pun tak tiba..kita sendiri kena kuat berusaha utk mencapai apa yang kita idamkan...chayok2....hehehe...

manusia biasa said...

sayu adk baca luahan 'anak rusa nani' ni..xpa la..sabaq ja la na..nk wt mcm mn kn..hmmorg mmg mcm 2..kalau time suka ati dia lpa kita.time ssh bru nk cr..hdup ni mcm roda kak...kadg2 kat ats,kdg2 kat bwh..1 ari nt sume kwn2 kak yg x sedo dri 2 akn dtg blk kat kak..insyaallah

arapink said...

To Kak Cute ::~ TQ sangat2 mbak

To Kak Enie ::~ Harap hari2 ara bersama gelak tawa Kak Enie :-)

To Smai ::~ You always be my side :-)

Anonymous said...

emmm... jgn byk pk tau ara! kita ni sama jer.. nti kang ara gk y sakit2.. byk sabar n bdoa tau. jodoh tu klu time dia nk sampai kdg2 kita xplan pun..

arapink said...

cc, ni bkn soal nak berpacaran saja, tapi nilai persahabatan tu...

ara dah mention utk yg lelaki mahupun kwn perempuan.

mmg tak nak fikir tapi ianya datang tanpa diundang....

thanks cc

manusia biasa said...

kak ara - mn da smai dblh kak...smai kat png..kak kat tmerloh..jauh 2!!! =p

arapink said...

alahai smaiiii....

mawar_berduri said...

kak Ara...knape cam sedih je ni ?...jangan la sedih2 nanti dah tak cun .. :(
Pada Mawar la akak .. kalau seseorang tu ikhlas dengan sesebuah persahabatan/perhubungan...orang tu akan cube menerima kita seadanya...klau just benda simple tak perlulah die nak take it so serious.

yang penting kita kena enjoy our life :)

kuIna said...

meh kita kawan ...

jabat tangan..

tak pa.. sejantina

hav a nice day!

arapink said...

mawar, kak ara tak sedih cuma terkilan jer...

tak semua org fikir mcm kita, kadang2 disebabkan hal yg sket jer, perhubungan yg elok tu leh lepas mcm tu jer...

ralatnya....

TQ mawar :-)

arapink said...

bestnya kuIna LadYinRed sudi nak kawan dgn ara...

jom jabat tangan...hehehe

my pleasure :-)