Hari Terakhir Berjalan Kaki...

Thursday, February 11, 2010



Hari ni merupakan hari terakhir aku berjalan kaki ke tempat kerja. Sebab mulai lepas Tahun Baru Cina ni aku mula memandu "Licik"...nama yang diberikan oleh adik aku untuk kereta itu. InsyaAllah, kalau tak ada apa aral melintang. Tidak ada lagi perasaan takut-takut dengan anjing-anjing liar di sini. Dan urusan kerja aku mungkin bertambah lebih mudah, insyaAllah. Walaupun lesen masih "fresh", aku akan memandu dengan berhati-hati setiap masa....

Nota Pink ::~ Harap yang baik-baik saja :-)

Portal Baik Punya...

Wednesday, February 10, 2010



Disini aku dah jumpa ramai kawan-kawan lama. Tadi baru lepas borak ngan kawan lama jauh nun di Miri, Sarawak. Dah kawin yer sekarang...comel anaknya. Happy sgt jumpa semula kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa...Terima Kasih Facebook.


Nota Pink ::~ Boleh tak guna portal ni cari gewe???....hehehe

1st Tag Tahun 2010...

Tuesday, February 9, 2010




Bukan tak disangka-sangka, aku memang dah agak mesti aku kena tag dengan geng cantum kepala aku yang ramai-ramai tu. Kalau tidak orang ni, orang itu...hehehe...

Tag Pertama

Pemberi Tag : Mamarempit (yang sangat familiar kalo kerja-kerja tag orang neh) hehehe..
Tarikh : 09 Februari 2010 (bulan Cinta)
Tag : Gambar No 5 dari Folder No 5 (fenin-fenin)

Aku tanya mama, dia cakap tak kisah gambar aper....so inilah gambarnya...sila lihat di atas sana. Kelihatan separuh badan Mdm Sara bersama cucu-cucunya (bukan cucu sebenar)...sape lagi kalo bukan budak berdua tu, Cik Wani & Fahmi.

Gambar ni berlaku aku rase 2 tahun lepas kot. Mase tu Fahmi gumuk lagi...sekarang Fahmi dah kurus, maklumlah...nakal ya amat. Si Cik Wani tu pulak suker sangat berinai. Mase tu musim org kawin, mak aku pon mintak lah sikit inai orang giling (tak leh tak bagi sbb batu giling mak aku punyer...hehehe) Mak aku lak suker melayan...apa lagi...tocang mau naik atas kepala lah.

Si Fahmi tengok je...dia geli benda yang lembik-lembik ni. Dia cakap macam "taik lembu"...muehehehe....

Alooooo mama, arapink dah jawab tagged. Dah lama tak kena tag.... :-)



Nota Pink ::~ Sape lagi nak tag aku? Ada beran..?????..hehehe

Salam Takziah...

Monday, February 8, 2010



Ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga Penolong Pegawai aku diatas pemergian bapa tercinta ke Rahmatullah pada hari ini, 08 Februari 2010 kerana sakit kanser prostat & asma. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah....Al-Fatihah.


Nota Pink ::~ Saat kita pun akan tiba nanti....

Anjing Liar...

Wednesday, February 3, 2010

Gambar hiasan...anjing macam berhemah jer...
Satu perkara yang aku kurang senang sejak tinggal di negeri Johor sejak November lepas adalah terdapatnya banyak sangat anjing liar yang berkeliaran. Aku tak tau dari mana datangnya. Kalau kat Temerloh dulu payah nak tengok anjing liar walaupun di kawasan penempatan yang ramai penduduk cina. Tapi kat bandar Segamat ni terutamanya, banyak sangat. Aku ni penakut. Memanglah anjing-anjing ni tak mengejar aku, tapi dah memang binatang ni haram kan, so....aku memang takut. Pagi-pagi aku keluar je pintu rumah, dah sah-sah anjing belaan orang depan rumah aku tu dah nampak aku. Nasib baik anjing tu dah tua, dah tak berapa agresif dah.
Lepas tu aku berjalan kaki ke pejabat setiap hari. Dalam perjalanan je aku nampak, berselisih dengan banyak ekor anjing. Peliknyanya. Kadang-kadang anjing-anjing ni macam buat meeting pulak. Aku pernah hampir dikejar anjing. Tapi aku diamkan diri, nasib baik anjing tu berhenti. Takutnya Tuhan ajer yang tau. Aku pernah terbaca Berita Harian Edisi Negeri Johor tentang artikel pasal anjing liar di Mersing. Maksudnya memang di negeri ni banyak anjing. Yang aku hairan, kenapa pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran tak ambil pendekatan macam mana nak kurangkan jumlag anjing ni. Tak kan nak tunggu ada lagi orang mati diserang anjing liar baru nak ambik tindakan? Bagi penduduk beragama Islam, hal ni sangat merimaskan. Nak jemur kain kat luar rumah pun tak berani.
Pagi ni aku ke pejabat tanpa nampak kelibat walau seekor pun anjing liar. Hati sangat lapang. Kalau tidak, aku terpaksa mencari jalan lain nak ke pejabat, tak mahu melalui jalan yang banyak anjing bersidai di tepi jalan. Kalau masih tidak kurang, aku akan buat aduan ke Majlis Daerah kat sini. Rimassssssssssss dengan anjing-anjing ni.
Nota Pink ::~ Masih ada blogger yang degil macam anjing yang masih berkunjung ke blog ni...


Macam-Macam Hal Januari Nih....

Friday, January 29, 2010




Salam Pagi Jumaat Semua...

Dah memang sebenarnya, aku sangat sibuk Januari ni. Dan macam-macam hal jugak dah berlaku Januari ni. Kebanyakkannya semua yang tak syok ajer...Takpe, ni semua dugaan Allah. Untuk hamba-Nya agar lebih tabah...kan....kan...awal Januari, bas rosak kat Bahau...adehhh. Masa tu jam 6 petang. Masa tu kat Bahau nak ambik orang. Depan sikit jer bas dah berhenti. Aku pun nunggu sampai kul 9 malam. Dah tension dalam bas. Ramai masa tu ...adalah 30 orang. Bas ke Temerloh berhenti, aku naik bas semula ke Temerloh...huhuhu. MC esoknya. Mak aku dok gelakkan aku bila aku sampai rumah malam tu...huhuhu.
Tengah Januari, aku dituduh melakukan perbuatan yang tak pernah aku buat dalam hidup aku. Pertuduhan yang melibatkan kerjaya dan masa depan aku. Hari tu memang aku down sangat. Macam-macam aku fikirkan. Sampaikan aku menangis malam tu, tak boleh tidor dibuatnya. Setelah buat solat istikharah, akhirnya aku buat laporan polis. Untuk pertahankan diri aku. Sebab hal ni dah sampai ke pengetahuan pihak atasan. Itu yang membuatkan aku sangat susah hati sebenarnya. Aku percaya hal ni termasuk unsur-unsur tak puas hati dari dulu lagi. Kepada si penuduh, jangan mudah menuduh orang yang awk tak tahu siapa sebenarnya. Jangan senang-senang nak menuding jari. Kaji dulu siapa yang melakukan sebenarnya. Dan kepada satu pihak lagi, hati ini tak akan memaafkan kamu sampai bila-bila. Hingga ke tempat baru, kamu masih tak puas hati. Apa salah aku? Takpe lah, kita tak akan berjumpa lagi walaupun kadang kala aku dekat dengan kamu.
Penghujung Januari, Hari Lahir aku...happy lah sikit walaupun aku makin tua...hehehe... Yang paling best, officemate dan pegawai mengadakan sedikit party birthday. Walaupun simple, tapi aku sangat menghargainya. Inilah kali pertama birthday aku disambut. Pegawai dan semua rakan-rakan sekerja siap nyanyi lagi dan baca doa selamat. Terima kasih semua. Walaupun kita baru kenal dan baru bekerjasama, kamu semua sangat baik dan sangat memahami aku. Terima kasih sangat-sangat. Hati aku tidak sakit lagi seperti dulu bila ke tempat kerja. Cuma aku berharap agar tahun 2010 ni memberi sinar baru dalam hidup aku.
Dan kepada mak, abah, adik beradik aku, kamu adalah segalanya. Kasih sayang kamu hingga hujung nyawa. De akan berusaha menjadi anak, adik & kakak yang terbaik untuk kamu semua....
Sampai jumpa lagi...aku makin sibuk. Sebenarnya tidaklah sibuk sangat tapi talian internet susah sikit kat sini. Jadi entry pun makin kurang. Kepada sahabat2 blogger, Kak Min, Kak Iina, Kak Shaz, Mama, Kak Kiut, Mawar, Cik Min dan lain-lain, maaf banyak sebab sy makin kurang menjengah rumah anda semua... :-) tapi tak bermakna tak singgah terus. Still masih melihat masakan2 Kak Min yang membuatkan perut ni sentiasa berbunyi. Dan masih melihat hasil2 jahitan Mamarempit yang comel2 itu....hehehe
Nota Pink ::~ Usaha untuk tidak membiarkan blog ni bersawang lebih banyak....






Selamat Tahun Baru 2010...

Thursday, January 7, 2010


Salam Semua....Selamat tahun Baru 2010.
Melampau betul aku nih, dah 7hb Januari baru nak post 1st entry. kalau orang lain tu dah berlambak-lambak. Maklumlah sejak di sini, kemudahan internet ni payah sikit, tak macam dulu. Kerja kehulu-kehilir pun banyak...hehehe.
Tapi bagi aku, permulaan tahun baru ni macam tak best jer. Macam-macam hal jadi. Nantilah aku ceritakan. Tak leh nak melalut banyak-banyak kali ni, ofis nak buka dah kul 2 jap lagi. Oklah, selamat jumpa lagi di lain entry...
Nota Pink ::~ Dah dapat dihalau...alhamdulillah...

Selamat Tinggal 2009...

Thursday, December 31, 2009

Salam Semua...
Lama betul aku tak update blog nih. Kemalasan melanda jiwa. Macam tak ada cerita je nak diceritakan, tapi banyak sebenarnya. Cuma malas je, intenet kat rumah kadang-kadang macam sengal je. Tapi malas yang lebih sebenarnya...heheheh... Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2009 ni. Banyak cerita suka duka yang berlaku dalam hidup aku tahun ni.
Tentang Kerjaya...
Aku mendapat taraf jawatan tetap yang dah 3 tahun aku tunggu. Dah hujung tahun baru dapat surat tawaran....alhamdulillah.
Tentang Perhubungan...
Aku masih sendiri. Belum ada lagi si dia yang bertaut di hati...takpelah...belum masanya lagi.
Tentang Keluarga...
Seperti biasa, sangat rapat. Dengan mak, abah, adik beradik kesayangan aku, hubungan makin rapat, sejak dulu lagi. Bila aku dah dok jauh ni, kerinduan pada keluarga makin membuak-buak. Lebih-lebih lagi pada mak dan abah. InsyaAllah, tahun 2010 ahli keluarga bertambah.
Tentang Kewangan...
Masih suam-suam kuku...hehehe...nak pulak keadaan aku sekarang. Kekeringan sebab gaji tak dapat lagi...adehhhhh...
SELAMAT TINGGAL 2009
SELAMAT DATANG 2010
SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA
SEMOGA KEHIDUPAN LEBIH BERJAYA DAN BAHAGIA DI TAHUN BARU
:-)
Nota Pink ::~ Berdebar menanti apakah yang akan jadi pd aku pada tahun depan...

Epal Hijau Kawanku...

Sunday, December 20, 2009



Epal Hijau...inilah dia. Bila dilihat dari ekspressi wajah epal hijau ini, macam dah tergambar yang rasa epal ini sangat masam kan...hehehe...Tapi bukan itu intipati entry aku malam ini.



Epal Hijau Kawanku....



Pada tahun 2004, aku mengenali 2 orang sahabat alam maya yang menggunakan nama Apple_Hijau. Disebabkan salah faham, rupanya aku mengenali 2 orang yang berbeza walaupun mereka menggunakan nama yang hampir sama. Berlaku sedikit perkelahian di situ. Bila diingat2 semula memang geli hati. Dan selepeas itu, kedua-duanya menjadi sahabat baik aku sekarang. Cuma yang bezanya seorang dah jumpa dan seorang lagi masih belum ketemu hingga ke hari ini.

Mereka berdua ini ada persamaan...certain part. Kedua-duanya menetap di Bangi dan kedua-duanya baru menamatkan zaman bujang masing-masing dalam bulan yang sama. Mereka berdua tak mengenali antara satu sama lain, cuma kenal melalui penceritaan aku sahaja. Ada persamaam lagi, majlis kenduri kedua-dua sahabat aku ini aku tak menghadirinya...huhuhu. Adil dan saksama tak aku??? muehehehe....Macam mana aku nak pegi, sorang kat Kelantan, sorang kat Perlis. Sedangkan aku di Johor. Jauh kan? Apple Perlis cakap "Aku kawin sekali jerk"...uhuuuukkk...sungguh dalam maknanya. Apple Kelantan cakap "Cuke tak kisah, tapi kalo ada peluang datanglah"...sadisssss...Kepada kedua-dua sahabat Apple Hijau ku ini, aku memohon maaf sebab tiada kesempatan untuk melihat hari bahagia kalian "live" di depan mata. Apple Perlis, aku dah tengok gambaq kawin hang, tapi Apple Kelantan, mano gi gambar kawin mu? Setia menanti....heheheh



Epal Hijau,


Pernah menjadi sahabat setia masa aku berdiet sekitar tahun 2000 - 2002 dulu. Tapi kini tidak lagi...hehehe...boring memakan kamu yang masam itu walaupun aku tau khasiat kamu sangat tinggi. Nantilah yer, kalo aku rajin, aku akan menjadi teman setia kamu lagi nanti...hehehe








Nota Pink ::~ Masamnya dier...hehehe...Selamat Malam En.Qari :-)











Pertunangan TiQ...

Monday, December 14, 2009





Sebetulnya aku baru sampai dari Temerloh. Mata dah mengantuk, badan pun penat. Betis ni dua-dua sakit. Tapi sebelum tido sempat aku nak post entry pasal majlis pertunangan adik perempuan aku satu-satunya pada Sabtu lepas ( 12.12.2009 )...Sebelum majlis ni, aku cuti awal. Khamis aku dah ada di Temerloh. Sampailah hari ni, Isnin. Macam aku lak yang bertunang ye...hehehe...Bukan apa, kat rumah takde orang sangat. Adik-beradik aku yang lain semuanya balik Jumaat. Aku sengaja ambik cuti awal sebab nak merasa kemeriahan kenduri. Maklumlah...dah lama tak kenduri macam ni walaupun tak sebesar mana. Start Khamis jiran-jiran terdekat dah mula berkampung kat rumah aku. Hari Khamis, kami buat lepat ubi kayu. Ramai-ramai membungkus lepat, dengan gelak tawa, seronok sangat. Jari aku pun luka sebab terkena mata parut kelapa masa aku parut ubi tu...hehehhe. Iskhhh...mengantuk pulak upload gambar-gambar nih....huhuhu....Di sini aku tampalkan beberapa keping gambar sepanjang majlis pertunangan adik aku berlangsung...







Proses memasang pelamin pada malam Jumaat lepas. Entah apa yang dibualkan dua beradik tu :-) mak andam dan adik lelakinya...merangkap sepupu aku....hehhee




Pelamin yang telah siap. Tapi waktu ni lampu-lampu belum dipasang dan alas pelantar pelamin belum dipasang. Tapi kira siaplah ni...Tema "Pink"...jangan marah... ;-)





Jiran-jiran membantu memasak juadah hari itu. Antara menunya ialah sayur lemak nangka, ayam masak merah, singgang ikan, kerabu pucuk paku, sambal belacan, ulam2 dan buah, dan bersama jus mangga yang sejuk.




Semua juadah telah sedia untuk dijamah oleh tetamu kami hari itu.







Sebahagian tetamu yang hadir ke majlis kami





Pihak perempuan & pihak lelaki sedang berbincang apa yang sepatutnya. Menetapkan tempoh pertunangan, berapa hantaran dan sebagainya. Sambil-sambil ni aku dengar lagu "Berapakah Hantarannya" by Junainah M.Amin...huuuuu...syok lah pulak...hehehhe




Ini pulak dibelah kaum wanita yang diterajui oleh Mdm. Sara...heheheh...antara tetamu yang hadir, termasuk mak-mak sedara aku, besan mak, jiran-jiran, dan rombongan belah lelaki.




Abah aku sedang melihat dan meneliti cincin yang dibawa oleh pihak lelaki, sambil diperhatikan oleh jurucakap dan yang lain-lain tetamu.






Yang Diraikan :-) TiQ





Nak dijadikan cerita, Tiq terlupa nak pakai kasut. Nampak 'togel' sangat...hehehhe...nasib baik ada Cik Wani, yang sememangnya sukarela nak jadi flower girl pada hari itu....yang tak berapa nak jadi flower sebab cekak rambut aku tak sempat nak buat...huhuhu






Bakal mak mertua yang masih 'vouge' menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya...





Hasil Cik TiQ pada hari itu...lumayannnnn...heheheh






Antara hantaran kedua-dua belah pihak yang menyerikan lagi majlis ini...This is my part... ;-) Hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang dari pihak kami...










Antara sebahagian hantaran belah perempuan yang juga hasil kerja tangan aku 100%.....ahakssss...cantek tak????







Antara hantaran dari pihak lelaki...cantik jugak.....hitam putih temanya :-)




Kami tiga bersaudara perempuan. Bila lah turn aku pulak dok ditengah ye...kak long dah sudah...hehehe...masih berdoa. Adik beradik aku yang lelaki semua sibuk diluar rumah. Memang payah nak di ajak bergambar...panggil sorang, sorang lak ilang. Payah...last-last tak yah..heheheh




Mak, abah, Cik Wani & Fahmi....muka-muka yang wajib ado...hehhehe. Tapi si Fahmi lari tema lak...apa kes ko ni Fahmi? Sah-sah ibu nak pakaikan baju pink ko tak nak kan? huhuhu...tau dah...keras kepala...hehehhe




Anda lihat apa yang ada di atas kepala budak-budak ini....memasing dapat 2 ekor rama-rama pink. Kisahnnya Cik Wani menuntut cekak rambut dengan ros pink...tapi kau takde masa nak buatkan. Masa pi ambik kek kat kedai, mata Cik Wani ni jinak jer...nampak lak cekak rambut ni. Aku malas nak fikir panjang, TiQ terus pi bayar...lepas seksa dari nak menjawab pasai cekak rambut ros pink tadi...hehehe...selamatttt!!!!!!!!!!!!!!!! Yang penting anak-anak dara 2 orang ni tak lari tema...very the pink gitewwww....i likeeeee...





Bergambar kenangan bersama saudara mara & sahabat handai kami. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku dah tak larat nak upload sebab lambat macam siput....disebabkan kenduri ni aku terlepas nak pi kenduri kawin adik sorang sahabat blogger esoknya, Kak Min (Lemongrass) kat Ijok, Selangor. Hati berkobar-kobar nak pegi tapi tak ada rezeki....huhuhu....macam mana nak pegi, badan penat, betis pun sakit...hehehe...oklah kengkawan, Ara nak stop dulu. Mata dah mengantuk sangat....Salam





Nota Pink ::~ Best bila sekali-sekala kenduri :-)









Selamat Harijadi Semua...

Tuesday, December 8, 2009

Kek Harijadi...
Disember ini ramai sungguh kenalan aku yang menyambut ulangtahun kelahiran. Diorang ni macam pakat-pakat pulak nak lahir dalam bulan ni...hehehe... So...special wishes to ::~
HAPPY BIRTHDAY
TO ALL OF YOU....
sEmOGa ALLAH seNtiAsa MeRahMati AnDa
&
BaHagiA Di BaWaH NauNgaNnYa
Kak Cute
Mamarempit
Krals
Bulat
Umi Bulat
Smai
Su Cantek
***aRwaH NaNa
TiNie
ShiMa
DaN seMua SahaBat-sAhaBaT BloGgeR YaNg AkU Tak SebutKaN diSiNi...maaf dipinta...aku pon tak pasti aku ingat ke tidak...hehehe...
Hadiah mahupun kad ucapan tidak bertandang daripada aku..tapi tak bermakna aku melupakannya...cuma peluang belum ada
Sincerely ::~
Arapink
Nota Pink ::~ Birthday aku bulan depan...hehehhe


Y.E.S!!!! Year End Sale!!!

Sunday, December 6, 2009

Wisma Jakel, Segamat
Y.E.S!!!...apa tu bang???? Y.E.S!!!...Ohw...Year End Sale!...si bini buat pura-pura tak tahu, padahal mintak macam-macam kan...mencik!...hehehe... Entry aku kali ni pon berkaitan Year End Sale jugak. kalau kat Segamat ni, tempat paling gamat sekali dan paling havoc (kepada mereka yang bergelar wanita) adalah di Jakel. Betul tak? hehehhe...Jumaat lepas, waktu lunch jam 12.15, aku ke Maybank, nak bank in collection untuk setengah hari tu. Memandangkan Maybank tu berdepan jer ngan Jakel, bila aku lalu, ada beberapa Arabic Canopy....dan ramai gak wanita-wanita berada di situ. Bila urusan dah selesai, sementara nak menunggu anak dara 2 orang tu (Dila & Su), ofismate aku yang baru datang menjemput, sempat lagi aku menyinggah. Kain yang ditawarkan dengan harga serendah RM1 semeter. Tapi tak semua berkenan dimata aku...hehehe...dalam tak berkenan tu dapat jugak aku sambar 2 pasang. Satu untuk aku dan satu lagi dah sah-sah untuk Mdm.Sara....hehhehe...nampak gayanya kalo lebih lama aku duduk sini, almari baju aku mungkin akan bertambah dari satu menjadi dua....huhuhu...pesanan Mdm.Sara macam aku tak dengar je...hahahha...masih terngiang-ngiang Mdm. Sara cakap "jangan runtuh almari dah ler bila dok Segamat nanti"...huhuhu...kat situ anda harus faham ye bahawasanya iman aku bila melihat kain-kain yang dijual. Selalunya bila Y.E.S ni aku membawa diri ke KL...menyogo apa yang patut. Tapi, Y.E.S tahun ni aku di sini sudaaahhhh. Tapi ada jerat jugak...hehehhe...Aku masih boleh bersabar. Memandangkan gaji aku hanya akan dapat lagi 2 bulan, aku kena sedar diri. Belanja kena jimat-jimat. Dulu tinggal dengan mak, tapi sekarang menyewa. Makan pun sendiri. Banyak dah mengelon (bahasa aku...hehehe...meminjam) ngan FAMA (mak & abah) ni....tapi aku tulis buku tau...nanti dapat gaji tak lah lupa nak membayar :-) Bila melihat jualan murah macam tadi, kadangkala hati bergegarrrr juga...jiwa bergelodakkk juga...hehehe....
Nota Pink ::~ Fitrah manusia...

Salam Aidiladha...

Monday, November 30, 2009


Lama betul bercuti tuan rumah ni. Maklumlah, musim-musim raya cepat je melarikan diri balik ke pangkal jalan...hehehe...sebelum membebel lebih panjang, Arapink nak ucapkan Salam Aidiladha sepada semua sahabat-sahabat blogger tersayang. Tuan rumah cuti awal raya haji ni. Selasa malam aku dah balik ke Temerloh, awal kan? hehehe...bukan sebab nak raya je, tapi sebab nak buat medical check-up, nak kejor Pesuruhjaya Sumpah lah. macam-macam. Sebab aku nak siapkan borang maklumat penerimaan tawaran kerja. Kalau lambat nanti, gaji lambat pulak. Dengar cerita aku hanya akan mula dapat gaji hujung bulan Januari tahun depan...adoiii. Dah miskin ni. Dah merata-rata buat loan ngan mak abah ni...huhuhu...
Sempena raya korban ni, berhubung dengan entry sebelum ni, dengan hati yang ringan, aku dah melepaskan hubungan persahabatan itu. Seperti biasa, tiada maklum balas. Dan aku rasa dia pun tak kisah. Jadi, sekarang aku dah tak perlu nak memikirkan tentang orang yang tidak penting lagi :-)
Terima kasih kepada semua sahabat blogger yang sentiada disisi memberikan kata-kata semangat kepada diri ini....
Nota Pink ::~ Fikiran lebih lapang...

Sampai Bila?...

Monday, November 23, 2009






Sampai bila ye?


Aku pun tak tau...


Sampai bila tergantungnya hubungan ini...


Aku rasa dia tak ikhlas...


Kalau ikhlas tak kan macam ni kan?


Diam seribu bahasa dah berminggu-minggu...


Tak ada sms, jauh sekali call...


Balik bercuti pun takde apa...


Perhatian dari dia memang tak pernah ada...


Adakala sedih juge...


Selama aku sendiri di bumi Johor ini...


Takde tanyaan kabar dari dia...


Langsung takde...


Macam kita ni takde makna bagi dia...


Adakah aku harus menunggu lagi?


Patutkah aku bersendiri semula?


Sedangkan sekarang pun macam takde siapa...


Kepada sahabat setia...


Anda tentu tahu siapa dia....


Apa yang harus aku lakukan?


Apabila berjumpa lelaki seperti ini...


Seperti tidak punya hati dan fikiran...


Kepada yang tidak tahu cerita...


Aku juga perlukan pandangan anda semua...


Terima kasih...





Nota Pink ::~ Ada masa malas nak memikirkan....







Sepanjang Jumaat Lalu...

Sunday, November 22, 2009



Hari ini baru aku berkesempatan nak update blog...sepanjang minggu ni sibuk sedikit. Dan sepanjang minggu ini saja dua kali aku ke JB. Perjalanan agak jauh, bagi aku. Mungkin sebab aku tak pernah ke JB sebelum ni. Memandangkan aku berada di daerah paling jauh dari JB, makanya perjalanan semuanya bermula awal pagi. Jam 5 aku dah bangun bersiap. Jam 6 aku dah bergerak dari rumah...hari masih gelap...aduhhhh...bencintanya. Tapi nak buat macam mana, tugas. Sampaikan masa untuk aku berpoya-poya bersama Mamarempit pun terpaksa dibatalkan. Maaf ye mama... Maaflah kepada kawan-kawan, semenjak dua menjak ni entry aku semuanya berkisar pengalaman di tempat baru. Sebab dah tak ada apa nak ditulis. so...apa yang aku lalui di sini itulah yang aku coretkan. Mungkin makin lama, cerita tentang lain pulak.



Kepergian aku ke JB kali ini adalah untuk menghadiri Majlis Anugerah Hari Kualiti peringkat negeri. Semua pegawai dan kakitangan tetap diwajibkan hadir, termasuk aku yang baru tetap beberapa hari ni...ahaks. Tidak terkecuali. Sesampainya di tempat kejadian, keseganan melanda jiwa raga. Kebanyakan staf yang hadir pelik memandang aku, maklumlah hanya aku yang berkurung batik, sedangkan orang lain semuanya memakai pakaian korporat masing-masing. Dengan keseganan dalam hati, aku buat selamba je, senyum kepada wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang ada disitu. Ada yang membalas senyum dan ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri. Dan dalam ramai-ramai itu juga ada yang menghulurkan salam dan disambut mesra tangan aku. Don't mind. Sarapan pagi itu, aku tatau disebelah siapa aku duduk, asal ada tempat kosong, aku mencelah ajer. Maklumlah, aku baru. Tapi terpaksa belajar menyesuaikan diri sebab kami dah sebumbung. Dan mereka jugaklah yang akan membantu aku nanti. Selesai majlis, dan menyambung ke solat Jumaat bagi bos-bos aku, kami berangkat balik.


Melalui lebuhraya utara selatan yang menjemukan itu, dan dengan kepala yang tersengguk-sengguk sebab mengantuk, kami singgah di Hentian Sebelah Machap. Tempat feveret si Helmy :-). Aku melepaskan hajat dan membasuh muka, terus ke tempat makan. Sempat pekena Mi Rebus Johor & jus oren. Mi rebus yang lain rupa dari mi rebus pahang, aku makan. Pada aku rasanya tak kena dengan selera tekak aku, aku makan jugak, daripada membazir. Mungkin sebenarnya mi rebus tu sedap, tapi orang yang menyediakannya yang kurang rasa nak isi kot...perut dah kenyang, mata pun tak lah mengantuk sangat, perjalanan di teruskan. Aku hanya duduk disebelah, bos aku yang drive. Sesampai di rumah aku, jam tepat 5.00 petang. Dan kami tak masuk ofis dah sebab memang dah waktu balik.



Korang nampak apa benda ni kan? Dan pasti korang tau dimanakah tempat ini kan? Bijak-bijak. Memandangkan keadaan abah yang kurang sihat, dan masa masih ada, aku buat keputusan nak balik ke pangkal jalan @ rumah aku di Temerloh...huhuhu...dari muda sampai tua aku homesick... Tak leh nak buat apa. Perjalanan bermula jam 7.30 malam. Kepulangan aku disambut dengan senyuman abah dan mak. Lagipun aku kat sini tak buat apa untuk dua hari ni, baik aku balik Temerloh. Perjalanan yang tidak begitu panjang aku rasa, mungkin sebab aku tertido di dalam bas, sebab penat. Dan driver bas pun memandu laju bas tu. Lantaklah, janji aku selamat dan sampai dengan eloknya ke destinasi. Alhamdulillah. Sampai di Temerloh jam 10.45 malam. Jadi minggu pertama aku di sini tidak menjadi sebab aku menghabiskan cuti hujung minggu di Temerloh...sangat membahagiakan.
Nota Pink ::~ Lagi 2 hari cuti raya bermula....tak sabarnya :-)

Menu Baru...

Thursday, November 19, 2009





Mungkin ada diantara anda yang pernah terjumpa makanan ni kan? Tapi bagi aku ni adalah first time. Hari kedua aku di sini, aku diwajibkan melaporkan diri ke pejabat negeri. Jadi perjalanan bermula seawal 7.00 pagi. Perjalanan jauh sebab kami adalah daerah paling jauh dari ibu negeri. Ketika nak balik setelah selesai semua urusan, minum-minum sebentar di cafeteria di tingkat bawah. Mata terpandang kepada salah sebuah gerai di situ. Ralit memerhati seorang anak dara (donow dara ke atau mak orang...kekeke) memecahkan telur di kuali leper di situ. Aku pun teringin nak rasa sebab ramai gak orang beli. Namanya "kacang pool". Seperti gambar di atas, makanan ni ala-ala western food pulak. Ada roti (tebal mcm batu bata)...hehehe..kalo susun-susun roti Gardenia, mau lah 4-5 keping gitu, ada semangkuk kuah kacang (yang pada firasat aku kuah ni manis, tapi tidak...alhamdulillah) kuah ni dicampur hirisan bawang, lada besar & hirisan limau kasturi. Rasa ala-ala sardin pun ada. Isinya kacang panggang. Pastu dipecahkan sebijik telur Gred D...kekeke....kawan aku cakap sedap makan panas, tapi dah sampai rumah, dah pun sejuk. Tapi aku makan jugak sebab mengenangkan harganya semahal RM4. Telah je lah...heheheh...Sesiapa yang berminat atau teringin nak merasa, sila lah ke Plaza Larkin ye...pasti anda ketemu menu ini di sana :-)



Nota Pink ::~ Tak sabar nak balik kampung....

Hari Terakhir...

Wednesday, November 18, 2009

Hari itu merupakan hari terakhir aku di rumah. Barang-barang aku dah kemas (walaupun dalam tahap kemalasan yang melampau), barang-barang keperluan semua dikemas. Terutama sekali baju-baju kurung. Bilik sewa dah dapat hari Khamis sebelum tu, rakan sekerja baru, Helmy namanya (thank you very much) tolong carikan tempat aku nak berlindung. Alhamdulillah.




Tepat jam 9.00 pagi aku bertolak meninggalkan rumah, tapi sebelum tu aku mengalirkan air mata sebab meninggalkan abah yang dalam keuzuran. Aku memeluk dia dengan linangan air mata. Abah pun menangis. Bagi dia anak adalah segalanya. Lebih-lebih aku, yang sangat manja dengan abah berbanding adik beradik aku yang lain. Aku memeluknya erat, sambil memesan banyak perkara terutama bab kesihatan dalam esakan tangis. Sedih sangat.
Kami meninggalkan Temerloh dan sampai ke destinasi jam hampir pukul 1.00 petang. Sesampainya di sana, kami pusing-pusing bandar dulu nak mencari dimana pejabat baru aku. Dah jumpa. Lepas tu aku menelefon tuan rumah. Terus ke rumah yang dijanjikan. Semuanya alhamdulillah. Selesa sebab semua kelengkapan asas seperti katil, tilam, kipas, meja makan, peti ais, tv, mesin basuh (paling penting) dan ampaian lipat dah disediakan. Paling aku sangat gembira ialah kat rumah tu ada wifi. Aku tak tahu dari mana datangnya, aku sangat gembira. Rumah ni sunyi sebab aku tinggal sorang. Tapi menurut cakap tuan rumah, bila semester pengajian dibuka, ramailah students yang tinggal di kawasan rumah ini. Tak lah sunyi lagi, alhamdulillah.
Bila dah selesai semua perkara, dan hari dah beransur petang, hati mula sedih. Sebab mak, adik2 dan kakak yang datang mengantar aku nak balik ke Temerloh semula. Saat itu air mata tak dapat dibendung lagi. Mencurah-curah selebat hujan yang turun petang itu. Paling aku tak sanggup nak berpisah dengan mak :-( aku peluk mak erat-erat seperti tidak mahu lepas, sama-sama menangis. Macam tu jugak dengan kakak dan adik bongsu kesayangan aku. Dia pun menangis. kalau sebelum ini, dengan aku dan mak lah tempat dia bermanja, peluk dan cium saban waktu tapi kini aku meninggalkan dia. Sebelum ini, tiap kali pulang dari pejabat, mak yang aku cari dulu, tapi mak pun sunyi bila aku tak ada. dah takde siapa nak riuh bercerita tentang perasaan dan apa yang terjadi saban hari. Aku tau, mak pun rasa sunyi...dan Fikri pun dah takde siapa nak mendengar dia bercerita lagi...Ketika entry ini ditulis, air mata laju mengalir....sedih mengenangkan saat itu. Moga Allah memberikan aku ketabahan.
Mesti ada yang membaca entry ini akan memperlekehkan tentang aku. Orang lain pun pernah berpisah dengan keluarga tercinta, mungkin lebih jauh. Aku tak peduli, aku hanya menulis apa yang aku rasa, perasaan aku tika itu. Betapa sedihnya nak berpisah dengan orang-orang yang paling aku sayang dalam hidup ini. Biarlah apa orang nak kata...aku tak peduli...
Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberikan aku ketabahan dan kekuatan hati untuk meneruskan kehidupan yang baru di sini....
Nota Pink ::~ Sedih sangat :-(

2 Hari Lagi...

Tuesday, November 17, 2009

Walaupun harinya dah berlalu tapi aku baru nak post entry. Bukan tak nak tapi tak ada masa. kesibukan melanda diri. Bila entry mengikut rentetan, barulah bestkan...walaupun harinya dah berlalu...hehehe...2 hari lagi...bermakna Jumaat tu merupakan hari terakhir bagi aku di pejabat tu. Pepagi buta aku dah berangkat ke pejabat negeri sebab diorang adakan Majlis Perpisahan untuk aku. Tak yah susah-susah aku cakap kat diorang, tapi nak buat jugak, tak leh nak buat mende...huhuhu....


Jam 6.45 pagi aku bertolak ke ibu negeri. Nasib baik adik lelaki kesayangan aku balik jugak dari Rawang semata-mata nak hantar aku...i love u dear...sebab majlis tu untuk aku. Kalau tak pegi nanti apa pulak diorang cakap. No choice. Sesampai kat sana, diorang baru siap majlis baca Yasin dan tazkirah (kelaziman pada hari Jumaat)...selepas taklimat satu agensi ni, majlis pun bermula. Kata-kata aluan dari pengerusi majlis, aku dijemput memberikan ucapan...adoiii. Gementar mak tau...hehehehe...takpa persediaan teks ucapan, aku dengan selamba rocknya redah je lah...heheheh...ucapan terima kasih kepada semua pihak dan ucapan maaf kalau ada silap sepanjang berkhidmat di sana 3 tahun ini. Lepas aku berucap, timbalan pengarah pulak yang berucap, memberi kata-kata semangat. Lepas ucapan, adalah dapat cenderahati dari kelab staf. Terima kasih semua....
Selepas menjamah sedikit jamuan, aku bergegas balik ke Temerloh semula. Sebab bos aku kat ofis pun nak mengadakan sedikit jamuan di sana. Lagipun adik aku nak balik ke Rawang semula. Sampai ke rumah, hantar mak kesayangan aku balik jap, dan aku terus ke pejabat semula. Dan pada sebelah petang kami pergi makan-makan tanda perpisahan di salah satu restoran di sana. Dan aku pun dapat hadiah. Tanda kenang-kenangan.Terima kasih kepada bos dan kawan-kawan semua.


Di pejabat, barang-barang aku dah punggah balik 2 - 3 hari sebelum tu. Jadi tak adalah barang-barang yang nak dibawak balik. Bila tiba masanya untuk aku meninggalkan pejabat tu, hati jadi sayu. Aku meninggalkan ofis itu dengan linangan air mata. Terlalu banyak kenangan di situ, pahit manis di rasa. Lebih-lebih lagi dengan bos aku. Kami sangat rapat sebelum ni. Berat sangat hati nak meninggalkan dia. Tuhan je yang tau. Dia juga penguat semangat aku sebenarnya. Banyak pengalaman kami kongsi bersama. Suka duka, gelak tawa dan tangisan semua ada.

Kepada dia....

Terima kasih atas segalanya. Segala kengan bersama akan disimpan di hati untuk selamanya. Semoga lebih tabah dan jaga diri baik-baik. Teruskan semangat yang jitu itu....kita pasti berjumpa lagi..InsyaAllah...

Nota Pink ::~ Tempat jatuh lagi dikenang....

3 Hari Lagi...

Thursday, November 12, 2009



Maksudnya hari ni, esok dan lusa....
Penghijrahan di tempat baru....
Harap-harap semuanya ok....
Tak ada hal yang menakutkan berlaku....
Kalau ada yang gila bahasa atau gila cara....
Jauhkan lah....
Semoga Allah sentiasa melindungi ku....
Amin....



Nota Pink ::~ Kehidupan baru akan bermula...



4 Hari Lagi...

Tuesday, November 10, 2009


Gambar meja ini lagi...Jangan Marah tau. Selagi tak pergi, selagi itulah meja ini sangat glemer...hehehhe
4 hari lagi ke? Bukan 5 hari ke? Aku kalau bab mengira ni kurengggg sket. Kalau boleh nak lambatkan masa. Semalam operasi dah bermula. Aku dah mula mengemas barang-barang di pejabat, tapi barang dirumah harammmmmm tak sentuh lagi. Mana yang perlu tinggal aku tinggal, yang perlu bawak, aku bawak. Dan yang perlu buang, aku humban ajer.
Dah 3 tahun lebih disini, pastinya banyak harta karun. Hari ni pun masih menyambung lagi. Semua fail-fail pinjaman, aku dah settlekan. Dah tagging mengikut progress, biar senang orang yang akan take over tu buat kerja. Jap lagi aku nak pegi beli pendrive baru. Pendrive yg lama dah penuh. Semalam baca blog Mawar Berduri, dia beli RM40 untuk 4GB. Tapi tu di KL, PC Fair lak tu. Kat sini ntahlah dapat ke tidak harga macam tu....hehehe.
Banyak benda yang aku kena pastikan selesai sebelum pegi. Sejak Seminar Keusahawanan anjuran pejabat ni Sabtu lepas, ramai yang aku jumpa. Rata-rata semua terkejut. Tapi semua mengucapkan tahniah. Semua cakap suruh terima tawaran...huhuhu...aku akur...
Apa yang merisaukan aku sekarang adalah tentang rumah or bilik sewa. Orang cakap kadar sewa di sana murah, tak tahulah. Kalau betul, alhamdulillah. Semalam, En.Othman (owner Optik Al-Huda) salah seorang kenalan usahawan aku menelefon. Dia nak tolong carikan rumah/bilik sewa. Dia cakap semalam kawannya dah bagi 2 bilik sewa, tapi En.Othman belum pegi tengok lagi. Dia cakap dia kena pegi tengok dulu bilik tu, barulah dia senang hati nak bagi aku duduk situ...hehehehe....terima kasih En. Othman.
Pada peringkat awal, aku rasa elok jugak duduk bilik sewa. Cuma kalau boleh aku nak bilik atau rumah yang dekat dengan pejabat. Senang aku nak pegi kerja, balik keja. Mungkin Ahad ni aku bawak baju-baju jer. Lain-lain barang aku akan beli kat sana je. Banyak lagi modal nak pakai ni, gaji bulan 11 mungkin tak dapat sebab perubahan tangga gaji baru. Mungkin gaji bulan 12 nanti baru dapat....adehhh....seksanya. Takpa, janji ada duit nak beli tiket balik Temerloh... hehehhe...
Diluar hari masih mendung, macam tu jugak hati aku. Tapi buat-buat jer macam ada matahari. Di tempat mencari rezeki ini, masih makan hati, harap ditempat baru semuanya ok. Amin...
Nota Pink ::~ Mamarempit dah banyak planning bila aku ke sana nanti...heheheh