Sepanjang Jumaat Lalu...

Sunday, November 22, 2009



Hari ini baru aku berkesempatan nak update blog...sepanjang minggu ni sibuk sedikit. Dan sepanjang minggu ini saja dua kali aku ke JB. Perjalanan agak jauh, bagi aku. Mungkin sebab aku tak pernah ke JB sebelum ni. Memandangkan aku berada di daerah paling jauh dari JB, makanya perjalanan semuanya bermula awal pagi. Jam 5 aku dah bangun bersiap. Jam 6 aku dah bergerak dari rumah...hari masih gelap...aduhhhh...bencintanya. Tapi nak buat macam mana, tugas. Sampaikan masa untuk aku berpoya-poya bersama Mamarempit pun terpaksa dibatalkan. Maaf ye mama... Maaflah kepada kawan-kawan, semenjak dua menjak ni entry aku semuanya berkisar pengalaman di tempat baru. Sebab dah tak ada apa nak ditulis. so...apa yang aku lalui di sini itulah yang aku coretkan. Mungkin makin lama, cerita tentang lain pulak.



Kepergian aku ke JB kali ini adalah untuk menghadiri Majlis Anugerah Hari Kualiti peringkat negeri. Semua pegawai dan kakitangan tetap diwajibkan hadir, termasuk aku yang baru tetap beberapa hari ni...ahaks. Tidak terkecuali. Sesampainya di tempat kejadian, keseganan melanda jiwa raga. Kebanyakan staf yang hadir pelik memandang aku, maklumlah hanya aku yang berkurung batik, sedangkan orang lain semuanya memakai pakaian korporat masing-masing. Dengan keseganan dalam hati, aku buat selamba je, senyum kepada wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang ada disitu. Ada yang membalas senyum dan ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri. Dan dalam ramai-ramai itu juga ada yang menghulurkan salam dan disambut mesra tangan aku. Don't mind. Sarapan pagi itu, aku tatau disebelah siapa aku duduk, asal ada tempat kosong, aku mencelah ajer. Maklumlah, aku baru. Tapi terpaksa belajar menyesuaikan diri sebab kami dah sebumbung. Dan mereka jugaklah yang akan membantu aku nanti. Selesai majlis, dan menyambung ke solat Jumaat bagi bos-bos aku, kami berangkat balik.


Melalui lebuhraya utara selatan yang menjemukan itu, dan dengan kepala yang tersengguk-sengguk sebab mengantuk, kami singgah di Hentian Sebelah Machap. Tempat feveret si Helmy :-). Aku melepaskan hajat dan membasuh muka, terus ke tempat makan. Sempat pekena Mi Rebus Johor & jus oren. Mi rebus yang lain rupa dari mi rebus pahang, aku makan. Pada aku rasanya tak kena dengan selera tekak aku, aku makan jugak, daripada membazir. Mungkin sebenarnya mi rebus tu sedap, tapi orang yang menyediakannya yang kurang rasa nak isi kot...perut dah kenyang, mata pun tak lah mengantuk sangat, perjalanan di teruskan. Aku hanya duduk disebelah, bos aku yang drive. Sesampai di rumah aku, jam tepat 5.00 petang. Dan kami tak masuk ofis dah sebab memang dah waktu balik.



Korang nampak apa benda ni kan? Dan pasti korang tau dimanakah tempat ini kan? Bijak-bijak. Memandangkan keadaan abah yang kurang sihat, dan masa masih ada, aku buat keputusan nak balik ke pangkal jalan @ rumah aku di Temerloh...huhuhu...dari muda sampai tua aku homesick... Tak leh nak buat apa. Perjalanan bermula jam 7.30 malam. Kepulangan aku disambut dengan senyuman abah dan mak. Lagipun aku kat sini tak buat apa untuk dua hari ni, baik aku balik Temerloh. Perjalanan yang tidak begitu panjang aku rasa, mungkin sebab aku tertido di dalam bas, sebab penat. Dan driver bas pun memandu laju bas tu. Lantaklah, janji aku selamat dan sampai dengan eloknya ke destinasi. Alhamdulillah. Sampai di Temerloh jam 10.45 malam. Jadi minggu pertama aku di sini tidak menjadi sebab aku menghabiskan cuti hujung minggu di Temerloh...sangat membahagiakan.
Nota Pink ::~ Lagi 2 hari cuti raya bermula....tak sabarnya :-)

6 comments:

mamarempit said...

abah dh ok?

bile le nk deting ni kan....

sue @ ela said...

semoga ayah kak ara smakin smbuh..bab foya² dgn mama 2...bila² blh kak

J@J@ / Bini The Rock said...

sampai amek gambar kat cermin kereta tuhhhh!! hehehhehe....

Mi Rebus Pahang camana plk?

cutecida said...

tiap mgu blk pun apa salahnya...mesti abah semngt tgk ank dara nya blik selalu hehehe...

arapink said...

mamarempit,
abah dah ok, mcm tu lah.
ntah lah ma, kita tunggu lepas2 raya ni ek :-)

sue@ela,
akak pon harap mcm tu dik, bila dia sihat, kak ara tak susah hati kat sini...

kak jaja,
hehhe...saje jer tu..menggatal...
mi rebus pahang kuah mcm mi sup tapi pekat sebab dipecahkan telur dalamnya.

kak cute,
harus gamaknya ara balik tiap-tiap minggu. jemaat lepas pun bila ara cakap nak balik, suara dia pun berubah...happy bunyinya :-)

Aida Rezuan said...

Salam,

Mcm mana Abah Ara? Hopefully OK.

Baper jam ek balik ke Temerloh?