Macam-Macam Hal Januari Nih....

Friday, January 29, 2010




Salam Pagi Jumaat Semua...

Dah memang sebenarnya, aku sangat sibuk Januari ni. Dan macam-macam hal jugak dah berlaku Januari ni. Kebanyakkannya semua yang tak syok ajer...Takpe, ni semua dugaan Allah. Untuk hamba-Nya agar lebih tabah...kan....kan...awal Januari, bas rosak kat Bahau...adehhh. Masa tu jam 6 petang. Masa tu kat Bahau nak ambik orang. Depan sikit jer bas dah berhenti. Aku pun nunggu sampai kul 9 malam. Dah tension dalam bas. Ramai masa tu ...adalah 30 orang. Bas ke Temerloh berhenti, aku naik bas semula ke Temerloh...huhuhu. MC esoknya. Mak aku dok gelakkan aku bila aku sampai rumah malam tu...huhuhu.
Tengah Januari, aku dituduh melakukan perbuatan yang tak pernah aku buat dalam hidup aku. Pertuduhan yang melibatkan kerjaya dan masa depan aku. Hari tu memang aku down sangat. Macam-macam aku fikirkan. Sampaikan aku menangis malam tu, tak boleh tidor dibuatnya. Setelah buat solat istikharah, akhirnya aku buat laporan polis. Untuk pertahankan diri aku. Sebab hal ni dah sampai ke pengetahuan pihak atasan. Itu yang membuatkan aku sangat susah hati sebenarnya. Aku percaya hal ni termasuk unsur-unsur tak puas hati dari dulu lagi. Kepada si penuduh, jangan mudah menuduh orang yang awk tak tahu siapa sebenarnya. Jangan senang-senang nak menuding jari. Kaji dulu siapa yang melakukan sebenarnya. Dan kepada satu pihak lagi, hati ini tak akan memaafkan kamu sampai bila-bila. Hingga ke tempat baru, kamu masih tak puas hati. Apa salah aku? Takpe lah, kita tak akan berjumpa lagi walaupun kadang kala aku dekat dengan kamu.
Penghujung Januari, Hari Lahir aku...happy lah sikit walaupun aku makin tua...hehehe... Yang paling best, officemate dan pegawai mengadakan sedikit party birthday. Walaupun simple, tapi aku sangat menghargainya. Inilah kali pertama birthday aku disambut. Pegawai dan semua rakan-rakan sekerja siap nyanyi lagi dan baca doa selamat. Terima kasih semua. Walaupun kita baru kenal dan baru bekerjasama, kamu semua sangat baik dan sangat memahami aku. Terima kasih sangat-sangat. Hati aku tidak sakit lagi seperti dulu bila ke tempat kerja. Cuma aku berharap agar tahun 2010 ni memberi sinar baru dalam hidup aku.
Dan kepada mak, abah, adik beradik aku, kamu adalah segalanya. Kasih sayang kamu hingga hujung nyawa. De akan berusaha menjadi anak, adik & kakak yang terbaik untuk kamu semua....
Sampai jumpa lagi...aku makin sibuk. Sebenarnya tidaklah sibuk sangat tapi talian internet susah sikit kat sini. Jadi entry pun makin kurang. Kepada sahabat2 blogger, Kak Min, Kak Iina, Kak Shaz, Mama, Kak Kiut, Mawar, Cik Min dan lain-lain, maaf banyak sebab sy makin kurang menjengah rumah anda semua... :-) tapi tak bermakna tak singgah terus. Still masih melihat masakan2 Kak Min yang membuatkan perut ni sentiasa berbunyi. Dan masih melihat hasil2 jahitan Mamarempit yang comel2 itu....hehehe
Nota Pink ::~ Usaha untuk tidak membiarkan blog ni bersawang lebih banyak....






9 comments:

mamarempit said...

bersabar selagi mampu....jika sudah tahap tk leh sabar...serah diri pada ALLAh swt...

arapink said...

ye mama...ara masih boleh bersabar walaupun jatuh juga air mata ni...
TQ mama

Aida Rezuan said...

Ara,

Sabo ek. What doesn't bring us down only makes us stronger.

UnGu VioLet said...

akak, hepi belated birthday.. moga akan terus di berkati Ilahi hendaknya..

iina said...

Ara sabarlah setiasa kesabaran itu ada kemenangan dan ketenangan.. Dugaan tuh memang ada di mana-mana kan.. Oh ya happy belated betday.. May all your dream come true

shaz said...

bersabar lah ye, Ara. Itu aje yg mampu akak katakan dan akak doakan semoga Februari dan bulan bulan lain will be happy months for you.

arapink said...

To Aida Rezuan,
Mekasih banyak-banyak weh. Koi ni mmg dari dulu banyak sgt dugaannya. Harap terus tabah lah..

To Ungu Violet,
TQ Mar...birthday dah lepas :-) amin...

To Kak Iina,
Thanks a lot. Betul, bila kita banyak sabar, hati makin tabah.

To Kak Shaz,
Thanks Kak Shaz. Hopefully hari mendatang lebih menggembirakan Ara :-)

cutecida said...

sabar & tawakal saja padaNYA..selagi kita bernapas di bumi Allah ni..pasti ada saja cabaran & dugaan...lalui nya dengan tenang wlupun hakikat nya ia amat perit..semua itu akan mnjadikan kita lebih tabah insyaallah...

adianiez AIDA said...

belajar dari pengalaman.
agar februari ni memberikan seribu senyuman buat ara.re