Showing posts with label ::~ makan. Show all posts
Showing posts with label ::~ makan. Show all posts

Menu Baru...

Thursday, November 19, 2009





Mungkin ada diantara anda yang pernah terjumpa makanan ni kan? Tapi bagi aku ni adalah first time. Hari kedua aku di sini, aku diwajibkan melaporkan diri ke pejabat negeri. Jadi perjalanan bermula seawal 7.00 pagi. Perjalanan jauh sebab kami adalah daerah paling jauh dari ibu negeri. Ketika nak balik setelah selesai semua urusan, minum-minum sebentar di cafeteria di tingkat bawah. Mata terpandang kepada salah sebuah gerai di situ. Ralit memerhati seorang anak dara (donow dara ke atau mak orang...kekeke) memecahkan telur di kuali leper di situ. Aku pun teringin nak rasa sebab ramai gak orang beli. Namanya "kacang pool". Seperti gambar di atas, makanan ni ala-ala western food pulak. Ada roti (tebal mcm batu bata)...hehehe..kalo susun-susun roti Gardenia, mau lah 4-5 keping gitu, ada semangkuk kuah kacang (yang pada firasat aku kuah ni manis, tapi tidak...alhamdulillah) kuah ni dicampur hirisan bawang, lada besar & hirisan limau kasturi. Rasa ala-ala sardin pun ada. Isinya kacang panggang. Pastu dipecahkan sebijik telur Gred D...kekeke....kawan aku cakap sedap makan panas, tapi dah sampai rumah, dah pun sejuk. Tapi aku makan jugak sebab mengenangkan harganya semahal RM4. Telah je lah...heheheh...Sesiapa yang berminat atau teringin nak merasa, sila lah ke Plaza Larkin ye...pasti anda ketemu menu ini di sana :-)



Nota Pink ::~ Tak sabar nak balik kampung....

Nasi Ayam Feveret...

Friday, October 2, 2009


Tak habis-habis pasal makan yer. Nak buat macam mana, tu lah kerjanya kita ni. Mana yang sedap, makan banyak, mana yang tak sedap, makan sikit kan....

Baru kejap abah aku datang ke ofis. Mengantar makanan untuk aku. Abah aku memang faham citarasa anaknya...hehehhe....dia membelikan anaknya yg kembang ni "nasi ayam" dari kedai feveret aku iaitu Restoran Happy Fried Chicken. Terima kasih abah, sayanggggg abah... :-) sebab ofis aku ni jauh dari kedai makan. Sebab tu aku jarang lunch....huhuhu....

Aku ni penggemar nasi ayam. Mana aku pegi kebiasaannya aku oder nasi ayam. Tapi...dalam banyak-banyak nasi ayam yang aku makan, seluruh semenanjung Malaysia, kecuali Sabah & Sarawak aku tak jejak lagi, tak ada nasi ayam yang boleh lawan rasa nasi ayam restoran ni. Mungkin sebab aku dah makan dah lama, sejak sekolah lagi, boleh jadi jemu kan, tapi nasi ayam yang ini aku tak pernah jemu....huhuhu.....makan hari-hari pun takpe. Bagi aku kelazatannya terletak pada nasinya. Memang sedaplah....dah makan beberapa jam pun, rasa nasi tu masih melekat kat tekak...heheheh....macam tu ugak sambalnya, the best!!!!!

Tapi yang paling penting, aku sudah dapat resepinya...muahahaha...dan aku selalu masak kat rumah. Memang sedap. Kalau Cik Wani makan, dia tak makan dengan ayam, tapi dia makan nasi kosong sahaja, sebab dia cakap nasi tu memang sedap.

So...kepada sesiapa yang berkunjung ke Temerloh, selain gerai Pak Usop untuk rasa ikan patin kat tepi sungai Pahang tu, carilah nasi ayam ni...heheheh...pomot lebih nampak???...pssstttt...auntie, jangan lupa bagi diskaun tau kalo saya datang beli... hehehe

Nota Pink ::~ Percayalah cakap koi...hehehe