Anjing Liar...

Wednesday, February 3, 2010

Gambar hiasan...anjing macam berhemah jer...
Satu perkara yang aku kurang senang sejak tinggal di negeri Johor sejak November lepas adalah terdapatnya banyak sangat anjing liar yang berkeliaran. Aku tak tau dari mana datangnya. Kalau kat Temerloh dulu payah nak tengok anjing liar walaupun di kawasan penempatan yang ramai penduduk cina. Tapi kat bandar Segamat ni terutamanya, banyak sangat. Aku ni penakut. Memanglah anjing-anjing ni tak mengejar aku, tapi dah memang binatang ni haram kan, so....aku memang takut. Pagi-pagi aku keluar je pintu rumah, dah sah-sah anjing belaan orang depan rumah aku tu dah nampak aku. Nasib baik anjing tu dah tua, dah tak berapa agresif dah.
Lepas tu aku berjalan kaki ke pejabat setiap hari. Dalam perjalanan je aku nampak, berselisih dengan banyak ekor anjing. Peliknyanya. Kadang-kadang anjing-anjing ni macam buat meeting pulak. Aku pernah hampir dikejar anjing. Tapi aku diamkan diri, nasib baik anjing tu berhenti. Takutnya Tuhan ajer yang tau. Aku pernah terbaca Berita Harian Edisi Negeri Johor tentang artikel pasal anjing liar di Mersing. Maksudnya memang di negeri ni banyak anjing. Yang aku hairan, kenapa pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran tak ambil pendekatan macam mana nak kurangkan jumlag anjing ni. Tak kan nak tunggu ada lagi orang mati diserang anjing liar baru nak ambik tindakan? Bagi penduduk beragama Islam, hal ni sangat merimaskan. Nak jemur kain kat luar rumah pun tak berani.
Pagi ni aku ke pejabat tanpa nampak kelibat walau seekor pun anjing liar. Hati sangat lapang. Kalau tidak, aku terpaksa mencari jalan lain nak ke pejabat, tak mahu melalui jalan yang banyak anjing bersidai di tepi jalan. Kalau masih tidak kurang, aku akan buat aduan ke Majlis Daerah kat sini. Rimassssssssssss dengan anjing-anjing ni.
Nota Pink ::~ Masih ada blogger yang degil macam anjing yang masih berkunjung ke blog ni...


9 comments:

adianiez AIDA said...

aida dok kat apartment kat larkin. pun ada anjing berkeliaran tau. 4-5 ekor. kitorang plak balik tgh mlm. seram!!!

Sheila@CC said...

tu la kan ara, dl semasa cc 1st time merantau, tpt cc tgl pun byk hanjing2 gk.. kdg2 kita pun hairan kenapa dibiarkan saja. Tp bila cc tgk 360 pasal hanjing liar tu br tau, rupanya mmg terlalu byk hanjing berkeliaran n pihak perbandaran pun dh xlarat nk tangkap..

Ara byk sabar tau duk kat perantauan..

julietchun said...

anjing liar walau nampak baik pun kekdg buleh mengganas, hati2.

cikmin said...

salam ara...apa kabar?maaf la ye cikmin jarang dtg sini...bizi buat 'opis' baru...sila la dtg ye..cikmin jemput ara join cabutan bertuah juga..maaf la..tinggal msj kt sini..chatbox x nampak pun...mmuuaahh!

arapink said...

adianiez AIDA,
betul tu, kadang-kadang sekali lalu depan rumah ara sampai 7-8 ekor. memang seram tengok...sama-sama lah kita hati-hati yer...

sheila@cc,
tu lah, terlalu banyak. tapi pasti ada jalan penyelesaian kan cc. TQ cc, ara jaga diri elok2 kat sini, jangan risau ye :-)

julietcun,
TQ juliet. memangpun. nampak mcm baik tapi bimbang jer kene kejar...huhuhu.

cikmin,
chatbox dah dihapuskan sebab ada orang giler yang menamakan dirinya "duda gatal" selalu masuk sini. dah buang pun dia masih masuk sini. ara tak kenal org tu...
baby sihat? ok cikmin, nanti ara singgah k...miss u :-)

mamarempit said...

kalo panggil MDS tembak...dia caj RM10/sekor...kalo siap dia angkut bangkai tu lebih lagi kut...kalo tk silap mama la...dulu pnh panggil tembak...taun 2000

sue @ ela said...

hmmmmmm ntah la kak..smai pn x tau nk ckp pa..ptt kn da tndkn..klu x blh mndtgkn mslh

iina said...

klu boleh report.. eloklah report sebelum membahayakan org ramai.. akak rasa kalau dah kena kejar tuh eloklah buat report.. setidak2nya ada tindakan dibuat..

arapink said...

Mamarempit,
RM10 sekor???....ni kena fikir balik nih. kalo 10 ekor dah RM100...huh!

Smai,
Tindakan kena ambik dulu sebelum jadi lebih teruk.

Kak Iina,
Tu lah, tiap2 pagi mata ara dok nengok anjing2 ni...rasa mcm fobia pulak. tapi ara mmg takut anjing sbb anjing ni lambang keganasan...lagipun "harammmmmm"...