Hari Terakhir...

Wednesday, November 18, 2009

Hari itu merupakan hari terakhir aku di rumah. Barang-barang aku dah kemas (walaupun dalam tahap kemalasan yang melampau), barang-barang keperluan semua dikemas. Terutama sekali baju-baju kurung. Bilik sewa dah dapat hari Khamis sebelum tu, rakan sekerja baru, Helmy namanya (thank you very much) tolong carikan tempat aku nak berlindung. Alhamdulillah.




Tepat jam 9.00 pagi aku bertolak meninggalkan rumah, tapi sebelum tu aku mengalirkan air mata sebab meninggalkan abah yang dalam keuzuran. Aku memeluk dia dengan linangan air mata. Abah pun menangis. Bagi dia anak adalah segalanya. Lebih-lebih aku, yang sangat manja dengan abah berbanding adik beradik aku yang lain. Aku memeluknya erat, sambil memesan banyak perkara terutama bab kesihatan dalam esakan tangis. Sedih sangat.
Kami meninggalkan Temerloh dan sampai ke destinasi jam hampir pukul 1.00 petang. Sesampainya di sana, kami pusing-pusing bandar dulu nak mencari dimana pejabat baru aku. Dah jumpa. Lepas tu aku menelefon tuan rumah. Terus ke rumah yang dijanjikan. Semuanya alhamdulillah. Selesa sebab semua kelengkapan asas seperti katil, tilam, kipas, meja makan, peti ais, tv, mesin basuh (paling penting) dan ampaian lipat dah disediakan. Paling aku sangat gembira ialah kat rumah tu ada wifi. Aku tak tahu dari mana datangnya, aku sangat gembira. Rumah ni sunyi sebab aku tinggal sorang. Tapi menurut cakap tuan rumah, bila semester pengajian dibuka, ramailah students yang tinggal di kawasan rumah ini. Tak lah sunyi lagi, alhamdulillah.
Bila dah selesai semua perkara, dan hari dah beransur petang, hati mula sedih. Sebab mak, adik2 dan kakak yang datang mengantar aku nak balik ke Temerloh semula. Saat itu air mata tak dapat dibendung lagi. Mencurah-curah selebat hujan yang turun petang itu. Paling aku tak sanggup nak berpisah dengan mak :-( aku peluk mak erat-erat seperti tidak mahu lepas, sama-sama menangis. Macam tu jugak dengan kakak dan adik bongsu kesayangan aku. Dia pun menangis. kalau sebelum ini, dengan aku dan mak lah tempat dia bermanja, peluk dan cium saban waktu tapi kini aku meninggalkan dia. Sebelum ini, tiap kali pulang dari pejabat, mak yang aku cari dulu, tapi mak pun sunyi bila aku tak ada. dah takde siapa nak riuh bercerita tentang perasaan dan apa yang terjadi saban hari. Aku tau, mak pun rasa sunyi...dan Fikri pun dah takde siapa nak mendengar dia bercerita lagi...Ketika entry ini ditulis, air mata laju mengalir....sedih mengenangkan saat itu. Moga Allah memberikan aku ketabahan.
Mesti ada yang membaca entry ini akan memperlekehkan tentang aku. Orang lain pun pernah berpisah dengan keluarga tercinta, mungkin lebih jauh. Aku tak peduli, aku hanya menulis apa yang aku rasa, perasaan aku tika itu. Betapa sedihnya nak berpisah dengan orang-orang yang paling aku sayang dalam hidup ini. Biarlah apa orang nak kata...aku tak peduli...
Aku hanya mampu berdoa moga Allah memberikan aku ketabahan dan kekuatan hati untuk meneruskan kehidupan yang baru di sini....
Nota Pink ::~ Sedih sangat :-(

8 comments:

iina said...

Rasa sedih tuh ada kat mana2.. dekat atau jauh xjadi soal.. biasalah mula2 kan dan xpenah berpisah jauh ngan keluarga mmglah camtu.. nnti oklah tuh ;)

mamarempit said...

tk pe...ni langkah pertama berpisah ngn kuarga....bujang....

pas ni..langkah ke 2...mane tau akan bertemu jodoh di sini...miahahhaha

cutecida said...

perpisahan tu normal dlm kehidupan...yg penting kuat semangat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak ngan abah tu...nt dh ada kawan mesti kurang kesunyian kan

cutecida said...

btl kata mama ni baru fasa pertama, nt masuk perpisahan fasa ke dua lg byk dugaannya hehehehe...dont worry be hepi yg daling

adianiez AIDA said...

SABAR... TABAH... TENANG...
tu jer yg dpt aida kata kan. jadikan perpisahan tu sebagai satu pemangkin utk lebih berjaya. buktikan kat parents, I CAN SURVIVE... buat mereka senang hati.

J@J@ / Bini The Rock said...

mula2 sesiapa pon akan rasa hiba mcm ara alami...rasa mcm nak lari balik kg pon ada kan???

Nnt dah sebulan..dah kenal dgn member2 baru...rumah dah ramai jiran dgn student2....baru lah rasa seronok!

sabar yea...kebahagiaan ada di mana2.
lagi pon raya nnt ara balik tmrloh kan?? minggu dpn je...tak lama dah tu!

Tgk beg2 ara bertimbun2 tu dah mcm org nak pegi haji je kekdahnya..
wakakakakak!!

Sheila@CC said...

jgn sedey2 tau ara.. klupun mereka jauh dimata namun dekat dihati.

Aida Rezuan said...

Ara,

Alahai.. sabo2. Tak pe, nanti raya balik Temerloh ek. :)