Hadiah Kawin...

Friday, September 30, 2011

Salam Jumaat semua.



Mata amatlah mengantuknya....ehehheh. Cerita basi sekali lagi. Takde menda nak diceritakan, terpaksalah buat jugak cerita basi ni...heheheh. Masa wedding Ara hari tu, ramai jugak kawan-kawan yang datang bawak hadiah untuk Ara. Terima kasih banyak diucapkan. En.Bab pun cakap banyaknya hadiah yang Ara dapat....



Antaranya seperti dapur gas dapat 2 biji (satu bos Ara bagi), iron baju, mixer, keetle, periuk nasi elektrik, multi cooker, album gambar, set gelas(monopoli banyak), album gambar, lampu tidur, set mangkuk, tong beras (dari Sarah yg dok Segamat...jauh datangnya) barang-barang Tupperware, selimut, kain pasang, mangkuk Vantage (permberian Kak Ani Alfio Raldo), tempat letak surat, bekas garam gula, bekas kuih raya, frame ayat Al-Quran, produk penjagaan rambut, produk Avon dan ada lagi lah yang tak sebut....



Banyak jugak tapi tidaklah complete. Alhamdulillah sebab nanti kalau Ara dah mula dok sendiri, barang-barang asas tu dah ada lah kan. Nanti cuma kena beli barang-barang elektrik yang besar sikit macam peti ais, mesin basuh dan TV. Tapi ntah bila lah dapat rumah sendiri.




Inilah sebahagian hadiah-hadiah yang Ara dapat. Atas almari duduknya. Sebelum ni Ara longgok kat kaki katil tapi Mdm Sara bising. Nampak serabut. Last-last Ara mintak Fikri tolong susnkan kat atas almari ni...





Ni sebahagian lagi. Yang besor-besor. Kalau lebih-lebih letak atas almari nantio roboh pulak...hahaha. Seronok dapat hadiah masa kawin ni. Hadiah yang paling Ara sayang adalah jam dinding pemberian Apple (my bestfriend). Jam tu ala-ala Inggeris Style. Bunga-bunga, cantik sangat. Ara dah guna pun, gantung dalam bilik :-) TQ dear...





Nota Pink ::~ hati tetap rindu abah :-(




2 comments:

Yong Kamariah said...

Salam Ara..

Amboi amboiiii banyak hadiah dia dapat yek, kiranya tak susahlah nak start a new life..
Harap-harap tak terlambat kiranya utk akak ucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Ara and suami, selamat dtg ke alam baru!

arapink said...

Salam Yong...

TQVM. Tapi ni pengantin dah lama..hehhehe. ada lah sikit hadiahnya, ada jgk yg dah guna.
Kalo nak merasa hadiah banyak, masa kawin ni lah...hehehhe.

Rupanya alam baru ni banyak dugaannya kan.... ;-)