2 Hari Lagi...

Tuesday, November 17, 2009

Walaupun harinya dah berlalu tapi aku baru nak post entry. Bukan tak nak tapi tak ada masa. kesibukan melanda diri. Bila entry mengikut rentetan, barulah bestkan...walaupun harinya dah berlalu...hehehe...2 hari lagi...bermakna Jumaat tu merupakan hari terakhir bagi aku di pejabat tu. Pepagi buta aku dah berangkat ke pejabat negeri sebab diorang adakan Majlis Perpisahan untuk aku. Tak yah susah-susah aku cakap kat diorang, tapi nak buat jugak, tak leh nak buat mende...huhuhu....


Jam 6.45 pagi aku bertolak ke ibu negeri. Nasib baik adik lelaki kesayangan aku balik jugak dari Rawang semata-mata nak hantar aku...i love u dear...sebab majlis tu untuk aku. Kalau tak pegi nanti apa pulak diorang cakap. No choice. Sesampai kat sana, diorang baru siap majlis baca Yasin dan tazkirah (kelaziman pada hari Jumaat)...selepas taklimat satu agensi ni, majlis pun bermula. Kata-kata aluan dari pengerusi majlis, aku dijemput memberikan ucapan...adoiii. Gementar mak tau...hehehehe...takpa persediaan teks ucapan, aku dengan selamba rocknya redah je lah...heheheh...ucapan terima kasih kepada semua pihak dan ucapan maaf kalau ada silap sepanjang berkhidmat di sana 3 tahun ini. Lepas aku berucap, timbalan pengarah pulak yang berucap, memberi kata-kata semangat. Lepas ucapan, adalah dapat cenderahati dari kelab staf. Terima kasih semua....
Selepas menjamah sedikit jamuan, aku bergegas balik ke Temerloh semula. Sebab bos aku kat ofis pun nak mengadakan sedikit jamuan di sana. Lagipun adik aku nak balik ke Rawang semula. Sampai ke rumah, hantar mak kesayangan aku balik jap, dan aku terus ke pejabat semula. Dan pada sebelah petang kami pergi makan-makan tanda perpisahan di salah satu restoran di sana. Dan aku pun dapat hadiah. Tanda kenang-kenangan.Terima kasih kepada bos dan kawan-kawan semua.


Di pejabat, barang-barang aku dah punggah balik 2 - 3 hari sebelum tu. Jadi tak adalah barang-barang yang nak dibawak balik. Bila tiba masanya untuk aku meninggalkan pejabat tu, hati jadi sayu. Aku meninggalkan ofis itu dengan linangan air mata. Terlalu banyak kenangan di situ, pahit manis di rasa. Lebih-lebih lagi dengan bos aku. Kami sangat rapat sebelum ni. Berat sangat hati nak meninggalkan dia. Tuhan je yang tau. Dia juga penguat semangat aku sebenarnya. Banyak pengalaman kami kongsi bersama. Suka duka, gelak tawa dan tangisan semua ada.

Kepada dia....

Terima kasih atas segalanya. Segala kengan bersama akan disimpan di hati untuk selamanya. Semoga lebih tabah dan jaga diri baik-baik. Teruskan semangat yang jitu itu....kita pasti berjumpa lagi..InsyaAllah...

Nota Pink ::~ Tempat jatuh lagi dikenang....

6 comments:

iina said...

Biar simpan kenangan manis semua tuh.. bina semangat baru kat tempat keje baru ekk ;)

sI tEDI said...

selamat bertugas di tempat baru!

cutecida said...

pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan & menjadikan kita lagi tabah utk hari2 mendatang....yang penting rakan2 lama d lupa jgn...gud luck d tempat baru ara...

mamarempit said...

bile nk jumpe ara ni....dh dekat...tp lom ada mase lagi kan

Mawar_berduri said...

misti sangat sedihkan nak tinggalkan keluarga....tambah plak ngan kawan2 opis....be strong ye k.ara cayang .. :)

arapink said...

Kak Iina,
ye, ni semua kenangan. sebab tu nak post gak entry ikut rentetan. biar manis utk dikenang nanti. Sebab saat itu tak akan berulang lagi.Mungkin ada tapi dah tak sama :-)

Ted,
TQ ted...semoga di sini lebih membahagiakan Ara.

Kak Cute,
Betul. Ara akan simpan semua pengalaman ni. Ara nak tabah mcm akak...Ara tak mungkin lupakan kwn2 lama. TQ akak :-)

Mamarempit,
Tadi dah borak ngan mama dlm phone...best2...nantilah. Ara pon nak sangat tapi program jabatan penuh ah...mencik!

Mawar,
Bab-bab sedih ni nanti kak ara citer dalam next entry. Tangkap lelehhhh....ahakssss. TQ mawar :-)