Hadiah Kenangan...

Friday, May 22, 2009

Ingat tak entry kedua aku dalam blog ni masa diawal penubuhannya April lepas. Entry berkenaan sahabat baik ku....arwah Nana. Malam tadi saje dok mengemas bilik. Termasuklah rak-rak majalah dan buku-buku yang dah bersawang. Maklumlah...tuan tanahnya sibuk benor...kononlah tu...hehehe...

Aku ada 2 album gambar..pssttt..bukan album lagu yer coz aku bukan artis tersohor mcm Ct Nurhalijaaaa....ahaaa....dalam tu ada banyak gambar aku mase muda-muda dulu. Kenangan yang tak mungkin dapat aku ulangnya kembali saat ini. Di mukasurat akhir album gambar yang tebal tu, kulitnya pun dah sikit rebeh....aku melihat semula kenangan hadiah pemberian arwah pada harijadi aku yang ke-20 tahun, maknanya hadiah ni dah 9 tahun aku simpan elok dan amat aku sayang.....


Masa tu arwah study kat Politeknik Shah Alam, aku pulak menunggu result STPM. Tapi aku lupa cam mana dia bagi, byhand atau pos. Aku rase dia pos. Kami dah payah nak jumpa sebab dah jauh masa tu. Menetessss air mata bila dapat hadiah ni. Yang paling aku terharu, kad ni dibuat sendiri, bukan beli kat kedai. Dilekatkan macam-macam. Ada gambar dia.....Nana memang kreatif orangnya. Tulisan dia pun cantik....



Dalam ni jugak ada macam-macam ucapan dan pesanan dia. Aku dapat rase dia buat kad ni dengan hati yang sangat jujur dan rase menghargai persahabatan kami sekian lama...



"Setiap detik adalah pengalaman. Semoga yang pahit dijadikan pengajaran"

Walaupun orang nampak benda-benda macam ni nampak remeh tapi sebenarnya benda-benda macam ni lah yang aku sayang dan aku rase ia tak boleh nak tukar ganti dengan duit sekalipun. Kenangan itu akan terus subur dalam hati dan ingatan aku.....



Nota Pink ::~ seperti baru semalam kenangan ini berlaku dalam idop ni.....huhuhuk


5 comments:

OKLiz said...

touchingnye.. sedih je koi rasa.. sob sob sob

surat koi yg lama2 semua dah tak tau kat mana????terutama surat centa... hahaha

mamarempit said...

koi tk dak surat ka kad ka...sume blah centu je...sedih gak kan...tk de kenangan

arapink said...

Ye lah...kita tak tau selama mana kita akan idop...jadi setiap detik, apa saja yg berkaitan andai kita menerima, simpan lah.

Tulah kenangan yg amat berharga...

Aspalela said...

koi ade surat chenta gak...dari

"Taukey Chong : Kedai Emas & Pajak Gadai"

hatt tu koi simpan sampai la nie...muah ahahahhahah

arapink said...

paaa...ko simpan lama2 nnt reput. tokey tu pun dah arwah...

ahaksssss.........