Esplanade Temerloh...

Tuesday, July 14, 2009

Memandangkan rumah aku ni dah bersawang, jadi hari ni aku memeriahkan lah sikit dengan entry..sian umah aku nih...kene tinggal. Tuan umah lak tak de peluang nak jenguk-jenguk...hehehe....kene cepat ni....mermaid on the way ke sini...uwaaaaa..suh basuh pinggan!!!!

Ok, kali ni aku nak cerita tentang sedikit apa yang ada di bandar Temerloh ni. Takde yang istimewa sangat selain ikan patin, tapi kat Esplanade Temerloh yang dibina dipinggir Sungai Pahang, betul-betul ditepi kuala sungai yang menghubungkan antara Sungai Pahang (belah kanan) dan Sungai Semantan (belah kiri)....Yang malangnya Esplanade ni selalu tenggelam tiap kali air sungai Pahang naik....dan terpaksa dibersihkan semula....macam tu lah.





Ni adalah papan tanda.....mercu Temerloh yang dipasang di seberang sungai. Bila malam sangat cantik sebab berlampu...besar ya amat benda nih...hehehe






Itulah jambatan Sultan Haji Ahmad Shah. Setiap hari pegi balik aku lalu jambatan tu...kalo jambatan tu runtuh, alamatnya aku bercuti lah...kekekeke...

Ni yang aku nak citer nih....ada satu yang best disini. Ada pengangkutan tradisional bagi penduduk sekitar tebing Sungai Pahang ni. Diorang ke bandar Temerloh menaiki bot. Dan tempat diorang naik tu dinamakan "penambang". Aku masa kecik-kecik dulu selalu gak lah naik...nak merasa....hehehe....Dulu seingat aku, tambang 30 sen jer. Sekarang aku tanya budak-budak yang naik bot kat penambang ni tambang dah pun RM1.00. Masa dah berlalu jauh....

Kepada korang yang teringin nak merasa naik bot panjang ala-ala kat Kuala Sungai Tembeling, Taman Negara tu, bolehlah datang sini. Diorang ni ada perkhidmatan untuk bawak ronda-ronda Sungai Pahang. Memang best sangat. Lelaki yang berbaju putih bersama isteri dan dua orang anak mereka ni pun tak melepaskan peluang bawak anak-anak merasa naik bot. Aku kurang pasti berapa bayarannya.

Anda akan dibawa ronda-ronda sekitar Sungai Pahang. Tetapi tidaklah terlalu jauh sebab Sungai Pahang ni sangat luas. Jadi untuk anak-anak yang nak merasa tu boleh lah. Setiap tahun ada acara berakit dari Temerloh mudik ke Pekan. Dah pun menjadi acara tahunan daerah Temerloh. Biasanya yang datang menrasmikan adalah Yang Ke Bawah Duli Sultan Pahang. Sangat meriah acara itu. Memandangkan acara tu dah lepas baru-baru ni, tahun depanlah aku post entry kemeriahan berakit tu yer...hehehhee

Opsttt...Cik Wani menyelit...nangis-nangis petang tu nak naik bot. Aku tak bawak sebab malas ah..tanpa kebenaran mak bapak dia. Aku cakap lain kali ajak abah ngan ibu naik...heheheh...

Lambang Ikan Patin dijadikan hiasan lantai Esplanade Temerloh yang menjadi trademark Temerloh iaitu Bandar Ikan Patin....
Selamat Datang Ke Temerloh
Nota Pink ::~ Best woooo naik bot...heheheh

8 comments:

u-neey said...

bot penambang tu boleh bawak kita gi round2 ke? bestnya..
nanti nak try naik la.

sue @ ela said...

nt blh la bawak ceq nek noo

cutecida said...

nak itot nek bottttt...nt akak g termeloh kita nek bot ek ara

arapink said...

To U-neey ~ boleh u-neey...try lah bawak anak2

To smai ~ buleh..nnt kita naik yer...sampai ke Penang...kekeke

To Kak Cute ~ bereh mbak...jom bawak anak2 dara & dak iman naik bot tu...kekekke

Sheila@CC said...

sonoknye nek bot tu.. cc xpernah lg nek tu

arapink said...

cc kene lah datang Temerloh...kekeke

z.a.i.n.u.r said...

Apsal aku gi temerloh haritu kawan aku tak tunjuk pun signbod besor tu?

arapink said...

baru siap nemo...kat tebing sungai pahang.

kalo dok belakang huruf2 tu tak nampak kita...teduh...hehhe