Penyambut Tetamu...

Thursday, July 29, 2010

Kalau orang lain letak gambar makanan yang macam-macam before puasa ni, tapi aku letak gambar ni. Pepagi ni aku sampai ofis nampak dar jauh apa kebenda ni.

Rupanya gambar sekeluarga anak kucing....huhuhu...sangat comel tapi aku bukan pencinta kucing. Kalau nak tau kat bangunan aku ni, tempat orang buang kucing. Ramai sangat kucing...hehehe.

Comel tak? Semua sedang lena diulit intan. Ibu nya ntah kat mana...kalo manusia ni sah dah masuk TV or paper. Ni bukan se, tapi lima beradik ni...hahahhah....kucing....kucing....Selamat Maju Jaya ;-)

Apa yang aku merepek nih...hahahah....actually aku dah tak sabar nak balik Temerloh tengahari ni. Esok aku cuti. Dari malam tadi dok mengemas barang-barang nak bawak balik. Sabtu ni ada kami nak buat kenduri doa selamat untuk along aku, dia pregnant 8 bulan...berdoa agar semua selamat. Dan selepas tu ada satu lagi acara....yang tu entry minggu depan k :-)....lps ni lama cuti. Tak ler ngadap blog..masuk ofis minggu depan baru ngadap semula...doakan semua selamat k....bye :-)


Nota Pink ::~ Tak sabar nak sampai kampung :-)

Sampai Bila...

Monday, July 26, 2010




Bila terbaca entry Aida tadi, hati ni pun sama berkata-kata seperti Aida. Sampai bila? Berulang alik dari Segamat ke Temerloh saban minggu. Memanglah bukan setiap minggu abah sakit, tapi macam sekarang dia sakit. Kaki abah kedua-duanya bengkak. Muka abah pucat. Luluh rase hati.

Aku akur dengan ketentuan-Nya. Tapi aku dah berusaha untuk dekat dengan mereka. Aku dah pun menghantar permohonan tukar ke tempat yang lebih dekat dengan mak abah, tapi rezeki belum sampai. Namun aku masih belum penat. Aku tetap bersemangat berulang alik seperti biasa.

Mungkin nanti aku perlu berulang ke tempat lain pulak, tapi tak tahu lagi...masih samar-samar. Tak kira lah, mana-mana pun aku pergi, tapi rumah aku, mak abah tetap yang utama walaupun sudah bersuami nanti...harap dia memahami.

Harap abah makin sembuh walaupun dia makan tak pantang. Bila tengok abah sakit memang tak sabar rasa nak kembali tinggal dengan keluarga semula, sama macam dulu..Moga Allah memudahkan segala urusan ku nanti...insyaAllah

Saje Nak Buat...

Friday, July 16, 2010

Aku rase macam dah tak betul jer hari ni. manakan tidak, dalam sehari jer 3 entry aku post...memang giler. hahaha...kamu tau maknanya kan? Maknanya aku sangat boring hari ini....huhuhuhu....

Sedang asyik melihat gambar cincin yang lawa ni ( dalam hati bila lah aku nak dapat cincin macam ni, adakah aku harus membeli sendiri lagi kalau nak pakai? ) dan bila boleh dapat makan cupcakes yang comel macam dalam gambar ni ( sila beri perhatian kepada blog kek mamarempit ...psstttt mama, ara dah pomot ek...hahahha...tunggu mama anto ke sini ajer kalo buat cupcakes yang comey macam ni yea...hhehehee


Cantik tak? :-)


Comel tak?...nyum...nyum ;-)

Tiba-tiba teringat satu entry mamarempit nih. Tentang purse hak milik sendiri. Dia tak tagged aku pun sebab wat sakit ati je...hahahha...dulu punya tag pun aku tak settle lagi. Yang ni pulak yang aku nak buat...mengong aih...

A. Amek gambo luaran & dalaman
B. Perkenalkan breng, rege & beli kat mane
C. Kuarkan isi perot dia, paling koman 5 barang
D. Amek gambo ngn dia
E. Ketip 5 orang lagi pasal isi perot dia....

Nok ketip? macam nak ketip kuku lak ari Jumaat nih...hahahah

Purse yer....


Ni lah dia purse aku. Sangat tidak lawa. Macam salah pilih jer...tapi yang aku beli sape suruh?...hahahha...
Purse ni dari brand Sembonia. Aku beli kat East Cost Mall, Kuantan. Masa tu bulan Januari tahun ni. Ada sale. Memandangkan butik Sembonia bawah sekali, berdesup aku pegi...hahaah. Harga sebenar RM210, tapi masa aku beli hanya RM144 sahaja. Warna coklat dan ado tali pinggang kat depan...hahaha. Berat pulak jadinya. Pada pandangan mata aku tak lah lawa sangat...


Tapi mungkin sebab bahagian dalam yang tak terlalu banyak compartment. Bukan banyak benda pun nak diisi. Duit lagi ler tak banyak...huhuhu. Aku memang tak suka purse yang banyak compartment, rase macam serabut. Lagi satu aku akan beli purse yang tempat syilingnya berzip...kalo tidak habis berterabur lah. Kadang-kadang dalam purse aku ni semak jugak dengan macam-macam resit lah, slip bank lah, mak nenek kertas pon ado...kekekkee


Harta benda yang ada dalam ni ::~

1. Dah tentu Mykad aku...nyawa weh!

2. Tiket bas nak balik petang ni...muehehehe...Cepat Ekspresss (jangan buat hal malam ni ek. Aku nak sampai umah cepat)

3. Kad Mesra Petronas...untuk hadiah lah konon, isi minyak pon jarang sbb "my licik" saving minyak...hahahha

4. ATM Kad ~ CIMB card (bank utama) & Bank Rakyat card (bank kedua)

5. PRUhealth card ~ insurans nyawa & kesihatan aku. Kalau pi mana-mana aku dah tak risau...diri dah dilindungi...

6. Duit adalah sikit. maklumlah tengah bulan kan...huhuhu...cepatlah gaji...uhukkk

7. Lesen Memandu ~ sangat penting walaupun belum habis "P" tu...kekekek

8. Gambar-gambar...termasuk gambar Fikri mase umur 2 tahun. Dia sangat comel dan gebu waktu tu. Kalau org terpandang purse aku mesti diorang syak aku dah ada anak...lantak ;-)

Yang lain-lain banyak lagi kad-kad untuk beli-beli barang. tapi malas nak kuarkan...heheeh



Ni gambar tuan punya purse yang sedikit gedik di situ...hahahha...saje je nak expose. dah lama tak tepek gambar sendiri kat rumah aku ni...hehee...



Nota Pink ::~ Saja suker-suker... ;-)

Dinner...

Memandangkan aku ni memang dah takde citer menarik, aku letak lah gambor aku pi dinner tu. Tema "smart & casual"...aku tengok masing-masing macam-macam gaya jer. Ada yang santai, kemain santainya. T-shirt kolar ajer, mana yang smart tu terlebih smart pulak....hahahah...geli ati tui. Tu yang lelaki, kalo cakap yang pompuan lak jangan kata lah. Macam datin ada, baju mahal, tudung lip lap lip lap. Mana yang santai tu baju kain cotton ajer...muehehehe...Tak paham aku... Aku???...kitar semula baju lama...hahaha...baju yang aku pakai mase jumpa geng-geng pokok mangga tahun lepas. Kan senang :-)


Inilah acara malam tu. Malam Jasamu Dikenang. Seramai 7 warga kerja yang akan bertukar ke luar negara, berpencen dan berkhidmat ke tempat baru. Masing-masing dah berkhidmat dengan MARA Negeri Johor, dah banyak jasa-jasa yang telah ditaburkan. Sesekali seronok juga.


Ofismate aku. Kiri Sue, kanan Dila. Macam adik-adik aku diorang ni. Sangat menghormati dan menghargai aku di sini. Berbanding tempat lama. Bukan tak hargai tapi kemesraan itu kurang.


Gambar dari pandangan atas dewan. Bukan aku dok atas siling or atas lampu tapi snap dari bawah ajer...hehehhe.


Menu malam itu. Boleh tahan tapi semua menunya kering-kering ajer. Sambil makan sambil tolak dengan air oren...hahaha. Yang sedap cuma daging blackpaper, ayam berempah. Yang lain-lain tu aku makan juga. Nak merasa.


Tempat kejadian :-)


Yang dirai sedang berucap. Memandangkan aku dok meja paling belakang, tumpuan tu kureng..hahaha..mata lak mengantok. Nak meredah perjalanan lagi 3 jam....haruuuuu.


Billboard ni takde kene mengena tapi aku suke tengok sebab bapak segala besornya. Kalo lah jatuh menghempap orang, naya. Sama macam lori senget tu. Aku suker tengok. Besar, jelas dan terang biji mata.....hehehhe.
Kul 12 masih di JB. Konon lah nak angkat ponggong awal sebab kami orang yang paling jauh. Tapi memang payah. Selamat sampai ke Segamat kul 2 pagi. Esoknya mata rase nak terkeluar sebab mengantuk tahap apa ntah.......sampai rumah pun perot lapar semula. Tapi dah tak lalu nak makan sebab rase mahu tido menguasai diri....



Nota Pink ::~ Sengal!!!!!!

Lori Senget...

Mesti kengkawan blogger terkejut tiba-tiba tengok ada entry baru Arapink...hahahha. Sebab memang macam dah bertahun aku tak hapdet blog ni. Kesian dia. Kalau dulu setiap pagi ada jer cerita tapi sekarang sebulan sekali pun belum tentu. Adakah Segamat tidak menarik? Atau hari-hari yang aku lalui membosankan?. Ntah ler...



Semalam aku pegi ke JB, sebab terpaksa menghadiri makan malam anjuran jabatan aku ni. Tak pegi kang, dalam surat tulis diwajibkan..uhukkkk...pegilah jugek. Perjalanan yang jauh kira-kira hampir 3 jam ke sana semata-mata untuk makan sahaja. Macam-macam benda aku nampak. Salah satunya apa yg anda lihat dalam gambor di atas. Cuba tengok betul-betul keadaan lori ni. Stabil tak? Senget!!!...seram aku tengok.



Memang dah senget sangat. Masa ni kat Labis. Aku tak pasti ape kebenda yang dibawaknya. Kayu kot. Tapi sangat tidak stabil. Kawan aku yang memandu kereta ni nak potong tapi tak jadi...seram...hehehhee...aku dok membayangkan kalau lah masa aku lalu tu lori tu terbalik...waaaawawawawa...apa nak di kata kan.



Nota Pink ::~ Malasnya nak keje pagi ni. Dalam Hati tak sabar nak balik kampung ajer :-)

Macam Mimpi ;-)

Wednesday, June 16, 2010




Adakah aku bermimpi? Macam mimpi...kepulangan ke kampung baru-baru ini membuka lembaran baru...Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani & Maha Mengetahui. Tetapi perjalanannya masih jauh. Banyak benda yang harus dipastikan sempurna...tapi aku berdoa semuanya berjalan lancar....InsyaAllah ;-)


Nota Pink ::~ Akhirnya...

Balik Kampung Lagi...

Thursday, June 10, 2010



Balik kampung lagi...hehehe...mesti ada yang jeles kat aku. Betul Tak Patin? ...hahahah. Bukan apa, minggu ni ada kerja kawin, so saja ambik cuti nak membantu sepupuku itu. Tengahari tadi abah kesayangan aku sampai Segamat, tiap kali balik Temerloh, abah akan datang menemani aku drive balik. Dia tak yakin nak biarkan aku drive sorang-sorang. Tambahan lagi jalan menghala ke sana agak sunyi dan sampai dah malam...Kalau jalan dari Segamat sampai Bahau, jalannya agak lurus. Tapi lepas dari Bahau, nak menghala ke Temerloh, jalannya berliku-liku. Bila dah sampai area tu, hari pun dah gelap. Kedatangan abah kali ni ada tugas penting...hahaha...nanti aku post entry baru yer tentang itu...
Minggu depan mesti ramai yang post entry pasal orang kawin kan? hehehe...minggu depan jugak mesti ramai yang gantung periuk, tak yah masak sebab dah kenyang makan kenduri. Poket pun kempislah sikit kalau banyak rumah nak pegi. Macam Mdm.Sara, waktu ni lah melilau mencari sampul duit raya...hahahah...
Kenduri kali ni aku tak sempat nak tempah baju baru sebab tukang jahit peribadi di Temerloh, dia yang kawin...huhuhu...tukang kahit kat Segamat, adik ipaq dia nak kawin jgk hujung bulan ni...heheheh...semua sibuk ngalahkan pak menteri kan ;-)...
Takpe, lepas semua orang kenduri, tunggu lah kedatangan aku nak hantar baju-baju raya pulak. Jangan tolak ek... ;-)


Nota Pink ::~ Selamat Pengantin Baru utk Mira (my tukang jahit) & Yusri (my anak buah) yg kawen hari yg sama...nak kena atur perjalanan nih...heheheh

Musim Perkahwinan...

Friday, June 4, 2010



Musim perkahwinan datang lagi. Biasanya bila ada cuti sekolah, masa tu lah orang berebut-rebut nak buat kerja kawin. Sebab senang sedara mara nak datang dari jauh kan. Macam tu jugak kawan-kawan dan kenalan-kenalan yang lain. Dalam diari aku ni banyak dah undangan perkahwinan. Tak tahu sempat atau tidak nak pegi. Tempahan sirih junjung pun dah ada. Terpaksalah berkejar balik ke Temerloh 2 minggu berturut-turut ini. Aku tumpang bahagia tengok orang yang dah sampai jodoh ni. Kepada kawan-kawan dan anak buah aku yang nak kawin musim cuti sekolah ni, aku nak ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU. LAYARILAH RUMAHTANGGA DENGAN SEBAIKNYA. SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT"....



Nota Pink ::~ Turn aku ntah bila....urmmmm

Cameron...

Thursday, June 3, 2010

Assalamualaikum semua. Kemalasan masih melanda jiwa. Ni dah pun masuk bulan Jun, dah pun setengah tahun 2010. Cepat betul masa berlalu. Kali ni nak citer tentang aku pergi bercuti ke Cameron Highland pada cuti Hari Wesak baru-baru ni. Semua rakan sekerja di pejabat aku turut serta. Dah lama tak pegi sana, last aku pergi tahun 2000 rasanya, masa sepupu aku kawin kat sana. Dah lama betul. Dah tentu banyak perubahan. Perubahan yang paling ketara adalah "CAMERON HIGHLAND SUDAH TIDAK SESEJUK DULU"...aku dah tak perlukan baju sejuk walaupun dimalam hari. Panas terik ajer cuacanya. Tapi best tetap best. Perubahan yang sangat banyak dari segi pemandangan, cuaca, kemudahan, transport dan macam-macam lah. Aku macam dah tak de modal nak tulis walaupun ni kali ke-4 aku pergi...hehehe...so, korang tengok je lah gambor-gambor yer...








































Nota Pink ::~ Kali ni aku tak muntah lagi turun dari Cameron...heheheh

PJJ???...

Monday, May 24, 2010

"PJJ???"....bukan Pengajian Jarak Jauh, jauh sekali Pelempang Jarak Jauh, tapi Percintaan Jarak Jauh...heheheh. Bukan apa, Jumaat lepas aku membelek Intrend Bulan Mei, cover cantik giler dengan 5 ibu muda (Erra Fazira, Nurul, Sariyanti, Nora Danish & Rozita Che Wan) sempena Hari Ibu, aku terpandang topik ni.




Apa pendapat anda? Pandangan anda melalui pengalaman sendiri pon boleh cerita ek. Aku pun ada pengalaman yang sama waktu muda-muda dulu...hehehe...apa yang boleh aku katakan, ianya memang tak kekal. Banyak masalah dan dugaan. Tapi masa muda dulu lah...hehehe...tapi aku percaya sekarang ramai yang masih melalui PJJ ini. Banyak sebab kan, tuntutan kerja, belajar dan macam-macam sebab lagi...

Bagilah pendapat anda k...tak sabor nak baca...hehehhe



Nota Pink ::~ Menarik atau sebaliknya.... ;-)

Besday Abah & Mother's Day...

Thursday, May 20, 2010

Walaupun dah berapa haribulan hari ni, tapi still dalam bulan Mei...hahaha. 7hb Mei haritu Harijadi abah kesayangan aku. Yang ke 60 tahun.

"Selamat Harijadi abah...kita dah menyambutnya bersama tempoh hari :-) De sayang abah dan selalu mendoakan abah sentiasa sihat. De rela balik Temerloh saban minggu sebab nak tengok abah dan de tau abah akan berasa sihat bila de bali. Sebab tu de sanggup. Dan de pon tengah usaha untuk lebih dekat dengan abah. Walaupun lambat lagi tapi de tak putus asa untuk makin dekat dengan abah"

Sejak kebelakangan ni aku melihat abah dah tak sekuat dulu. Bila melihat abah air mata aku boleh mengalir bila-bila masa saja. Aku selalu mendoakan agar aku panjang umur, biar aku boleh membahagiakan mak dan abah sepanjang masa selagi termampu. Dan aku juga berdoa agar abah panjang umur biar dia boleh menikmati kebahagiaan hidup daripada anak-anak. Terima kasih abah...segala yang abah berikan de tak mampu nak bayar...de hanya mampu memdoakan kesejahteraan abah sahaja. "I LOVE YOU SO MUCH"



Mei jugak Hari Ibu disambut diseluruh dunia. Macam tu jugak dengan ibu-ibu di Malaysia. Macam-macam cara aku tengok orang di Malaysia ni sambut hari ibu masing-masing. Bawak mak jenjalan, makan-makan, belikan hadiah, bawak mak pi spa dan macam-macam lagi...




Sempena hari ibu juga, aku nak mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" untuk mak. Tiada kata yang boleh menggambarkan kasih sayang de pada mak. Mak adalah kekuatan de untuk terus hidup. Mak adalah segalanya untuk de. "I LOVE YOU VERY MUCH MAK"

Sama macam abah jugak, sejak kebelakangan ni mak nampak makin berusia. Tidak sesihat dulu. Mak jarang sakit, tapi baru-baru ni mak demam. Aku risau sangat. Meronta-ronta hati ni nak balik Temerloh masa tu. Tuhan je yang tau. Bila sampai rumah mak nampak kurang bermaya. Badan mak gatal-gatal....kesian mak. Sayu sungguh hati ini melihat mak. Tak rela tengok mak sakit. De pon mendoakan mak sentiasa sihat dan kita akan mengharungi kehidupan ini bersama-sama ye mak....



Nota Pink ::~ Segalanya untuk kamu berdua....

Tak Sehangat Dulu...

Tuesday, May 18, 2010

Salam Sejahtera semua. Kemalasan melanda lagi. Lebih setengah bulan aku tak berpeluang nak update blog. Memang hari-hari aku mengadap komputer ni, keinginan tu ada tapi macam tak lepas aje. Lagipun macam line tak clear...hehehhe...kerja pun banyak. Kerja nampak macam senang tapi remeh. Tu yang kadang-kadang letih sampai meresap ke otak aku ni. Sengal sungguh. Macam-macam kejadian dalam bulan ini tapi tengoklah nanti, akak aku ceritakan satu persatu (kalau sempatlah...huhuhu). Tapi takpe, aku tetap menyimpan azam untuk menjadi blogger tegar semula...hehehe




Kepada kengkawan blogger yang telah lama bersama aku, tentu masih ingat rumah sape kah di atas kan? hahaha...tu lah rumah koi dulu. Semasa zaman kegemilangannya. Lepas rodong-rodong (kawan-kawan) menukar cat rumha masing-masing akupun ngelupor jugak nak tukar cat, sampaikan tonggang-langgang jadinya...nasib baik mamarempit tolong selamatkan daripada blog aku ni terkubor.

Aku tataulah menda apa yang aku buat, macam sibuk benor. Tapi aku tengok kengkawan blog yang lain pun sama kan, sibuk jugak. Ok lah, nak stop dulu. Jap-jap lagi aku post entry lagi (kalau sempat)..huhuhu...


Nota Pink::~ Bilalah nak habis bizi nih?

Hujan Tak Ori....

Friday, April 30, 2010

Salam pagi Jumaat kepada semua. Dah lama tak menulis. Sekali lagi mood kemalasan tu datang. Nak kata takde masa, macam tak logic sebab sebenarnya memang ada masa setakat nak menulis entry yang pendek-pendek macam selalu. Dan tiap kali aku menulis, pastinya dah sedikit basi ceritanya...heheheh

Yang aku nak cerita pagi ni adalah tentang "HUJAN TAK ORIGINAL"...huhuhu. Pelik gak tajuknya kan. 3-4 hari lepas hujan tu ada tapi jarang lah. Tapi yang bestnya kat area rumah aku selalu hujan tapi bukan waktu hujan. Korang faham tak ayat aku ni? hahahha...

Korang setuju tak kalau aku cakap bunyi hujan membuatkan kita makin lena tido...setuju kan? Aku pun setuju...hehehe...




Ini gambar yang aku ambik dari tingkap bilik aku. Bilik aku belakang, so bertemu dengan belakang rumah orang jugak. Korang tengok lantainya kering kan? Tapi malam tadi membawa ke pagi bunyi hujan. Dah 2 malam berturut-turut. Ini bukan tempat yang kena hujan, tapi rumah sebelahnya....



Cuba korang tengok lantai rumah ni. Yang kering tadi rumah sebelah tu. Dua malam berturut-turut tu hujan di rumah ini. Aku nak snap gambor malam tu, masa hujan tak original tu, tapi karang budak bujang tu cakap apa pulak tetiba flash kuar...hahaha. Bila aku buka tingkap, air memang macam hujan, jatuh dari atap. Bila aku amat-amati, aku rasa air tangki kot yang melimpah. Macam hujan lah, bunyi pun macam hujan. Rumah ni teres 2 tingkat, so air tu turun dari atap tingkat atas....mungkin air tangki. Aku dok fikir, kalau air tu melimpah dari malam membawa ke pagi, berapa lah bayar bil air sebulan? mahu bergelen-gelen air terbazir...hahaha...ayat aku. Dalam keadaan sibuk bekalan air tak cukup ni, ada gak air yang terbazir. Kepada penghuni rumah tu, aku rase student UiTM, sila lah bagi tau tuan rumah yer...Tapi ikutlah, aku yang tido nyenyak, sebab bertemankan bunyi hujan yang tak original....hehehhee

Nota Pink ::~ Macam-macam hal.... :-)

Kamera Ku...

Tuesday, April 20, 2010

Dah lah, air mata pun dah kering, dah berhari-hari...hehehhe...giliran kerajinan pulak nak menulis entry baru. Ni sambil-sambil mengira collection harian, aku menyelit untuk buat entry nih...hehehe...Setelah beberapa hari mengumpul meterial, sekarang dah ready nak post. Entry sebelum ni korang tengok ada nampak kamera tak seketul? Haaaa...tak habis lagi bab itu. Rodong koi kat seberang laut tu pun sama rupanya...hahahha. Sape lagi kalo bukan si Patin tuh...hahahha.
Aku bukan mende, saja lah nak tunjuk kamera digital yang pernah aku miliki sebelum ni. Aku ni mungkin mewarisi minat abah aku. Dia pun memiliki kamera Nikon FM10, tapi dah pun rosak. Dulu masa abah aku beli kamera ni, masa tu umur aku setahun, jadi akulah mangsa abah aku untuk dirakam aksi-aksi aku...hehehhe...



Ini merupakan kamera digital aku yang pertama. Canon Power Shot A400. Aku beli dulu rasanya tahun 2002 kat Berjaya Megamall, Kuantan. Harganya aku tak hengat dah, hampir RM1000. Tapi sekarang kamera ni dah rosak. Skrin dah tak berfungsi. Tapi aku memang sangat puas hati dengan hasilnya. Gambar sangat cantek. Tak pernah menghampakan aku. Paling banyak gambar yang aku ambik ialah gambar Cik Wani dan Fahmi. Dari mula mak jaga diorang, sampailah ke hari ni, macam-macam ragam yang dah dirakamkan :-) Abah aku try bawak kamera ni ke kedai gambar untuk diperbaiki, tapi tokey tu cakap kalo nak betulkan kosnya mahal macam beli kamera baru...huhuhu...sayangnya...



Cik Pinky ni adalah kamera yang aku guna sekarang setelah Canon tu ditamatkan perkhidmatannya. Ni adalah kamera Olympus u-1070. Aku ni kan obsess dengan warna sebegini, aku pon tak fikir panjang, terus rembat. Beli kat Temerloh ajer, harga hampir RM900. Memang comel dan lawa, tapi aku tak puas hati. Objeknya blur kadang-kadang. Exposure pon tak cantik...huhuhu...menyesal sungguh. Optical zoom pun 3 kali jer. Walaupun kamera ni 12 megapixel, aku tak puas hati. Nak tak nak aku guna jugak. Takpe lah, sementara nak dapat yang aku hajatkan itu....huhuhu



Ni dia.............................................................. Bilakah? aku pun tatau. Patin, nanti kita beli natang ni sama-sama yak...hehhhe...tungguuuu :-)


Nota Pink ::~ Bilakah?......

Sepi...

Friday, April 16, 2010



Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam



Nota Pink ::~ Selingan ajer....