Yasmin In Memories...

Monday, July 27, 2009






Negara dikejutkan dengan perginya Pengarah Filem/Iklan yang sangat berbakat, Allahyarham Yasmin Ahmad kerana serangan angin ahmar. Banyak filem-filem beliau yang dah pun kita tengok seperti Sepet, Mukhsin, Gubra, Telentime, Mualaf. Macam tu jugak iklan-iklan Petronas saban tahun setiap kali menjelang Aidilfitri dan juga Hari Kemerdekaan negara kita. Setiap tahun kita menantikan apakah mesej Yasmin Ahmad pada tahun ini. Yang pasti mesej yang disampaikan sangat menyentuh hati dan ada juga yang mampu mengalirkan air mata penonton. Yang istimewanya, setiap hasil karya beliau pasti akan menyelitkan elemen-elemen kebudayaan dan perpaduan negara yang sangat tebal. Aku pernah bertemu allahyarham pada tahun 2002, kalau tak silapnya. Pada Adwave 2002 di Universiti Sains Malaysia, Penang. Waktu itu beliau dijemput memberi taklimat berkenaan dunia pengiklanan di Malaysia. Rambut bersanggul, berkebaya putih, berkain batik, sungguh ayu sekali. Memberikan taklimat dalam susun atur kata yang sangat menarik...menayangkan semula hasil karya beliau dibawah label Leo Burnet, iklan-iklan hari raya, ulangtahun kemerdekaan, dan semua perayaan yang ada di Malaysia. Seluruh dewan diam dan menghayati apa yang disampaikan. Tayangan iklan-iklan tersebut mampu membuatkan kami ketawa apabila melihat iklan Hari Raya memarut kelapa dalam hujan dan memakai topi keledar, dan ada yang terdiam sebab terlalu mnenghayati. Beliau amat dikagumi oleh peminat-peminat seni. Adakalanya hasil kerja beliau dikontrovesikan oleh sesetengah pihak. Maklumlah, isu perkauman merupakan isu sensitif di negara ini jika ia disensitifkan. Tapi beliau tidak putus asa dan masih memperjuangkan usaha beliau. Adakah hari mendatang kita akan menonton lagi iklan-iklan sebegini? Harapan agar ada penyambung generasi yang akan datang mampu menyambung usaha beliau dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum seperti apa yang telah diperjuangkan beliau sebelum ini.





Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang Yang Beriman

AL-FATIHAH

Nota Pink ::~ Yang hidup pasti mati...dan ntah bila tiba saat kita pula....

5 comments:

manusia biasa said...

sama2 kita doa akn roh dia agr tng kat sana

ieda Harun said...

pasti merindui iklan dia yg kreatif huhuhu..alfatihah

arapink said...

To smai ::~ ye, sama2 kita doakan kesejahteraan Rohnya di sana

To Cutecda ::~ betul...tapi yang sedia ada pun kita tak akan jemu tengok

Aspalela said...

mmg best2 iklan beliau kan....
Ni dah nak sambut merdeka & Hari Raya..pasti kita teringat pd arwah!

Al-Fatihah utk nya....

arapink said...

ye aspa...aku rase tahun ni stesen tv akan putar balik iklan-iklan hasil kerja allahyarham..

tak akan jemu...