Aku Tak Faham...

Sunday, November 1, 2009



Kadang-kadang aku sendiri tak faham, apa yang aku rasa. Ada macam dah tak seperti dulu. Bukan dengan ahli keluarga kesayangan aku tapi dengan orang-orang lain disekeliling aku. Sejak kejadian beberapa bulan lepas di tempat kerja, hati aku macam dah lari setting sikit. Aku dah tak suka nak melibatkan diri dengan lain-lain hal selain daripada waktu pejabat, iaitu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang. Waktu lain-lain tu aku tak suka diganggu. Orang nak belanja aku makan selepas waktu pejabat pun aku tak nak. Seboleh-boleh aku elakkan dan bagi alasan. Hati ni sangat tak sabar nak sampai rumah tiap kali melangkah keluar dari pintu pejabat bila habis kerja. Aku tak sukerrrr....tak macam dulu.
Contohnya macam hari ni, ada aktiviti gotong-royong dipejabat. Aku tak dapat nak menghadirkan diri sebab aku ada hal lain. Tapi akhirnya hal lain tu pun aku tak dapat joint jugak. Aku dirumah....badan tak sihat. Bibir dan gusi aku sakit...jadinya aku rasa tak selesa lah nak pergi semua hal-hal di atas tadi. Sama jugak bila ada apa-apa hal yang orang-orang lain nak buat, pi kenduri ke, makan-makan ke, makan angin ke, aku pasti akan mengecualikan diri sebab aku tak suka. Lebih-lebih lagi hujung minggu. Aku sangat tak suka kalau weekend aku dikacau. Aku rasa aku jadi macam ni mungkin sebab faktor faktor persekitaran. Aku mungkin bosan melihat perlakuan dan gelagat segelintirnya.
Jika ada yang terbaca, aku awal-awal mintak maaf. Aku tak kisah kalau orang cakap aku ni anti sosial. Sekarang aku memang susah nak beri kerjasama selain daripada hal-hal pejabat. Tak macam dulu, aku sanggup buat apa saja dan menghabiskan waktu bekerja di pejabat hingga tengah malam dan hujung minggu pun aku tak kisah, tapi sekarang...tidak lagi. Disitu sudah menjadi tempat yang sangat membosankan bagi aku. Orang nak kata apa, biarlah...kalau diikutkan, aku paling mudah nak kemana-mana sebab aku je yang bujang berbanding orang lain tapi masalahnya kau tak suka. Lebih baik aku duduk dirumah bersama mak abah dan adik beradik kesayangan aku.

Nasib baiklah benda ni jadi waktu sekarang. Kalau jadi dulu, susah aku. Sebab aku dulu selalu outstation, tak dapat nak malas. Tapi sekarang dah takde kerja luar daerah. Aku pun tak tahu apa nak jadi. Kepada sesiapa yang berkenaan, aku mintak maaf. Sebab aku tak suka dipaksa melakukan benda yang aku tak suka dan tak suka nak dibuat. Harap ada yang memahami....

Nota Pink ::~ Sukar dimengerti diri sendiri kadang-kadang...


13 comments:

Noraliza Ramly said...

ehehehe koi pon tak paham..

Takpela banyakkan berehat k.. keep smiling =)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

tak pe k.Ara..kadang2 kita pun perlukan mase rehat untuk diri kita ...akk buat la yang terbaik untuk diri akak...

arapink said...

koi memang tak paham liz...

arapink said...

TQ mawar...i'll try my best :-)

ieda Harun said...

kdg2 mmg camtu la...komplikated sungguh kan...rimas,runsing & lemas kan huhuhuhu...de masa tu g bercuti ke...

arapink said...

ye kak kiut...nak bercuti, duit pulak tak cukup....huhuhu

manusia biasa said...

kdg2 adk pn cm ni gak
makin lama mkin x bsmgt

arapink said...

tu lah dik...hati akak ni macam dah tercalar. tu yang payah nak baik semula....rajuknya lama...

Anonymous said...

betol kata kak cute tu..amek masa 2 3 hari..pergilah bercuti...InsyaAllah, balik bercuti kang, lapang lah sikit minda tu...

:)

manusia biasa said...

klu ikt kn ati kn kak..nk je agkt kaki..tp memikirkn htg btmbun..gagah kn jgak..blh ke mcm 2?hahahaha

arapink said...

kak jaja...memang nak sgt bercuti tapi tu lah, kdg2 masa dan keadaan tak mengizinkan...insyaAllah...
makan angin kat Johor pun buleh kan? umah akak...kekekke ;-)

arapink said...

uwaaa....dik oiii..tu lah kak ara tak sanggup dengar tu. utang tu kalo tak kije sapo nak bayor???...
sila jawab nohhhh...kekeke

manusia biasa said...

tau xpa kak..spa lg kn nk bayo..sndri mau pikir la