Monsun Timur Laut...

Wednesday, November 4, 2009

Sori Apixxx...koi terjumpa gambor ni dalam blog aok tadi...koi rembat yak...
Sesuai ngat dengan entry koi malam ni...

Bila tengok tajuk entry dan gambar curi tu...hehehe...mesti korang dah tau kan. Sekarang dah bulan November. Memang dah musim dia. Kalau di Temerloh ni, sejak seminggu ni hujan saja. Kalau sebelum ni jarang hujan, tapi bila dah tiba masa, turunlah dia. Tapi aku suka hujan. Rahmat Allah.

Cuma kadang-kadang dalam perjalanan ke pejabat saban pagi, kesian menengok penunggang motosikal yang pasti basah walaupun memakai baju hujan. Nak buat macam mana, kita bukan nelayan. Kalau nelayan tu, sah-sah dah tak ke laut kan. Laut bergelora. Tapi kita kena pergi kerja jugak, untuk sesuap nasi...iksh...sesuap jer? bukan sepinggan ker? hehhehe...

Bila hujan tu, nak lagi belah malam, memanglah aku suka sangat sebab menambahkan lagi kesyahduan aku nak melelapkan mata. Suasanapun dingin, selesa. Kalau tidak, selalunya panas...rumah batu bila malam hangat. Tak macam rumah papan di kampung. Belah malam memang sejuk...sebab tu best dok kampung kan :-)

Tempat tinggal aku ni, especially bandar Temerloh, memang familiar sebagai kawasan banjir sebab terletak dipinggir Sungai Pahang. Paya pun banyak...paya jauh, paya luas, paya kecik, paya dalam, paya pulai (opssttt...umah aku tu)..kekeke...paya apa lagi? banyaklah paya. Macam-macam nama. Teringat musim hujan tahun lepas, ada jugak kawasan yang banjir. Tapi tidak seperti tahun sebelumnya, tahun 2007, aku salah seorang mangsa banjir...huhuhu...penat otak memikir pasal banjir nih.

Bila hujan jugak, beranda belakang rumah aku ni dah jadi ala-ala kedai dobi. Ampaian bawah atap penuh. Pantang keluar sikit matahari, pasti mak aku secepat kilat menebar kain di ampaian luar pula. Nak sangat kering. Maklumlah, kain kian susut bila musim hujan ni. Lagi banyak kat ampaian daripada dalam almari...

Hujan oh hujan...turunlah sebab sudah fitrah. Kepada penunggang-penunggang motosikal ( termasuklah abah & adik-adik aku)..kebimbangan juga dihati setiap kali melihat dia menunggang motosikal...berhati-hatilah. Jalan banyak yang berlubang. Jangan memandu laju...kepada sesiapa yang tak boleh kena hujan, sila bawak payung...(termasuklah En.Bab)...macam aku jugak, dah start bawak payung pergi balik kerja. Nanti kena hujan, demam pulak...

Kat luar belum dengar rintik hujan lagi, mungkin sekejap lagi...siang tadi dah hujan sepanjang hari. Kalau hujan lagi malam ni, keselesaan untuk tido tu lebih sikit....dengan cuaca yang dingin...

Nota Pink ::~ Hujan kat luar takpe, jangan hujan dalam hati..sape nak jawab???...hehehe


5 comments:

manusia biasa said...

jgn kata kat tmerloh ja kak..kat png ni pn sama..dh stat ujan..ni dr ptg smlm non-stop...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Hujan buat sy sengsara bile nak pegi dan balik keje ...huhu :) tapi klau malam suke sangat ...dapat la tido ngan nyenyak nye ... :)

arapink said...

Ye lah dik, akak rasa seluruh malaysia kot..dah musim dia...kat sini pun, non-stop

arapink said...

mawar, samalah ngan kak ara, mula mengusung payung ke hulu ke hilir...hehehe...tapi kalo malam kan mawar, kak ara pon suker....
pengsan tido...hehehhe

adianiez AIDA said...

terkenang dulu, 4 tahun hubby aida naik motor berulang dari melaka-tangkak. aduhai. Allah saje Maha Mengetahui siksa di hati. mengenang suami yg naik motor kalau musim hujan. mula la badan dia tak sihat manjang.

then, start beli sauna kat umah. orait la sikit badan dia. segar & tak sakit badan. but, still risau dek perjalanan. maklum la, penunggang motor sentiasa dlm bahaya.

up sikit, beli viva. lagi la dia happy. aida pun senang hati.