Rahmatullah....

Thursday, April 1, 2010



Sebenarnya dalam tempoh 2 bulan ni, banyak kematian yang kita dengar kan. Begitu juga dengan keluarga aku. Bulan Februari, sorang abang sepupu yang paling rapat dengan keluarga kami, dan paling rapat dengan abah telah meninggalkan kami. Sedang berehat di bawah pokok lepas menebas rumput....nampak macam tido tapi rupanya dah dipanggil Ilahi...meninggalkan isteri dan anak berumur 7 bulan...sedih sgt.

Bulan Mac, sekali lagi kami kehilangan ahli keluarga lagi. Seorang lagi sepupu yang sebaya dengan aku meninggal dunia. Usianya sebaya aku, meninggal sebab kemalangan jalan raya. Anaknya yang berumur 3 tahun patah tulang bahu....kami rapat juga walaupun sekarang jarang berjumpa atas sebab komitmen kerja masing-masing.

Insaf dengan semua ni. Jika ajal dah sampai, walaupun usia masih muda...tetap dipanggil juga. Al-Fatihah...


Nota Pink ::~ Giliran kita entah bila....

4 comments:

J@J@ / Bini The Rock said...

Kita kena sentiasa bersedia zahir & batin...

skrg penyakit dah macam2. Kematian pon dah byk yg secara mendadak je..Innalillah!

arapink said...

Betul tu akak...

Redha dengan semua ni

cutecida said...

tul tu..kita pun tah2 sok lusa di panggil gak..bersedia je la dgn ketentuanNYA

arapink said...

betul tu akak...
hari ni hati sayu betul...
dengar Hot FM pagi ni...
Al-Fatihah utk Din Beramboi juga...