Alahai Cepat Ekspress...

Wednesday, April 7, 2010

Kalau nak diceritakan tentang public transport ni memang tak pernah habis. lebih-lebih lagi tentang bas yang memang menjadi pengangkutan utama aku dari dulu lagi kalau nak berjalan jauh. Tapi dalam tempoh ini, hanya satu bas yang aku gunakan nak berulang alik dari Segamat ke Temerloh. Banyak dah pengalaman yang tak syok aku lalui selama menggunakan perkhidmatan Cepat Ekspress ni. Macam-macam hal. Dari masalah teknikal bas hinggalah ke masalah kecuaian pemandu.




Pengalaman paling baru adalah pada minggu lepas, perjalanan balik dari Temerloh ke Segamat. Selalunya perjalanan ini yang banyak masalah berbanding bas dari Segamat ke Temerloh. Dari Temerloh ke Bahau aku sakit belakang. hampir 2 jam aku tak boleh nak bersandar sebab seat tu rosak. Sakitnya hati. Terpaksa duduk tegak jer. Sepatutnya tu bukan seat aku, tapi driver bas yang sedikit ting tong tu suruh aku duduk disitu sebab aku akan turun kat Segamat. Nak tak nak, aku terpaksa duduk jugak. Dalam hati dah nekad, sampai Bahau nanti nak tukar seat lain. Bila sampai sana, aku bangun. Driver tu sibuk nak uruskan orang turun naik. Dia tanya aku nak turun Bahau ke, aku cakap nak tukar seat sebab rosak. Dia macam marah dan naik suara. Aku ni malas nak menjawab, aku diam jer. Alhamdulillah, seat baru tu ok dan aku boleh bersandar. Sebelum ni kelewatan bas jugak selalu berlaku. Gambar di atas aku snap masa bas tu rosak kat Bahau. Sampai malam dan aku terpaksa MC dan patah balik ke Temerloh.




Gambar curi lagi. Jadi gambar ni tak berapa clear. Daifnya keadaan bas ni. Dengan batu-bata diletakkan di pedal minyak. Aku tengok bas ni langsung tak ada ciri-ciri keselamatan. Alat pemadam api tak ada, keadaan bas yang sungguh tidak selesa.



Cuba tengok gambar ni, korang buat-buat nampak je lah yer...hehehe...keadaan suis-suis yang berselirat dengan wayar yang tak terurus. huhuhu...seram aku tengok. Harap lepas ni Cepat Ekspress dapat bagi bas yang lebih elok untuk perjalanan dari Temerloh ke Segamat dan menambah lebih lagi trip yang setakat ini hanya 2 trip sahaja iaitu jam 9 pagi dan 4 petang ke Segamat. Begitu jugak sebaliknya dari Segamat ke Temerloh. Dan sikap pemandu haruslah lebih baik, janganlah merokok semasa memandu, asap masuk ke ruang bas yang berhawa dingin, korang dapat bayangkan kan? betapa lemasnya kami. Mencarut-carut semasa memandu, tak sedap betul telinga mendengar....harap lepas ni lebih baik...



Nota Pink ::~ No choice...nak tak nak kena naik jugak....hhuhuhu...

9 comments:

Kak Lia said...

huk aloh,...koi dh lame giler tk naik bas...kenari tk terbang ke weh

arapink said...

hahhaa...koi sokmo naik bas.
Kenari tak tumbuh kepak lagi...hehehe...nak mengepak ke utara dulu ma :-)

manusia biasa said...

slalu nek bus..tp x dak mslh..alhamdulillah

julietchun said...

kdg2 tak phm ngan sikap pemandu bas dan juga syarikat yg hanya pikir keuntungan semata2.

iina said...

Alahai bas nie memang tak selamat.. balik naik keta jelah ara.. bila lagik nak try test keta jln jauh.. jgn risau boleh punya.. dari naik bas yg xselamat dan asyik lambat.. adalah lebih baik naik keta sendiri bawak pelan2.. Kalau xconfident ajak adik temankan balik.. ;)

arapink said...

sue @ ela,
baguslah.....

julietchun,
naik bas tu ara tengok driver suka2 hati suh dok mana2 pon, tanpa ikut nombor seat pada tiket. Lepas tu sape2 yang takde tiket, leh naik dan duit bayar kat driver bas tu....mcm side income lak...

Kak Iina,
Thanks akak...dah beberapa kali ara drive balik. bukan tak nak bwk kete tapi takat balik weekend aje, ara rase better naik bas ajer, tapi bila naik bas, mcm tu pulak servisnya...keciwa nya ati ara...huhuhu

cik kiah said...

salam.
heheh..sama la kita.saya pun guna khidmat cepat ekspres dari butterworth ke segamat @ segamat-butterworth. tapi setakat ni alhamdulillah semua ok.mungkin sebab perjalanan kami jauh, so dia jaga lebih sikit kot.tak tau la.sebab kalau balik dari segamat, mana2 penumpang yang naik dari segamat nak ke tangkak atau melaka, memang dia akan suruh duduk je kat mana2.tapi untuk perjalanan dari melaka ke utara diorang akan pastikan kita duduk di seat masing2.

*sekarang cepat ekspres dah ada bas baru-2 tingkat. tapi menakutkan la pulak nak naik.huhu.. -_-

RAMIZAH ABDUL SHUKOR said...

tw xpe,,,,ak pom dh puas serik ngn cpt xpres ni,,, mntak seat single, dpt seat double,, x de divider lak tu,,sempit gler,,,if laki duk sblah kite pe ke jadah sempit tu! seat lak tu byk rosak,,, nk patah pinggang duk lam bus 9jam..cmne nk ngadu kt syarikat dy nih? cm x ley nk wt aduan jew

Unknown said...

ermmm...nma je cepat ekpress, trip kul 11.30, kul 12.30 pun x nmpk lg bas ni...mmg x puashati sgt...mnyesal bli tiket bas cepat ekpress ni...