Sambutan Maulidur Rasul & Ulangtahun Ke-44 MARA...

Thursday, April 15, 2010

Sekarang haruslah cerita-cerita yang telah berlalu, ataupun boleh dikira basi...hehehe...tapi ada aku kesah? Sebab aku nak post jugak entry yg sedikit lama. Maklumlah ada masa aku tak boleh nak ngadap pc ajer kan...macam kawan-kawan blogger yang lain jugak.

Pada 26 Mac 2010 yang lepas, kami seofis mengadakan sambutan Maulidul Rasul & Sambutan Ulangtahun Ke-44 MARA. Perancangan yang tercetus dengan tiba-tiba dari benak fikiran bos aku, kami sambut dengan baik...cewahhhh....kami pun bertungkus lumuslah menyiapkan apa yang patot. Terlebih dahulu dimulakan dengan jemputan kepada semua ketua-ketua jabatan dan juga big bos kami. Selain daripada itew, kami jugak menguruskan jamuan, dan juga ceramah agama sempena majlis ini. Alhamdulillah, semua persiapan berjalan lancar. Tetapu pun puas hati dengan jamuan kami yang sedap..katanya...hehehe.

Dalam kekalutan itu, aku terpaksa meninggalkan majlis lebih awal sebab mahu menuju jalan yang benar...hahaha...macam biasa lah kan, tak kan u all tak tau kan, balik ke Temerloh :-) Bukan apa, malas nak gerak lambat, sebab tak nak sampai rumah dah malam. Tapi malam jugak sampainya. Kalau highway aku berani lah walaupun malam, tapi sebab jalan Segamat - Gemas - Bahau - Triang - Temerloh tu jalannya macam ular kena palu....aku tak berani sangat. Jalan lak sorang-sorang, maklumlah masih tak berteman...kekekeke...




Antara cenderahati yang kami sediakan untuk para tetamu...




Tayangan video korporat MARA....




Agihan bunga telur semasa selawat...




Antara tamu yang hadir




Walaupun majlis ni simple je tapi sangat menarik. Komitmen semua rakan sekerja sangat baik dan sangat happening....Hope tahun depan boleh buat lagi dan lebih meriah :-)



Nota Pink :~ True Colours :-)

0 comments: