Pengalaman paling baru adalah pada minggu lepas, perjalanan balik dari Temerloh ke Segamat. Selalunya perjalanan ini yang banyak masalah berbanding bas dari Segamat ke Temerloh. Dari Temerloh ke Bahau aku sakit belakang. hampir 2 jam aku tak boleh nak bersandar sebab seat tu rosak. Sakitnya hati. Terpaksa duduk tegak jer. Sepatutnya tu bukan seat aku, tapi driver bas yang sedikit ting tong tu suruh aku duduk disitu sebab aku akan turun kat Segamat. Nak tak nak, aku terpaksa duduk jugak. Dalam hati dah nekad, sampai Bahau nanti nak tukar seat lain. Bila sampai sana, aku bangun. Driver tu sibuk nak uruskan orang turun naik. Dia tanya aku nak turun Bahau ke, aku cakap nak tukar seat sebab rosak. Dia macam marah dan naik suara. Aku ni malas nak menjawab, aku diam jer. Alhamdulillah, seat baru tu ok dan aku boleh bersandar. Sebelum ni kelewatan bas jugak selalu berlaku. Gambar di atas aku snap masa bas tu rosak kat Bahau. Sampai malam dan aku terpaksa MC dan patah balik ke Temerloh.
Gambar curi lagi. Jadi gambar ni tak berapa clear. Daifnya keadaan bas ni. Dengan batu-bata diletakkan di pedal minyak. Aku tengok bas ni langsung tak ada ciri-ciri keselamatan. Alat pemadam api tak ada, keadaan bas yang sungguh tidak selesa.
Cuba tengok gambar ni, korang buat-buat nampak je lah yer...hehehe...keadaan suis-suis yang berselirat dengan wayar yang tak terurus. huhuhu...seram aku tengok. Harap lepas ni Cepat Ekspress dapat bagi bas yang lebih elok untuk perjalanan dari Temerloh ke Segamat dan menambah lebih lagi trip yang setakat ini hanya 2 trip sahaja iaitu jam 9 pagi dan 4 petang ke Segamat. Begitu jugak sebaliknya dari Segamat ke Temerloh. Dan sikap pemandu haruslah lebih baik, janganlah merokok semasa memandu, asap masuk ke ruang bas yang berhawa dingin, korang dapat bayangkan kan? betapa lemasnya kami. Mencarut-carut semasa memandu, tak sedap betul telinga mendengar....harap lepas ni lebih baik...
Nota Pink ::~ No choice...nak tak nak kena naik jugak....hhuhuhu...






