Mood Saat Ini...

Friday, September 4, 2009



Mood saat ini....tatau nak cakap. Macam-macam yang aku fikirkan. Sambil-sambil melepak kat blog Aku & Glasgow, bukan apa, memang dah berhari-hari melepak sini dalam minggu ni sebab nak dengar banyak lagu raya...muahahaha...best-best semua playlist tuan rumah....tq kak iina bagi melepak...ahaksss...sambil menjadi penunggu setia blog lemongrass sebab tuan rumah nak bagi adiah saper yang jadi lucky visitor...hehehe...tu yang tak hingat donia tu. Manalah tau kan kot-kot bertuah dapat adiah kangaroo sekor dari Australia...hehehe...
Bila dengar lagu raya nih, mood nak raya memang ada. Nak pulak persediaan raya tu aku dah mula buat dari sebelum raya lagi. Tapi ada perkara yang tak menggembirakan aku saat ini. Malu nak cerita tapi itulah hakikatnya. Ni blog aku, takpe lah kan nak cerita...saja suker-suker aja. Hati ni risau sebab gaji. Besar kemungkinan aku tak dapat gaji sebelum Hari Raya ni. Sedihnya...kalau dapat, alhamdulillah...semua kakitangan awam akan menerima gaji awal iaitu kalau tak silap 10hb Sept ni, maknanya beberapa hari lagi. Tapi dari pengalaman aku, mungkin tipis harapan aku nak dapat gaji sebab gaji yang dikeluarkan terlalu awal. Seperti Hari Raya tahun lepas atau tahun 2007, aku tak pasti, aku tak dapat gaji. Dengan alasan terlalu awal dan kami akan lari lepas dapat gaji...terukkan????...ni lah nasib pekerja sambilan satu agensi kerajaan macam aku yang dah tiga tahun. Aku tak tahu nak tunggu sampai bila...aku tak pernah buat kerja sambil-sambilpun, lagi berat dari yang berjawatan tetap tu adalah...hari-hari...
Aku tak kisah kalau bulan-bulan lain, tapi aku kisah kalau untuk bulan ni. Sebab banyak hal yang nak dibelanjakan sempena Lebaran akan datang. Esokpun dah 15 Ramadhan, maknanya tinggal 15 hari lagi sebelum Hari Raya...macam manalah nanti....masih mengharap agar pihak yang terbabit mendengar rintihan kami....Kepada tukang jahit baju aku, tukang buat kuih raya aku, adik-adik aku, bersedialah dengan sebarang kemungkinan yer....hehehe
Macam telenovela pulak yer...15 puasa, bermakna lagu-lagu raya mula dikeudarakan di corong-corong radio. Mood raya pun semua makin membuak-buak kan? hehehe....kepada sesiapa yang dapat bonus tu lagi lah sukernya. Dan kepada sesiapa yang berkemungkinan tak merasa nak tengok gaji sebelum raya tu...seperti aku...bersabarlah...
Dengan kenaikan harga minyak di Malaysia ni...yang tak pernah stabil dek kerana kesilapan dimana-mana gamaknya, bebanan rakyat makin meningkat, bukan makin menjunam seperti kapal selam baru Malaysia....kena bijaklah nak mengurus wang anda sekarang. Negara yang kecil macam Malaysiapun, rakyat masih tak mampu nak menikmati kesenangan hidup yang total....

Nota Pink ::~ Bak kata Ustaz Izzi...renung-renungkan & selamat beramal....ahaksss


7 comments:

iina said...

wah cian ye ara.. yelah nak raya kalau takde gaji.. camna nak raya sakan nie ekk.. layan mood raya.. akak blum smpi seru lagik nak raya ler ara.. tgh kelam kabut nyiapkan keje ;)

Anonymous said...

sian hang ara....doa2 le byk2 moga 10hb ni dpt gaji....dpt le lunaskan bayaran tuk tempahan baju, kuih dll...

Akak pon dpt gaji ni kena berjimat cermat...sbb raya 20hb..nnt dgn nak berjalan2nye lagi, nak kasi angpow lg, nak bayar duit kuih lagi...huhh!! macam2...

sama le kita ni erk ara!!!..akak harap, dpt la bonus sblm raya...agar raya tahun ini lbh bermakna....

arapink said...

tu lah kak iina, wpun ara ni tak beranak pinak lagi, tapi utk family mesti kena ada jugak peruntukannya.....

kak iina, 3-4 hari lagi mesti mood raya sampai tu...lagu raya kat umah akak kemain meriah dah...hahaha :-)

arapink said...

kak jaja, tengah doalah ni banyak2...huhuhu...

rasanya tukang2 tu semua paham kot ara ni, sebab dah biasa...kalo tak lunas, lps rayalah jawabnya...

minyak naik ni, tak yah jenjalan lah...dok umah jer...hehehe

kalo ara tak dpt gaji, kak jaja kene bagi ara duit raya...hahaha

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

wa..cantik laut..lame tak g laut...sabo ye K.Ara...ade hikmahnya klau dapat gaji lambat...sabo ye..macam Mawar suke dapat gaji awal..tapi risau coz dapat gaji awal bulan ni..dah nak raye plak tu ..tkot melarat plak sementara nak dapat gaji bulan yang berikutnya ..kan lambat????....bahaya..bahaya...kne beringat nih ... ;)

arapink said...

ha ah mawar...awal dpt, nak raya lak tu. nak menyampaikan gaji bulan depan, lambat lagi tu...

tapi kak ara tak kisah, janji dapat sebelum raya. tipissss!!!
uwaaaaa...............

Cikmin said...

salam ara...nnt mai rumah amik kad raya ye...