Tak lah best sangat entry ni, tapi macam tak de dah benda nak tulis dlm blog aku ni. Sebelum bersawang, aku publish je lah apa-apa kan. Mood raya masih menebal ni. Tapi makin nipis sebab selepas ni aku banyak kerja dan akan demam lagi. Ada Karnival Jualan Mega, program jabatan. Esok dah mula jadi lipas kudung...huhuhu
Malam tadi, sedang mengemas baju-baju dalam almari, mata tertarik kepada salah satu baju korporat yang aku dapat sepanjang perkhidmatan di sini. Baju ni tahun lepas aku dapat, semasa Majlis Penjenamaan Semula Pusat Giatmara Temerloh. Walaupun aku bukan staf Giatmara, tapi kami dah biasa "kerjasama" macam Wonderpet tu. Disebabkan kerjasama itu, aku pun dapat ler sehelai pemberian Pengurus Giatmara itu yang ensem lagi bergaya, dan ada sedikit ala-ala mereng, ngam giler ngan aku...pssttt...nasib baik dah kawen, kalo tidak.....muahahaha...anda fikirkanlah sendiri yer...
Ni lah bajunya, yang tersadai kat katil aku ni. Aku pakai sekali jer masa hari kejadian. Tapi saiz macam tak cukup inci jer, maklumlah aku ni kan kembang...huhuhu....tarik napas ah aku pakai... Rasa macam nak pengsan pun ada...hehehe...
Baju ni sama macam baju korporat-korporat yang lain, biasa je. Tapi meh kita zoom in dekat sket kat lengan baju ni......
Nampak tak makhluk itu????....kali pertama baju korporat yang ada gambar ikan....hehehe...
Bukan apa, semasa program tu, pentadbiran daerah dah mula mengarahkan semua jabatan-jabatan di daerah Temerloh menampilkan "Ikan Patin" sebagai salah satu icon yang ada pada baju rasmi jabatan sebab ikan ni trademark daerah Temerloh. Kekdahnya....terselitlah sekor ikan kat baju ni....Di lengan sebelah kanan baju. Rupa ikan patin ni macam cacat jer aku tengok. Macam Kasim Selamat pun ada, tak de mata sebelah...hehehe...sian ikan tu...
Nota Pink ::~ Kalau Daerah Maran, adakah baju-baju korporatnya tersulam ayam kampung? muehehehe






