Rumah Bersawang...

Friday, October 16, 2009

Salam Jumaat untuk semua....





Rasanya dah lama benor...bukan rasa tapi memang yer, dah lama ya amat aku tak menyapu sawang dalam rumah aku ni...Maklumlah, keghairahan nak berblog belum menebal lagi gara-gara demam, sakit, demam, dan sakit lagi yang aku alami menjangkau 3 fasa...huhuhu...seksa sungguh rasanya...tapi aku tetap bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh-Nya pada aku...Alhamdulillah. Dan 2-3 hari ni kesihatan aku makin baik dan dah mula bekerja. Tapi selera makan masih tak tentu hala lagi. Jamuan raya merata-rata aku pandang ajer. Lebih takut nak tengok lemang, dan rendang-rendang...takut dengan panahan angin yg aku alami dalam tempoh 3 fasa itu...






Ni lah klinik aku menempel dan buat muka seposen sebab nak ambik ubat. Aku bukan suke sangat datang sini, lebih-lebih lagi aku ni manusia yang paling payah nak telan ubat....Tapi disebabkan ni adalah klinik panel aku, nak pulak tahap keadaan wang yang kian tipis, aku datang jugak...hehehe






"Setiap Penyakit Ada Ubatnya"...ni lah ayat yang menyejukkan hati setiap patients yang datang ke sini. Aku pun sejuk gak hati tengok ayat ni...huhuhu...






Ni lah benda yang sangat aku kehendaki berbanding ubat-ubatan tu. Tapi kan doktor ni kedekut tau. bagi MC sehari jer, sedangkan sakit aku ni banyak fasa. Jadi...nak memendekkan cerita, bila MC habis, aku tawaf lagi semua klinik panel yang ada...dan Surat Cuti pun berkeping-keping. Sebab aku memang tak larat nak pergi kerja...Minggu yang sungguh menyiksakan....
Nota Pink ::~ Alhamdulillah....dah sihat


7 comments:

manusia biasa said...

xpa...yg pntg dh sht kn?alhamdulillah =)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dah sihat ke k.Ara?..makan ubat k..jangan tak makan ...karang lambat plak baik nya sakit tu ... :)

iina said...

semoga sihat kembali.. jaga diri.. selera makan tuh mmg biasa take time nak recover.. apa pun.. makesure antibiotik tuh abiskan.. bukan apa utk develop antibodi badan.. insyallah lepas tuh ok.. sementara nak recover try makan buah kurma bila time xde selera.. buat penambah tenaga ;0

arapink said...

alhamdulillah smai :-)

arapink said...

sihat dah mawar...alhamdulillah :-)
ubat dah habis...nak abiskan tu punyalah seksa...hehehe

arapink said...

TQ kak iina...selera tu memang tak tentu hala lagi ni.

kurma? ada lagi kat umah. kalo gitu bleh lah mkn, buat bekal pi opis... :-) TQ kak iina

manusia biasa said...

syukur....