Motivasi Diri...

Friday, October 30, 2009



Salam Jumaat kepada semua sahabat blog Arapink. Seperti biasa, cuaca syahdu pagi ni. Sebab malam tadi hujan lagi, alhamdulillah. Semalam sibuk sikit. Sebab jabatan aku adalah AJK Pameran bagi Seminar Pembangunan Keluarga Perdana Daerah Temerloh 2009. Seminar ni anjuran Puspanita Daerah Temerloh, tapi tugas-tugas dibahagikan untuk beberapa agensi. Setelah hampir seminggu jugak sibuk dengan persiapan, mengesahkan kehadiran para pemamer di ruang lobi Dewan, alhamdulillah semua berjalan lancar. Dalam masa yang sama aku ni jugak macam tourist guide...huhuhu...menunjuk arah hotel melalui telefon kepada beberapa pemamer yang datang dari luar Temerloh.

Yang specialnya, Puspanita menjemput pakar motivasi negara, iaitu Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Dengan bayaran RM10, maka berduyun-duyunlah orang datang. Rugi kalau dilepaskan peluang ni kan. Bukan senang nak dengar ceramah motivasi secara live ni. Nak lagi dari Datuk Fadzilah ni. Aku pun excited sebenarnya.



Ini suasana di lobi dewan sebelum majlis bermula. Majoriti yang hadir adalah kaum pompuan. Maklumlah Datuk Fadzilah Kamsah ni ada daya penarik yang tersendiri...heheheh...masing-masing baju macam datin-datin belaka.....syok aku tengok. Dengan tudung ekin lah, tudung siti lah, batik sutera, shiffon, visscose (betul ke ejaan aku nih? paham-paham jer lah yer), macam-macamlah. Aku ni tengok jer lah...sebab hanya berbatik sutera aje...maklumlah hari Khamis kan.



Suasana dalam dewan. Mase ni jam 8.15 pagi. Pepagi buta dewan dah hampir penuh...haihhh... Semangat betui yer. Makin hampir masa seminar, makin ramai dan kerusi terpaksa ditambah. Dikhabarkan peserta hampir 800 orang...meriah sungguh. Dewan ni belakang pejabat aku jer, so tak lah susah nak pegi, jalan kaki ajer. Sebenarnya aku tak mendaftar pun, tak bayar pun, tapi aku masuk jer...muehehehe....jangan marah. Kedudukannya di belakang lah, dekat pintu, tapi tak pe lah, alhamdulillah. janji aku nampak muka datuk dan dengar suara dia dengan clear...hehehe...semalam ingat nak bawak Mdm. Sara, tapi ada pulak Cik Wani ngan Fahmi. So...terlepaslah peluang mak kesayangan hamba.



Itulah dia...pakar motivasi kita. Aku dapat zoom dari jauh jer lah...huhuhu...sedang bersoal jawab dengan peserta. Semalam, banyak sungguh ilmu yang aku dapat. Yang bestnya, semalam datuk tanya, dalam dewan tu sape yang belum kawin. Dia cakap dia nak doakan moga cepat kawin. Aku pun angkatlah tangan...ada beberapa orang lagi, tapi tak ramai...selamba jer...hehehehe... Walaupun aku hanya berpeluang mendengar 2 slot ceramah sahaja, selepas rehat ada satu lagi, tapi aku terpaksa menjaga ofis after lunch, aku bersyukur, banyak ilmu yang aku dapat. Apa lagi, malam tadi aku pun berceritalah dengan mak apa yang aku dapat...hehehe...memanjangkan ilmu.
Ini baru satu seminar, ada 2-3 lagi seminar dan kursus yang aku kena selesaikan untuk tempoh 2 bulan ni, sehingga hujung tahun. Jadual memang padat. Aktiviti nak melepaskan rindu dengan Mangolian mungkin aku tak dapat nak joint. Memandangkan tarikh yang dijadualkan itu sama dengan salah satu program aku. Harap tok penghulu MO tak marah yer...huhuhu...mungkin akan berjumpa dilain mase. Macam tu jugak semua serikandi MO, maafkan Arapink....
Nota Pink ::~ To En.Bab, happy holiday to Vietnam...

6 comments:

Anonymous said...

bestnya dpt dgr & lihat Pakar Motisai tu...

klu lah dekatttttt..............

:(

manusia biasa said...

best nyeeeeeeeeeeeeee
mmg rugi klu x p...

amboi kak..da psnn pnaja nmpk kat bwh
ahakz....slmt p n blk ye

CikguZue said...

salam ara,
bestnye dpt dgr motivasi macam tu. lagi2 dr Fadzilah Kamsah...ada tips ke ape2, bolehla masuk blog,k...boleh sama2 manfaat.

Anonymous said...

bz btul kak ara kan...
anyway miss u..

manusia biasa said...

ang miz kak ara ja ka lat?aku ang x mis ka.huaaaaa

Noraliza Ramly said...

Wahhh Dato' Fadzillah memeng bestttttt =)