Pertunangan TiQ...

Monday, December 14, 2009





Sebetulnya aku baru sampai dari Temerloh. Mata dah mengantuk, badan pun penat. Betis ni dua-dua sakit. Tapi sebelum tido sempat aku nak post entry pasal majlis pertunangan adik perempuan aku satu-satunya pada Sabtu lepas ( 12.12.2009 )...Sebelum majlis ni, aku cuti awal. Khamis aku dah ada di Temerloh. Sampailah hari ni, Isnin. Macam aku lak yang bertunang ye...hehehe...Bukan apa, kat rumah takde orang sangat. Adik-beradik aku yang lain semuanya balik Jumaat. Aku sengaja ambik cuti awal sebab nak merasa kemeriahan kenduri. Maklumlah...dah lama tak kenduri macam ni walaupun tak sebesar mana. Start Khamis jiran-jiran terdekat dah mula berkampung kat rumah aku. Hari Khamis, kami buat lepat ubi kayu. Ramai-ramai membungkus lepat, dengan gelak tawa, seronok sangat. Jari aku pun luka sebab terkena mata parut kelapa masa aku parut ubi tu...hehehhe. Iskhhh...mengantuk pulak upload gambar-gambar nih....huhuhu....Di sini aku tampalkan beberapa keping gambar sepanjang majlis pertunangan adik aku berlangsung...







Proses memasang pelamin pada malam Jumaat lepas. Entah apa yang dibualkan dua beradik tu :-) mak andam dan adik lelakinya...merangkap sepupu aku....hehhee




Pelamin yang telah siap. Tapi waktu ni lampu-lampu belum dipasang dan alas pelantar pelamin belum dipasang. Tapi kira siaplah ni...Tema "Pink"...jangan marah... ;-)





Jiran-jiran membantu memasak juadah hari itu. Antara menunya ialah sayur lemak nangka, ayam masak merah, singgang ikan, kerabu pucuk paku, sambal belacan, ulam2 dan buah, dan bersama jus mangga yang sejuk.




Semua juadah telah sedia untuk dijamah oleh tetamu kami hari itu.







Sebahagian tetamu yang hadir ke majlis kami





Pihak perempuan & pihak lelaki sedang berbincang apa yang sepatutnya. Menetapkan tempoh pertunangan, berapa hantaran dan sebagainya. Sambil-sambil ni aku dengar lagu "Berapakah Hantarannya" by Junainah M.Amin...huuuuu...syok lah pulak...hehehhe




Ini pulak dibelah kaum wanita yang diterajui oleh Mdm. Sara...heheheh...antara tetamu yang hadir, termasuk mak-mak sedara aku, besan mak, jiran-jiran, dan rombongan belah lelaki.




Abah aku sedang melihat dan meneliti cincin yang dibawa oleh pihak lelaki, sambil diperhatikan oleh jurucakap dan yang lain-lain tetamu.






Yang Diraikan :-) TiQ





Nak dijadikan cerita, Tiq terlupa nak pakai kasut. Nampak 'togel' sangat...hehehhe...nasib baik ada Cik Wani, yang sememangnya sukarela nak jadi flower girl pada hari itu....yang tak berapa nak jadi flower sebab cekak rambut aku tak sempat nak buat...huhuhu






Bakal mak mertua yang masih 'vouge' menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya...





Hasil Cik TiQ pada hari itu...lumayannnnn...heheheh






Antara hantaran kedua-dua belah pihak yang menyerikan lagi majlis ini...This is my part... ;-) Hantaran 7 dulang berbalas 9 dulang dari pihak kami...










Antara sebahagian hantaran belah perempuan yang juga hasil kerja tangan aku 100%.....ahakssss...cantek tak????







Antara hantaran dari pihak lelaki...cantik jugak.....hitam putih temanya :-)




Kami tiga bersaudara perempuan. Bila lah turn aku pulak dok ditengah ye...kak long dah sudah...hehehe...masih berdoa. Adik beradik aku yang lelaki semua sibuk diluar rumah. Memang payah nak di ajak bergambar...panggil sorang, sorang lak ilang. Payah...last-last tak yah..heheheh




Mak, abah, Cik Wani & Fahmi....muka-muka yang wajib ado...hehhehe. Tapi si Fahmi lari tema lak...apa kes ko ni Fahmi? Sah-sah ibu nak pakaikan baju pink ko tak nak kan? huhuhu...tau dah...keras kepala...hehehhe




Anda lihat apa yang ada di atas kepala budak-budak ini....memasing dapat 2 ekor rama-rama pink. Kisahnnya Cik Wani menuntut cekak rambut dengan ros pink...tapi kau takde masa nak buatkan. Masa pi ambik kek kat kedai, mata Cik Wani ni jinak jer...nampak lak cekak rambut ni. Aku malas nak fikir panjang, TiQ terus pi bayar...lepas seksa dari nak menjawab pasai cekak rambut ros pink tadi...hehehe...selamatttt!!!!!!!!!!!!!!!! Yang penting anak-anak dara 2 orang ni tak lari tema...very the pink gitewwww....i likeeeee...





Bergambar kenangan bersama saudara mara & sahabat handai kami. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku dah tak larat nak upload sebab lambat macam siput....disebabkan kenduri ni aku terlepas nak pi kenduri kawin adik sorang sahabat blogger esoknya, Kak Min (Lemongrass) kat Ijok, Selangor. Hati berkobar-kobar nak pegi tapi tak ada rezeki....huhuhu....macam mana nak pegi, badan penat, betis pun sakit...hehehe...oklah kengkawan, Ara nak stop dulu. Mata dah mengantuk sangat....Salam





Nota Pink ::~ Best bila sekali-sekala kenduri :-)









10 comments:

Noraliza Ramly said...

InsyaAllah turn cik ara akan menyusul... aaminnn

Anonymous said...

erm... meriahnyer btunang cam dh kawin.. Selamat Bertunang tuk Tiq.. Ara mesti kakak y sportingkan memerah keringat tuk bt persiapan.. CC doakan ara pun ikut jejak langkah lak pasni.. InsyaAllah dipermudahkan semuanya..

Kak Lia said...

pergh...meriah cam nk nikah...siap songket tuh.....

sabar la ara...arinye akan tiba....esok gi deting nk....

Anonymous said...

Org Temerloh klu bertunang mmg kena ada pelamin & baju songket ke ara?

klu area johor, melaka, NS...bertunang ala kadar je. Acara sarung cincin buat dlm bilik..konon cam malu2 gitu! xD

arapink said...

Liz,
InsyaAllah....doakan yer...amin :-)

CC,
Ara mmg lah, sape lagi nak buatkan, lagipun ada sedikit kepandaian, Ara tolong lah mana yang patot....Harap dipermudahkan semuanya :-)

Mamarempit,
Songket tu dia yang pilih, dia ckp lebih simple berbanding lace..ikutkan hajerrr...

Esok? takleh janji, sebab besok closing akaun opis ma....huhuhu...selalu tergendala kan...

Kak Jaja,
Tak juger...ikut suka nak buatlah. Mcm adik ara ni, sebab bilik tak de yang semenggah...hehehe...maklumlah bilik bujang belaka.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Tahniah ....
Cantiknya pelamin mini adik akak tu ...
Kak ara..saya doakan lepas ni kak ara plak ....aminnnn

ieda Harun said...

fuhhhhhhhhhhhh majlis tunang mcm mjlis kawen dh..meriah sggh tu..pasni i'allah turn akak nya pulak...

PatinPasta said...

Ara,

Selamat bertunang utk Tiq *belated version nih..

Awok tere buat hantaran ek. Cantek2 sumanye. Wah bagus2! Tabek sama Ara!

Cuti baper lama ujung tahun nih?

Kak Lia said...

ara...mu tk dapat cincing ke...langkah bendul....mesti dapat gak kan... :P

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل