Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Cik Asma @ Lelah...

Friday, May 1, 2009

Cik Asma telah memberi kesan terhadap 300 juta manusia seluruh dunia. Penularan dijangka bertambah buruk, diunjurkan kira-kira 100 hingga 150 juta orang lagi akan menghidap Cik Asma menjelang tahun 2025
PENCETUS CIK ASMA
  • bahan penyebab alahan atau alergen seperti binatang peliharaan, debunga, kulat dan sesetengah makanan ( sape2 yang memelihara kucing kat umah tu, baiklah dikurangkan mendukung yer....bulu-buluan tu yang tak tahan )
  • jangkitan virus seperti flu ( yg paling baru & da bomb iaitu "Swine Flu" @ Selsema Tett!!! )
  • peradang seperti asap rokok, pencemaran udara & bau cat ( kalo umah baru cam umah ara ni kene tunggu ilang bau cat dulu ek...hehehhe )
  • perubahan cuaca spt udara sejuk & panas mcm kat Mesia nih ( mcm kat umah kita ahh..jap2 ujan...jap2 panas )
  • pencetus di tempat kerja spt habuk kayu, tepung, bahan kimia industri, gam etc ( tepung pun bahaya ker???...heheheh )
  • ubat spt aspirin, penghalang beta & ubat anti radang ( aku tatau natang nih )
  • tekanan emosi spt gelisah, stress & kegembiraan melampau ( sedih pun payah...suka sgt pun seksa...huhuhu )
  • makanan & bahan pengawet ( mmg sah2 bahan dari makanan byk bg kesan )

untuk korang yg ada Cik Asma ni, ni aku bagi web yg boleh bagi korang banyak panduan & kawalan penyakit ini :: www.asianasthma.org

semoga hari-hari kalian bersama orang yang tersayang sentiasa indah dengan pencegahan yang wajar....