Showing posts with label ::~ hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label ::~ hujung minggu. Show all posts

Breakfast Pagi Minggu...

Sunday, August 9, 2009

Salam Hari Minggu.....




Menu pagi ni. Pulut kuning, sambal sadin dan rendang ayam. Dah lama tak makan pulut nih. Aku tak boleh makan sangat pulut sebab nanti mengantuk. Tapi kalu sesekali jumpa macam ni aku rembat jer. Lagipun memang sedapkan. Family aku memang suka pulut berjodoh dengan sardin, selain daripada sambal tumis ikan bilis. Tapi rendang ni tetiba lak ada pagi ni. Aku tak nampak mak aku buat rendang, tapi ada atas meja. Mak aku cakap rendang ala-ala Jawa. Sape pulak orang Jawa kat sini....huhuhu.....Rupanya jiran aku yang bagi awal pagi tadi. Sedap jugak rasanya. Jiran sebelah rumah aku ni caterer...so banyaklah kadang-kadang lauk pauk yang datang bertamu ke rumah aku...aku suka...aku suka...hahaha...semoga makcik murah rezeki lagi...hehehe....

Nota Pink ::~ Menu apa pulak selepas ini?