Rama-rama Pink :-)

Wednesday, November 24, 2010

Sejak-sejak nak menjadi bini orang ni, macam yang Ara citerkan, banyaklah benda yang nak dibuat. Memang renyah. Ikutkan hati malas je kawin....hahhaha. Tapi bukan Ara je yang banyak kerja, macam tu jugak orang lain kan. Cuma Ara je yang belum lalui. Sekarang ni banyak masa lagi lah tapi sekarang kan masa cepat dan berjalan dengan pantasnya.

Ara pun sekarang keraplah merayap kesan kemari. Tak kira kat Segamat ni mahupun kat Temerloh sana. Ara dah mula pergi membanding harga mana yang lebih patut. Bukan apa, semua orang mengimpikan wedding yang sempurna tapi bajet tak boleh lah "buzz" kan :-)

Bila duduk sorang-sorang kat rumah sewa tu boring sangat. Nak pulak sekarang ni housemate cuti semester sampai awal Januari nanti. Jadinya bila ada masa mula lah nak merayap. Nasib baiklah waktu nak kawin ni Ara dah ada lesen dan kereta kan?. Mudah lah, alhamdulillah. Kalau takde, Ara tataulah macam mana nak cakap.



Kat Segamat ni, ada satu kedai yang baru buka...seperti gambar di atas ye kawan-kawan...hehehhe. Seri Impian namanya. Kedainya besar dan sangat strategik kedudukannya. Tapi pada Ara, kedai ni nampak je besar tapi barang tak lah grand sangat. Maklumlah sebelum ni Ara kan pengunjung setia kedai-kedai macam ni sebab masa zaman-zaman buat tempahan hantaran dulu. Tapi boleh lah, ada yang mahal, ada jugak yang murah. Kena pandailah beza harga. Dalam hati dah start risau, satu haram benda tak buat lagi ni.



Memandangkan Ara ni bukanlah jenis yang keras tangan, berseni jugak, inilah hasilnya. Seperti gambar di atas. Nanti dalam hajat Ara nak ada flower girls kan. So...benda ni yang Ara sempat buat dulu iaitu 'bunga kepala' untuk flower-flower girls yang dah diselected oleh Cik Ara...hehehe.

a) Cik Wani (anak asuhan Mdm Sara)
b) Cik Nissa (sepupu Ara)
c) Cik Qistina (anak asuhan Mdm Sara)
d) Sdr Fahmi (anak asuhan Mdm Sara...psssttt...hat ni jantan, so takde lah bunga
kepala...heheheh)

Tapi Ara buat empat. Korang percaya tak modal nak buat empat bunga kepala ni hanya RM13?....percayalah ye....dan inilah hasilnya ;-) Fahmi nanti Ara nak tempahkan baju melayu dan rama-rama pink tersemat di dada :-)




Ini pulak bahan-bahan Ara nak buat bunga Rozek untuk penanggah. Daripada dibeli, lebih baik ara buat sendiri kan. Lebih puas hati walaupun tak cantik...hehehe....Ara tak pedulik. Tak lari dari warna tema Ara iaitu pink + hitam + puteh sket :-)




Dan inilah hasilnya setelah siap. Belum letak duit je lagi...heheheh. Ara isi singgit je lah ek. Boleh...hahahha...kedekutnya aku :-) Rama-rama pink ni nak disematkan kat dada Fahmi nanti. Adik bongsu aku, si Fikri bebel. Dia cakap nanti orang lelaki takkan nak pakai rama-rama jugak, dah lah warna pink...ahhaha...so Ara dan buat dua version, utk makcik-makcik Ara bagi rama-rama dan untuk pakcik-pakcik ara bagi bentuk daun. Maaflah, takde dalam gambar ni. Tapi warnanya sama aje. Dah siap 2 perkara....letak dalam kotak elok-elok aku campak je bawah katil...hahaha



Nota Pink ::~ Tunggu persiapan apa pulak akan datang ye :-)

10 comments:

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

huu....semangat betul mama si kecit ni kan..heheheh....

jgn buat time mak sedare mama kenduri gak sudah...

Mawar_berduri said...

wah..dah banyak nampaknya persiapan kak Ara ...huhuhu...


misti excited kan ? ngeeeeee...nanti khabar2kan lah tarikh keramat itu ye ...

J@J@ / Bini The Rock said...

buat sdri lagi save kan? kita blh corak ikut suka ati kita..yg penting puas hati..

siyes..rama2 pink utk penanggah tu dah cukup cantik dah! comel!

arapink said...

Mamarempit
Bila ma?

Mawar
tak banyak lah, baru sikit2 jer. insyaAllah, nnt sampailah kad kat alamat mawar nnt :-)

Kak Jaja @ Aspalelalalala...
Comel ke?...maceh ;-) Betul, kalao org ckp tak lawa, pedulik apa kan?...hahhaha

Dora Natasha said...

wah...tak sangke u kreatif yer....mmg cntk bunge kepala 2..
ttbe nak jgak wat time my wedding t... (tp calon pon takder..lame lg lah gamaknyer..hihihi)

zuzie's life story said...

wahhhh ara nak kawin dah eh...jgn lupe jemput ehhhh...

arapink said...

Dora...

Memang susah nak dapat jodoh sebenarnya kalau Allah belum izinkan. Macam Ara ni, dah tua baru ada rezeki... alhamdulillah

Apa2 pun, sabar :-)

arapink said...

Zuzie...

Eh, dah tentu. Tak mungkin lupa. Doakan jodoh Ara ye :-)

UnGu VioLet said...

wah... kreatif.... cantik.. mar suke..

arapink said...

Mar,

Cantik ek? TQ...hehhehe ;-)