Persiapan...

Sunday, November 14, 2010

Salam semua. Ara ni tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya. Hari-hari buka blog tapi nak menulis entry baru tu sangat-sangatlah malasnya. Tapi bila Ara tengok, sambutan blog makin kurang sejak ada Facebook. Tapi mungkin sebab Ara yang takde cerita baru...hahhaha. Blog kawan-kawna yang lain semuanya masih ada entry baru setiap hari, cuma Ara je yang sama aje. Kalau dulu, dalam sebulan boleh dikatakan setiap hari ada saja yang nak diceritakan. Mungkin dulu kehidupan lebih menarik. Adakah sekarang tidak menarik?....

Mungkin ada dikalangan anda yang tahu agenda besar Ara untuk tahun depan. Agenda yang Ara tunggu-tunggu sejak sekian lama. Doakan ye untuk Ara. Kalau ada rezeki, pasti anda semua akan diundang nanti...heheheh....

Selalunya, Ara ni bagaikan "wedding Planner" untuk kakak Ara, sedara mara dan kawan-kawan yang nak kawin. Ara tau apa yang nak dibuat. Enam bulan sebelum, tiga bulan sebelum, sebulan sebelum...apa yang nak dibuat. Dari sebesar-besar, sampailah yang remeh temeh tu, memang Ara boleh.

Tapi.....bila tiba turn sendiri, jadi tak tahu nak buat apa dulu....huhuhu. Macam tu rupanya ek. Maklumlah, umur dah tua-tua ni, kena selalu refresh...hahaha. Sebenarnya malu nak bercerita kat dalam blog ni. Nanti orang cakap Ara ni mengada-ngada... Tapi bila fikir-fikir, ini adalah laman blog saya, jadi Ara takde halangan nak menulis tentang diri Ara kan. Betul tak? Bukannya blog Ara ni nak nista atau nak mengutuk mana-mana pihak, cuma nak bercerita hal diri sendiri aje.

So, Ara dah ambik keputusan untuk bercerita dari masa ke semasa perjalanan persiapan hari besar Ara. Biar nanti jadi kenangan dalam hidup Ara kan :-) walaupun cerita nya dah simple atau dah pun basi, tak kisah.

Bila nak kawin, dah jadi trend orang sekarang ada warna tema. Rupanya baru Ara tau, payah ya amat nak tentukan warna tema yek. Sampai pening kepala nak pilih warna yang sesuai. Lagipun semuanya cantik. Kan senang jadi orang dulu-dulu, tak susah-susah nak pening kepala nak pilih warna bagai. Pelamin kuning, baju merah, bunga telur hijau, hantaran biru....agaknya kalau sekarang, dah kena gelak guling-guling dek org... ;-)

Sebelum nak cerita lebih-lebih, biarlah Ara perkenalkan bakal orang rumah Ara ye...hahaha...bukan nak tepek gambar, sesungguhnya dia sangat pemalu lebih dari Ara malunya....hehehe. Dia akan dipanggil "En.Bab" yer.....kepada si dia, jangan ambil hati ye dengan gelaran itu kerana gelaran tu mewakili diri anda dan diri saya jugak...hahahaha....




En.Bab sangatlah cool orangnya. Bab-bab persiapan ni, dia serahkan sepenuhnya kepada Ara. Mula-mula Ara pilih warna "hitam + merah"...hot color untuk wedding tahun 2010 ni. Tapi bila difikir-fikir itu bukan warna saya. You all tau lah warna apa yang Ara kenan kan?....kalau tidak takkan lah digelar "Arapink"! Dan tentu lah warna itu. So, Ara dah decide warna di atas adalah warna tema untuk wedding Ara nanti :-)

Tak tahulah En.Bab suke atau tidak....(harap dia cool dalam bab ni...hahaha) maklumlah "orang lelaki pakai pink!'....oshhhh...hahahha. Haritu dah tanya dan risik-risik, sanggupkah dia. Masa tu jugak dia jadi chipsmore, kejap boleh, kejap tak nak. Ara tak kira, dia nak atau tak, kena pakai jugak....muahahaha...kuasa veto disitu ;-)

















Kan cantik semuanya?...angan-angan mak jenin. Kalau yang berona pink ni semuanya Ara suker. Nanti apa pulak cerita terbaru ara ek...




Nota Pink ::~ Warna tema dah jumpa :-)

4 comments:

Cikmin said...

salam ara...weeeee...cik arapink nak tawen dah ye...best2..nanti citer lagi eh..sampai kejinjang pelamin.. :)

arapink said...

insyaAllah cik min....doakan jodoh cik ara ye :-) nnt tiba masa kad akan sampai ke Bentong :-)

PatinPasta said...

Ara,
Amboi.. lama bebenor sepi awok yek? Ngadap FB ke ngadap En. Bab? Hehe!

Sesuai jek pink kalo laki pakai pon Ara. Akak koi time kawin pon tema pink gak. No halnye. Jangan lupa sentiasa update yek! :)

arapink said...

Patin...
Koi ngadap belaka...hahahha

Tu lah, kalau dia nok pakai koi suker ngat, tapi dia x leh nok bangkang sbb ni warna temu umah koi...hehhehe...

insyaAllah weh. ada masa koi update k :-)