Kerja Baru...

Tuesday, November 16, 2010



Kenapa pulak tetiba ada gambar Kota Singa a.k.a Singapore nih? Aku pun tak pernah jejak kaki kat sana pun lagi. Kalau ikutkan bak kata En.Bab bukannya jauh sangat Singapore dengan Segamat tu, boleh naik keretapi jer (ada kebenarannya di situ), tapi aku rase tempat ni tetap jauh sebab dah terkeluar dari peta Malaysia...hehehe.

2-3 minggu ni aku dok memikir je tentang hijrah En.Bab ke sana. Dapat offer chef kat salah satu hotel di sana. Aku malas nak tanya banyak kali kan. Tapi kalau nak tunggu dia yang cerita memang lambat. So, aku pun menjadi ringan mulut kena bertanya. Dia mengakuinya. Dan mungkin akan mulakan tugas awal tahun depan.

Tak tau apa yang aku fikirkan. Kalau fikir singkat, kat Malaysia ni dah takde hotel ke? hehehhe...tapi bila fikir panjang, mungkin ada sebab...psssttttt...sebab gaji mahal kot?..maklumlah, orang nak kawin kan...hahaha. Aku harap tak lah lama-lama dia kerja kat sana. Kalau lama-lama, macam mana aku nak masak untuk dia nanti bila balik kerja?...cewahhh...macamlah aku ni pandai sangat masak. Nak bagi makan chef lak tu. Malunya aku...hehhehe....

Lepas ni semua harus dilakukan sendiri. Lebih-lebih lagi persiapan projek mega tahun 2011 tu nanti. Tapi aku harap sebelum dia berangkat kan diri naik apa-apa yang boleh dinaik untuk pergi kesana, sebahagiannya sudah diselesaikan...Tapi kalau dia lama disana, boleh juga merasa berjalan-jalan ke sana kan?...hahahha...berangan untuk jangka masa panjang.


Nota Pink ::~ Hati masih memikir....

4 comments:

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

waaa..boleh la kite nompang semangkok sup air tgn chef tk lame lagi..kekkke

arapink said...

boleh ma...
tapi ara pon belum sempat nak nompang lagi...huhuhu

PatinPasta said...

Ara,
Matnye awok tak ngikut jek En. Bab ke sana nun lepas majlis nanti weh? Tak yah pening2 pala pikir nak masak ke bagai. Dia buleh masakkan. Hehe!

arapink said...

Patin...

Bukan koi tak nok ngikut, koi ni kerje. Kalo koi ni tanam anggur, boleh gek ngikut sambil bawak anggur2 koi yg dah masak tu...hahahah