Anak Mama ~ Muhammad Azim Rifqi :-)

Wednesday, October 6, 2010

Assalamualaikum semua. Bukan sikit masa yang Ara perlukan untuk fikir nak update blog tapi banyak. Banyak masa yang diperlukan, berminggu-minggu sebab penyakit "malas" tu dah menguasai diri. Bukannya takde cerita, tapi bila nak menulis jer, hati kata nantilah...inilah jadinya. Tapi walaupun tak menulis tapi setiap hari jengah jugak membaca blog sahabat-sahabat Ara....dan selalunya tak sempat nak komen pun. Teruk betul kan.

Gambar dah berdozen-dozen Ara snap, tapi nak upload tu yang malas. Balik cuti raya still malas. Sebab cuti lama, Ara cuti direct seminggu. Sampaikan ada rasa apalah nak buat kat rumah ni. Kami memang dah pakat adik beradik nak ambik cuti raya direct seminggu.

So, nilah Ara tepek sekeping gambar raya kami tahun ni. Semua warna merah. Macam semangat raya tu berkobar-kobar je kan...ahahhaha. Topic raya ni memang dah basi tapi selagi Syawal belum habis...raya je lah...hahahah. Kalau korang semua tengok dalam ramai-ramai tu kakak aku sorang je yang pakai baju lain kan???...ini ceritanya...



Dia memang Ara dah supply kan kain yang sama ngan kami semua untuk buat baju kurung dan dah pun siap. Tapi bahagian perut tak muat sebab dah sarat dan tunggu hari je nak bersalin. Dia suka sangat tak beranak waktu raya tu sebab sempat makan lemang dan rendang....hehehehe.

Yang kami adik beradik pulak tak sabar nak tunggu dia beranak. Ara ngan Tiq tak habis-habis tanya sakit dah ke?...hahahha...macam mudah jer beranak kan?...maklumlah takde pengalaman kan. Kami balik ke tempat kerja masing-masing hari Ahad, hari Selasa jam 1.15 pagi mak aku call. Cakap kakak Ara dah turun tanda. Ara mula lah tak tido semalaman, macam Ara lak yang nak beranak. Mdm Sara lagi lah gelabahnya sebab ni pengalaman pertama mak dapat cucu....kul 8 pagi kakak Ara masuk wad. Jam 6 petang masuk wad bedah sebab dah tak leh nak push...kul 6.20 petang, lahirlah dia....



Inilah dia yang kami nanti-nanti selama ni. 4 tahun lamanya....Muhammad Azim Rifqi. Matanya sama macam mata Ara dan adik bongsu Ara, Fikri. Ara telah memberi gelaran pada diri Ara sendiri dengan gelaran "mama" untuk Azim :-).

Masa Azim lahir, Ara kat Segamat. Dalam hati Tuhan je yang tau betapa nak nya Ara balik rumah. Kalau ada kepak dah lama terbang balik...hehehhe...Ara tak putus-putus menelefon, sms semua yang ada di rumah. Mak sasaran utama Ara...kekeke.

Seronok tak terkata. Belum anak sendiri lagi...hehehe. Kami sangat bersyukur ke hadrat Illahi sebab semuanya selamat. Sekarang, setiap hari bagaikan tidak sabar nak balik ke Temerloh sebab Azim.


Nota Pink ::~ Dah jadi mama rupanya aku...ahaksssss

5 comments:

UnGu VioLet said...

comeyyynye.... :)

arapink said...

TQ mar :-)

zareef said...

update cite baru...

zareef said...

update... nk citer baru..

J@J@ / Bini The Rock said...

Ara...lama nye tak dengar berita!

nih! ada Lucky draw kat rmh buluh akak tu. Jempot try okey!

Moga sihat selalu hendaknya!