Ara pun sekarang keraplah merayap kesan kemari. Tak kira kat Segamat ni mahupun kat Temerloh sana. Ara dah mula pergi membanding harga mana yang lebih patut. Bukan apa, semua orang mengimpikan wedding yang sempurna tapi bajet tak boleh lah "buzz" kan :-)
Bila duduk sorang-sorang kat rumah sewa tu boring sangat. Nak pulak sekarang ni housemate cuti semester sampai awal Januari nanti. Jadinya bila ada masa mula lah nak merayap. Nasib baiklah waktu nak kawin ni Ara dah ada lesen dan kereta kan?. Mudah lah, alhamdulillah. Kalau takde, Ara tataulah macam mana nak cakap.
Kat Segamat ni, ada satu kedai yang baru buka...seperti gambar di atas ye kawan-kawan...hehehhe. Seri Impian namanya. Kedainya besar dan sangat strategik kedudukannya. Tapi pada Ara, kedai ni nampak je besar tapi barang tak lah grand sangat. Maklumlah sebelum ni Ara kan pengunjung setia kedai-kedai macam ni sebab masa zaman-zaman buat tempahan hantaran dulu. Tapi boleh lah, ada yang mahal, ada jugak yang murah. Kena pandailah beza harga. Dalam hati dah start risau, satu haram benda tak buat lagi ni.
Memandangkan Ara ni bukanlah jenis yang keras tangan, berseni jugak, inilah hasilnya. Seperti gambar di atas. Nanti dalam hajat Ara nak ada flower girls kan. So...benda ni yang Ara sempat buat dulu iaitu 'bunga kepala' untuk flower-flower girls yang dah diselected oleh Cik Ara...hehehe.
a) Cik Wani (anak asuhan Mdm Sara)
b) Cik Nissa (sepupu Ara)
c) Cik Qistina (anak asuhan Mdm Sara)
d) Sdr Fahmi (anak asuhan Mdm Sara...psssttt...hat ni jantan, so takde lah bunga
kepala...heheheh)
Tapi Ara buat empat. Korang percaya tak modal nak buat empat bunga kepala ni hanya RM13?....percayalah ye....dan inilah hasilnya ;-) Fahmi nanti Ara nak tempahkan baju melayu dan rama-rama pink tersemat di dada :-)
Ini pulak bahan-bahan Ara nak buat bunga Rozek untuk penanggah. Daripada dibeli, lebih baik ara buat sendiri kan. Lebih puas hati walaupun tak cantik...hehehe....Ara tak pedulik. Tak lari dari warna tema Ara iaitu pink + hitam + puteh sket :-)
Dan inilah hasilnya setelah siap. Belum letak duit je lagi...heheheh. Ara isi singgit je lah ek. Boleh...hahahha...kedekutnya aku :-) Rama-rama pink ni nak disematkan kat dada Fahmi nanti. Adik bongsu aku, si Fikri bebel. Dia cakap nanti orang lelaki takkan nak pakai rama-rama jugak, dah lah warna pink...ahhaha...so Ara dan buat dua version, utk makcik-makcik Ara bagi rama-rama dan untuk pakcik-pakcik ara bagi bentuk daun. Maaflah, takde dalam gambar ni. Tapi warnanya sama aje. Dah siap 2 perkara....letak dalam kotak elok-elok aku campak je bawah katil...hahaha
Nota Pink ::~ Tunggu persiapan apa pulak akan datang ye :-)